CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7794|Reply: 51

LOLOQ Composer Lagu Meninggal

[Copy link]
Post time 30-1-2008 04:14 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA 30 Jan. - Penulis lirik terkenal, Loloq atau nama sebenarnya Rosli Khamis meninggal dunia di Hospital Pakar Damansara, di sini hari ini.
Penulis lirik yang berasal dari Singapura itu meninggal dunia pada pukul 1.37 petang akibat pendarahan otak.

Alfatihah untuk beliau..semoga rohnya dicucuri rahmat & tergolong dikalangan orang yang beriman..Insyallah



Jenazah penulis lirik terkenal Loloq atau nama sebenarnya Rosli Khamis yang meningal dunia jam 1.30 petang tadi di Hospital Pakar Damansara telah di bawa ke Masjid Sungai Boluh untuk proses pengkebumian.Berita tersebut disahkan oleh rakannya Habsah Hassan kepada KLpos.com sebentar tadi. Menurut Habsah, jenazah Loloq akan dibawa ke rumahnya di Sungai Buloh jam 4.00 petang ini. Beliau dijangka dikebumikan hari ini juga. Beliau dimasukkan ke hospital Ahad lalu selepas pengsan di rumahnya.Loloq 50, dipercayai mengalami pendarahan dalam otak. Selepas 4 hari berada dalam koma, penulis lirik dan pujangga tanah air terkemuka, Loloq atau Rosli Khamis, 50, menghembuskan nafas terakhirnya, kira-kira jam 1.40 petang tadi. Loloq yang dimasukkan ke Wad ICU, Hospital Pakar Damansara, di sini, sejak Sabtu lalu, meninggal dunia akibat pendarahan di dalam otak. Sebelum ini, Allahyarham menjalani pembedahan kecemasan untuk membuang darah beku di dalam kepalanya.Berita menyedihkan ini disahkan kepada murai.com.my oleh beberapa rakan artis yang rapat dengan arwah iaitu Ramli MS, Aidit Alfian dan Hattan, sebentar tadi. "Ketika menghembuskan nafas terakhir, isteri beliau turut berada di sisi Allahyarham" kata HattanRamli MS pula berkata , ketika ini jenazah Allahyarham sedang dibawa ke Masjid Sungai Buloh, Selangor untuk disempurna dan disemadikan. Ramai rakan artis terus berkejar ke hospital berkenaan sebaik saja mendengar berita mengejutkan itu dan kini sedang bersama-sama mengiringi jenazah Allahyarham ke Sungai Buloh.Kematian Allahyarham Loloq, ayah kepada tiga anak, boleh dianggap satu kehilangan besar kepada dunia seni tanah air kerana ilham beliau mencetuskan banyak keindahan terhadap lagu-lagu nyanyian artis terkenal tanah air.Ketika hayatnya, beliau sudah mencipta begitu banyak lirik yang popular terutama pada era 1980-an dan 1990-an sehingga terkini. Antara karyanya yang hebat adalah Andalusia nyanyian M Nasir, Awan Yang Terpilu (Ning Baizura), Aduh! Saliha (Mawi), Persis Mutiara (Mila) dan Sembunyi (Misha Omar & Andy Flop Poppy).Antara hasil nukilan terbarunya adalah bersama komposer Azmeer untuk album solo terkini Misha Omar. Antara kejayaan hebat beliau yang turut menggunakan nama pena sebagai Nurbisa adalah menerusi Anugerah Juara Lagu (AJL), Anugerah Industri Muzik dan Anugerah MACP.Selain itu, Loloq juga seorang pelakon dan pernah membintangi filem Man Laksa dan Zombie Kampung Pisang arahan Mamat Khalid. Selain itu, beliau menulis skrip Aduh! Saliha arahan M Nasir lakonan Mawi tetapi nyata tidak sempat melihat karya itu siap sepenuhnya.Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya

[ Last edited by  izasec at 30-1-2008 04:32 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-1-2008 04:16 PM | Show all posts
korang kenal tak siapa dia ni?
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2008 04:17 PM | Show all posts
rasenye sume kenal..
al-fatihah.

[ Last edited by  Sasori at 30-1-2008 04:19 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2008 04:17 PM | Show all posts
Innalilah....lor ko tak kenal is is yg cipta lagu aduh salihah mawi
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2008 04:18 PM | Show all posts

Reply #1 izasec's post



Biar betul ni...
Innallilah....


Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2008 04:19 PM | Show all posts
takziah.....

loloq penulis lirik....... bnyk buat lagu yg hit...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-1-2008 04:20 PM | Show all posts

Reply #5 PurpleAxe's post

betulllll...lepas ni lagu-lagu artis kita kurang mengancam laaaa
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2008 04:20 PM | Show all posts
yeke...al-fatihah,

dia ni yang ader berlakon gak tu kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-1-2008 04:21 PM | Show all posts

Reply #6 miss_mira's post

lagu apa yer yg best2?
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2008 04:21 PM | Show all posts
al-fatihah....
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2008 04:23 PM | Show all posts
al-fatihah tuk beliau n takziah tuk family beliau...
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2008 04:24 PM | Show all posts
takziah...satu kehilangan..
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2008 04:24 PM | Show all posts
Al- Fatihah..betul ker beritan nih...
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2008 04:26 PM | Show all posts
tak byk artis (terutama artis muda batch 2000s ni) yg dapat sentuhan lirik dr beliau..

antaranya
mawi, kump spider, elyana, kump coco, misha omar dll.

sebenarnya ramai artis nk pakai khidmat dia, nampaknya tak kesampaian.

takziah buat keluarga beliau.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2008 04:28 PM | Show all posts
takziah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-1-2008 04:29 PM | Show all posts

Reply #13 rosemawar's post

betul laaa...Tak percaya pergi telefon Hospital Pakar Damansara

Damansara Specialist Hospital
119 Jalan SS20/10 Damansara Utama
47400 Petaling Jaya, Selangor
http://www.dsh.kpjhealth.com.my/ 03-77222692
03-77222962
03-77222598
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-1-2008 04:30 PM | Show all posts
Yup..setuju ..memang kehilangan besar
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2008 04:31 PM | Show all posts

Reply #16 izasec's post

KUALA LUMPUR, 30 JAN 2008: Selepas 4 hari berada dalam koma, penulis lirik dan pujangga tanah air terkemuka, Loloq atau Rosli Khamis, 50, menghembuskan nafas terakhirnya, kira-kira jam 1.40 petang tadi.

Loloq yang dimasukkan ke Wad ICU, Hospital Pakar Damansara, di sini, sejak Sabtu lalu, meninggal dunia akibat pendarahan di dalam otak. Sebelum ini, Allahyarham menjalani pembedahan kecemasan untuk membuang darah beku di dalam kepalanya.

Berita menyedihkan ini disahkan kepada murai.com.my oleh beberapa rakan artis yang rapat dengan arwah iaitu Ramli MS, Aidit Alfian dan Hattan, sebentar tadi.

"Ketika menghembuskan nafas terakhir, isteri beliau (Hariah Yaacob) berada di sisi Allahyarham," kata Hattan.

Ramli MS pula berkata , ketika ini jenazah Allahyarham sedang dibawa ke Masjid Sungai Buloh, Selangor untuk disempurna dan disemadikan. Ramai rakan artis terus berkejar ke hospital berkenaan sebaik saja mendengar berita mengejutkan itu dan kini sedang bersama-sama mengiringi jenazah Allahyarham ke Sungai Buloh.

Kematian Allahyarham Loloq, ayah kepada tiga anak - Krsty Nur, 11; Jaevn Nur, 8, dan Yasha Nur, 6, - boleh dianggap satu kehilangan besar kepada dunia seni tanah air kerana ilham beliau mencetuskan banyak keindahan terhadap lagu-lagu nyanyian artis terkenal tanah air.

Ketika hayatnya, beliau sudah mencipta begitu banyak lirik yang popular terutama pada era 1980-an dan 1990-an sehingga terkini. Antara karyanya yang hebat adalah Mantera Semerah Padi dan Andalusia nyanyian M Nasir, Awan Yang Terpilu (Ning Baizura), Aduh! Saliha (Mawi), Persis Mutiara (Mila) dan Sembunyi (Misha Omar & Andy Flop Poppy).

Antara hasil nukilan terbarunya adalah bersama komposer Azmeer untuk album solo terkini Misha Omar. Antara kejayaan hebat beliau yang turut menggunakan nama pena sebagai Nurbisa adalah menerusi Anugerah Juara Lagu (AJL), Anugerah Industri Muzik, Anugerah MACP dan Anugerah Planet Muzik (APM).

Selain itu, Loloq juga seorang pelakon dan pernah membintangi filem Man Laksa dan Zombie Kampung Pisang arahan Mamat Khalid. Selain itu, beliau menulis skrip Aduh! Saliha arahan M Nasir lakonan Mawi tetapi nyata tidak sempat melihat karya itu siap sepenuhnya.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya, Amin...
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2008 04:32 PM | Show all posts
Al-Fatihah

Satu kerugian yg besar pd negara
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2008 04:33 PM | Show all posts
Innalilahwainnalillahirojiun..SALAM TAKZIAH

Semoga roh nya di tempat kan di kalangan org yg beriman

hurm, hilang dah insan yg berbakat kat mesia ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:39 AM GMT+8 , Processed in 0.226524 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list