|
Originally posted by ev700 at 28-1-2008 01:13 PM
Mmg betul kot tak ikhlas... entahlah... tp mmg nak sgt2 berlaku ikhlas.. even berkali2 say to myself.. aku ikhlas maafkan kau... aku dah lupakan semuanya.. but the truth is vice versa... buka ...
ia memakan masa bergantung kepada kekuatan mujahadah seseorg itu..yg penting jgn putus asa... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by intanterpilih at 27-1-2008 10:40 PM
ROH DAN NAFSU TUA MENGIKUT TUANYA USIA
Bersabda Rasulullah SAW :
Terjemahannya: Sesiapa yang menjangkau umur 40 tahun tetapi kebaikannya tak dapat mengatasi kejahatan-nya bersiap-siaplah ...
Fizikal meningkat dibantu oleh makanan dan kesihatan tubuh. Manakala batin manusia meningkat mengikut ilmu dan didikan yang diterima. Tapi peningkatan ada hadnya. Sesudah had itu, berlakulah penurunan dalam hidup manusia. Fizikal mula kendur dan batin pun mula lemah. Di peringkat ini makanan selazat mana pun tidak akan meningkatkan lagi perkembangan lahir dan batinnya. Didikan yang sebaik manapun tidak boleh membentuk manusia lagi sebab zaman penurunan sudah bermula. Umpama bunga yang hendak gugur; walau dibaja sebanyak mana pun, tidak dapat menahannya daripada gugur.
Tahap umur ketika manusia berada pada kemuncak pertumbuhan dan pada awal penurunan ialah 40 tahun. Pada waktu ini fizikal sudah cukup dewasa dan akal, jiwa, perasaan dan nafsu sudah sampai ke kemuncaknya dan mulalah untuk lemah kembali. Kalau sewaktu umur 40 tahun kekuatan tenaganya sepuluh horse power, maka se-sudah itu tidak akan bertambah lagi. Demikian juga akal-nya, tidak akan berkembang lagi. Kalau cerdik, cerdiklah. Kalau bodoh, bodohlah. Tidak berlaku lagi selepas 40 tahun orang bodoh nak dicerdikkan. Kalau kuat jiwanya, kuatlah, tidak boleh ditukar-tukar lagi. Nafsunya kalau baik, baik-lah, kalau jahat, jahatlah; sudah susah untuk dibentuk lagi. Demikianlah seterusnya.
Sebab itu sekiranya kita ingin mencorakkan hidup kita, biarlah sebelum 40 tahun; manusia sesudah itu tidak boleh dibentuk lagi. Sebab itu pepatah Melayu ada mengatakan;
"Melentur buluh biarlah daripada rebung."
Rebung lembut, boleh dilentur. Tapi buluh sudah keras, tidak boleh dilentur lagi. Itulah maksudnya.
Manusia kalau mahu mencari harta, membina hidup mewah atau pangkat tinggi atau ingin memperjuangkan kebenaran, maka usaha hendaklah dibuat pada awal-awal hidup dewasanya. Waktu itu lahir batinnya sudah cukup bersedia untuk diajak bekerja. Semua orang maklum akan hal ini. Sebab itu seorang pun tidak pernah berkata begini;
"Waktu muda ni, aku nak rehat. Nanti tua baru nak cari harta, buka hutan, cari ilmu dan berkebun."
Ttdak munasabah langsung kata-kata itu. Sebab manusia faham, apabila tua tenaga sudah lemah. Sebab itu orang-orang muda bertungkus-lumus cari harta untuk hari tuanya. Harta-harta dikumpul-kumpul dan disimpan untuk hari tua. Tapi itu hanya untuk keperluan lahir manusia. Fahaman demikian hanya dimaksudkan pada keperluan fizikal semata-mata. Manusia tidak faham dan tidak sedar bahawa keperlu-an batiniah juga begitu. Sebab itu kita selalu mendengar orang berkata:
"Waktu muda ni kita enjoy dulu. Nanti apabila tua baru kita beribadah."
Mereka ingat beribadah itu mudah. Apabila saja teringat buat, terus boleh dibuat. Walhal dalam pengalaman hidup manusia, orang yang tidak dilatih beribadah sejak kanak-kanak lagi, apabila tua tidak mampu melakukannya. Walaupun keinginannya besar sekali. Kenapa?
Sebab roh dan nafsu atau batin kita turut tua bersama tuanya umur dan badan kita. Batin atau roh dan nafsu kita mengalami proses tua dan muda, bertenaga dan lemah serta meningkat dan menurun sama, seperti fizikal kita (cuma tidak dapat dilihat oleh mata kasar). Kalau fizikal kuat pada waktu muda, roh juga begitu. Kalau fizikal kena berusaha untuk hari tuanya semasa mudanya, maka roh juga begitu. Kalau kita berkebun waktu muda, maka beribadah juga mesti dididik dan dilatih sedari muda (kanak-kanak). Apabila tua nanti hanya tinggal meneruskannya, kerana ia sudah terlatih dan terbiasa.
Sebagaimana tidak munasabahnya orang nak berkebun pada waktu tua, kerana mahu berehat pada waktu muda, begitulah tidak munasabahnya orang mahu memulakan ibadah dan berjuang pada hari tuanya. Sedangkan waktu muda mahu dihabiskan untuk berfoya-foya. Kerana jiwa yang sudah sebati dengan maksiat, nafsu yang begitu ganas dan rakus, tua dalam keadaan bergelumang dengan perbuatan-perbuatan jahat, tidak boleh diubah untuk menjadi jiwa yang taat lagi. Walaupun manusia itu ingin sekali berubah, namun rohnya sudah tidak bersedia lagi.
sambung
[ Last edited by intanterpilih at 29-1-2008 01:23 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #102 intanterpilih's post
err intan.. font ko ni beso sgt.. kitaorg ni lum tua lagi... rata2 dlm 30an jek.. mata masih ok lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #104 intanterpilih's post
hehehe... aku nengok penuh se screen.. penat nak scroll.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #106 intanterpilih's post
aku plak tak suke font beso2.. aku dah baca jugak.. heh heh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #108 cantthinkofany's post
heheh honey, dak intan mmg.. suke beso2.. nak skodeng time keje pun tokleh.. bospun nampak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #110 intanterpilih's post
tu le.. bos aku jeling2 jek tadik.. mampuihh.. |
|
|
|
|
|
|
|
ni yang sembang2 sini seme dah umur 40 plus ke haa?
kalo AN tu aku caya laa..kalo lain2 tu alaaaaaaa..bulu pun lum lebat dan uban pun takdok lai kut nak cite pe?
sapa umuq 40 plus sinik?
kalo oang bujang cite pasal kawin korang tak caya......buat apa aku caya budak ingusan cite pasal umuq 40 plus? ptuih!!see the leg laaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ajinomotonosuga at 29-1-2008 03:18 PM
ni yang sembang2 sini seme dah umur 40 plus ke haa?
kalo AN tu aku caya laa..kalo lain2 tu alaaaaaaa..bulu pun lum lebat dan uban pun takdok lai kut nak cite pe?
sapa umuq 40 plus sinik?
...
aku tk empat puluh lagik..maksud aku, rujuk pd tajuk thread ni, kalo umur 40 tak yah baca ler..nnti menangis tk berlagu....sebb nasi dah hampir jd bubur..apapun, pintu taubat masih terbuka..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #115 ajinomotonosuga's post
correction pls .. the numbers never crunch even the values.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Sasha at 29-1-2008 04:14 PM
correction pls .. the numbers never crunch even the values..
ini means number and its corresponding value never will crunch anything
gitu maksud cacha?
what i meant is the number has no power at all, its corresponding value (if any) that is accounted for
contoh kalo dalam quran cite 7 lapis langit seme tu..pandangan ulama quran , depa kata sebenonya nak kasik tau maksud 'gandaan', berkali kali gitu..bukan maksud ianya 7.
even kalo macam hadis, duk cite kaum yahudi pecah 70 puak, kaum nasrani 71 puak dan kaum islam pada 72 puak..cuma satu puak saja yang btul ..kita tak patut pandang exact nomo tu tapi lebih pada gandaan saja
saya tak letakkan faktor umur sangat..... malah kalo iku sunnah nabi, dia lantik panglima jauh lebih muda umur dari sahabat2 lebih tua untuk pimpin tentera islam..maybe insiden begini 1 or dua dalam 10 event
so nampak jelas yang wajar di lihat ialah persoalan NILAI or value yang terikat pada sesuatu, objek or nomo tuh.
mende ni perlu lebih dalam observation tuh. so i came up with , number will not crunch only value will, maksud gitu.
but chacha berpendapat , not just number, even its value will not crunch? so u have to elaborate then.
my view stems from the my other view that is, quantity is less important than quality.(life is always about quality) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #112 intanterpilih's post
err dia non muslim.. life dia begins at 40.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ajinomotonosuga at 29-1-2008 04:31 PM
ini means number and its corresponding value never will crunch anything
gitu maksud cacha?
what i meant is the number has no power at all, its corresponding value (if any) that is a ...
aji ni sah tk pandai sains... |
|
|
|
|
|
|
| |
|