CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: makhluk

Istimewa untuk Allahyarham LOLOQ - Koleksi Lirik Terbaik

[Copy link]
Post time 4-2-2008 03:30 AM | Show all posts
Lirik yang saya langsung tak faham.

Wings
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2008 04:00 AM | Show all posts
Satu lagi lirik arwah yang unik. Minta maaf kalau lirik tak betul dan ada juga part yang tak tau. Saya tulis sambil dengar lagunya.

Salih Yaacob - SEGOMBANG INTAN
Lagu: Marina M. S.
Lirik: Nurbisa

niat insung matekaji semar ngising
aduh, ke mana juga dia pergi ni
sampai sekarang belum pulang-pulang lagi
perut sudah keroncong
saya belum makan
angin lagi masuk
asik pos pos pot aah

bila bulan mengambang
pak cengkadak pun merayang-rayang
mengenangkan mak cengkrik sayang
pulang jauh malam belumlah pulang

takut dikelentong puaka jembalang
atau dipelangkung palang melintang

oi mak ey, cepat sikit lo
kuey kuey nangdi (tak tahu)

hati singa boleh gemang(?)
inikan pula hati belalang
siapa tak marah long
biar langsung berceraikan badan
asal kasih jangan dilangan(?) malang
alamat bergoding menangkap lopong
bagaikan lotong

datang dari indera kayangan
datanglah dari kayangan
dijaga rapi sembilan dayang
pagi jumaat embun ditatang

aduh dari indera kayangan lo, tinggi tu
kalau naik tak boleh turun
mandi embun konon
bangunnya pukul berapa?
pukul satu
mana ada embun pukul satu
air terjun ada la
jangan nak kelentong
mandinya pun sehari pun ya tak sekali
ketiak busuk
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2008 04:14 PM | Show all posts
Originally posted by bayieng at 1-2-2008 11:11 AM
tu arr.. bila aku baca je la lirik Kitalah Bintang...Bolero..trus rasa arwah ni cool org nyer.
sampai skang aku masih dalam kesamaran..apakah maksud KASMARAN tu...

dlm sesebuah lgu..aku le ...


aku ingat lagi..time aku darjah 6..masa tu tgh meletup album ella usa ni...kakak aku la yg beli..
aku siap tanya cikgu tusyen aku lagi apa maknanya bolero and kasmaran ni...

pastu jawapan dari cikgu aku tu..saya tak penah dgr la perkataan ni..mana awak dapat perkataan ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2008 06:26 PM | Show all posts
tak banyak artis yg dapat lirik dia...maksud akak, dpt lirik dia banyak kali...ada tu sekali je dpt...ada yg byk kali..tiap kali buat album..mesti dpt lirik loloq... akak rasa loloq percaya kpd penyampaian penyanyi2 tersebut.

lately kita dpt lihat spider dgn lirik loloq since 1st album (1999)...elyana pun dpt lirik sejak lagu cahaya gelita (2nd album, 3rd album dan latest 4th). mawi pun dpt sejak 1st album

sbnrnya bukan senang...dia berikan lirik yg susah kpd penyanyi tertentu sahaja...kalau lirik dia kita susah nk faham tu, kita patutr espek kat penyanyi jugak sbb diorng dpt kepercayaan loloq utk carry dat song.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2008 10:48 PM | Show all posts
Originally posted by aku_figo at 1-2-2008 02:41 AM
aku paling suke lirik2 loloq dlm album spider - Aladin (2002) ....

laukku cukup masin


aku tolong pastekan liriknya ya..

LAUKKU CUKUP MASIN

Makin lama kukunyah
Makin tawar
Macam manis perasa gula getah
Bunyi tajuk sikitlah punya besar
Isinya kosong bercampur sifar
Dalam diam diam
Senyuman menyulamkan dendam
Nasi yang engkau sajikan
Penuhi tulang ikan
Mana benar baik mana pula tidak
Baik bodoh atau jahat bijak
Sudah pipi kanan kena sepak
Kepala kasi orang pijak
Dalam diam diam
Senyuman menyulamkan dendam
Nasi yang engkau sajikan
Penuhi tulang ikan
Ayatmu ayat sekerat
Ayatmu tak cukup sifat
Ayatmu boleh buat orang sesat
Laukku dah dah cukup masin
Laukku cukup masin
Tak perlu engkau tambah garam
Laukku dah cukup cukup masin
Laukku cukup masin
Tak perlu engkau tambah garam
Ayatmu ayat sekerat
Ayatmu tak cukup sifat
Ayatmu boleh buat orang sesat
( 2X )
Laukku dah dah cukup masin
Laukku cukup masin
Tak perlu engkau tambah garam
Laukku dah cukup cukup masin
Laukku cukup masin
Tak perlu engkau tambah garam
Peluru sesat tak kenal siapa tuannya
Peluru sesatmu
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2008 10:39 AM | Show all posts
Lagu dicipta khas untuk MAT REMPIT


Spider - Salut

Bukan kau tidak berjaga jaga
Atau sudah kau hilang rasa
Mahu pun lupa cerita lara
Sampai sudah masih terkena

Berbelas berpuluh beratus kali engkau
Terbabas terhempas terpulas
Sama lu kita salut lu memang hero
Kita pun kecut perut tengok dari jauh

Sama lu kita salut
Lu memang jebat
Biar dah banyak parut masih lagi ligat

Dimata kita mereka buta insan kau cinta
tak berguna
Tak patut hidup di pentas maya
Biar saja digilis roda

Berbelas berpuluh beratus kali dia
Terbabas terhempas terpulas
Sama lu kita salut lu memang hero
Kita pun kecut perut tengok dari jauh

Sama lu kita salut lu memang jebat
Biar dah banyak parut masih lagi ligat
Kita semua memang lah suka mahu melihat
kau berjaya
Semoga kau dapat cinta yang indah

Sama lu kita salut
Lu memang hero
Kita pun kecut perut tengok dari jauh
Sama lu kita salut
Lu memang jebat
Biar dah banyak parut masih lagi ligat

Sama lu kita salut 2X
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-2-2008 12:50 AM | Show all posts
KAU ANGIN YANG MEMBANTU

NORA

KOMPOSER : JAY JAY
LIRIK : NURBISA

KEPADAMU
KULAYARKAN
IRAMA DAN LAGU
SEDERHANA INI

MENYATAKAN
CINTAKU BERJAYA
MELEBARKAN SAYAPNYA
MENAWANGI ANGKASA

DAN LINTASAN
KERAGUAN
DALAM JIWA TERHAPUS
DI KIKIS CAHAYA

KEINDAHAN
YANG TERPENDAM
MEWARNAKAN SEMULA
SALAMAN MUHIBBAH

TAK TERUCAP
KESYUKURAN
MENIKMATI RESTU
MERAMPAIKAN RASA

NA NA NA...
KAULAH ANGIN
KAULAH ANGIN
YANG MEMBANTU...

DARI ALBUM NORA, SANDIWARA
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2008 03:31 AM | Show all posts
akar kita
m.nasir/loloq

akar kita, akar kita
akar kita, akar kita
akar kita, akar kita
harus menjalar dalam dan jauh
bicara sang pohon keramat tua
kalau mahu matahari
menyimbah karunianya

langit tinggi lagi jelas pandangan
mudah baca cabaran mendatang
mudah buat perkiraan
matang dah tepat ke sasaran

hujan tak datang
kering kontang

hati tak resah atau rasa gundah
bila jejari membenam ke mata air
itulah pesanan Luqman
pada puteranya di waktu duha
dia pergi mencari suara emas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2008 03:35 AM | Show all posts
HALL OF FAME

anugerah industri muzik (AIM)
lagu terbaik:
mentera semerah padi (1994)
awan yang terpilu (2004)

juara lagu:
juara kategori irama malaysia - bonda (1994)
juara kategori irama malaysia & juara lagu - ghazal untuk rabiah (1997)
juara kategori pop rock & juara lagu - andalusia (1999)
juara kategori etnik kreatif - aduh saliha (2005)


aku cadangkan tahun ni AIM bagi anugerah wirama kepada arwah loloq
sudirman pun penah terima anugerah ni lepas dia meninggal
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2008 11:17 PM | Show all posts
Lagu: Dengar Ella Menyanyi
Group: EXIST
Vocal: Along Exist
Lirik: Loloq

Lewat sekarang masih memuji
Hebat tak hebat ella menyanyi
Sampai sekarang masih memuji
Hari ke hari tambah berseri

Seni satu misteri
Halus bagai rohani
Wujud, sayang tak pernah dihargai

Bagai angin menagih sesuatu
Bagai api memerlu bahan bakar
Bagai lara menagih air mata
Bagai cinta memerlu kasih sayang
Kekasih, kekasih, kekasih

Siul sang burung siul berperi
Nampak biasa tapi bererti

Seni satu misteri
Halus bagai rohani
Wujud, sayang tak pernah dihargai

Bagai angin menagih sesuatu
Bagai api memerlu bahan bakar
Bagai lara menagih air mata
Bagai cinta memerlukan kasih sayang
Kekasih kekasih kekasih


--------------------------------
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2008 02:45 PM | Show all posts
HABIS SUDAH UMPANKU

AZIZI AF1

LAGU : MARLIN

LIRIK: LOLOQ

Satu tahun satu lilin lagi
Satu kalendar hangus lagi
Satu pintuku tertutup lagi
Satu cintaku pergi lagi

Satu apa tak jadi
Tak pernah menjadi
Sampai bila harus
Aku begini

Umpanku habis
Ikan terlepas
Gunungku dihakis
Pulau tak terbatas
Modalku makin nipis
Masih belum terkilas

Satu hari satu pangkah lagi
Satu memori rabak lagi
Satu kawan kecundang lagi
Satu kasihku pergi lagi
Satiu mimpiku hampa lagi
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2008 02:58 PM | Show all posts
CINTA SAKTI

DEF GAB C

LAGU: M NASIR

LIRIK: LOLOQ

Cinta sakti
Bila lagi nak menjadi
Cinta sakti
Pandanglah di hatiku ini
Sakti
Bila nak terbukti
Cinta sakti
Kasihani aku yang sepi

Cahaya api aku tak peduli
Emas keluli aku tidak peduli
Janji lepas dari belenggu ini
Cinta sakti
Bila nak bersemi
Sakti
Mahu kau hadir di sisi

Tanpamu
Aku beku
Dan tak menentu
Tujuan ku

Bintang pasangannya bulan
Langit pasangannya bumi
Malam pasangannya siang
Apa pasangannya mentari

Mari mari
Cinta sakti
Bila nak terpatri
Sakti sakti
Bila nak terpatri
Sakti sakti
Dapatkah kau nyatakan di sini
Pulanglah dikau
Ke sangkar baiduri mu
Aku kasihmu

Tanpamu aku beku
Dan tak menentu tujuan ku
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2008 04:25 PM | Show all posts
LAGU CENDERAWASIH

Matamu mencerminkan resah
Kembara keancala yang bersalju
Peperangan kuasa dan jasa
Di dalam lamunan menggentas bakawali

Jauharmu mencorakkan rindu
Berputik diranting mayapada
Perjanjian naluri dan hikmah
Di dalam impian menggamit cinta sakti
Lagu cenderawasih

Sesungguh ku dambarkan pasangan dua dunia
Benar hingga melampaui adat dan masa
Sesungguhku dambarkan pasangan dua dunia
Benar hingga menyinarkan bukti yang nyata

Peperangan kuasa dan jasa
Di dalam lamunan merentas bakawali
Perjanjian naluri dan hikmah
Di dalam impian menggamit cinta sakti
Lagu cenderawasih

Matamu mencerminkan resah
Kembara keancala yang bersalju


lagu: M.Nasir
lirik: Nurbisa
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2008 02:15 PM | Show all posts
Teruja - Ella
Produced & Arranged by Anton Morgan
Recorded at Two AM Music Studios
Written by Anton Morgan (Two AM)
Lyrics by Loloq (Luncai Emas) /
Allie Morgan (Two AM)
Mix by Greg Henderson / Nik Lee
Lyrics by Loloq / Allie Morgan

Selepas tangis
Ilham pun mengintai
Melontar kata
Buat aku terfikir

Selepas hujan
Hari nampak berseri
Menggilap cermin hidup
Buat aku sedar

Harus bangkit semula
Sampai hatimu memandangmu (Teruja)
Baru kau tahu tinggi langit
Dicabar cinta (Teruja)

Belaian angin
Bisa jadi ribut
Halus budi wanita
Bisa jadi keras

Bagai gelora
Merubah sempadan
Aku merintis
Dunia baru
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2008 06:07 AM | Show all posts
  senja nan merah the best
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2008 12:29 AM | Show all posts
ABP dlm plan ada persembahan tribute tuk arwah loloq
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2008 03:21 AM | Show all posts
Bukti
lagu: tony spider
lirik: loloq
penyanyi: fiq mentor

Dalam lembah yang gelita
Tak nampak wajah
Apatah nak ku melangkah
Merangkak pun payah

Percik api menyala
Bagai satu petanda
Jauh mana kan aku damba

Dalam jiwa yang cedera
Tak nampak cinta
Apatah nak ku gembira
Tersenyum pun paksa

Bibit kasihmu dinda
Susah mana pun aku
Akan menyusurinya
Oh...

(korus)
Airmata ku tahan
Mengalir lesu dalam kalbu
Dingin lalu membeku
Menjadi bukti luhur niatku

Dalam hidup yang gelora
Tak nampak dosa
Apatah nak bercinta
Merindu pun dera

Kerdip sinar di mata
Bagai satu petanda
Sukar mana kan aku puja
Oh...

(ulang korus)

Hanya kepadamu
Tinggal harapan kasih
Buat diri ini
Kembali berasmara

(ulang korus)

Oh...
Menjadi bukti luhur niatku
Oh...
Menjadi bukti luhur niatku
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2008 06:42 AM | Show all posts
kagum2

al fatihah
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2008 01:02 PM | Show all posts
AL-FATIHAH untuk rohnya,. AMIN..
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2015 02:24 PM | Show all posts
Spider - Lengit

Tam Spider / Loloq

Bukan aku marah kosong,
Marah aku ada sebab,
Tak payah aku nak terangkan,
Bukan aku lagak sombong,
Lagak aku ada sebab,
Tak payah aku nak jelaskan,

Cinta kau jual terlalulah mahal,
Mana boleh masuk akal,
Sampai jiwaku kalau boleh gadai,
Masih tak cukup nak langsai,

Tinggi bola engkau lambung,
mana boleh cecah langit,
Tinggi hidung engkau mancung,
Apa guna kalau lengit,

Oh... Carilah orang lain,
Yang lebih dahsyat dariku,
Yang sanggup taat kepadamu,

Maafkanlah ku sekali,
Dari hujung rambut ku ini,
Sampai ke hujung kaki,
Biarlah ku angkat kakiku lari,
Dari seksa sebegini,
Hidup menjadi patung hujung tali,
Gerak ku digerak jari
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:51 AM GMT+8 , Processed in 0.060125 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list