CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4537|Reply: 39

Sebuah Kisah

[Copy link]
Post time 2-5-2008 12:39 AM | Show all posts |Read mode
Sebuah kisah yang diadaptasikan dari sebuah rasa hati yang pilu....

Watak Utama: N

N, adalah seorang gadis lasak, keras hati tapi bukanlah seorang tomboy. Dia simple aje orangnya. Selalu senang berbual dengan sesiapa sahaja, tp tidak begitu mesra untuk memluahkan apa jua masalah yang timbul dalam hidupnya kepada sesiapa pun. Baginya, masalah adalah hak peribadinya dan tidak ada sesiapa pun patut peduli tentangnya. Bukan N bongkak atau terlalu yakin mampu berdepan semua itu, tapi dia sedar permasalahannya tidak mungkin akan ada yang faham dan mengerti.

Tamat persekolahan, hidup N semakin berubah dan suasana pembelajaran di IPT sangat mencabar dirinya. Jiwa N memberontak. Terlalu banyak persoalan hidup muncul dalam dirinya. N tak daya lagi menanggung semua ini seorang diri. Pada 1 Mei 2003 ketika cuti semster, N telah membuka satu thread di sebuah laman web untuk mencari sesiapa yang sudi membantunya atau setidak-tidaknya mendengar luahan hatinya... N resah menanti balasan dan respon dari ahli forum... dan akhirnya muncul la seorang jejaka  menghantar email kepadanya. Dari situ mereka berkenal-kenalan. H, jejaka tersebut ketika itu sedang menamatkan master nya di sebuah pusat pengajian tinggi. H selalu membimbing dan memberi semangat buat N untuk terus belajar dan terus ceria dalam hidupnya. Boleh dikatakan di mana-mana thread ada N, pasti H pun ada begitu juga jika thread itu ada H, N pun akan ada di situ. Lama-kelamaan N mula rasa sayang pada H. Tpi N tak pasti apakah H juga berperasaan begitu. Tp pernah juga N dicemburui bila ada forumer lain nmpak ambil berat dengan N. H tanya N berkali-kali siapa lelaki forumer itu n apa hubungan mereka. Adakah H memang cemburu?

Satu hari N resah sendiri. Hatinya memberontak sedih lagi dengan masalah hidupnya. H sedia untuk on9 malam itu mendengar keluh-kesah N. Malam itu, N bercerita lagi tentang masalahnya, tentang hidupnya, sejarah gelapnya di masa-masa lalu dan harapannya ingin setiasa bertaubat dari kesilapan-kesilapan lalunya. H seperti biasa memberi harapan dan kata-kata semangat. N tidur malam itu dengan deraian airmata... Hatinya kosong dan begitu tidak bersemangat bila mengenangkan semuanya....

Keesokan harinya, H tidak pun menghubungi N walaupun sehuruf sms. N sedih. Nampak seperti H tidak peka dengan keadaannya. N hantar sms pada H tapi tiada jawapan. N cuba call H juga tidak berjawab. N sedih sanagt. N perlukan H pada saat-saat seperti itu. Tapi di mana H?

H akhirnya membalas sms N. H memberitahu N bahawa dia sibuk sangat. H mula menyenaraikan aktiviti yang membuatkannya sibuk. N terlalu terkilan. Kenapa H berubah? Sebelum ini selama 1 lebih mereka kenal H tak pernah pun cakap dia sibuk. kenapa sekarang ini dia cakap dia sibuk? kenapa H seperti mahu lari dari N? N tidak mengerti... yang pasti H menyuruh N bertemu doktor jiwa untuk menyelesaikan masalahnya. N kecewa. Sungguh kecewa. Seorang sahabat yang cukup disayangi dan dipercayai boleh meninggalkan dia terkontang-kanting seorang diri selepas semua masalah diceritakan... N sedar dia gadis bermasalah dan tidak layak berkawan dengan sesiapa... N terus menangisi nasib dirinya. N menyesal kerana mempercayai orang lain. N terfikir bahwa adalah sangat baik jika dia tetap pada pendiriannya untuk terus menyimpan semua masalah hidupnya sendirian tanpa bercerita kepada sesiapa....

Sejak itu, H tidak lagi berhubung dengan N. N ditinggalkan kesedihan sendirian. Sejak itu juga N sering tidur berteman air mata. Di hadapan rakan-rakan, N senyum dan ceria... namun hatinya cukup terluka. Luka yang cukup lama untuk diubati. Perkenalan 1 setengah itu mengambil masa lebih 2 tahun untuk dilupakan. Dan dalam tempoh itu, ramai sudah lelaki yang menagih cinta N dikecewakan.

Dengan segala susah payah, N berjaya menamatkan pengajiannya dengan ijazah sarjana muda kelas kedua tertinggi. Namun mencari pekerjaan bukanlah sesuatu yang mudah biar pun keputusannya cukup baik. Apalagi N berkeras untuk bekerja di kampung halamannya. Bukan N tidak mahu cari kerja di KL yang semestinya banyak peluang terbuka buatnya. Tapi KL terlalu banyak menyimpan sejarah lukanya dan dia mahu pergi jauh dari situ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-5-2008 12:39 AM | Show all posts
Kedegilan dan kesungguhan N akhirnya membuahkan hasilnya. N diterima bekerja di sebuah resort di negeri kelahirannya. N gembira diterima bekerja walaupun gajinya sangat sedikit berbanding dengan kelulusannya. N tak kisah hal itu, yang penting bagi N adalah pengalaman. Rakan-rakan di resort juga baik-baik belaka. Seorang rakan perempuan N di resort itu telah memperkenalkan N dengan seorang lelaki bernama S.



S cuba menagih cinta N. Tapi sangat tidak mudah buat N menerima cinta S. N masih dihantui mimpi ngerinya. N takut untuk berharap. N tahu bagaimana pedihnya ditinggalkan biarpun mereka belom pernah luah rasa. Namun S bukan seperti jejaka lain yang dengan mudah N tolak cinta mereka. Dia lain. Sekeras-keras hati N, akhirnya N mengalah pada S. N terima cinta S. Namun jauh di sudut hati N, tetap timbul kesangsian. N lebih rela menjadi tempat persinggahan buat S daripada betul-betul bercinta dan akhirnya ditinggalkan.



Perkenalan yang cukup singkat itu begitu cepat membuahkan bibit-bibit mesra di antara mereka. Namun satu hari, N mendapat tahu S telah bergaduh dengan GFnya. N terkejut dengan perkhabaran itu kerana setahu N, S telah putus dengan GFnya. Kenapa tetiba bergaduh? Bila mereka berbaik? Punca pergaduhan ialah kerna S mencemburui GFnya. N cukup patah hati. N tanya pada S, tp kata S hanya N di hatinya. N sedih dipermainkan. N geram dan emosi yang derabut itu telah mendorong N mencipta sebuah mesej yang cukup mesra dan manja dan brpura-pura tersalah hantar kpd S.  S menjadi marah pada N kerna msj itu. S telah mematikan HPnya. Dan apabila Hp itu dihidupkan kembali, Hp itu telah berada di tangan Gf S. N disoalsiasat seperti pesalah. S pula menggunakan GFnya untuk menyampaikan mesej kepada N. S menyuruh GFnya memberitahu N bahawa N hanya dianggap sahabat. N sangat-sangat kecewa. S dengan mudah berubah.



Perpisahan itu benar-benar menyakitkan N. N benar-benar menutup hatinya. Rakan sekolah N, A tak semena-mena muncul pada saat-saat yang cukup menyesakkan itu. Rakan sekolah yang tidak pernah menghubunginya lebih 7 tahun tiba-tiba mencarinya kembali. Selalu bermesej bertanyakan hal-hal rutin dan tak sudah-sudah mahu menghubunginya. Ah, kenapa begini? Detik hati N.



N kembali semula ke negeri kelahirannya selepas seminggu bercuti di KL. N memulakan kerja barunya di sebuah syarikat. N tidak membawa HPnya ke tempat kerja kerana kekecewaan itu. Perniagaan syarikat itu pula kurang maju dan tidak banyak kerja untuk N lakukan di situ. N jadi amat sepi dan kenangan bersama S datang satu persatu. Airmata menjadi peneman N.



Tidak N duga, S kembali menghantar mesej kepada N. Satu mesej yang simple. Hanya 1 perkataan "sori...". Tak lama selepas itu, S bertanya N berada di mana. S juga memberitahu N bahwa dia sudah putus dengan Gfnya. N memaafkan S. Tapi N seperti merajuk. S dapat merasakanya. Perhubungan N dan S terjalin semula sebagai sahabat... hanya itu yang termampu. Kemesraan dulu tak mungkin dapat dikembalikan lagi.



Kesepian itu mengundang N kembali ke arena chatting yang sudah lama ditinggalkan. N berkenalan dengan seorang chatter. Mereka bertukar nombor Hp. Tapi sungguh N tidak menduga, chatter tersebut juga memiliki nama yang sama dengan S. N benar-benar bingung. N pernah menulis di diarinya bahawa dia sangat benci akan nama itu dan hari ini dia menemui seseorang yang lain yang memiliki nama itu. S yang kedua ini lebih gentle orangnya. Dia meyakinkan N bahawa biarpun nama sama, tidak semestinya sama peribadinya. N sambut salam persahabatan S yang kedua ini. S2 mula menyayangi N. Tapi hati N telah tertutup. Hati N telah cukup beku untuk menerima cinta dari sesiapa pun. Apa lagi S masih menghubunginya dan hubungan mereka terus berjalan. S masih ambil berat dengan N. Masih mahu N keep in touch dengannya dan tidak suka N senyap tanpa sms buatnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2008 12:40 AM | Show all posts
Rakan sekolah N, A juga masih terus menghubungi N. N rimas dengan semua ini. Akhirnya N mengambil keputusan untuk mengabaikan panggilan A. Lama-kelamaan A terus senyap dan hanya akan menghubungi N bila N menghantar sms kepadanya.



N juga cuba lari dari S2 dengan mengabaikan mesej dan panggilan S2. Tp N tidak pernah mengabaikan msej S biar pukul berapa pun S hantar. N terlalu menyayangi S dan sukar melupakan kisah antara mereka. N terlalu sengsara sebenarnya dengan situasi ini. N tetap melayan mesej S kerna sayang meskipun N menjadi tempat S mencurah rasa bila dia kecewa dengan GFnya yang telah berbaik semula dengannya. Hati N pedih mendengar cerita-cerita S, tapi rasa sayang itu tidak pernah surut dan membuatkan dia tega melukai hatinya sendiri dan mengabaikan insan-insan yang benar-benar ikhlas menyayanginya....



Suatu hari N berterus terang dengan S bahwa dia masih menyintai S. S marah dengan N. N kecewa. S terus menyakitkan hati N dengan menyatakan S tak perlukan N dan hanya N terhegeh-hegeh menghabiskan kreditnya untuk menghantar sms kepadanya. N sangat kecewa. N sedih sangat2. N tahu S sengaja menyakitkannya walhal S sendiri sedar bahawa dia akan marah-marah pada N jika N tidak mengahntar sms kepadanya. Tapi kata-kata itu cukup menyakitkan N. Namun N pujukkan hatinya dan terus bersabar untuk orang yang disayangi. Mungkin benar cinta itu akan menutup segala yang buruk biarpun yang buruk itu cukup terserlah. Untuk kali kedua N duduk merenung hala tuju perhubungan mereka. Padanya perhubungan ini hanya akan berlangsung sebagai sahabat sahaja... dan perhubungan itu masih terus berjalan selepas itu sebagai sahabat....



N mula membuka hatinya untuk cinta yang lain. N berhubung semula dengan A. Namun N diberitahu A bahawa A akan berkahwin hujung tahun ini dengan seorang gadis pantai timur. A berpesan dengan N agar tidak terlalu jual mahal. N tersentak dan sangat sedih. N terasa kehilangan. Kehilangan apa, N sendiri tidak mengerti....



N hubungi semula S2 tapi telefon itu dimatikan. Berhari-hari N hubungi tapi tidak berjaya. N berasa sedih dan sangat bersalah pada S2. N mahu memohon maaf dengan S2. Tapi bagaimana? Satu hari N menerima mesej hp S2, tapi bukan dari S2 sendiri. Ia dari seorang gadis, tunangan S2. Mereka sudah bertunang 3 bulan lalu. N mohon agar gadis itu menyampaikan salam maag N kepada S2. Gadis itu marah2 dan memberitahu dia sedia memutuskan pertunangan untuk memberi laluan kepada N. N bukan perosak hubungan orang. N telah mengaku bahawa dia telah bertunang dan si gadis tidak perlu risau kerana perhubungan mereka hanya umpama adik dan abang sahaja. Gadis itu memberitahu S2 menyatakan dia tidak mengenali N. N sedih. Mungkin S2 telah telalu kecewa dan marah dengan N. N semakin rasa bersalah. Hingga kini N masih berusaha menghubungi S2.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 01:01 AM | Show all posts
ader sambungan lagi ker..........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2008 09:24 AM | Show all posts

Reply #4 sagiman91's post

Ade... nak kite sambung lagi ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2008 11:19 AM | Show all posts
Kalau korunk di tempat N ape yg korunk buat?

Klu korunk bukan di tempat N, apa yg korunk rasa tentang N? Lemah sgt ke die?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-5-2008 10:31 PM | Show all posts

Reply #6 Clockwise's post

ko ni N ke...H ke...S ke...atau watak lain seperti O dan sebagainya
gurau je...panjang sgt...xlarat nak baca
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 11:14 PM | Show all posts

Reply #5 Clockwise's post

Ada sambungan lagi ke? sebuah kisah panjang
adakah berpenghujung?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2008 11:15 PM | Show all posts
sedia tunggu sambungan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2008 09:14 AM | Show all posts
Originally posted by pujanclay at 2-5-2008 10:31 PM
ko ni N ke...H ke...S ke...atau watak lain seperti O dan sebagainya
gurau je...panjang sgt...xlarat nak baca


huhu... aku la N tu... kuikuikui.

Aku pun tak tau camner hidup aku leh jadi so complicated cam telenovela lak....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2008 09:15 AM | Show all posts
Originally posted by greyrose at 2-5-2008 11:14 PM
Ada sambungan lagi ke? sebuah kisah panjang
adakah berpenghujung?



klu aku dah tak de lagi dalam donnia ni, abis la kut citernye... hehehe

But hopefully aku dpt jupe cinta terakhir aku sebelom aku menutup mata

huhuhu sadis la plak
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2008 09:29 AM | Show all posts
sedihye cite ko...
aku rase baik ko jgn fikir sgt mende ni...

ko byk gak jumpe org..
mgkn ko ni disenangi org..
cume ko kene siasat la dulu sama ada org tu dh berpunya ke blum sblm mlanjutkan hbgn ko dan dia..

aku ni ssh nk jumpe org..
jumpe sorg, org yg slh plak...
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2008 09:52 AM | Show all posts
heheh honestly...aku cakap...ko ni naif lagi...
tak complicated pun cite ko...very typical...

ko muda lagi...ko suka harap pada orang lelaki...
asal ada je orang lelaki...ko nak letak perasaan...
bila ada lelaki yg bole buatkan ko bahagia... ko abaikan yg lain...

ko rasa ko adil ke untuk dpt kebahagiaan?
ko dah buatkan orang lain bahagia ke?
napa mesti nak harapkan org bahagiakan ko?
diri ko sendiri tak boleh bahagiakan diri ko ke?

bahagia tu tak mudah untuk ditemui...ko kena cari dgn bersungguh2
tak semestinya lelaki je yg bole buatkan ko bahagia...

what goes around comes around....ko jgn fikir diri ko je sedih...mungkin ada lelaki ko yg tak layan tu rasa down sbb ada masalah dlm hidup dia...mungkin masa tu dia perlukan ko...tp ko tak layan...hehe what do u expect?ko ingat menda ni sume takde balasan ke?

babe...ape2 hal pun kalau ko nak temui cinta sejati...ko kena betulkan diri ko dulu...scan diri ko...jadi manusia yg berguna pada masyarakat...bila ko disayangi oleh orang lain...senang je ko nak temui cinta sejati...

jangan ingat ko sorang je ada pengalaman buruk...plusssss kalau boleh jgn sesuka ati cite menda tu kat org lain...kecuali kalau orang tu kite percaya...atau ko gi cite kat psychologist ke...what is done, is done...jgn mintak simpati pada orang lain...kita ni kena jaga pride kita...jgn jadi beggar
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2008 09:56 AM | Show all posts
panjangnya crita..............
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2008 09:58 AM | Show all posts
moga ada titiknya nnti....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2008 10:16 AM | Show all posts
Originally posted by tangent_talker at 3-5-2008 09:52 AM
heheh honestly...aku cakap...ko ni naif lagi...
tak complicated pun cite ko...very typical...

ko muda lagi...ko suka harap pada orang lelaki...
asal ada je orang lelaki...ko nak letak perasa ...


Mana da aku letak perasaan pada lelaki? Diorg yg cari aku. Tak dinafikan aku mudah bergaul dengan sesape je. Tapi untuk jatuh hati minta maaf le tak semudah itu. Aku rasa hidup aku sangat independent. Serba serbi aku banyak harung sendiri. Bila aku sayang pada seseorang aku cukup susah nak lupakan. For now aku leh ckp aku pnah sayang pada 2 lelaki aje. Dua-dua buat aku frust. But aku masih leh bersahabat dengan salah sorang mreka. Yang sorang lagi dah gone with the wind. Dan dalam persahabatan ni, aku rasa aku dah cukup banyak korbankan perasaan aku.

Bila aku dah leh accept that wht bygone is bygone, aku mula rasa bersalah pada kawan-kawan yang aku kecewakan. Tp aku memang tak de perasaan pun untuk mereka. Cuma aku rasa bersalah. So aku cari mereka untuk aku minta maaf. Itu aje yang mampu aku buat. Untuk bercinta dengan salah sorang mereka, rasanya hati aku belom terbuka.

Sekarang ni pun aku dah ada kerjaya tetap. AKu rasa dari segi material aku dah mula stabil....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-5-2008 10:20 AM | Show all posts
Originally posted by limauais at 3-5-2008 09:29 AM
sedihye cite ko...
aku rase baik ko jgn fikir sgt mende ni...

ko byk gak jumpe org..
mgkn ko ni disenangi org..
cume ko kene siasat la dulu sama ada org tu dh berpunya ke blum sblm mlanj ...


Sebenarnya walaupun hidup aku cam dah berliku-liku, kalu aku kenang-kenang kan balik, aku rasa bersyukur sangat. Setidak-tidaknye apa yg berlaku buat aku jadi kuat... Emm... nanti aku sambung lagi citer aku.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2008 11:54 AM | Show all posts
Errr... ni reply aku sebelum tahu n tu sapa.

N better get out from all the nonsense and the drama that he/she creates and do something meningful that he/she believes in.

Don't get mad but n seems very selfish. Selfish means self oriented. Everything is about you. Even things about others are just projection of yourself. Though is not bad to be selfish and everyone is selfish to a certain degree, you may get trapped in woe is me attitude.

tendencies toward dramas, you can get into as much or as little drama as you want. Sometime people get into stages of wanting excitement and they see that they can get this through drama and overcomplicating every little thing in their life.

N's life would change when he/she no is longer in this stage. Would she changes? That depends.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2008 03:25 PM | Show all posts
Originally posted by Agul at 3-5-2008 11:54 AM
Errr... ni reply aku sebelum tahu n tu sapa.

N better get out from all the nonsense and the drama that he/she creates and do something meningful that he/she believes in.

Don't get mad but n ...


She creates the drama? What do u mean? Which part? Need clarification
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2008 05:56 PM | Show all posts

Reply #19 Clockwise's post

All parts. Seems like she was addicted to it.

Let go of drama. Mantain a constant attitude of goodwill, love, and good humor. Life will get simpler and simpler.

Only she must want freedom from drama more than she likes it.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 06:45 AM GMT+8 , Processed in 0.067931 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list