CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rezeki

MERGE:NOTA PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH & MEKAH (Rezeki and Ustaz)

 Close [Copy link]
 Author| Post time 22-1-2008 08:54 AM | Show all posts
24/11/2007 SABTU (Day 10)

Kota Mekah terletak di bahagian barat Arab Saudi di tanah Hijaz yang di kelilingi oleh gunung -ganang, terutamanya di sekitar Masjidil Haram. Dataran rendah di sekitar Mekah dikenali sebagai Batha, sebelah timur ialah perkampungan Ma'la dan barat daya pula ialah Misfalah. Rasulullah dilahirkan dan menetap di Ma'la sehinggalah baginda berhijrah ke Madinah. Kota Mekah terletak 300 meter dari paras laut.

Antara keistimewaan kota Mekah ialah ALLAH telah memilihnya sebagai tempat dibangunkan "Rumah ALLAH", kota kelahiran dan kenabian Muhammad dan pengakhiran para rasul, tempat beribadat para hambaNYA serta kewajipan ke atas mereka untuk mengunjunginya , tempat dimana keredhaan hati, khusyuk, kepala terbuka dan meninggalkan segala bentuk pakaian dan perhiasan dunia, tempat yang dijadikan ALLAH sebagai Tanah Suci yang aman, tempat untuk menghapuskan segala dosa2 yang lalu, tempat disyariatkan oleh ALLAH kepad manusia untuk bertawaf di Kaabah, tiada satu pun tempat di muka bumi ini diwajibkan oleh ALLAH untuk dikunjungi selain Mekah bagi mereka yang mampu, tempat yang diwajibkan hambaNYA untuk menghadap dan melambaikan tangan kepada Kaabah, Hajar Aswad dan Rukun Yamani, orang yang bersolat di dalamnya digandakan pahalanya 100,000 kali, tempat yang dilarang oleh ALLAH untuk menghadap atau membelakanginya sewaktu buang air besar atau kecil dan tempat dimana ALLAH akan memberi balasan kepada sesiapa yang berniat jahat walaupun mereka belum melakukannya dan jika ia melakukannya, maka balasannya akan dilipatgandakan . Melakukan dosa di Tanah Suci Mekah lebih besar dosanya dibandingkan di tempat2 lain dan begitu juga jika kita melakukan kebajikan 100,000 digandakan.

Sebaik sahaja tiba, kami terus ke bilik hotel untuk membersihkan diri dan berwuduk. Lebih kurang 1.00 pagi ,dengan beberapa org rakan, menuju ke Masjidil Haram yang jarak perjalanannya 5-10 minit dari hotel melalui tepi Hilton Towers. Perasaan kami hanya ALLAH sahaja yang tahu apabila memasuki Masjidil Haram dan terlihat Kaabah yang tersergam indah, lantas terus memanjatkan doa ke hadrat ALLAH . Terus menuju ke lantai Kaabah, solat sunat tahyatul masjid , sunat taubat, sunat hajat dan sujud syukur kerana diberi peluang menjadi tetamu ALLAH dan dapat sampai ke Baitullah. Gembira, sebak, sedih dan bermacam2 lagi perasaan kami yang tidak dapat digambarkan.

Terus melakukan tawaf umrah yang memakan masa 30 minit. Jemaah pagi ini tidak terlalu ramai dan memudahkan pekerjaan tawaf .Solat sunat tawaf di belakang Makam Ibrahim dan berdoa di kawasan yang bertentangan Multazam. Terus ke Bukit Safa untuk melakukan saei 7 kali ke Bukit Marwah yang jarak keseluruhannya 4.9 km memakan masa hampir 45 minit . Selesai sahaja terus bergunting dan bertahalul. Maka selesailah pekerjaan umrah kami dan bebas dari 13 patang larang semasa berihram. Pulang ke hotel jam 3.00 pagi dan berehat sebentar sebelum ke masjid semula pukul 4.00 pagi untuk solat subuh. Segala kepenatan tidak dihiraukan kerana mengerjakan haji dan umrah memang menuntut pengorbanan dari segi keselesaan dan kesenangan.



Awal ke Masjidil Haram sebelum zohor untuk melakukan tawaf nazar . Selepas solat sunat tawaf dan berdoa,
melakukan solat sunat taubat dan hajat agar dipermudahkan dan diperkenankan kerana ingin mengucup hajarul aswad dan berdoa di pintu kaabah (multazam) . Tapi memerlukan usaha, doa dan tawakal kerana terlalu ramai jemaah .Aku merapati dinding kaabah mengikut barisan Pada ketika ini kiswah atau kelambu kaabah belum dinaikkan lagi, jadi tangan kiri ku dapat memegang dan berpaut ke kiswah kaabah. Keadaan di luar barisan tidak terkawal .Terdapat jemaah yang tidak berdisplin yang merempuh kami yang beratur. Berlaku tolak-menolak, rempuh merempuh . Inikah yang diajar dan di anjurkan dalam Islam ? Sedih apabila melihat perlakuan yang sebegitu dan tidak sepatutnya berlaku , terutama  di hadapan "RUMAH ALLAH" . Dari pengamatan ku, jemaah dari Pakistan yang tidak berdisplin , itulah sebabnya negara mereka sentiasa diselubungi kekacauan dan huru-hara. Aku terpaksa melindungi dada dan rusuk sebelah kanan dgn tangan apabila ditolak dan diasak dari luar . Alhamdulillah setelah sabar menunggu , ALLAH telah memakbul permintaan dan keinginan ku untuk mengucup Hajarul Aswad. Selepas itu terus ke Multazam dan dapat berpaut di jenang Multazam dan berdoa di situ yang merupakan salah satu tempat yang mustajab untuk berdoa.

Kiswah atau Kelambu Kaabah yang belum dinaikkan.


[ Last edited by  rezeki at 23-1-2008 09:32 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2008 10:39 AM | Show all posts
Nak tanya Kiswah atau Kelambu Kaabah yang belum dinaikkan tu apa maksudnya?
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2008 11:07 AM | Show all posts
Masya Allah....

Sy masih terkenang2 lagi pengalaman haji dua tahun lepas.

Waktu perjalanan mekah-arafah-muzdalifah-mina mmg tak dpt dilupakan.

Ketika berada di Muzdalifah sejuknya yg amat sgt.

Hanya berselimutkan kain ihram shj masa tu.

Terima kasih Tuan Haji kerana sudi berkongsi pengalaman dan gambar2 di sana.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2008 11:09 AM | Show all posts
Originally posted by alovera at 22-1-2008 10:39 AM
Nak tanya Kiswah atau Kelambu Kaabah yang belum dinaikkan tu apa maksudnya?


Bila dah dkt waktu Haji, kain kiswah akan dinaikkan sbb terlalu ramai org yg nak koyak kain tu utk buat kenangan/berkat.

Dah naik pun ramai yg cuba panjat dan ambk.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2008 11:19 AM | Show all posts
'Terdapat jemaah yang tidak berdisplin yang merempuh kami yang beratur. Berlaku tolak-menolak, rempuh merempuh . Inikah yang diajar dan di anjurkan dalam Islam ? Sedih apabila melihat perlakuan yang sebegitu dan tidak sepatutnya berlaku , terutama  di hadapan "RUMAH ALLAH" .

Alangkah bagusnya kalau Kerajaan Arab Saudi memperkenalkan sistem tertentu umpamanya sistem nombor dimana jemaah boleh bergilir-gilir mengucup Hajarul Aswad tanpa perlu bertolak-tolakan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2008 11:49 AM | Show all posts
Originally posted by alovera at 22-1-2008 10:39 AM
Nak tanya Kiswah atau Kelambu Kaabah yang belum dinaikkan tu apa maksudnya?


Kiswah atau kelambu kaabah yang dilipat dan dinaikkan lebih kurang 20 -30 kaki dari lantai . Akan kelihatan batu kaabah .
Betul seperti kata "forumer raja melewar" utk mengelakkan dari diambil atau digunting oleh jemaah2 yang terlalu taksub sebagai kenangan atau mengambil berkat sehingga menimbulkan bidaah.

Sebelum dilipat dan dinaikkan.


selepas di lipat dan dinaikkan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-1-2008 11:26 AM | Show all posts
25/11/2007 AHAD (Day 11)

Makkah atau Mekah juga dikenali dgn beberapa nama lain seperti yang terdapat dalam
Al-Quran iaitu Bakkah, Ummul Qura'(perkampungan tua), Al-Balad (negeri),
Al-Balad Al- Amin( negeri yang aman), Al-Baldah(negeri), Haram Amin (tanah suci yang aman),
Wa'd Ghairu Dzi Zar'in (lembah gersang), Ma'ad ( tempat kembali), dan Qaryah.
Luas kawasan tanah suci Mekah ialah 550 km persegi .



Aktiviti rutin beribadat seperti biasa , cuma nk berkongsi pengalaman ttg peminta sedekah yang "semi pro"
dengan yang "pro" di sekitar Masjidil Haram . Kami sebelum itu sering diingatkan agar berhati2 sekiranya
dihampiri peminta sedekah yang memakai purdah semasa pergi atau pulang dari masjid. Mereka ini
kebiasaannya berkumpulan dan akan mengerumuni kita. Ini akan mendatangkan bahaya dan mudarat
terutama kpd jemaah wanita krn dlm kesibukan org yang terlalu ramai, berbagai2 kejadian yang mendatangkan
mudarat boleh berlaku . Difahamkan mereka ini datang ke Mekah pada musim haji yang diuruskan oleh "sindiket".

Pekerja Masjidil Haram di bawah pengurusan Ben Laden Group sedang memebersihkan halaman masjid


Salah satu pintu masuk utama ke Masjidil Haram .


Bagi yang pro pula, kebiasaannya mereka lelaki muda yang akan menyapa kita dan memberi salam lalu
bertanya "CAN YOU SPEAK ENGLISH", jika kita menjawab "CAN"  maka bermula episod cerita yang
kadangkala tidak masuk akal. Saya berjumpa dan terserempak dgn 2 kali dgn pemuda yang sama di dalam
Masjidil Haram pada hari yang berlainan. Begitu juga dgn rakan2 yang lain. Kesimpulannya, jika hendak
bersedekah, bersedekahlah kepada yang benar2 memerlukan seperti pekerja2 di dalam Masjidil Haram
yang rata2 gaji mereka 400 rial sahaja.

Kawasan sekitar syahima


Hari ini kami terus berada di Masjidil Haram dari waktu solat Asar, Magribdan Isyak dan beriktikaf di dalam masjid. Pelbagai ibadat yangboleh dilakukan sepanjang 5-6 jam . Selepas solat asar , kita boleh banyakkanbertadarus. Jika kehausan, tong air zam2 banyak terdapat disekeliling kita .Selepas solat magrib menunggu waktu isyak, solat sunat awabbin ,solat sunat taubat dan hajat. Aku sentiasa berdoa dan memohon kepadaALLAH agar kami diterima menjadi tetamu NYA , diberikan segala kemudahan dankesihatan yang baik agar dapat melakukan ibadat haji dgn sempurnadan dikurniakan haji yang mabrur dan dipelihara apa yang telah kami tinggalkan. Aku turun ke lantai kaabah sebelum masuk waktu magrib dan berada di situ sehingga selesai solat isyak. Betapa indah dan syahdu menatap kaabah yang tersergam indah dgn jemaah2 yang sedang melakukan tawaf. Barisan saf dilantai kaabah sentiasa dipenuhi dgn jemaah yang berhimpit2. Adegan langkah-melangkah bahu oleh jemaah yang hendak kehadapan seperti menjadi kelaziman di sini tanpa rasa bersalah.Kalaukat Malaysia,tentu pandangan sinis akan dilemparkan kepada org yang melangkah itu dan dianggap "tidak beradab". Itulah senario di Masjidil Haram yang jemaahnya datang dari pelbagai pelusuk dunia .


Waktu solat isyak hampir tiba, jemaah telah mula membuat saf. Jemaah yang melakukan tawaf akan berhenti
seketika . Namun masih ada juga jemaah yang melakukan tawaf di celah2 jemaah yang sedang duduk ,
kemungkinan untuk menghabiskan pusingan tawaf mereka sebelum berhenti,






[ Last edited by  rezeki at 23-1-2008 11:41 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2008 08:57 AM | Show all posts
26/11/2007 ISNIN (Day 12)

Kota mekah, kota yang tidak pernah tidur . Sentiasa sibuk dgn kenderaan . Bunyi hon kenderaan sudah menjadi kelaziman di sini. Siang dan malam sama sahaja. Masjidil Haram sentiasa sibuk dgn jemaah. Ada yang datang, ada yang pergi . Tujuan mereka satu, untuk menuju ke Rumah Allah iaitu Baitullah.

Masjidil Haram meliputi Kaabah, tempat tawaf dan halaman untuk solat. Masjidil Haram merupakan masjid atau tempat ibadat orang islam yang pertama dibina di dunia. Solat di Masjidil Haram 100,000 pahalanya seumpama kita bersolat 55 tahun 6 bulan dan 20 malam di tempat lain . Itu pun jika cukup 5 waktu sehari semalam. Itulah keistimewaan Masjidil Haram yang tiada di tempat lain.

Masjidil Haram mengalami proses pembangunan sejak dari zaman nabi Ibrahim lagi sehinggalah sekarang agar dapat menampung jemaah yang semakin ramai terutamanya semasa musim haji. Saya juga difahamkan oleh pekerja hotel tempat menginap bahawa kaw. sekitar shaima akan diruntuhkan segala bangunan di situ utk tujuan pembesaran halaman solat Masjidil Haram di sekitar hotel Grand Mekkah . Hotel yang kami duduki dan kawasan sekitarnya juga akan diruntuhkan untuk dibangunkan kembali hotel2 yang lebih besar yang dapat menampung bilangan jemaah yang saban tahun bertambah.

Kiswah Kaabah telah dilipat dan dinaikkan. Permaidani yang terdapat di dalam masjid juga telah mula dilipat dan simpan. Solat hanya berlantaikan marmar. Jadi pastikan sentiasa membawa sejadah jika berhajat berada lama di dalam masjid .  Ini menandakan jumlah jemaah haji yang memasuki kota Mekah telah bertambah ramai. 3.30 pagi telah ke Masjidil Haram . Suasana agak sibuk juga dgn deretan "van2 sapu" yang membawa jemaah terutamanya jemaah Indonesia yang tinggal jauh di kawasan Misfalah. Semua berjalan dgn laju menuju Masjidil Haram. 4.15 pagi azan subuh pertama telah berkumandang. Masjid ketika itu telah mula dipenuhi . Kawasan tawaf juga agak padat dgn jemaah yang bertawaf. Suasana hening pagi dan kedinginan menyebabkan mereka mengambil kesempatan untuk bertawaf. Ada yang tawaf umrah, ada yang tawaf sunat . Ini dapat dibezakan dgn pakaian mereka samada berihram atau tidak. Suasana di tempat saei antara Bukit Safa dan Marwah juga sibuk.
















[ Last edited by  rezeki at 24-1-2008 11:32 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2008 01:03 PM | Show all posts

Reply #68 rezeki's post

Kesyahduan, kenikmatan dan keseronokan yang tak dapat dijual beli.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2008 01:08 PM | Show all posts
27/11/2007 SELASA (Day 13)

Pagi ini ke pejabat kaunter pengeluaran wang Tabung Haji di Hotel Firdaus Tower untuk membayar dam kerana memilih haji tamattuk. Seekor kambing 300 riyal. Selepas itu, kami terus mengikuti program ziarah luar. Persinggahan pertama ialah Jabal Tsur, 4 km dari Masjidil Haram. Gua ini digunakan oleh Rasulullah dan Saidina Abu Bakar untuk bersembunyi dalam perjalanan hijrah Baginda ke Madinah selama 3 hari dari kaum musyrikin yang ingin membunuh Baginda.


Permandangan sekitar Jabal Tsur








Persinggahan seterus ialah Padang Arafah. Bas berhenti berhampiran Jabal Rahmah. Tempat di mana Nabi Adam dan Siti Hawa dipertemukan kembali . Terletak lebih kurang 22 km bahagian tenggara Masjidil Haram. Berkeluasan 10.4  km persegi di mana pada 9 Dzulhijjah , para jemaah haji akan berkumpul di situ utk berwukuf. Terdapat sebuah masjid di situ iaitu Masjid Namirah yang hanya digunakan sehari sahaja dalam setahun iaitu pada hari wukuf. Terdapat pokok2 lebih kurang 100,000 batang yang berusia hampir 15 tahun yang di tanam di persekitaran Arafah utk tempat berteduh tapi ketinggiannya baru lebih kurang 10 kaki.

Jabal Rahmah






Masjid Namirah


Seterusnya ke Muzdalifah yang terletak di antara Mina dgn Arafah. Muzdalifah  merupakan tempat bermabit dan dan disunatkan mengutip 7 biji anak batu sebelum bertolak ke Mina. Hanya lalu sehaja sehingga sampai ke Mina . Mina merupakan tempat bermalam bagi jemaah haji pada malam 11,12,13 Dzulhijjah . Mina terletak dalam tanah haram.Di sanalah terletaknya Jamratul Sughra, Jamratul Wusta, dan Jamratul Kubra.









Perjalanan diteruskan ke Ji'ranah lalu singgah sebentar di situ. Ji'ranah merupakan sempadan tanah haram dgn tanah halal dan salah satu tempat bermiqat. Kami terus menyalin pakaian ihram dan solat sunat ihram lalu memasang niat umrah. 13 pantang larang dalam ihram mesti dipatuhi . Perjalanan pulang ke hotel melalui Gua Hira' dan perkuburan Maala di mana isteri Baginda Rasulullah iaitu Siti Khadijah dimakamkan di situ bersama2 para sahabat nabi.

Tiba di hotel jam 11.00 tgh lalu terus menuju ke Masjidil Haram utk menyempurna dan menyelesaikan rukun2 umrah. Terus tawaf  mengelilingi kaabah sebanyak 7 pusingan. Hampir 12 tgh baru selesai dan terus menuju ke bukit Safa. Terlihat beberapa usungan yang mengandungi mayat yang telah siap beratur untuk dibawa masuk ke hadapan kaabah bagi disembahyangkan selepas waktu zohor. Waktu zohor hampir tiba. Kami mengambil keputusan utk menyelesaikan saie selepas waktu zohor. Alhamdulillah, hampir pukul 2.30 ptg , kami dapat menyempurnakan saei dan bergunting / bertahalul.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2008 03:21 PM | Show all posts
Originally posted by rajamelewar at 22-1-2008 11:09 AM


Bila dah dkt waktu Haji, kain kiswah akan dinaikkan sbb terlalu ramai org yg nak koyak kain tu utk buat kenangan/berkat.

Dah naik pun ramai yg cuba panjat dan ambk.



Oh camtu kisahnya, terima kasih atas penerangan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2008 03:24 PM | Show all posts
Originally posted by rezeki at 22-1-2008 11:49 AM


Kiswah atau kelambu kaabah yang dilipat dan dinaikkan lebih kurang 20 -30 kaki dari lantai . Akan kelihatan batu kaabah .
Betul seperti kata "forumer raja melewar" utk mengelakkan dari diamb ...


Terima kasih atas penerangan dan gambar sebelum/selepas kiswah dinaikkan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2008 08:15 PM | Show all posts
tempat saie baru tuh dah siap ker... mase saye pegi umrah bulan ogos ari tuh derang jangka akan siap sebelum musim haji.....bertambah besar la tempat saie baru nih ek....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2008 07:07 AM | Show all posts
Originally posted by opie5662 at 24-1-2008 08:15 PM
tempat saie baru tuh dah siap ker... mase saye pegi umrah bulan ogos ari tuh derang jangka akan siap sebelum musim haji.....bertambah besar la tempat saie baru nih ek....


Ketika sampai di Mekah 24/11/2007 , masih dlm pembinaan lagi, tapi telah disiap dan dibuka kepada jemaah selepas hari wukuf. Jadi dah ada 4 lorong utk bersaei . Kami selepas pulang dr Mina telah menggunakan tempat saei yang baru.   2 lorong lagi masih dalam pembinaan .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2008 07:11 AM | Show all posts
Originally posted by Rosputih at 24-1-2008 01:03 PM
Kesyahduan, kenikmatan dan keseronokan yang tak dapat dijual beli.


Ya, tidak dapat digambarkan apa yang tersirat dan yang tersurat ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-1-2008 10:58 AM | Show all posts
28/11/2007 RABU (Day 14)

Selepas subuh dan bersarapan di hotel, duduk di hadapan hotel memerhatikan gelagat dan ragam orang ramai. Ada jemaah yang berjalan pulang dari Masjidil Haram, ada jemaah yang berpakaian ihram menuju ke Masjidil Haram. Itulah kelebihan kota suci Mekah yang bila2 masa dan ketika bebas melakukan ibadat tanpa mengira masa, samada pagi atau petang, siang atau malam.

Suasana kota suci Mekah tidak pernah pernah sunyi. Bunyi hon kenderaan sudah menjadi halwa telinga tanpa mengira masa. Sehingga ada yang mengatakan , kenderaan kat sini tak ada brek takpa, asalkan hon berbunyi. Perkhidmatan van, teksi dan mcm2 jenis kenderaan lagi sentiasa ada.

Pagi ini 9.00 - 10.00 menghadiri ceramah agama di hotel penginapan. Antara yang menarik perhatian ialah Mekah merupakan tempat pelaburan hari akhirat kerana setiap amalan kebajikan akan digandakan 100,000 . Langkah setiap orang yang menuju kepada Baitullah sentiasa sentiasa dilputi rahmat ALLAH. Juga dinyatakan di antara tempat2 paling mustajab berdoa ialah Multazam, makam Ibrahim, Hijir Ismail, di bawah pancuran emas dlm kaw. Hijir Ismail, dalam Kaabah , di bukit Safa dan Marwah, di Padang Arafah semasa hari wukuf, di jamratul Ulla dan Wusta selepas kita melontar. Kita juga digalakkan memperbanyakkan tawaf sunat setiap hari. Setiap hari ALLAH menurunkan 120 rahmat ke atas Baitulllah. 60 rahmat bagi yang bertawaf, 40 rahmat bagi yang bersolat dan 20 rahmat bagi yang memandang sahaja. Jadi amalan yang yang paling mudah ialah hanya memandang Baitullah . Kita juga mesti mengambil peluang melakukan solat jenazah selepas solat fardhu yang telah menjadi aktiviti rutin di Masjidil Haram pada musim haji kerana pahalanya sebesar Bukit Uhud. Selalulah meminum air zam2 sambil berdoa agar diberikan ilmu pengetahuan yang bermanafaat, rezeki yang luas  yang menghapuskan kefakiran dan kesihatan yang baik.

Sebelum zohor, mengambil kesempatan melakukan tawaf sunat dan bersolat di halaman kaabah. Seperti biasa asar hingga isyak terus beriktikaf di dalam masjid. Jemaah dah mula ramai di kota Mekah. Kalau keluar dr Masjidil Haram, agak sukar juga untuk mendapat tempat terutama di aras bawah. Aras 2 dan aras 3 masih banyak kekosongan lagi.











Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2008 12:48 PM | Show all posts

Reply #76 rezeki's post

Masjidil haram yang sentiasa dirindui.  

Hanya di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi sahaja diri ini berpeluang berjemaah melaksanakan solat jenazah kerana keadaan di Malaysia kebiaasaannya wanita tidak berpeluang berbuat demikian.
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2008 04:42 PM | Show all posts
saya suka catatan anda. sememangnya rasanya sumer org seperti saya , pertama kali melihat kaabah  saya menangis
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2008 10:59 AM | Show all posts
29/11/2007 KHAMIS (Day 15)

Tawaf merupakan salah satu rukun dalam mengerjakan umrah dan haji iaitu mengelilingi kaabah sebanyak 7 pusingan dimulai dari sudut atau penjuru Hajarul Aswad. Kalau 4-5 tahun dahulu , terdapat satu garisan yang memanjang menandakan permulaan tawaf, sekarang kerajaan Arab Saudi telah memadam garisan tersebut . Ia dipadam kerana untuk mengelakkan kesesakkan di sepanjang garisan tersebut apabila jemaah yang hendak memulakan tawaf dan jemaah yang tiba di situ selepas tamat setiap pusingan berhenti  menyebabkan berlaku kesesakan yang boleh mendatangkan mudarat. Sekarang jemaah hanya berpandukan pada lampu hijau sebagai panduan sahaja.

Pelbagai perubahan dan penambahbaikan telah dilakukan semenjak zaman Nabi Ibrahim lagi untuk memberi keselesaan kepada jemaah yang bertawaf. Pada asalnya , kawasan tawaf hanya batu kerikil sahaja sehinggalah sekarang menggunakan batu marmar dingin (cold marmar) . Pintu masuk ke telaga air zam2 juga telah ditutup utk kelancaran tawaf.



2-3 hari ini suasana kawasan tawaf sungguh meriah dan sentiasa dipenuhi jemaah. Situasi semasa bertawaf juga agak mencabar dan memerlukan kesabaran . Kebiasaannya selepas sahaja rukun Hajarul Aswad, akan berlaku kesesakan sehingga pusingan tawaf akan terhenti kerana terdapat jemaah yang berada dan berhenti di Multazam dan di Makam Ibrahim sehingga menyebabkan kesesakan. Kelihatan jemaah2 yang agak kecil tubuh badan, yg telah berumur dan jemaah wanita tersepit di celah2 jemaah lain. Pusingan tawaf ibarat "domino" dan "gelombang" kerana kita terpaksa mengikut ke mana "arus" nya apabila berlaku kesesakan yang teruk. Pergeseran dan persentuhan tubuh badan tidak dapat dielakkan. Ada jemaah2 wanita yang tiba2 akan memegang bahu kita , yang belakang pula akan "menyondol" belakang badan kita dgn perut mereka dan bermacam2 lagi. Kalau tidak sesak, 30 - 40 minit sahaja diperlukan utk melakukan tawaf. Tapi dgn jumlah jemaah yang semakin ramai, 1 jam lebih juga diperlukan utk menyelesaikannya. "Peak hours'' utk bertawaf ialah sebelum subuh, selepas asar dan magrib. Terdapat jemaah yang melakukan tawaf di tingkat 2 dan tingkat 3 tetapi jarak setiap pusingan lebih jauh . Berbagai2 perangai dapat kita lihat dan kita temui semasa melakukan tawaf. Bagi jemaah yang kurang berdisplin,  mereka tidak mengikut arus tawaf dan cuba memotong jemaah yang di hadapan boleh menyebabkan berlaku perkara yang tidak diingini. Itu belum lagi "keretapi india" iaitu mereka melakukan tawaf 4-5 orang dgn cara memegang kedua belah tgn mereka ke pinggang rakan mereka seperti gerabak keretapi yang bersambung . "Kepala keretapi terlepas, belakang yang ketinggalan cuba mengejar sehingga melanggar orang lain" Cuba elakkan dari terjatuh, atau mengambil sesuatu di lantai semasa bertawaf kerana kita akan dirempuh dan terpijak oleh jemaah lain yang tidak perasan kerana orang terlalu ramai. Kebiasaannya akan menyebabkan kemalangan jiwa. Nanti saya sambung lagi cerita dan pengalaman bertawaf yang sentiasa manis dlm ingatan yang kadang kala membuatkan saya tersenyum apabila mengenang kembali.

Pagi ini , mengikuti cermah agama yang disampaikan oleh ustaz di hotel. Hari ini ia membincangkan tentang wajib dan rukun umrah serta haji sebagai ulangkaji dan memantapkan diri dgn ilmu dalam mempersiapkan diri sebelum tiba hari wukuf nanti. Kemudian diikuti dgn ceramah kesihatan oleh doktor . Beliau menasihatkan kepada kami semua agar menjaga kesihatan sehingga menjelang hari wukuf yang merupakan kemuncak haji. Kami juga diberitahu bahawa penyakit paling popular yang mudah merebak dan berjangkit ketika di Mekah ialah batuk ,selsema dan demam. Bagi mengelakkan , sentiasa memakai "mask" utk mereka yang menghadapi masalah kesihatan berkaitan pernafasan. 90 % dari para jemaah akan dijangkiti batuk, demam atau selsema , cuma cepat atau lambat sahaja . Bunyi batuk sentiasa bersahut-sahutan di dalam Masjidil Haram. Kami juga diminta agar tidak membeli makanan dari luar yang dijual secara terbuka krn ditakuti tercemar.

9.00 mlm, kami bertolak ke Tanaim untuk berniat dan melakukan umrah sunat. Kami diberikan kemudahan pengangkutan untuk melaku umrah sunat sebanyak 7 kali secara berselang sehari . Jarak ke Tanaim yang lebih kurang 7 km memakan masa 1 jam lebih kerana kesesakan lalu lintas. Masjid Tanaim juga dikenali Masjid Sayyidah Aisyah merupakan sempadan tanah haram dgn tanah halal yang paling dekat. Solat sunat tahyatul masjid dan solat sunat ihram . Memohon kepada ALLAH agar mempermudahkan pekerjaan kami kerana jumlah jemaah yang semakin ramai dan padat terutama semasa tawaf. Hampir pukul 12.30 pagi , semua rukun umrah dapat diselesaikan dgn sempurna dan pulang ke hotel hampir 1.00 pg dan berehat sebentar sebelum ke Masjidil Haram pukul 3.30 pg sebelum menunggu solat subuh.


Masjidil Haram yang sentiasa dipenuhi jemaah.





Menghilang dahaga dgn air zam-zam





Terlalu kepenatan sehingga terlelap



Masjid Tanaim atau Masjid Sayyidah Aisyah




[ Last edited by  rezeki at 28-1-2008 11:01 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2008 08:40 AM | Show all posts
30/11/2007 JUMAAT (Day 16)

Hanya tidur 2 jam sahaja sebelum subuh . Diam tak diam, dah 16 hari kami berada di Tanah Suci. Selepas solat subuh dan bersarapan, terus ke bilik hotel dan tidur . Di sini waktu tidur tidak menentu dan mengikut kesesuaian atau kesempatan. Terlelap 10-15 minit pun sudah mencukupi dan terasa puas. Hari ini anggota badan terasa sengal dan sakit2 . Kemungkinan akibat keletihan kerana semalam melakukan umrah dan tidak cukup rehat selepas itu. .Setiap hari rutinnya sama, berulang alik ke masjid dan beriktikaf di dalamnya selama berjam2 memerlukan kita duduk bersila . Kalau melakukan umrah , keseluruhan jarak perjalanan 10 km setiap hari termasuk perjalanan ulak alik ke masjid. Namun, aku berdoa kepada ALLAH agar diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik agar kami dapat terus melakukan ibadat dgn sebaik mungkin. Yang pasti, kalau kaki lenguh dan sengal, minyak urat atau "deep heating" yang aku bawa dr Malaysia menjadi penawarnya. Seperti kata ustazah dlm satu ceramahnya, ibadat umrah dan haji senang diperkatakan, tapi pelaksanaannya memerlukan kekuatan fizikal ,mental dan pengorbanan. Semua keletihan dan apa jua pun perlu dilupakan . Bukan selalu kita dapat menjadi "tetamu ALLAH". Jadi gunakan dgn sebaik mungkin setiap detik dan saat ketika berada di sini. Hayatilah syariat2 dan apa yang tersurat dan tersirat yang terkandung dlm pelaksanaan ibadat haji dan umrah setiap masa . Insyallah , kita dapat melakukan segala ibadat kerana ALLAH dgn baik   


SUASANA DI BUKIT MARWAH SEMALAM SELEPAS AKU SELESAI MENGERJAKAN UMRAH




Hari ini awal ke Masjidil Haram utk menunaikan solat Jumaat. Para jemaah wanita tidak digalakkan utk pergi solat Jumaat kerana solat Jumaat tidak diwajibkan kepada wanita. Lagi pun, keadaan terlalu sibuk setiap kali hari jumaat dgn jutaan jemaah yang akan menunaikan solat jumaat.Jalan2 dalam radius 2 km dari Masjidil Haram akan ditutup kepada semua kenderaan utk memudahkan jemaah berjalan kaki menuju ke Masjidil Haram. Sesiapa yang lambat sampai ke Masjidil  Haram terpaksa bersolat di atas jalan raya dan di kaki lima kedai yang safnya bersambung . Itulah kelebihan Masjidil Haram . Hotel2 yang berhadapan dgn Masjidil Haram spt Hilton dll juga menyediakan ruang pada aras tertentu utk bersolat yang lengkap dgn pembesar suara yang bersambung dr Masjidil Haram.

SUASANA 2 JAM SEBELUM SOLAT JUMAAT




Khatib hari ini membaca khutbah berkaitan haji dan umrah . Terdengar suara khatib sebak dan menangis semasa ia berkhutbah kerana menyentuh tentang perlakuan sesetengah jemaah haji yang melakukan ibadat haji dan umrah tanpa memikirkan orang lain dgn tolak-menolak, siku menyiku terutamanya ketika tawaf  sedangkan agama kita tidak pernah mengajar utk berbuat demikian.

JEMAAH HAJI DARI NEGARA CHINA YANG MENGGUNAKAN TOYOTA PICKUP UTK PULANG


Menu tengahari ini , nasi tomato dgn lauk pauknya. Selepas makan , "relax" sebentar di hadapan  hotel  melihat ragam jemaah2 yang pulang dari Masjidil Haram . Bagi jemaah yang tinggal agak jauh dari Masjidil Haram akan menggunakan perkhidmatan "kereta sapu", atau "van sapu" yang sedia memberikan perkhidmatan semurah 1@2@3 riyal bagi sekali perjalanan. Aku tersenyum sendirian apabila melihat telatah sekumpulan 7 oarang jemaah dari Indonesia yang menahan sebuah kereta Toyota Camry . Manakan tidak , kereta sapu itu begitu padat dgn 7 orang penumpang sehingga di tempat duduk hadapan , seorang jemaah terpaksa meriba rakannya . Tiba2 seorang dari mereka yang tidak mendapat ruang duduk terus membuka pintu kereta sebelah kiri tempat pemandu  yang disangkakan tempat duduk penumpang . Pemandu tersebut tercengang2 dan akhirnya tergelak . Di sini , semua kereta "left hand drive". Bagaimana ia hendak memandu kereta jika ia terpaksa meriba penumpang tadi.
TONG AIR ZAM-ZAM YANG BANYAK TERDAPAT DLM MASJIDIL HARAM


JEMAAH BERPUSU-PUSU PULANG DARI MESJIDIL HARAM


[ Last edited by  rezeki at 29-1-2008 11:37 AM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:44 AM GMT+8 , Processed in 0.072137 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list