CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 34312|Reply: 33

TERRITORIAL DISPUTES : Mungkinkah Malaysia Makin Mengecil?

[Copy link]
Post time 14-6-2008 04:38 AM | Show all posts |Read mode
rasanya sejak kes pulau batu putih, ada antara kita yg tetiba je yg mula peka pasal isu territorial disputes ni.. yelah kan, bukan je pasal setakat hilang satu pulau, tapi benda ni melibatkan isu sempadan negara (takmo citer bab politik dalam hal ni - kalau boleh).. cakap pasal isu sempadan, of cos la citer pasal sempadan darat, laut & udara.. bukan aje boleh pengaruhi peta negara (geografi), tapi leh gak pengaruhi manusia, aktiviti manusia - termasuk la isu keselamatan, pertahanan, penempatan, ekonomi, perlancongan, perikanan, mata pencarian, etc..

sebagai contoh bebaru ni bila malaysia 慼ilang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-6-2008 04:39 AM | Show all posts
1st sekali, moh le kita sesama 慿enal
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2008 04:40 AM | Show all posts

archive berita..

Pulau-pulau yang menjadi rebutan di Asia Tenggara
(Utusan Malaysia : 22/12/2002)

KEPUTUSAN Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 17 Disember lalu memberikan hak kedaulatan Pulau Sipadan dan Ligitan kepada Malaysia melegakan banyak pihak.

Pertikaian berhubung pemilikan pulau itu yang sekian lama menjadi rebutan dua negara jiran, Indonesia dan Malaysia, akhirnya tidak boleh lagi dibahaskan selepas tarikh bersejarah 17 Disember.

Keputusan oleh ICJ itu sememangnya memberikan implikasi besar baik kepada Malaysia mahupun Indonesia.

Selepas ini diharapkan tiada lagi pihak yang cuba `mencelah' untuk membuat tuntutan ke atas kedua-dua pulau berkenaan.

Lebih daripada itu, keputusan ICJ sebenarnya juga memberi kesan kepada tuntutan bertindih lain membabitkan beberapa buah pulau di Asia Tenggara.

Tuntutan bertindih beberapa negara - China, Vietnam, Filipina, Malaysia dan Taiwan - ke atas Kepulauan Spratly, misalnya, masih belum diselesaikan dan sehingga kini tidak diketahui siapa yang bakal mempunyai hak mutlak ke atas kepulauan itu.

Kepulauan Spratly mula dituntut China pada Ogos 1851 diikuti Vietnam yang meminta Pulau Houng Sa dan Truong Sa diberi hak kedaulatannya kepada mereka.

Filipina juga tidak mahu ketinggalan menuntut gugusan kepulauan itu. Pada awal tahun 1947 Setiausaha Hal Ehwal Asing Filipina pada waktu itu, Carlos P. Garcia meminta pasukan tentera bersekutu meletakkan kepulauan itu di bawah kedaulatan Filipina atas sebab-sebab keselamatan.

China dan Vietnam paling `berebut' serta saling mendakwa mereka amat layak diberi hak ke atas Spratly sepanjang pertikaian yang berlarutan itu.

Askar China dan Vietnam pernah bertempur di kawasan perairan itu ekoran pertikaian yang tidak berkesudahan.

Pertempuran askar Vietnam dan China berlaku pada tahun 1988 dan meragut 90 nyawa kelasi Vietnam.

Keputusan ICJ berhubung Pulau Sipadan dan Ligitan sebenarnya dilihat bakal memberikan cetusan ilham kepada negara-negara yang menuntut pulau-pulau yang menjadi rebutan di Asia Tenggara.

Mereka telah mendapat idea bagaimana untuk menyelesaikan masalah pertikaian pulau dan wilayah mereka secara damai lagi tertib.

Malaysia sebenarnya tidak mahu tuntutan dan sengketa yang telah sekian lama berlarutan itu berakhir dengan pertumpahan darah lalu mengorbankan nyawa rakyat tidak berdosa seperti dalam kes China dan Vietnam itu.

Banyak pihak pada asasnya dijangka tidak mahu isu itu berakhir dengan paksaan seperti tindakan ketenteraan.

Sesuatu yang perlu dipelajari oleh negara-negara yang bertikaian ialah keputusan ICJ menunjukkan mereka harus mempunyai tahap kesabaran yang tinggi untuk mengharapkan kejayaan berpihak kepada mereka.

Ia sama manisnya dengan harga kesabaran yang dibayar kepada Malaysia untuk mendapatkan kembali Pulau Sipadan dan Ligitan.

Bukan Malaysia sahaja yang berdepan dengan masalah perebutan pulau dan wilayah.

Indonesia, Filipina, Vietnam, China, Jepun, Korea Selatan dan Taiwan juga tidak berkecuali.

Selain Sipadan, Ligitan dan Spratly, pulau-pulau lain yang menjadi rebutan di beberapa negara Asia Timur termasuklah Pulau Senkaku, Tokdo, Kuril, Takeshima, Diaoyu Tai dan Batu Putih.

Dalam kes Pulau Batu Putih, misalnya, Malaysia dan Singapura kini meniti perjalanan ke ICJ untuk menentukan hak ke atas pulau itu yang terletak kira-kira 15 batu nautika dari pantai Johor.

Singapura menyatakan pihaknya juga berhak ke atas Pulau Batu Putih yang dikenali di Singapura sebagai Pedra Branca.

Dalam memastikan hak kedaulatan Pulau Batu Putih berpihak kepadanya, Singapura sejak awal lagi bertindak menempatkan sebuah rumah api yang dikawal ketat di pulau itu.

Singapura, yang hanya dipisahkan oleh Tambak Johor dengan Malaysia, mula membuat tuntutan hak terhadap pulau berkenaan pada tahun 1989.

Sejak tarikh berkenaan, Republik Singapura mengawal ketat pulau kecil itu dan tidak membenarkan nelayan Malaysia menghampiri atau menjalankan kegiatan menangkap ikan di perairan berhampiran.

Selain Pulau Batu Putih yang menjadi rebutan Malaysia dan Singapura, Pulau Senkaku dan Diaoyu Tai pula masih menjadi rebutan antara Jepun dan China sehingga kini.

Pulau tersebut kini dalam genggaman Tokyo. Kerajaan Jepun telah melaksanakan beberapa usaha pembangunan di atas pulau itu.

Jepun turut menuntut Pulau Tokdo dan Takeshima yang bertindih dengan tuntutan dengan Korea Selatan. Masalah yang tidak diselesaikan itu masih menjadi duri dalam hubungan di antara Tokyo-Seoul.

Rusia dan Jepun pula masih belum menyelesaikan secara damai pertikaian terhadap sebuah pulau yang dikenali sebagai Kuril oleh Rusia tetapi dipanggil pulau wilayah utara oleh Jepun.

Pertikaian itu bermula sejak setengah abad lalu selepas tentera Soviet merampasnya pada Perang Dunia Kedua.

Pertikaian itu juga menemui jalan buntu.

Masalah tuntutan bertindih ke atas pulau-pulau di Asia Tenggara dan Asia Timur berpunca daripada tiada garis sempadan yang khusus di atas peta untuk menentukan hak kedaulatan sesebuah negara.

Dalam tuntutan Sipadan dan Ligitan, misalnya, isu menuntut pulau itu tidak timbul sehingga pihak berkuasa Indonesia berusaha menentukan garis sempadan di perairan mereka.

Banyak pihak melihat kejayaan Malaysia memiliki kedaulatan Pulau Sipadan dan Ligitan sebagai penggerak kepada negara lain untuk memperbaharui tuntutan ke atas beberapa buah pulau yang dipertikaikan haknya.

Cara penyelesaian Malaysia dan Indonesia kini menjadi contoh yang amat bijaksana. Kedua-dua negara menyelesaikan pertikaian mereka secara matang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2008 04:42 AM | Show all posts

selepas isu pulau batu putih..

Pertahankan wilayah
(Utusan Malaysia : 27/05/2008)

PERSEMPADANAN maritim sejak sekian lama ditetapkan berdasarkan konvensyen tradisi dengan merujuk kepada sejarah dan asal-usul persempadanan negara yang terbentuk sewaktu zaman penjajahan.

Justeru apabila wujudnya tuntutan bertindih ke atas sesebuah pulau yang menjadi tanda aras kepada persempadanan maritim antarabangsa, fakta sejarah akan menjadi rujukan utama dalam menentukan kedaulatannya ke atas sesebuah negara.

Menguatkan tuntutan sesebuah negara seperti yang berlaku dalam kes Batu Putih, apabila ia diuruskan oleh Singapura termasuk membina rumah api dan menjalankan aktiviti yang menunjukkan kehadiran negara berkenaan di pulau tersebut.

Dalam pertimbangan seperti itu, jarak pulau yang dituntut tidak lagi menjadi faktor utama biarpun dalam ukuran pemetaan, pulau berkenaan lebih dekat dengan negara yang dinafikan kedaulatannya berbanding negara yang diberikan hak.

Merentasi zaman, setiap negara ketika ini bagaimanapun perlu menetapkan sempadan maritim secara terperinci mengikut lunas-lunas yang termaktub di bawah undang-undang laut antarabangsa (UNCLOS III) atau juga disebut Konvensyen Undang-Undang Laut (KUUL) 1982.

Dalam mematuhi lunas-lunas berhubung persempadanan maritim negara itu, Malaysia ketika ini telah pun menggariskan lokasi titik-titik pangkal negara di bawah Akta Garis Pangkal Zon Maritim 2006 yang akan diwartakan tidak lama lagi.

Ia mengguna pendekatan prinsip garis pangkal lurus (straight base line) seperti yang termaktub di bawah KUUL sekaligus membolehkannya diterima pakai di peringkat antarabangsa.

Garis Pangkal dan Titik Pangkal itu kemudiannya perlu dideposit kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selewat-lewatnya pada tahun hadapan bagi membolehkan negara melebarkan wilayah perairan berlandaskan lokasi titik pangkal yang dikenal pasti oleh Pusat Hidrografi Negara (PHN) dan Jabatan Pemetaan (JUPEM).

Bagaimanapun bagi bahagian perairan selatan semenanjung berikutan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menyerahkan Batu Putih kepada Singapura, kedudukan garis pangkal yang terbentuk di bawah zon maritim negara di kawasan itu adalah bersifat separuh (partial submittion) dan pembahagian sempadan akan ditentukan oleh jawatankuasa teknikal kedua-dua negara.

Dengan kewujudan akta itu nanti, ia membolehkan negara luar melihat dengan jelas di mana kedudukan wilayah perairan negara seterusnya mengelak pertikaian mengenai persempadanan maritim antarabangsa atau pertindihan tuntutan pulau-pulau tertentu pada masa depan.

Pertindihan sedia ada di Laut China Selatan dan Laut Sulawesi bagaimanapun dijangka berterusan meskipun dengan adanya akta ini, memandangkan isu berkenaan telah timbul lebih awal berdasarkan wilayah maritim negara berdasarkan peta lama.

Sejauh mana perubahan terhadap peta lama dengan wujudnya Akta Garis Pangkal Zon Maritim 2006 itu nanti juga menjadi isu yang bakal mengundang rundingan lanjut khususnya dengan negara jiran.

Melihat kepada situasi negara ketika ini, Dekan Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Madya Dr. Nasrudin Mohammed berkata, Malaysia sebenarnya agak ketinggalan dalam isu persempadanan maritim.

Malah, tuntutan-tuntutan bertindih ke atas kedaulatan pulau yang sebelum ini dirasakan milik Malaysia juga adalah satu prosedur yang baru dan asing buat negara.

Justeru ujar beliau, apabila perkara itu dibangkitkan seperti yang berlaku dalam kes tuntutan Batu Putih, negara terpaksa mendepaninya dengan situasi yang agak kelam kabut kerana kurangnya pengetahuan dan pemahaman mengenai perkara tersebut.

Kes tuntutan pulau atau lebih tepat kedaulatan persempadanan maritim bermula apabila berlakunya serangan lanun secara berterusan ke atas nelayan dan kapal perdagangan yang melalui perairan Selat Melaka.

Ancaman maritim itu menimbulkan pertikaian di kalangan negara di rantau ini berhubung negara manakah yang seharusnya memastikan keselamatan perairan tersebut seterusnya membanteras aktiviti lanun.

Ia kemudiannya membawa kepada tindakan negara-negara tertentu membina rumah api di pulau itu dan tanpa sebarang bantahan dari mana-mana negara, aktiviti di pulau tersebut dipertingkatkan.

"Justeru apabila wujud tuntutan bertindih berhubung kedaulatan pulau itu seperti yang berlaku dalam kes Batu Putih, perundangan pastinya memihak kepada negara yang menunjukkan kehadiran dan mengesahkan kedudukan mereka di pulau berkenaan sejak sekian lama," katanya.

Menurut Nasrudin, disebabkan pertindihan tuntutan pulau melibatkan persempadanan dan kedaulatan negara, ia memberikan impak yang cukup besar dan melibatkan soal masa depan, lebih-lebih lagi dalam percaturan politik antarabangsa.

Untuk itu jelasnya, kerajaan perlu merangka satu tindakan menyeluruh dengan segera berhubung persempadanan maritim bagi memastikan kes kehilangan kedaulatan Batu Putih tidak berulang dalam kes tuntutan bertindih lain yang sedang dihadapi ketika ini.

Dalam menetapkan persempadanan maritim negara pula seperti yang dijelaskan oleh Lt. Jeneral (B), Datuk Seri Zaini Mohd. Said, selain perlu berlandaskan kepada persetujuan undang-undang maritim antarabangsa, ia juga seharusnya mengambil kira undang-undang negara selain mendapat persetujuan bersama daripada negara jiran.

Namun dalam situasi ketika ini tambah bekas Panglima Medan Tentera Darat itu, tidak ada penetapan sempadan maritim yang dipersetujui oleh dua buah negara bersempadan menyebabkan ia ditentukan secara unilateral atau hanya sebelah pihak sahaja.

"Justeru, pihak maritim dan jabatan laut perlu menandakan sempadan perairan negara sebagai panduan kepada nelayan supaya tidak memasuki kawasan yang di tetapkan bagi mengelak se- barang kejadian yang tidak diingini," jelasnya.

Merujuk kepada situasi di Pulau Pisang, Zaini berkata, kerajaan perlu berunding dengan Singapura untuk mengambil alih pengurusan rumah api yang dibangunkan oleh negara berkenaan sejak sekian lama.

Meskipun kedudukan Pulau Pisang itu terletak di wilayah maritim negara, namun apa yang dibimbangkan ia bakal mencetuskan satu lagi tuntutan bertindih dengan Singapura pada masa depan.

Mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku dalam kehilangan kedaulatan ke atas Batu Putih, kerajaan ujar beliau, perlu bertindak segera membangunkan pulau itu sekali gus mempertahankan kedaulatan wilayah yang merupakan hak negara.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2008 04:43 AM | Show all posts
110 buah pulau perlukan pengesahan status
(Utusan Malaysia : 10/06/2008)

KUALA LUMPUR 9 Jun - Kementerian Luar akan mengemukakan satu laporan kepada Kabinet mengenai tindakan yang perlu diambil terhadap 110 buah pulau di sekitar perairan Malaysia yang memerlukan pemetaan dan pengesahan statusnya.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, pihaknya telah mengarahkan satu laporan dibuat mengenai langkah yang akan diambil terhadap setiap pulau berkenaan yang ditemui di perairan Johor, Kedah, Sabah, Sarawak dan juga di Phuket , Selatan Thailand.

Berdasarkan sejarah katanya, Phuket hanyalah sebuah bukit yang menjadi milik negara tetapi kini dimiliki Thailand dan kerajaan juga selama ini tidak melakukan sebarang tindakan untuk mengambilnya kembali.

''Bermacam-macam boleh dilakukan termasuk mencadangkan supaya kerajaan perlu lebih peka tentang pemilikan pulau-pulau yang menjadi haknya yang sebelum ini kita tidak pernah melakukan sebarang tindakan untuk menuntutnya.

''Kita menjadi lebih bijak dengan kes Batu Puteh apabila ia menjadi milik Singapura setelah diputuskan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda baru-baru ini,'' katanya pada sidang akhbar di Persidangan Antarabangsa Ketiga Dunia Islam dan Barat di sini hari ini.

Majlis perasmian persidangan dua hari itu disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Persidangan yang disertai 15 negara itu turut dihadiri Setiausaha Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Ekmeleddin Ihsanouglu, bekas Perdana Menteri Pakistan, Shaukat Aziz dan Ahli Dewan Persidangan Perundangan Palestin, Dr. Sahar Al-Quassma.

Mengenai Pulau Pisang di Pontian, Rais memberitahu, kerajaan Pusat perlu berbincang dengan kerajaan Johor terlebih dahulu mengenai pengurusan rumah api di pulau tersebut.

Katanya, kerajaan Pusat perlu mendapat persetujuan daripada kerajaan Johor secara rasmi sebelum pihaknya meneruskan perbincangan dengan Singapura untuk mencari jalan penyelesaian terbaik seperti dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

''Selepas kes Batu Puteh dan Batuan Tengah diputuskan oleh ICJ, kita hendak mewujudkan laluan persahabatan dan harmoni di antara kedua-dua negara yang berjiran dan seterusnya melakukan kajian terhadap sejarah dan keadaan rumah api tersebut mengikut perjanjian yang telah dipersetujui baru-baru ini,'' jelasnya.

Pulau Pisang seluas 178.4 hektar yang merupakan milik Malaysia terletak lapan kilometer di luar perairan Pontian bagaimanapun rumah api di pulau berkenaan telah diuruskan oleh Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Singapura sejak tahun 1900.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2008 04:44 AM | Show all posts
Malaysia akan buat pemetaan segera 110 pulau: Rais

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menjalankan segera proses pemetaan terhadap 110 pulau di seluruh negara yang masih belum disahkan milik Malaysia bagi mengelakkan kehilangan Batu Puteh kepada Singapura berulang kembali.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata kementeriannya akan mengemukakan laporan kepada Kabinet tidak lama lagi supaya tindakan lebih berkesan dapat diambil segera bagi pengesahan status pemilikan pulau berkenaan.

Beliau berkata, kajian terperinci akan dilakukan terhadap pulau terbabit yang terletak di beberapa negeri iaitu Sabah, Sarawak, Johor dan Kedah yang berhampiran dengan negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Singapura dan Filipina.

"Sebenarnya ada 110 pulau secara kasar di tanah air kita yang memerlukan pemetaan dan penentuan status seperti di Sabah, Sarawak, berhampiran Johor serta Kedah.

"Macam Pulau Phuket di Selatan Thailand, yang mengikut sejarah dikenali sebagai 'bukit' adalah milik kita dulu tapi diambil daripada kita tanpa kita berbuat apa-apa," katanya pada sidang media selepas memberi ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Ketiga 'Dunia Islam dan Barat: Merapatkan Jurang' di sini, hari ini.

Ditanya sama ada Malaysia mahu meletakkan anggota tentera atau memacak bendera di semua 110 pulau bagi menunjukkan ia milik negara, Rais berkata, pelbagai tindakan boleh diambil bagi menentukkan hak ke atas semua pulau berkenaan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-6-2008 04:46 AM | Show all posts

rewind - pulau sipadan & pulau ligitan

dulu - kes yg famous ialah kes pulau sipadan & pulau ligitan.. perebutan antara malaysia-indonesia.. dan jadi agak teruk gak sbb filipina pun masuk campur sekali.. kes ni dibawa ke ICJ dan akhirnya malaysia yg dapat pulau sipadan & pulau ligitan..





Kedudukan Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan


Pulau Sipadan


Pulau Sipadan


Perbicaraan Kes Tuntutan Pulau Ligitan dan Sipadan di ICJ


Keratan Akhbar Utusan Malaysia 18 Disember 2002
berkenaan kes perebutan Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan di perairan Borneo


[quote]Originally posted by Jiman at 28-5-2008 05:23 AM

4 : PULAU LIGITAN
MALAYSIA
INDONESIA



Alternative Name: Ligitan Islet
Name Type: Variant or alternate
Area / State: Sabah
Area Type: Hypsographic
Location Type: Island
Latitude: 4.165278
Longitude: 118.8861
Latitude (DMS): 4
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2008 07:29 AM | Show all posts
Pulau Merambong, Menanti Pembangunan Dan Kehadiran Manusia
(Bernama : 27 Mei, 2008 17:52 PM)

JOHOR BAHARU, 27 Mei (Bernama) -- Pulau Merambong, yang terletak di kawasan sempadan maritim Malaysia dan Singapura di Selat Johor telah lama dibiarkan tanpa berpenghuni dan keadaan ini perlu diubah dengan membangunkannya terutama dalam industri eko-pelancongan.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nusajaya Datuk Abdul Aziz Sapian berkata pembangunan di pulau yang strategik di kuala Selat Johor itu penting bagi mengelak sebarang usaha mana-mana pihak untuk mempertikai hak kedaulatan negara terhadap pemilikannya.

"Walaupun hak kedaulatan dan pemilikan Pulau Merambong itu adalah di pihak Malaysia tetapi suatu usaha perlu dilakukan dengan segera untuk membangunkan pulau tersebut menerusi beberapa inisiatif terutamanya melibatkan pelancongan."

"Berikutan dengan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) terhadap Pulau Batu Puteh baru-baru, kita berharap kerajaan dapat membangunkan Pulau Merambong dan tidak membiarkan ia tidak berpenghuni," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Abdul Aziz berkata pihaknya juga bimbang sekiranya pulau, yang terletak tidak jauh dari perairan Gelang Patah, itu dijadikan kawasan perlindungan dan persembunyian oleh penjenayah.

Penyelidik kanan Institut Maritim Malaysia (MIMA), Kapten Rakish Suppiah di dalam laporan akhbar New Straits Times hari ini berkata negara mungkin kehilangan kira-kira 100 pulau, batuan serta struktur-struktur maritim yang lain jika tiada tindakan diambil untuk mengesahkan kedaulatannya.

Selain beberapa peralatan yang dipasang oleh Jabatan Laut di Pulau Merambong, Abdul Aziz berkata apa yang terdapat di pulau itu ketika ini hanyalah kawasan perkuburan lama.

Pasukan-pasukan keselamatan negara, katanya tidak menjalankan rondaan di kawasan perairan sekitar Pulau Merambong dengan kerap.

Sementara itu, anggota jawatankuasa Persatuan Sejarah Negeri Johor Zaaba Abdul Samad berkata sehingga kini ramai di kalangan penduduk tempatan masih tertanya-tanya sama ada Pulau Merambong itu milik Malaysia atau Singapura.

Kekeliruan penduduk tempatan itu berpunca akibat kedudukan pulau yang berkeluasan 0.03km persegi itu terletak terlalu hampir dengan sempadan maritim kedua-dua negara, katanya.

"Malah sehingga kini pun, tiada satu tanda seperti bendera Jalur Gemilang yang diletakkan di Pulau Merambong untuk mengatakan bahawa pulau itu milik Malaysia," katanya.

Menurut Zaaba, disebabkan lokasinya yang terlalu hampir dengan Singapura, terdapat pengusaha-pengusaha kelong dari republik itu yang membina kelong di perairan Pulau Merambong tidak lama dahulu.

Bagaimanapun mereka telah diminta mengalihkan kelong berkenaan ke perairan Singapura oleh Jabatan Perikanan Malaysia, katanya sambil menambah kata bahawa tanda sempadan kedua-dua negara di sekitar perairan Pulau Merambong adalah tidak jelas.

"Kita bimbang jika tiada tindakan diambil untuk mengukuhkan kehadiran kita di Pulau Merambong, menerusi kegiatan manusia atau kajian sejarah, marin dan lain-lain, kedaulatannya akan turut dipertikaikan pada masa depan," katanya.

Zaaba berharap kerajaan negeri dan pusat akan lebih proaktif membangunkan pulau-pulau yang terletak berhampiran sempadan Malaysia dan Singapura dan tidak membiarkannya tanpa sebarang kegiatan manusia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-6-2008 07:53 AM | Show all posts

pulau merambong - infos & photos



Alternative Name: Pulau Merambong
Name Type: Native
Area / State: Johor
         
Coordinates & Location type
Area Type: Hypsographic
Location Type: Island
Latitude: 1.316667
Longitude: 103.6167
Latitude (DMS): 1
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2008 08:02 AM | Show all posts

pulau merambong - latest..


Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nusajaya Datuk Abdul Aziz Sapian (kiri) bersama Penolong Pengarah Jabatan Laut Wilayah Selatan Johor Shahrizal Azhar menunjukan peta kedudukan Pulau Merambong (di belakang) yang terletak berhampiran sempadan maritim Malaysia dan Singapura.


Pulau Merambong yang tidak berpenghuni terletak berhampiran sempadan maritim Malaysia dan Singapura. Pulau itu terletak kira-kira 10 minit perjalanan menggunakan bot dari Tuas, Singapura berbanding 30 hingga 45 minit dari Gelang Patah.


Pembinaan Tandarah Suar di Pulau Merambong oleh Jabatan Laut Wilayah Selatan Johor, selain dijadikan tanda sempadan, ia turut dijadikan panduan bagi kapal-kapal yang melalui perairan di situ.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2008 08:04 AM | Show all posts
Pantau tambak pasir di Pulau Merambong
(Utusan Malaysia : 10/06/2008)

JOHOR BAHRU 9 Jun - Kerajaan diminta memantau aktiviti penambakan pasir oleh Singapura yang semakin menghampiri Pulau Merambong bagi mengekalkan kedaulatan negara ke atas pulau tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nusajaya, Datuk Aziz Sapian berkata, penambakan pasir ke arah pulau itu kini menjadikan Pulau Merambong seolah-olah semakin dekat dengan Singapura.

"Kalau dikira ketika ini, kita dapati tiba-tiba jarak Singapura ke pulau itu semakin dekat, hanya kira-kira 1.5 kilometer (km) sahaja sedangkan jarak dari Tanjung Kupang, Gelang Patah ke pulau itu masih kekal 3 km," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan ke Pulau Merambong di sini hari ini.

Pulau yang saiznya besar sedikit daripada padang bola sepak itu terletak berdekatan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) serta bersebelahan dengan pusat pentadbiran Nusajaya.

Penduduk Johor kini bimbang wujud tuntutan bertindih ke atas pulau itu pada masa depan berikutan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan Batu Putih sebagai milik Singapura.

Aziz berkata, walaupun penambakan pasir itu di luar kawalan pihak berkuasa Malaysia, namun keluasannya kini membimbangkan penduduk kawasan Nusajaya.

"Jarak yang semakin hampir itu berlaku hasil daripada penambakan Singapura walaupun Pulau Merambong adalah dalam kawasan perairan negeri Johor. Jabatan Laut sendiri mengesahkan perkara tersebut," katanya.

Lebih menyedihkan, beliau berkata, nelayan Malaysia yang berada di pulau tersebut dan perairan sekitarnya kerap diarah keluar oleh pihak berkuasa Singapura sedangkan ia adalah pulau milik negara.

"Ini amat mengecewakan kerana ia adalah kawasan kita," tegasnya.

Justeru, Aziz menegaskan, kerajaan perlu mengambil langkah memastikan penambakan tersebut tidak berleluasa, meningkatkan operasi penguatkuasaan di perairan dan mengambil alih pengurusan rumah api daripada Singapura.

"Saya harap pihak berkuasa seperti Jabatan Marin dan Kastam dapat mengadakan rondaan lebih kerap di kawasan tersebut.

"Negara jiran tersebut kini seolah-olah hanya menunggu masa dan ketika sahaja untuk merebut pulau-pulau yang ada di persekitaran selat negara ini," katanya.

Katanya, kerajaan juga perlu membangunkan Pulau Merambong sebagai kawasan eko pelancongan dan menjadi destinasi orang ramai melakukan aktiviti pantai.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Penguasaan Jabatan Laut Wilayah Selatan, Shahrizal Azhar berkata, rondaan memang dibuat sebulan sekali di kawasan pulau itu.

"Setakat ini Jabatan Laut tidak ada masalah dengan kawasan tersebut kerana sudah ada menara tanda arah dan Jalur Gemilang sudah dikibarkan untuk menunjukkan pulau itu milik negara," jelasnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2008 08:06 AM | Show all posts
Potensi Pulau Merambong
(Utusan Malaysia : 14/06/2008)

JOHOR BAHRU 13 Jun - Pulau Merambong di perairan Selat Tebrau dekat sini diakui mempunyai pelbagai potensi untuk dibangunkan namun sehingga kini ia masih terbiar tanpa sebarang aktiviti bagi manfaat masyarakat setempat.

Pulau itu mula mendapat perhatian meluas selepas muncul kebimbangan terhadap kedaulatan negara ke atasnya berikutan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan Batu Putih sebagai milik Singapura.

Ini kerana, penduduk negeri ini bimbang wujud tuntutan bertindih ke atas pulau itu pada masa depan kerana ia tidak dibangunkan oleh Malaysia.

Lebih-lebih lagi, jarak Singapura ke pulau itu semakin dekat iaitu hanya 1.5 kilometer (km) ekoran kerja-kerja penambakan pasir oleh negara berkenaan, manakala jarak dari Tanjung Kupang ke pulau itu masih kekal tiga kilometer.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, pulau tersebut berpotensi untuk dibangunkan dengan aktiviti ekopelancongan dan ternakan ikan dalam sangkar bagi memberi pendapatan tambahan kepada penduduk setempat.

Pulau itu mempunyai hutan kecil yang ditumbuhi pokok-pokok hutan dan mempelam, kawasan pantai, bukit dan rumah api selain permukaan berbatu.

Perairannya yang tenang kerana terlindung daripada ombak kuat, membolehkan sangkar-sangkar ikan atau kelong dibina oleh penduduk setempat.

Calet-calet juga boleh dibina untuk pelancong berehat sambil menikmati keindahan pulau serta melakukan aktiviti seperti memancing atau mandi-manda.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-6-2008 08:46 AM | Show all posts

pulau pisang - infos & photos..




Alternative Name: Pulau Pisang
Name Type: Native
Area / State: Johor
         
Coordinates & Location type
Area Type: Hypsographic
Location Type: Island
Latitude: 1.466667
Longitude: 103.25
Latitude (DMS): 1
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2008 04:10 PM | Show all posts
Satu aje...dalam keghairahan nak claim pulau2 ni...jangan samapai ayam menang kampung tergadai. Dok seronok nak 'membangunkan' pulau...alam sekitar terjejas!
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2008 04:11 PM | Show all posts
Satu aje...dalam keghairahan nak claim pulau2 ni...jangan samapai ayam menang kampung tergadai. Dok seronok nak 'membangunkan' pulau...alam sekitar terjejas!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2008 08:11 PM | Show all posts
Originally posted by alphawolf at 15-6-2008 04:11 PM
Satu aje...dalam keghairahan nak claim pulau2 ni...jangan samapai ayam menang kampung tergadai. Dok seronok nak 'membangunkan' pulau...alam sekitar terjejas!

betul tu! esp kat kawasan pulau/karang yg jadi tempat scuba diving - harap ada pantauan selalu la
takut gak kalau kawasan camtu rosak atau dirosakkan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-6-2008 08:13 PM | Show all posts
Sultan Johor Akan Ikhtiar Kembalikan Kedaulatan Pulau Batu Puteh
(19 Jun, 2008 15:15 PM)

JOHOR BAHARU, 19 Jun (Bernama) -- Sultan Johor Sultan Iskandar bertitah baginda akan berikhtiar mencari jalan bagi mendapatkan semula hak kedaulatan Pulau Batu Puteh yang kini dimiliki Singapura.

Ketika merasmikan pembukaan persidangan Dewan Undangan Negeri Johor di sini hari ini, baginda bertitah bahawa pulau berkenaan bukan milik republik itu sebaliknya hak milik kerajaan Johor.

"Suka beta ingatkan bahawa beta tidak lupa pada Pulau Batu Puteh. Pulau Batu Puteh bukan hak Singapura tetapi hak milik Johor. Sampai bila pun beta akan cari ikhtiar untuk mendapatkan semula pulau milik Johor itu," titah baginda.

Hadir sama berangkat ke istiadat pembukaan itu, Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail dan Raja Muda Johor Tunku Ismail Ibrahim.

Sultan Iskandar juga mengingatkan rakyat supaya hidup secara muafakat bagi menjamin keberkatan dalam hidup.

Baginda turut melahirkan keyakinan bahawa kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman akan terus maju.

"Beta bersyukur kerana kita dapat terus berada dalam keadaan selamat, aman dan damai. Tahniah kepada kerajaan di bawah pimpinan Datuk Abdul Ghani Othman yang terus mendapat amanah rakyat.

"Oleh itu, kita mesti mengelakkan unsur perkauman dan agama, berpegang teguh kepada Rukun Negara serta Raja Berpelembagaan. Ahli Dewan Undangan Negeri pula hendaklah menjalankan tugas dengan ikhlas, jujur dan memahami hasrat rakyat," titah baginda.

Abdul Ghani, yang ditemui pemberita selepas istiadat itu, enggan mengulas lanjut mengenai titah Sultan Johor berhubung Pulau Batu Puteh itu.

"Tuanku bertitah bahawa Pulau Batu Puteh kedaulatannya telah diputuskan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Saya tidak mahu komen lanjut. Kita dengar apa yang telah dititahkan," katanya.

Pada 23 Mei lepas, Mahkamah Keadilan Antarabangsa di The Hague, Belanda, dalam penghakimannya yang menamatkan pertikaian antara Malaysia dan Singapura, memberikan kedaulatan Batu Puteh kepada Singapura dan Terumbu Karang Tengah kepada Malaysia.

Kedaulatan Terumbu Karang Selatan pula menjadi milik negara di perairan di mana ia terletak.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 09:01 AM | Show all posts
so .. peciter? perkembangan pulau merambong? pulau pisang?

ada apaper perkembangan ker? atopon penguncupan jek?

peciter pasal pemetaan 110 pulau tuh? setakat bwat peta jek? ke tak bwat pun langsung?

dah tak hangat ke isu 'territorial disputes' nih? sekejap jek ke 'kesedaran' lepas kehilangan pulau batu putih tuh?

sebulan jek ke hangat nyer? pastu dah tak ambek kesah dah - macam dulu?

nak kena gertak ngan singapore dulu ker baru nak sesebok ambek berat nak majukan atopon bwat rondaan?

selagi tak kena gertak atopon hilang; selagi tu ke nak main tarik tali?


aku cadangkan supaya encik naden tukar tajuk thread ni kepada : Manusia Mudah Lupa
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 09:17 AM | Show all posts
ARKIB UTUSAN MALAYSIA : 02/12/2008

Pulau Merambong jadi pos kawalan Keselamatan

JOHOR BAHRU 1 Dis. - Pulau Merambong yang terletak di perairan Selat Tebrau sesuai dijadikan pos kawalan keselamatan di sempadan perairan negara.

Datuk Abd. Aziz Sapian (BN-Nusajaya) berkata, langkah itu perlu dilakukan bagi mengelak daripada berlakunya pencerobohan pendatang asing atau penerokaan secara haram.

"Selama ini kita lihat pihak polis telah berjaya mengurangkan kadar jenayah di darat. Bagaimanapun kadang kala kita lupa tentang keselamatan di bahagian perairan.

"Dengan adanya pusat kawalan di Pulau Merambong, pihak berkuasa kita dapat memantau apa sahaja aktiviti sebelum ia mengancam keselamatan negara," katanya pada Sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Kata Abd. Aziz, hasil daripada pemerhatiannya, hanya pihak berkuasa Singapura lebih banyak membuat rondaan berbanding pihak berkuasa tempatan.

Selain itu, beliau juga mahu kawalan keselamatan perairan di sekitar Gelang Patah dipertingkatkan seiring dengan kepesatan pembangunan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Nusajaya dan keseluruhan kawasan Iskandar Malaysia.


+ ayat yg aku boldkan tuh pun dah nyatakan segalanya : MALAYSIA MUDAH LUPA!!!
+ jangan dok gila meroyan kalau masa akan datang, pulau merambong plak yg 'dirampas' ..
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2009 09:28 AM | Show all posts
ARKIB UTUSAN MALAYSIA : 09/08/2008

Pembesaran rumah api Pulau Pisang disiasat

PUTRAJAYA 8 Ogos - Pegawai Malaysia dalam Jawatankuasa Teknikal Bersama Malaysia-Singapura diarahkan menyiasat laporan kononnya Singapura menjalankan kerja-kerja pembesaran kawasan rumah api Pulau Pisang di perairan Pontian, Johor.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, setakat ini, beliau belum menerima apa-apa laporan mengenai aktiviti peluasan tanah yang didakwa dijalankan oleh Singapura di kawasan rumah api itu.

"Buat masa ini, saya tidak boleh memberi ulasan kerana saya tidak diberitahu tentang apa-apa tindakan Singapura yang melanggar hubungan baik antara Malaysia dengan Singapura," katanya selepas menghadiri majlis menaikkan bendera sempena ulang tahun ke-41 ASEAN di Wisma Putra di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan sebuah stesen televisyen yang mendakwa Singapura telah melakukan pembesaran kawasan rumah api Pulau Pisang.

Menurut Rais, soal pemilikan rumah api yang kini diuruskan oleh Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Singapura akan dibincangkan secara dua hala antara Malaysia dan Singapura dalam masa terdekat.

"Posisi mengenai rumah api ini akan dikaji secepat mungkin dan kita akan maklumkan kepada pihak Singapura tentang apa yang akan kita lakukan di Pulau Pisang," katanya.

Menteri Luar itu turut mencadangkan kerajaan Johor agar mewujudkan satu pelan induk pembangunan untuk Pulau Pisang.

"Kita ingin mencadangkan supaya Pulau Pisang tidak ditinggalkan begitu sahaja seperti yang berlaku ke atasnya sebelum ini.

"Kita mesti proaktif dari segi pembangunan Pulau Pisang dan satu pelan induk pembangunannya harus diwujudkan," katanya.

Mengenai kerja-kerja Jawatankuasa Teknikal Bersama Malaysia-Singapura pula, Rais berkata, setakat ini, dua mesyuarat telah dijalankan, manakala mesyuarat ketiga akan berlangsung 19 Ogos ini.

"Mesyuarat ini akan menentukan perkara-perkara teknikal, antaranya menilai apa yang harus dilakukan bersama oleh kedua-dua negara susulan keputusan penghakiman mengenai Batu Putih dan Batuan Tengah pada 23 Mei lalu," katanya.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:19 AM GMT+8 , Processed in 0.092924 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list