|
Chevrolet Captiva - SUV lebih premium
Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN
Pasaran segmen SUV atau crossover SUV di Malaysia dilihat melalui evolusi yang agak pantas. Saban tahun, ada sahaja model-model baru diperkenalkan melibatkan segmen yang semakin mendapat tempat di hati pengguna ini.
Bagi pemandu di Malaysia, SUV lebih digunakan sebagai kenderaan harian berbanding untuk kegunaan off-road memandangkan infrastruktur jalan raya yang ada masih boleh dianggap baik. Apatah lagi, harganya yang melebihi RM100,000 membuatkan pemiliknya berfikir 10 kali untuk menggunakannya secara lasak.
Bagi mereka yang memiliki keluarga besar pula, SUV adalah alternatif terbaik sebagai kenderaan yang boleh menempatkan semua ahli keluarga dengan selesa, selain dapat memandu sebuah jentera yang jauh lebih sporty dan bergaya.
Berada sebaris dengan rangkaian model crossover SUV lain yang ada di pasaran seperti Honda CRV, Naza Sorento, Toyota RAV4 dan Hyundai Santa Fe, buah tangan terbaru daripada Chevrolet ini nyata menyerlah.
Dibangunkan daripada platform GM Theta, model yang diberi nama Captiva ini dihasilkan oleh pusat reka bentuk GM Daewoo yang berpangkalan di Bupyeong, Korea Selatan.
Secara kasarnya, fizikal Captiva mempunyai tarikan cukup kuat bagi mereka yang gemarkan kenderaan dengan attitude. DNA kenderaan buatan Amerika Syarikat (AS) memang jelas terserlah pada Captiva, biarpun produk jenama Chevrolet ini bukan lagi dibuat di AS tetapi menerusi syarikat pengeluar kereta miliknya, Daewoo di Korea Selatan.
Namun begitu, bagi pasaran tempatan, Chevrolet membawa unit crossover SUV ini dalam bentuk CBU (diimport sepenuhnya) dari kilangnya di Rayong Thailand.
Kalau hendak diikutkan, jenama Chevrolet bukanlah asing menerusi pengenalan model-model seperti Aveo, Optra, Optra5 dan Aveo Notchback. Ia nampaknya tetap bergelut untuk mendapatkan kepercayaan daripada pengguna Malaysia yang masih selesa menggunakan kenderaan berjenama nasional dan Jepun.
Secara jujurnya, ketika mula-mula memegang stereng Captiva, tiada ekspektasi menggunung yang penulis letakkan padanya. Namun begitu, persepsi itu pantas berubah apabila Captiva mula meluncur di atas jalan raya.
Menjadi antara model terawal keluaran Chevrolet menggunakan unit kuasa diesel, enjin bersesaran dua liter ini terasa cukup responsif. Justeru, menyusuri lebuh raya yang baru siap menuju ke Putrajaya untuk sesi fotografi, sukar benar rasanya untuk membuatkan Captiva mematuhi had laju yang ditetapkan.
Sebabnya mudah, enjin diesel 16 injap VCDi dengan unit turbo intercooler yang dibangunkan oleh GM Daewoo dengan kerjasama GM Powertrain dan VM Motori S.p.A. ini tidak mengecewakan.
Dengan keupayaan menghasilkan 150 hp pada 4,000 rpm dan tork maksimum 320 NM @ 2,000 rpm, tiada keraguan bahawa ia mampu memberikan kuasa secukupnya, biarpun terpaksa mengharung perjalanan berbukit atau memandu di tengah kesesakan jalan raya.
Dipadankan dengan kotak transmisi automatik lima kelajuan tiptronic, senggukan ketika gear ditukar hampir tidak terasa. Malah, enjin ini tidak perlu menunggu lama untuk menghamburkan kuasa yang diperlukan.
Sebaik sahaja pedal minyak ditekan, gearnya pantas diturunkan dengan jarum rpm hanya berkisar antara 2,000 hingga 3,000 rpm sebelum ia mencapai gear tertinggi.
| KONSOL tengahnya menampilkan reka bentuk ergonomik dengan semua butang pendingin hawa dan audio dapat dicapai dengan mudah.
|
Bagi mereka yang mahu merasai keseronokan memandu secara manual, anda boleh berbuat demikian dengan menolak tombol gear ke sebelah kiri dan mula memilih kedudukan gear sebagaimana yang anda mahukan.
Ruang kabin dengan kapasiti tujuh tempat duduk ini dimonopoli oleh warna hitam yang menyalut tempat duduk, panel sisi dan papan pemukanya.
Sebenarnya, terdapat banyak ciri yang membuatkan Captiva lebih premium berbanding mana-mana pesaingnya. Pendingin hawanya dikawal secara digital, selain paparan digital yang ada di bahagian atas papan pemukanya memaparkan pelbagai maklumat berguna seperti suhu dalam dan luar kabin, serta sejauh mana Captiva boleh bergerak dengan bahan api yang masih bersisa di dalam tangki.
Sistem audionya juga boleh membuatkan anda tersenyum. Kualiti bunyi yang dihasilkan oleh unit pembesar suara cukup bagus untuk memainkan apa juga genre muzik yang anda gemari.
Paparan meter analognya cukup ringkas, tetapi di sebalik latar hitam itu tersembunyi ikon-ikon yang akan menyala apabila butangnya ditekan.
Sementara kemasan warna titanium pada bahagian sisi konsol tengahnya serta krom yang terdapat di tombol audio serta pendingin hawa membuatkannya nampak kemas dan elegan.
Menyumbang kepada kestabilan pemanduan juga ialah sistem suspensi bebas pada keempat-empat rodanya. Roda hadapan Captiva menggunakan khidmat topang MacPherson dengan bar penstabil, manakala roda belakang pula dipasang dengan suspensi jenis Multi-linik, lengkap bersama sistem self leveling.
Sistem ini berfungsi menaikkan suspensi roda belakang lebih tinggi secara automatik apabila anda membawa beban yang berat. Ini bagi memastikan keseimbangan berat antara bahagian depan dan belakang berada dalam keadaan sempurna.
Chevrolet Captiva 2.0L diesel ini ditawarkan pada harga RM156,360 seunit tanpa insurans.
aik.. tak mahal mana pun harganya ek... aku dulu jarang nampak chevy kat m'sia.. tapi skrg ni banyak gak chevy roam around kat m'sia ye... captiva ni.. cantik gak body dia... tapi since aku mmg suka honda bagi aku suv honda -- CRV lagi worth it dan lawa sikit ler... tapi dengan harga captiva yang competitive aku rasa ramai leh beli ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
berkenan sangat kat captive nih tapi tengah dalam pertimbangan nak beli atau tunggu |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 Feno's post
kalu ko beli.. ko ajak la aku naik kita gi fishing... wokey... |
|
|
|
|
|
|
|
Chevrolet Captiva lasak, mewah
Oleh Mohd Razlan Salleh
| PENGGEMAR Kenderaan Sport Utiliti (SUV) berimej lasak dan mewah kini boleh mengunjungi mana-mana pusat jualan kenderaan Chevrolet dan melihat sendiri tawaran menarik khusus bagi model Captiva, jentera gaya Eropah tulen. |
PENGGEMAR Kenderaan Sport Utiliti (SUV) berimej lasak dan mewah kini boleh mengunjungi mana-mana pusat jualan kenderaan Chevrolet dan melihat sendiri tawaran menarik khusus bagi model Captiva, jentera gaya Eropah tulen.
Chevrolet Captiva diakui sebuah SUV yang bukan sahaja mampu memuatkan tujuh penumpang tetapi model berkenaan kini dijual pada harga serendah RM144,888 seunit.
Dilengkapi enjin diesel VCDi 16 injap dengan turbo intercooler yang dibangunkan GM Daewoo dengan kerjasama GM Powertrain, Captiva mampu menghamburkan kuasa kuda (hp) sehingga 150hp pada 4,000 rpm dan tork maksimum 320 NM pada 2,000 rpm.
Captiva turut dibekalkan dengan kotak gear automatik lima kelajuan Triptronic yang membolehkan ia dipandu secara manual.
Setiap enjin dilengkapi dengan fungsi transmisi pacuan semua roda (AWD) dan pacuan roda depan (FWD).
Menggunakan topang MacPherson dengan bar penstabil pada roda hadapan dan Multi-link bersama 'Sistem Self leveling' (SLS) pada roda belakang memberikan kestabilan serta keselesaan ketika pemanduan dalam apa jua keadaan jalan raya.
Sistem itu berfungsi menaikkan suspensi roda belakang lebih tinggi secara automatik apabila membawa beban yang berat.
Ini bagi memastikan keseimbangan berat antara bahagian depan dan belakang berada dalam keadaan sempurna.
Bagi perjalanan lebih selesa, fungsi utama seperti lampu dan pengelap cermin dikawal secara automatik bergantung kepada keadaan persekitaran dan cuaca.
Paling menarik, lampu utama Captiva akan padam selepas 30 saat kenderaan terbabit dikunci sebagai langkah keselamatan bagi pemandu yang terpaksa melalui jalan gelap selepas meletak kenderaan mereka.
Untuk keselamatan tambahan, ia dibekalkan Sistem Brek Anti Kunci Empat Roda (ABS), Program Kestabilan Elektronik, perlindungan Active-Roll Over dan Sistem Kawalan Penurunan Bukit.
Dari sudut dalaman, salutan kulit hitam pada semua kerusi membolehkan pemandu dan penumpang menikmati perjalanan selesa.
Tempat duduk barisan kedua boleh dilipat sementara tempat duduk ketiga pula boleh dilipat rata untuk memberikan ruang kargo dengan kapasiti 930 liter.
Malah, kotak simpanan sejuk (Cooled Glove Box) turut disediakan untuk menyimpan minuman atau makanan mudah cair seperti coklat.
Terdapat empat warna pilihan ditawarkan iaitu Sterling Silver, Black Sapphire, Royal Gray dan Tornade Red. |
|
|
|
|
|
|
|
Entah nape, aku lebih prefer honda CRV..... |
|
|
|
|
|
|
|
kompom resale value takde... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 Bell's post
jiran aku pakai chevrolet optra sedan tahun 2006 ke 2005 tak silap yg ada offer beli 60k++(harga asal 80k~ beli masa phase out)...
lepas tuh beli kancil 660 buat g kerja... tak tahan minyak ngan maintenance... nak jual balik tak balik modal... walaupon beli murah...
yg bestnya... timing belt tuko kat service centre... 1.8k.... skrang keta digunakan hanya untuk balik kg.... dan menurutnya... takkan dijual... pakai sampai habis...
lawa mmg lawa... bawak mmg sedap.. tapi tu la balanya tak setimpal.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by QAX at 1-4-2009 09:03
jiran aku pakai chevrolet optra sedan tahun 2006 ke 2005 tak silap yg ada offer beli 60k++(harga asal 80k~ beli masa phase out)...
lepas tuh beli kancil 660 buat g kerja... tak tahan minyak ng ...
When it comes to fuel consumption and maintenance, Korean cars are out of the book! Kia Spectra pun kuat mentekedarah minyak. Spare parts pun mahal.
Kalau jiran engkau tu nak jual jugak Optra dia, suruh cari org sambung bayar. Itu jer caranya....
[ Last edited by Bell at 1-4-2009 09:32 ] |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #10 Bell\ catat
Kesian pulak kat org yg sambung bayar tu |
|
|
|
|
|
|
|
Chevrolet------> Daewoo yg buat bas panjang2 tuh..??
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalo amik Captiva Sport nampak cun sket....tak tau market malaysia masuk ker tak??
|
|
|
|
|
|
|
|
Mana lagi cun?Captiva ker CRV?
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by danedzya at 1-4-2009 19:26
Mana lagi cun?Captiva ker CRV?
http://i242.photobucket.com/albums/ff259/zafedz/irmscher-chevrolet-captiva-03.jpg
http://i242.photobucket.com/albums/ff259/zafedz/irmscher-chevrolet-captiva-01.jpg
Laaa....soklan senang jer...mestiler 200% crv lagi cun...resell price pon cantek!! Tp kalo dah ader, xyah sell dah! |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #15 acikia\ catat
Aku kalo orang cakap pasal re-sale value...teringat kata2 Orang Dalam (OD)...
"ko boli keto utk dijual ko??"
Ado boto gak cakap OD nie... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #17 danedzya's post
chaitt...Od pon dah nak tukar kete dah ituhari dok riki2 kete lain....chiipoodah od... |
|
|
|
|
|
|
| |
|