CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: amazed

SUKMA : May 31 - June 9

[Copy link]
Post time 17-5-2008 11:46 PM | Show all posts
Ganjaran RM2,000 Atlet P. Pinang Menang Emas Di Sukma Ke-12
BERNAMA -17 Mei, 2008 23:47 PM

PULAU PINANG, 17 Mei (Bernama) -- Kerajaan Pulau Pinang mengumumkan ganjaran sejumlah RM2,000 kepada atlet Pulau Pinang yang berjaya memenangi pingat emas pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-12, yang akan diadakan di Terengganu pada 31 Mei hingga 9 Jun depan.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata selain itu, bagi pemenang pingat emas yang berjaya memecahkan rekod Sukma akan diberikan ganjaran tambahan sebanyak RM1,000.

"Sementara itu, atlet yang menerima pingat perak bakal menerima ganjaran sejumlah RM1,500 manakala pingat gangsa RM1,000," katanya semasa berucap pada majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Sukma Pulau Pinang di sini, Sabtu.

Beliau berharap kontinjen Pulau Pinang dapat meneruskan kecemerlangan semasa kejohanan Sukma 2006 yang lepas dengan sekurang-kurangnya mengekalkan kedudukan ketiga.

"Saya tidak ingin meletakkan sasaran yang tinggi untuk memenangi pingat dan meningkatkan kedudukan tetapi adalah lebih baik dan membanggakan sekiranya kita dapat melonjak ke tangga kedua atau pertama dengan pungutan pingat yang lebih banyak," katanya.

Lim berkata sasaran itu boleh menjadi kenyataan jika pemimpin sukan dan atlet yang mewakili negeri ini dalam kejohanan itu memberi komitmen sepenuhnya.

Katanya Pulau Pinang memungut 36 pingat emas pada kejohanan lepas dan kontinjen Pulau Mutiara yang melibatkan 652 atlet, pegawai dan urusetia kini sudah bersiap sedia.

Pada majlis itu juga Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) yang merupakan penaja utama kejohanan Skuasy Remaja Antarabangsa Pulau Pinang menyerahkan cek bernilai RM60,000 kepada penganjur kejohanan itu, Persatuan Raket Skuasy Pulau Pinang (STRAP).

Kejohanan kali keenam itu akan diadakan dari 31 Mei hingga 4 Jun ini di Pusat Skuasy Antarabangsa Pulau Pinang, Bukit Dumbar di sini dengan 240 pemain dari dalam dan luar negara bakal bersaing bagi menjuarai lima kategori yang dipertandingkan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2008 03:07 AM | Show all posts
Pingat tentukan juara Sukma
UTUSAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR - Sistem kiraan mata yang digunakan bagi menentukan juara keseluruhan di Sukan Malaysia (Sukma) akan diganti dengan format baru berdasarkan kutipan pingat emas.

Kenyataan Sekretariat Sukma Ke-12 di Terengganu menjelaskan, format baru dalam menentukan juara pada sukan dwitahunan itu akan dilaksanakan pada Sukma kali ini.

'' Penentuan juara tidak lagi berdasarkan kutipan mata keseluruhan, sebaliknya juara akan ditentukan menerusi jumlah kutipan pingat emas," katanya.

Sebanyak 1,113 pingat ditawarkan pada Sukma Terengganu iaitu 404 emas, 404 perak dan 505 gangsa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2008 04:17 AM | Show all posts
Negeri Sembilan letak sasaran raih 22 pingat emas

MOHAMAD (tengah) bersama sebahagian daripada atlet
Negeri Sembilan yang akan bersaing pada temasya Sukma
di Terengganu yang bermula hujung bulan ini.


NEGERI Sembilan meletakkan sasaran 22 pingat emas pada Sukan Malaysia (Sukma) XII di Terengganu hujung bulan ini, lapor NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM.

Pada temasya kali ini kontinjen Hoben Jang Hoben itu akan diwakili oleh 390 atlet dan 30 pegawai.
Mereka turut meletakkan sasaran untuk memperbaiki kedudukan keseluruhan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pada temasya tahun ini kontinjen Negeri Sembilan ingin memperbaiki kedudukan tangga ke-10 keseluruhan yang diperoleh pada Sukma di Kedah dua tahun lalu.

"Saya yakin dengan kemampuan atlet yang menggalas cabaran kontinjen negeri ini memandangkan mereka telah memperlengkapkan diri dengan latihan awal bagi menyertai 24 daripada 31 acara dipertandingkan.

"Oleh itu, saya berharap semua atlet yang bertanding mempunyai semangat juang serta jati diri tinggi bagi memastikan kecemerlangan sukan di negeri ini dapat direalisasikan pada temasya kali ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Bendera kepada kontinjen negeri di Seremban semalam.

Dia turut menjangkakan pingat akan disumbangkan melalui sukan kapal layar, renang, terjun, bola sepak, tinju, wusyu dan boling padang.

Katanya, ini kerana sukan-sukan tersebut mempunyai pencapaian yang membanggakan pada Sukma sebelum ini.
Dalam pada itu, kerajaan negeri belum lagi memutuskan untuk memberikan sebarang insentif kepada atlet yang berjaya memandang ia masih terlalu awal untuk melihat prestasi mereka.

Ujarnya, dia mahu semua atlet menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap acara yang dipertandingkan tanpa memikirkan soal insentif.

"Kita tidak mahu berbincang mengenai soal insentif terlebih dahulu, mereka harus buktikan kepada negeri bahawa kemenangan yang dicapai disebabkan oleh semangat kesukanan bukannya mengharap atau menagih insentif.

"Kita mahu semua atlet berikan tumpuan dan jadikan Sukma kali ini sebagai platform menilai tahap kecemerlangan masing-masing untuk mengharumkan nama negeri," katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2008 04:17 AM | Show all posts
Lima terbaik sasaran Terengganu
TERENGGANU, selaku tuan rumah Sukan Malaysia (Sukma) XII meletakkan sasaran untuk menduduki lima tempat teratas pada temasya sukan diw-tahunan itu yang akan bermula pada 31 Mei hingga 9 Jun ini.

Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Rosdi Awang berkata, sasaran tersebut merupakan satu perkara yang perlu direalisasikan memandangkan Terengganu menduduki tempat ke-11 secara keseluruhan pada Sukma di Kedah dua tahun lalu dengan pencapaian 15 pingat emas.

"Kami telah membuat persediaan awal, bukan sahaja tampil sebagai tuan rumah tetapi berazam untuk melakar kejayaan yang lebih cemerlang dalam acara yang disertai.

"Kami mula membuat persiapan pada September 2006 membabitkan 610 atlet menerusi program Terengganu Gemilang.

"Berdasarkan pencapaian semasa, kami meletakkan sasaran untuk merangkul 35 pingat emas dan berharap dapat memperbaiki kedudukan keseluruhan," kata Rosdi.

Daripada 31 acara yang dipertandingkan, Terengganu telah mengenal pasti 18 acara yang boleh menghadirkan pingat emas.

Antaranya adalah sukan lumba basikal, olahraga, kenu, pencak silat, taekwondo, menembak, tinju, judo dan skuasy.

"Sudah tentu sebagai juara bertahan bola sepak, kami juga akan mempertahan kejuaraan tersebut tahun ini," tambah Rosdi.

Untuk memastikan Terengganu mampu mencapai sasaran, mereka telah menggunakan khidmat beberapa jurulatih luar seperti dari Korea Selatan untuk ping pong, Rusia untuk menembak manakala Indonesia dan Thailand masing-masing untuk tinju dan sepak takraw.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2008 07:38 AM | Show all posts
Selangor tergugat had umur dinaikkan
BERITA HARIAN

GERGASI Sukma, Selangor tidak diletakkan sebagai pilihan bagi acara skuasy pada edisi ke-12 Sukan Malaysia (Sukma) kali ini berikutan langkah penganjur menaikkan had umur penyertaan kepada bawah 23 tahun.

Selangor yang menguasai saingan peringkat umur di negara ini, mendapati dominasi mereka digugat oleh keputusan Jawatankuasa Tertinggi untuk membenarkan pemain bawah 23 tahun, berbanding bawah 18 sebelum ini.

Keputusan itu membuka laluan buat tuan rumah, Terengganu untuk menurunkan adik beradik Adnan - Mohd Nafzahizam dan Mohd Nafiizwan - dalam usaha mendominasi emas acara lelaki.

Mohd Nafzahizam, 23 membarisi skuad pelapis kebangsaan manakala Nafiizwan, 22 yang kini berlatih di Chinford, London adalah pemain nombor tiga negara di belakang Ong Beng Hee dan Mohd Azlan Iskandar.

Sungguhpun kecewa dengan perubahan peraturan itu yang diputuskan tahun lalu, Setiausaha Persatuan Skuasy Raket Selangor, Mary Ong menyedari tiada apa-apa yang mampu dilakukan pihaknya, sekadar mengharapkan yang terbaik daripada barisan remaja negeri itu.

“Kami akan turun sebagai pasukan bukan pilihan. Selama ini kami mempersiapkan pasukan bawah 18 bagi menghadapi Sukma tetapi peraturan diubah secara tiba-tiba.

“ Pemain bawah 23 kami kini menuntut di kolej. Saya tak setuju keputusan yang diambil oleh Jawatankuasa Tertinggi dan MSNS (Majlis Sukan Negeri Selangor).

“Mereka menghantar kepada kami emel bagi mengumumkan keputusan yang sepatutnya ditentukan persatuan negeri,” katanya.

Selangor, bagaimanapun, tetap akan menurunkan barisan ampuh menerusi Ivan Yuen, Marcus Yuen, Ng Jo Wen dan Mohd Zul Asri manakala skuad wanita dibarisi Pushppa Devi, Tan Yan Xin, Lim Sue Yen dan K Subashini.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2008 10:42 PM | Show all posts
Kelantan Janji Sumbang RM1,000 Bagi Atlet Menang Emas
BERNAMA - 20 Mei, 2008 19:55 PM

PASIR PUTEH, 20 Mei (Bernama) -- Majlis Sukan Negeri (MSN) Kelantan menjanjikan insentif tidak kurang RM1,000 bagi setiap pingat emas yang diraih atlet negeri ini pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-12 di Terengganu bermula 29 Mei hingga 9 Jun depan.

Pengerusi MSN Kelantan Amran Mat Nor berkata hadiah yang dijanjikan itu adalah sebagai pendorong dan pembakar semangat atlet negeri supaya berusaha meraih kemenangan dan mengharumkan nama Kelantan.

"Kadar sumbangan itu adalah sebagaimana yang diberikan kepada 21 atlet negeri (iaitu RM1,00 seorang) yang berjaya mendapat pingat emas dalam SUKMA yang lepas," katanya kepada pemberita pada majlis Penyerahan Bendera Kontinjen SUKMA Kelantan di Tok Bali, di sini, Selasa.

Majlis itu disempurnakan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan Shukry Mohd Salleh yang menyerahkan bendera negeri kepada Amran selaku ketua kontinjen.

Seramai 333 atlet, 78 daripadanya wanita, akan mengambil bahagian dalam 24 acara iaitu angkat berat lelaki dan wanita, badminton, berbasikal, bola jaring, bola sepak, bola tampar, gimnastik artistik, ekuestarian, hoki, memanah, menembak, olahraga, pencak silat, petanque, ping pong, ragbi, sepak takraw, skuasy, taekwando, bowling, tenis, tinju dan wushu.

Katanya pada tahun ini MSN Kelantan hanya menyasarkan 10 pingat emas memandangkan acara angkat berat dikecilkan penyertaannya tetapi beliau tetap mengharapkan daya usaha atlet untuk mendapatkan sekurang-kurangnya pingat gangsa.

Sementara itu, Amran berkata beliau kecewa kerana kerajaan negeri Kelantan tidak memberi apa-apa sumbangan walaupun dalam bentuk peruntukan sedangkan kejayaan sepanjang SUKMA akan melambangkan kualiti dan kemajuan sukan bagi sesebuah negeri.

Beliau berkata kemajuan sukan di Kelantan sudah menunjukkan peningkatan sekali pun kemudahan sukan masih dalam keadaan kritikal dan tidak dibangunkan secara bersungguh-sungguh oleh kerajaan negeri.

Katanya pada SUKMA pertama, 1986 di Kuala Lumpur, Kelantan hanya meraih satu pingat perak dan satu gangsa dan meningkat secara mendadak 21 pingat emas, lapan perak dan 11 gangsa pada SUKMA ke-11 di Kedah dua tahun lepas.

Mengenai kemudahan fizikal bagi pusat latihan sukan, Amran berkata cadangan MSN Kelantan untuk membina Kompleks Sukan Komuniti di setiap kawasan Parlimen bagi tujuan membangunkan mutu sukan menemui kegagalan kerana tidak mendapat kerjasama kerajaan negeri bagi penyediaan tapak yang strategik.

Beliau berkata peruntukan bagi pembinaan kompleks itu menerusi Kementerian Belia dan Sukan terpaksa ditarik balik bagi selenggaraan projek lain yang melibatkan kerja membaik pulih pusat latihan sukan sedia ada.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-5-2008 10:58 AM | Show all posts

TEAM SUKMA KELANTAN

Pamerkan yang terbaik, bukan bergaduh - MSNKOleh ZAKI SALLEH
zaki.salleh@kosmo.com.my



SEBAHAGIAN daripada atlet Kelantan yang akan menggalas cabaran negara itu pada temasya Sukma XII
di Terengganu bermula penghujung bulan ini.

"BERI cabaran sengit kepada lawan di Sukma nanti, bukan ke sana untuk 'bergocoh' (bergaduh) dan tunjukkan semangat juang yang tinggi."
Itu tegas Pengerusi Majlis Sukan Negeri (MSNK) Kelantan, Amran Mat Nor kepada 263 atlet Kelantan yang bakal bertanding di Sukan Malaysia (Sukma) XII di Terengganu pada 31 Mei hingga 9 Jun ini.
Menurutnya, setiap atlet diingatkan agar mempamerkan prestasi cemerlang berlandaskan semangat kesukanan yang tinggi bagi menjaga nama baik negeri.
Katanya, kontinjen Kelantan sering dianggap sebagai pasukan 'under dog' dan ia harus dijadikan aset untuk meriah kejayaan.
"Semangat juang tinggi atlet negeri itu kerap kali menggetarkan pencabar mereka dan kelebihan itu harus digunakan sepenuhnya.
"Walaupun hanya mensasarkan 10 pingat emas pada temasya dwi-tahunan itu, tetapi tidak bermakna kontinjen Kelantan membenarkan acara-acara lain dikuasai pasukan lawan," ujarnya.
Dia berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Bendera kepada Kontinjen Sukma Kelantan yang disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Negeri Kelantan, Shukri Mohd. Salleh di Kota Bharu semalam.
Pada Sukma kali ini, Kelantan menghantar 185 atlet lelaki dan 78 wanita untuk menyertai 24 daripada 31 acara yang dipertandingkan dengan mensasarkan emas bagi acara angkat berat, memanah, gimnastik, silat olahraga, tinju dan taekwondo.
Dalam pada itu, Shukri memberitahu JPP menyediakan Skim Insentif Kecemerlangan (SIK) berjumlah RM1,000 kepada setiap atlet negeri yang berjaya membawa pulang pingat emas pada Sukma itu nanti.
"Walau pun menjadi kewajipan atlet Kelantan menghadiahkan kemenangan, tetapi insentif ini bertujuan menyuntik semangat mereka selain bertindak sebagai penghargaan terhadap sumbangan mereka kepada negeri ini," ujarnya
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2008 11:00 AM | Show all posts

AZIZULHASNI

Terengganu tambah lega kehadiran Azizulhasni

AZIZULHASNI (tengah) diletakkan sebagai prospek emas buat kontinjen Terengganu.



BELUM pun bermula temasya Sukan Malaysia (Sukma) XII tetapi jaguh lumba basikal negara, Azizulhasni Awang sudah diraikan, lapor NURUL AMALINA RAMLEE.
Bukan disebabkan dia menang pingat tetapi ia tanda kegembiraan Terengganu apabila pelumba tersebut kembali ke negeri kelahirannya untuk menggalas cabaran pada Sukma kelak.
Sekali imbas, cara sambutan terhadap kepulangannya pelumba tersebut ke negeri kelahirannya itu agak keterlaluan kerana dia belum pun berjuang di gelanggang pertandingan.
Keterlaluan seperti itu boleh menjejaskan tumpuan pelumba tersebut kerana ia menggambarkan keyakinan Terengganu terhadap pelumba kesayangan mereka itu untuk meraih pingat emas.
Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Rosdi Awang memberitahu, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd. Said bersama beberapa pegawai MSNT dan Persatuan Berbasikal Negeri Terengganu dijadualkan akan meraikan kepulangan atlet prospek pingat emas itu.
Azizulhasni kini sedang menjalani latihan di Melbourne dan akan kembali pulang ke Terengganu selama lima hari untuk beraksi mewakili Terengganu di Sukma kelak.
"Masanya sangat padat, jadi kita harus fikirkan kesihatannya juga.
"Dia datang hanya untuk bertanding sahaja, kita akan kecualikan dia daripada menyertai acara lain termasuk sesi motivasi yang sepatutnya diwajibkan kepada semua atlet Terengganu," ujarnya.
Menurutnya, pihaknya sudah membeli tiket penerbangan pergi dan balik untuk atlet itu dan dia dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu pada 31 Mei ini.
Malah katanya, pihaknya menjangkakan kepulangan Azizulhasni bakal memberikan Terengganu dua pingat emas dalam acara 500 meter pecut dan satu kilometer pecut pada Sukma 2008 nanti.
Azizulhasni sebelum ini mendatangkan kebimbangan buat skuad Terengganu kerana penyertaannya dalam Sukma menjadi tanda tanya apabila hasratnya untuk pulang tidak mendapat persetujuan daripada PKBM.
Bagaimanapun, setelah perbincangan dibuat selain mendapat persetujuan daripadanya jurulatihnya, John Beasley dan Majlis Sukan Negara (MSN), atlet tersebut akhirnya dibenarkan pulang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2008 11:04 AM | Show all posts

PERAHU LAYAR KEDAH

Impian dua pelayar adik beradikOleh Hamzah Osman

MENYERLAH: Puteri perahu layar Kedah, Siti Noorbaidurah (kanan) dan adiknya Khairunnisa berazam memenangi pingat emas acara International 420 pada Sukma di Terengganu nanti.

Tidak sabar gegar pentas Sukma

LIMA gelaran juara yang diraih sejak awal tahun ini tidak lengkap bagi pelayar adik beradik, Siti Noorbaidurah dan Khairunnisa Mohd Afendy andai gagal membawa pulang pingat emas pada Sukan Malaysia (Sukma) XII di Terengganu mulai 31 Mei hingga 9 Jun ini.

Itulah impian dua pelayar muda itu yang bakal menjadi sandaran skuad perahu layar Kedah menerusi acara International 420 sempena pada temasya sukan dwitahunan itu.

Sebelum ini, Siti Noorbaidurah, 18, dan Khairunnisa, 16, pernah muncul johan Kejohanan Perahu Layar Terbuka Pulau Pinang, Regatta Terbuka Johor dan Top Of The Gulf Thailand, selain naib johan Regatta TUDM di Lumut, Perak.

Berbekalkan status sebagai penyandang juara Langkawi Geopark International Regatta, menjadikan mereka tidak sabar untuk membuktikan kemampuan mereka pada Sukma kali ini berbaloi.

Siti Noorbaidurah berkata, bagi mengembalikan semula reputasi Kedah sebagai antara jaguh ternama dalam acara itu, mereka sudah membuat persiapan rapi untuk memastikan kecergasan berada pada tahap tinggi.

"Sepanjang latihan di perairan Langkawi yang diselia jurulatih Ramlah Buang, tumpuan diberikan kepada ketahanan mental dan fizikal, aspek yang amat penting bagi setiap pelayar untuk mengharungi gelora di pentas persaingan.

"Kejayaan meraih pingat gangsa pada Sukma lalu, menjadi pembakar semangat untuk kami meningkatkan lagi prestasi bagi membolehkan pencapaian terbaik kali ini," kata pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri itu.

Sementara itu, Khairunnisa berkata, dia mengidamkan pingat emas dan jika perkara itu dapat direalisasikan, ia menjadi hadiah paling bermakna kepada kedua ibu bapanya yang berterusan memberi sokongan untuk kecemerlangannya dalam sukan perahu layar.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2008 11:05 AM | Show all posts

PENANG

Pulau Pinang yakin raih tempat ketiga
Oleh Tuty Haryanti Ahmad Rodzi

PULAU Pinang mensasarkan sekurang-kurangnya menduduki tempat ketiga pada Sukan Malaysia (Sukma) XII yang akan berlangsung di Terengganu, mulai minggu depan.

Pada Sukma XI di Kedah, Pulau Pinang mengutip 128 pingat dengan 36 emas, 40 perak dan 52 gangsa bagi menduduki tangga ketiga iaitu pencapaian terbaik bagi negeri ini sejak Sukma diperkenalkan pada 1986.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkata sasaran itu bukan satu angan-angan kerana atlit sudah membuat persiapan terbaik dalam semua 31 acara yang dipertandingkan.



"Semua atlit sudah bersedia dari segi mental dan fizikal bagi menghadapi temasya itu," katanya pada majlis penyerahan bendera kepada kontinjen Sukma, kelmarin.

Bendera berkenaan diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, Ong Kok Fooi, selaku ketua kontinjen Pulau Pinang. Sukma akan berlangsung mulai 31 Mei ini hingga 9 Jun.

Guan Eng berkata, sebagai dorongan kepada atlit, kerajaan negeri bersetuju memberi insentif termasuk RM2,000 bagi setiap pingat emas yang dimenangi manakala mereka berjaya memecah rekod Sukma pula akan diberikan insentif tambahan sebanyak RM1,000.

"Insentif tambahan bagi atlit yang berjaya memecahkan rekod itu yang julung kali diperkenalkan di negeri ini adalah sebagai menghargai pengorbanan atlit," katanya.

Pemenang pingat perak dan gangsa pula, masing-masing akan menerima ganjaran wang tunai RM1,500 dan RM1,000 manakala jurulatih juga akan menerima insentif jika atlit mereka memenangi pingat iaitu RM500 bagi emas, RM300 (perak) dan RM200 (gangsa).

"Jika Pulau Pinang berjaya menduduki tempat kedua, semua pegawai dan urusetia yang bertungkus lumus juga akan diberikan bonus yang akan diumumkan kelak," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2008 11:07 AM | Show all posts

PERLIS

Perlis tidak letak sasaran pingat
Oleh Kamudin Baharom

KONTINJEN Perlis membabitkan seramai 323 atlit ke Sukan Malaysia (Sukma) ke-12, di Terengganu dari 31 Mei hingga 9 Jun ini tidak meletakkan sasaran pingat, sebaliknya memberi penekanan kepada penampilan cemerlang dalam setiap acara yang disertai.

Pengarah Majlis Sukan Negeri, Mustaffa Ibrahim berkata, keputusan itu diambil selepas mengambil kira pelbagai aspek termasuk prestasi dan pencapaian kontinjen negeri pada sukan dwi-tahunan itu di Kedah, dua tahun lalu dan sebelumnya.

揔ontinjen negeri kali ini boleh dikategorikan sebagai `kerdil' dan serba kekurangan berbanding kontinjen lain. Oleh itu, kami tidak meletakkan jumlah pingat yang bakal dimenangi kali ini.



揂pa pun, setiap atlit yang bakal beraksi pada kejohanan itu nanti tetap berazam untuk memberikan persembahan terbaik dalam setiap acara yang disertai," katanya.

Pada Sukma di Kedah dua tahun lalu, kontinjen Perlis sekadar meraih enam pingat gangsa iaitu dua bagi acara terjun dan masing-masing satu bagi taekwondo, karate, angkat berat dan olahraga.

Mustaffa berkata, kontinjen negeri itu yang terdiri daripada 188 atlit lelaki dan 64 wanita serta 71 pegawai pasukan, akan menyertai 24 acara.

Selain itu, katanya, Perlis turut menyenaraikan 20 peserta dan pegawai untuk acara kabadi yang bakal beraksi sebagai acara pertunjukan.

Penyertaan paling ramai bagi kategori individu ialah berbasikal yang membabitkan 16 atlit iaitu 12 lelaki dan empat wanita; pencak silat (16) diikuti karate-do (11), tenis (10) dan angkat berat (10).

Acara lain yang disertai Perlis adalah akuatik (30), bola sepak (21), bola jaring (12), berbasikal (20), bola tampar (18), golf (6), hoki (18), kayak (16), lawn bowl (15) dan memanah (9).

Menembak (7), olahraga (12), perahu layar (10), ping pong (7), petanque (17), ragbi (14), sepak takraw (17), bowling (11), taekwondo (10), tenis (13) dan wushu (9).
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2008 11:21 AM | Show all posts
Sukan lawan pedang takde ke?
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2008 07:57 AM | Show all posts
Atlit negara dilarang ke Sukma
BERITA HARIAN

IBARAT melawan arus persatuan sukan kebangsaan lain, Kongres Tenpin Bowling Malaysia (MTBC) membuat keputusan melarang pemain skuad negara beraksi pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) Sukma XII Terengganu pada 29 Mei sehingga 9 Jun ini.

Sebabnya mudah - untuk mengekalkan Sukma sebagai medan pendedahan bakat baru - selaras dengan objektif utama temasya Olimpik Malaysia itu yang kian dihakis oleh ketaksuban mengungguli pungutan pingat oleh kontinjen negeri.

Setiausaha Agung MTBC, Sidney Tung jelas tidak termakan kepada pujuk rayu membenarkan pemain naungan mereka kembali ke pangkuan negeri masing-masing.

“Sungguh pun peraturan kali ini membenarkan penyertaan pemain kebangsaan tetapi pihak kami merasakan bahawa ia adalah tidak adil bagi pemain yang semakin meningkat.

“Kami, kami tidak akan membenarkan pemain yang memenangi pingat dalam kejohanan Asia untuk mengambil bahagian. Lima pemain yang kami tidak membenarkan untuk beraksi adalah Aaron Kong, Adrian Ang, Sharon Koh, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman dan Zatil Iman Abdul Ghani,” katanya.

Kelima-lima pemain tersebut layak bertanding dalam Sukma berikutan pelonggaran peraturan yang membenarkan atlit Malaysia di bawah umur 23 tahun dalam temasya pelbagai sukan yang diputuskan awal tahun ini.

“Selain mereka berlima, MTBC juga mengenal pasti beberapa pemain pelapis yang tidak dibenarkan bertanding dalam Sukma,” tambahnya.

Penyertaan atlit kebangsaan pada edisi kali ini adalah keputusan pusingan U selepas pembabitan mereka dihalang dua tahun lalu di Kedah.

Begitu pun, atlit kebangsaan dibataskan dengan had maksimum dua acara individu dan dua acara berganti-ganti manakala di dalam acara berpasukan seperti bola sepak, hanya tiga pemain kebangsaan dibenarkan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2008 06:37 PM | Show all posts
Brunei hantar 61 atlet
KUALA LUMPUR - Brunei, pasukan jemputan di Sukan Malaysia (Sukma), akan menghantar seramai 61 atlet untuk bertanding dalam sembilan acara di temasya sukan kali ke-12 yang akan berlangsung dari 29 Mei hingga 9 Jun depan di Terengganu.

Ketua kontinjen Brunei, Awang Mohd Zamri Datu Paduka Hamdani berkata, negara itu akan menghantar atlet yang berumur antara 21 dan 23 tahun sebagai pendedahan sebelum dihantar ke kejohanan yang lebih tinggi.

"Pada penyertaan di edisi sebelum ini, Brunei telah pun menghasilkan banyak kejayaan, di samping mengeluarkan atlet-atlet muda untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi," katanya yang dipetik melalui laman web Jabatan Penerangan Brunei Darussalam, Pelita Brunei Online.

Beliau berkata, atlet ke Terengganu dipilih oleh jawatankuasa pemilihan dan penilaian peringkat kebangsaan dan akan bertanding dalam acara akuatik, bola sepak, hoki, karate, olahraga, pencak silat, sepak takraw, tenis dan tenpin boling.

Walaupun jumlah penyertaan Brunei bagi edisi di Terengganu lebih kecil berbanding edisi terdahulu, tetapi persediaan yang dilakukan lebih serius kerana penyertaan kali ini bukan dianggap sebagai pendedahan semata-mata tetapi juga untuk bersaing, katanya.

Beliau berkata, jumlah atlet ke Terengganu dikurangkan kerana Brunei hanya akan menghantar atlet yang benar-benar kompetitif dan mencapai standard berdasarkan pencapaian lepas.

Sebagai contoh katanya, acara bola sepak dianggap berpeluang meraih pingat berdasarkan kemaraan Brunei ke peringkat separuh akhir di Sukma Kedah, dua tahun lepas.

"Begitu juga dengan pasukan hoki yang menjuarai Borneo Games. Walaupun ia berbentuk sukan serantau, pasukan hoki mempunyai potensi meraih pingat di Sukma nanti," katanya.

- Bernama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2008 06:38 PM | Show all posts
Perenang Kedah sasar dua pingat

Kompleks renang Majlis Perbandaran Kuala Terengganu kini telah siap untuk digunakan untuk Sukma XII.

ALOR STAR - Walaupun menghadapi pelbagai rintangan, pasukan renang Sukan Malaysia ke-12 (Sukma XII) Kedah menyasarkan sekurang- kurangnya dua pingat untuk dibawa pulang selepas memberi cabaran pada temasya dwi tahunan itu di Terengganu yang bermula dari 31 Mei hingga 9 Jun ini, lapor ZAINU'L AZHAR ASH'ARI.

Pengurus pasukan, Muhammmad Fauzi Awang berkata, 'sengsara' yang ditanggung oleh perenang-perenang muda Kedah terutama dalam kesukaran untuk menjalani latihan kerana menghadapi masalah teknikal sebelum ini mencetuskan menjadi azimat untuk mereka menyerlah pada Sukma XII.

''Sebelum ini, kami menghadapi masalah untuk menjalani latihan atas beberapa sebab teknikal tetapi sekarang segala-galanya sudah selesai dan pada hujung April lalu, perenang sudah boleh berlatih seperti biasa," kata beliau ketika menyaksikan latihan sukan berkenaan di Pusat Rekreasi Alor Star (ASRC), di sini, malam tadi.

Bagaimanapun, kata Fauzi, campur tangan dan keprihatinan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Keseniaan, Warisan dan Kebudayaan, Dr. Hamdan Mohamed Khalib memberi tumpuan serius menangani kesulitan dihadapi seolah-olah memberi 'nafas' baru kepada skuad Kedah.

Menurut beliau, sekalipun tidak meletakan sasaran tinggi daripada 10 perenang yang dibawa ke Sukma XII, beliau percaya mereka mampu memberikan cabaran sengit kepada lain-lain peserta termasuk perenang-perenang kebangsaan seperti Daniel Bego.

''Daripada 10 perenang, kita yakin memperoleh pingat daripada Ooi Cheng Houn yang kini menjalani latihan di Shanghai, China dengan perbelanjaan sendiri.

''Kami yakin kedua-dua pingat datangnya daripada Cheng Houn menerusi acara kegemarannya 50 meter dan 100 meter kuak kupu-kupu," kata beliau.

Fauzi memberitahu, lain-lain perenang yang disenaraikan ke Sukma XII ialah Tan Che Soon, Lim Duncan, Sheyril Natasha Ahmad Sobri, Chi Chia Khian, Ang Kean Cheak, Hew Chin Seng, Yeoh Tze Yi, Ooi Siew Chen dan P. Saeksarn Sinaso.

''Kesemua perenang kini giat berlatih dua sesi sehari iaitu sebelah pagi dan malam di bawah bimbingan oleh jurulatih Lee Mei Leng dan Mazlan Abdullah," tambah beliau.

Kata beliau, majoriti perenang yang mewakili Kedah ke Sukma XII terdiri daripada muka baru
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2008 06:39 PM | Show all posts
Sabah yakin baiki kedudukan
KOTA KINABALU - Kontinjen Sabah tidak menyasarkan jumlah pungutan pingat pada Sukan Malaysia ke-12 (Sukma XII) di Terengganu tetapi yakin dapat memperbaiki kedudukan daripada tempat ketujuh pada temasya yang lepas.

Menteri Belia dan Sukan Negeri, Peter Pang En Yin yakin kontinjen Sabah dapat memperbaiki kedudukan pada Sukma kali ini berdasarkan komitmen dan kesungguhan para atlet membuat persiapan menghadapi sukan dwi tahunan itu.

Pada Sukma XI di Kedah, Sabah meraih 26 pingat emas, 26 perak dan 29 gangsa bagi menduduki tempat ketujuh daripada 16 kontinjen yang mengambil bahagian.

"Kita tidak ada sasaran jumlah pingat yang spesifik tetapi kita yakin atlet Sabah akan melakukan yang terbaik sekali gus memperbaiki kedudukan kali ini," katanya kepada pemberita di Wisma Muis, di sini semalam.

Pang berkata, Sabah menghantar seramai 408 orang termasuk pegawai delegasi, pengurus pasukan, jurulatih dan atlet untuk menyertai Sukma di Terengganu.

Katanya, para atlet telah menjalani latihan intensif sejak tahun lepas hingga Mei tahun ini sebagai persediaan beraksi di Sukma.

Pang menasihatkan anggota kontinjen Sabah sentiasa menjaga nama baik sepanjang Sukma.

- Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-5-2008 04:27 AM | Show all posts
Larian baton Sukma XII bermula

Oleh HISHAM IDRIS


PESERTA larian baton Sukma memulakan larian di Kompleks
Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu semalam.


BAHANG Sukan Malaysia (Sukma) XII semakin terasa apabila larian baton temasya tersebut bermula di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Komplek Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu semalam.

Larian sejauh 200 kilometer itu yang diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Kecil Larian Baton Sukma XII, Ashaari Idris bakal menjelajah seluruh negeri Terengganu.

Ia merupakan langkah untuk mempromosikan temasya sukan dwi tahunan itu yang akan berlangsung pada 31 Mei hingga 9 Jun.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd. Said berkata, larian baton yang pertama kali diperkenalkan itu bakal singgah di Besut sebagai destinasi pertama sebelum meneruskan ke Sungai Tong, Setiu.

Katanya, baton tersebut seterusnya bakal melalui Hulu Terengganu dan seterusnya akan menggunakan laluan Jerangau-Jabor sebelum berhenti di Kemaman.

"Kemudian seramai 60 orang pelari tetap akan bergilir-gilir selama lima minit untuk meneruskan jelajah ke Dungun dan Marang sebelum dijangka tiba pada malam perasmian pada 31 Mei nanti," katanya ketika ditemui selepas melepaskan peserta larian baton semalam.

Turut memeriahkan lagi larian tersebut seramai 400 orang pelari terdiri daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan pelajar sekolah.

Abdul Rahin berkata, acara tersebut bakal membawa semangat Sukma kali ini kepada seluruh rakyat Terengganu dan mengharapkan ia mendapat sokongan padu daripada semua lapisan masyarakat.

"Kita mahu menjadikan sukan ini sebagai salah satu acara yang dinanti-nantikan dan semua rakyat dapat mengambil bahagian," ujarnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2008 04:28 AM | Show all posts
Durian runtuh untuk atlet Terengganu

ATLET Sukma Terengganu hadir pada majlis penyerahan
bendera di Universiti Darul Iman kelmarin.

DURIAN runtuh buat atlet Sukan Malaysia (Sukma) Terengganu 2008 yang berjaya memungut pingat pada temasya dwi tahunan itu kelak.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said mengumumkan insentif lumayan berupa wang tunai berjumlah RM3,000 kepada atlet dan pasukan yang berjaya menyumbang emas, RM1,500 (perak) dan RM750 (gangsa).

Dia turut mengumumkan insentif khas segera antara RM75 hingga RM200 kepada setiap atlet yang menang pingat yang akan dibayar sebaik perlawanan tamat selain pakej lawatan ke luar negara.

Katanya, insentif tersebut sebagai galakan kepada atlet Terengganu untuk meraih lebih banyak pingat termasuk melepasi sasaran 40 emas.

"Ini semua adalah penghargaan kerajaan terhadap kejayaan dan kecemerlangan atlet dalam menaikkan nama Terengganu ke peringkat lebih tinggi, khususnya pada Sukma," katanya pada majlis penyerahan bendera negeri kepada kontinjen Terengganu di Universiti Darul Iman, malam kelmarin.

Hadir sama pada majlis itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mokhtar Nong dan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Datuk Rahin Mohd. Said.

Menurutnya, kerajaan negeri telah membelanjakan sebanyak RM47 juta bagi memastikan Terengganu mencipta kecemerlangan pada temasya sukan dwi tahunan itu.

" Peruntukanitu dibelanjakan untuk melaksanakan pelbagai program pembangunan sukan termasuk bantuan pentadbiran kepada persatuan sukan negeri, bayaran elaun, pembelian peralatan sukan dan sebagainya.

"Sehubungan itu, saya menyeru kepada semua atlet yang mewakili Terengganu supaya mengambil peluang yang ada bagi membuktikan kejaguhan serta kehandalan diri anak Terengganu," ujarnya.

Ahmad berkata, beliau optimis bahawa semua atlet Terengganu kini sudah bersedia untuk menghadapi cabaran padam temasya sukan tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2008 08:35 PM | Show all posts

Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak


kawasan tempat duduk utama


seorang pekerja mengecat garisan balapan


pemandangan dalam stadium


kerja2 menghias stadium
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2008 10:23 PM | Show all posts
NS mahu rangkul 2 emas perahu layar
Oleh Mohd Amin Jalil
SELEPAS membuat persiapan rapi sejak akhir tahun lalu, skuad perahu layar Negeri Sembilan yakin mampu merangkul dua pingat emas pada Sukan Malaysia (Sukma) di Terengganu yang akan membuka tirainya secara rasmi, Sabtu ini.

Ketua jurulatihnya, Lawrence Yeow, berkata seramai 10 pelayar dipilih menggalas cabaran pasukan dalam misi merealisasikan sasaran pingat berharga itu kali ini.

Menurutnya, dua pelayar berpengalaman yang kerap beraksi pada kejohanan kebangsaan iaitu Mohd Raziff Mohd Shariff dan Noordini Rabiha Addy Osman, menjadi sandaran utama dalam acara Optimist.


"Mohd Akib adalah juara perahu layar Optimist sirkit remaja kebangsaan peringkat Perak dan Johor tahun ini manakala Noordini adalah pemegang gangsa pada Sukma Kedah dua tahun lalu.

揝aya yakin kedua-duanya mampu menggalas cabaran dengan baik dan merealisasikan harapan kita untuk sekurang-kurangnya menyumbang dua emas pada temasya kali ini, sekali gus memadam rekod kurang memberangsangkan pada Sukma 2006 yang hanya sekadar meraih satu gangsa," katanya.

Katanya, selain mereka, atlit lain ialah Khoo Boon Kuan, Abdul Akib Mohd Shariff dan Mohd Zaki Yahya bagi acara optmist manakala Khoo Er Loon, Daniel Lim, Norasraf Suhaim, Nor Halimah Abdul Halim dan Habshah Mohd Shariff, menggalas cabaran dalam acara International 420.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 09:51 AM GMT+8 , Processed in 0.080586 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list