CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2244|Reply: 44

Ir Mohammad Nizar angkat sumpah esok

[Copy link]
Post time 16-3-2008 12:23 PM | Show all posts |Read mode
Pertama kali Tahniah kepada semua rakyat Perak Daruriduan
kerana mendapat menteri besar dari BUKAN parti hipokrit umno.

Tahniah  .....  Tahniah .....   :handshake:  :handshake:  :handshake:




MB Perak angkat sumpah esok
IPOH, 16 Mac: Menteri Besar Perak, Ir. Mohamad Nizal Jamaludin akan
mengangkat sumpah jam 11.30 pagi esok, 17 Mac, kata Pesuruhjaya PAS Perak,
Ustaz Ahmad Awang.



Majlis itu diadakan selepas ditangguhkan baru-baru ini ekoran masalah salah faham
antara ketiga-tiga parti yang membentuk kerajaan iaitu DAP, PKR dan PAS.


15 Mac lalu, ketiga-tiga parti telah mencapai kata sepakat dan menghantar surat
kepada Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah, menyokong Nizal sebagai MB dan mahu
membentuk kerajaan bersama.


Ketiga-tiga parti juga bersetuju komposisi Exco berdasarkan jumlah kerusi yang
dimenangi mereka iaitu komposisi DAP 6: PKR 3: PAS 1



Posted by Siasah at 8:52 PM 0 comments


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-3-2008 12:28 PM | Show all posts
Nizar: Jurutera yang boleh berbahasa Inggeris, Cina dan Tamil
  Ramai yang tertanya-tanya bagaimana wakil rakyat Pasir Panjang dari PAS,
Ir Mohamad Nizar Jamaludin, 51, dipilih sebagai Menteri Besar
Perak padahal DAP mempunyai lebih ramai Adun (18) dan
PKR juga mempunyai lebih dari PAS iaitu tujuh, manakala PAS
hanya ada enam sahaja.



Dia sebenarnya bukan dipilih kerana PAS tetapi faktor utamanya
adalah kerana dia paling layak di kalangan sembilan wakil rakyat
Melayu dan beragama Islam yang ada di kalangan Adun DAP,
PKR dan PAS yang membentuk kerajaan bersama itu.

PKR hanya ada tiga Melayu manakala PAS ada enam.
DAP tidak mempunyai seorangpun Adun berbangsa Melayu dan
beragama Islam. Menjadi syarat kepada MB Perak
(sebagaimana termaktub dalam undang-undang tubuhnya)
adalah Melayu dan beragama Islam. Hanya Sultan Perak boleh mengubah syarat ini.

Rakyat Perak bukan sahaja bakal memperolehi seorang Menteri Besar yang boleh
memberikan khutbah Jumaat
bahkan juga seorang jurutera yang boleh bercakap
empat bahasa, Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris.

Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, 51, dilahirkan pada 17 Mac 1957 di Kampung Air Hitam Labu,
Kampar Perak. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Kampar,
kemudiaannya meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah Anglo Chinese, Kampar.

Selepas itu menyambung pelajaranya di Sekolah Menengah Teknik, Persiaran
Brash, Ipoh. Pada tahun 1972 beliau mengambil Advance Level (A Level) di Norwich
City College Of Arts & Technology Norwich, Norfolk, England.

Beliau merupakan lulusan Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Mekanikal dari
University Of Aston di Brimingham, United Kingdom.

Sekembalinya ke tanahair, beliau bekerja di beberapa agensi kerajaan termasuk Jabatan Kerja Raya
bahagian bengkel dan kuari, Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA - Daya Urus),
Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.

Beliau berpengalaman luas dalam menjalankan beberapa projek besar negara.
Antaranya Projek Dayabumi fasa 2 & 3 pada tahun 1983, projek Pusat Islam
(BAHES, Jabatan Perdana Menteri (1984), projek Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu (1985),
pengurusan bangunan-bangunan kerajaan dan swasta termasuk KOMTAR,
Bangunan Persekutuan Gunasama, pusat membeli belah dan pengurusan semua lif
di hospital Kerajaan Negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis sehingga kini.

Sebelum dilantik menjadi Menteri Besar beliau merupakan
Pengarah Urusan di beberapa firma swasta.
Di luar negara pula beliau banyak menjalankan beberapa projek
di beberapa buah negara, antara di Birmingham, United Kingdom,
Zug Switzerland, Miano Italy,
Bangkok Thailand, Sdyney dan Goldcoast Australia,
Doha Qatar dan Tehran, Iran.

Dalam bidang politik pula, beliau berkecimpung dengan PAS dengan memegang
Ahli Jawatankuasa PAS kawasan Kampar (1999 - 2001).
Beliau menjawat jawatan Yang Dipertua PAS kawasn Kampar (2001 hingga kini).
Di peringkat PAS Negeri Perak, beliau memegang jawatan Bendahari PAS Negeri (2001- 2006),
Setiausaha PAS Negeri (sebelum menjadi Menteri Besar Perak).

Walaupun beliau seorang yang berpendidikan tinggi tetapi beliau amat aktif dengan
kegiatan masyarakat. Antaranya beliau memberikan kuliah dan majlis ilmu di masjid-masjid
dan surau-surau, ceramah motivasi pelajar dan institusi pengajian tinggi, menyampaikan
khubah jumaat, bantuan kepada fakir miskin, mewakili PAS dalam program program kaum bukan Islam serta terlibat secara langsung dengan beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Beliau mempunyai lapan orang cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama isterinya,
Fatimah Taat. Anaknya pertama merupakan lulusan BA Syariah Universiti Mut'ah, Jordan.
Anak kedua pula lulusan hafiz al-Quran di Universiti Mut'ah Jordan.
Anak yang ketiga juga lulusan hafiz al-Quran dari Universisiti Damsyik,
Syria dan Universiti Lebanon. Manakala anak yang ke empat hingga
ke lapan sedang belajar di beberapa pelbagai institusi pendidikan dalam negeri.


Keistimewaan beliau, walaupun lulusan dari luar negeri beliau mampu mengajar
(buka kitab) di masjid-masjid dan suara-surau.malah beliau sendiri mampu
mengelenggarakan ibadah kurban termasuk penyembelihan bintang kurban.

Haji Nizar juga selain boleh berbahasa Inggeris juga boleh berbahasa Cina dan Tamil.
Inilah Menteri Besar yang dikehendaki oleh rakyat, mampu mentadbir,
berwibawa dan mempunyai pengetahuan agama dan boleh membaca khutbah jumaat.

Perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang memilih Mohammad Nizar
sebagai Menteri Besar Perak memang tepat, oleh itu semua pihak perlu akur
dengan keputusan yang dibuat oleh Sultan Perak.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2008 12:31 PM | Show all posts
Jangan batal lagi saat akhir dah lah.  

Tambah satu lagi stadium perak kalau nak jemput tuan guru bagi ceramah..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2008 12:32 PM | Show all posts
mb mcm ni la org nak.... bukan yg jenis bertopeng.... harap leh mencontohi kepimpinan TGNA....

surina~TERingin nak tgk mb2 negeri lain menyembelih lembu semasa hari raya haji
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2008 12:33 PM | Show all posts
salute lah...mcm 2 bahasa dia boleh...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2008 12:34 PM | Show all posts
untung nyeeer org2 perak .....dpt MB berpendidikan profesional
dan bekerja kuat untuk Agama Allah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-3-2008 12:34 PM | Show all posts
angkat sumpah jadik menteri besau sama ngan besday la ek?
pandai noo carik timing angkat sumpah..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2008 12:35 PM | Show all posts
InsyaALLAH....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2008 12:35 PM | Show all posts
tak peliklah Tuanku Sultan Perak pilih beliau.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2008 12:37 PM | Show all posts

Reply #7 orion_pax's post


iye la kan....kira hadiah birthday la tu...
bukan mcm tok samy..
hadiah besday dia tersungkur menyembah bumi...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2008 12:38 PM | Show all posts
Malang le kome yob, dapat MB dari PAS. Ni bukan aku kata..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2008 12:39 PM | Show all posts
Originally posted by juwaini at 16-3-2008 12:38 PM
Malang le kome yob, dapat MB dari PAS. Ni bukan aku kata..


deme yg kate ke...
ate, ngape kome tak lawan..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2008 12:39 PM | Show all posts
knp mb ni?
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2008 12:40 PM | Show all posts

Reply #10 vantage's post

a'ah ek
tarikh angkat sumpah sama ngan tarikh lahir

kebetulan yg menarik
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2008 12:40 PM | Show all posts
Originally posted by orangdalam at 16-3-2008 12:39 PM


deme yg kate ke...
ate, ngape kome tak lawan..

Udah deme (mereka) seronok benor nak ngata negeri teman. Teman gelak aje le nengoknya..

Terengganu dengan Perlis apa kes?
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2008 12:40 PM | Show all posts
Originally posted by lonely_surina at 16-3-2008 12:39 PM
knp mb ni?


Pasal dia dari PAS.. :re:



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2008 12:42 PM | Show all posts
gempak ni MB perak ni...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2008 12:43 PM | Show all posts
terharunya haji nizar jadi MB perak...

Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2008 12:45 PM | Show all posts
org pas takley jadi mb ke? hina sangat ker?
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2008 12:47 PM | Show all posts
Originally posted by lonely_surina at 16-3-2008 12:45 PM
org pas takley jadi mb ke? hina sangat ker?


Loh.. Ni apa kes serius sangat ni?


Su kena belajar makna SARCASM..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-5-2024 03:28 PM GMT+8 , Processed in 0.563703 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list