CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5707|Reply: 38

Coklat & Cinta !

[Copy link]
Post time 9-9-2008 02:20 PM | Show all posts |Read mode
COKLAT bersifat afrodisiak. Coklat boleh menaikkan nafsu syahwat! Samaada kita percaya atau tidak, dakwaan seperti ini pasti mampu menarikperhatian ramai.

Seperti makanan dan ubat-ubatan lain, dakwaankeupayaannya meningkatkan daya seksual membuatkan ia laris dijual dipasaran. Lihat saja minuman Tongkat Ali dan segala produk lain yangberkaitan dengannya.

Tiada kajian kukuh menunjukkan keupayaanherba ini dalam merangsang daya seksual seseorang kecuali ia mampumelancarkan peredaran darah, namun kepercayaan ramai akan hubungannyadengan aspek seksual, membuatkan ramai yang tidak ragu-ragu meminumnya,setiap hari, setiap masa.

Dakwaan coklat sebagai afrodisiakbukan baru. Sejak beribu tahun lamanya, coklat, yang dihasilkandaripada biji koko dikatakan mempunyai `kuasa' ini. Maharaja Montezumaketika zaman Aztec (1250-1521) dikatakan minum 50 cawan coklat ataulebih setiap hari, untuk meningkatkan stamina sebelum `bersama' denganpasangannya. Perkara ini turut diamalkan warga atasan Aztec ketika itu,malah mereka dikatakan membawa amalan ini ke Eropah.

Casanova,pencinta terhebat, juga dikatakan meminum coklat setiap hari untukmeningkatkan tenaga berahinya. Malah, dia dikatakan memilih coklatberbanding champagne bagi meningkatkan nafsu syahwat!

Zamanberlalu, kepercayaan bahawa coklat sebagai ramuan cinta yang hebatterus utuh. Malah, coklat bukan saja diminum atau dimakan untuk`meningkatkan' rangsangan seksual diri malah diberikan kepada seseorangdengan tujuan menggoda atau meluahkan perasaan kasih sayang danberharap cinta akan berbalas.

Hari ini, selepas lebih 2,000tahun coklat ditemui, masih ramai yang mempercayai kehebatan coklatsebagai message of love, luahan kasih sayang dan saintis juga darisemasa ke semasa tidak bosan-bosan mencungkil kebenaran dakwaan ini.

Kajianmendapati coklat mengandungi phenylethylamine (PEA), bahan kimia serupayang dihasilkan otak ketika seseorang berasa seronok atau nikmat. PEAadalah bahan perangsang seksual dan ia juga dikatakan bertanggungjawabmerangsang perasaan yang wujud apabila kita jatuh cinta.

Keranaitu, setiap kali apabila memakan coklat kita akan berasa seronok dannikmat. Namun, untuk mengaitkannya dengan keupayaan seksual, masihterlalu awal. Belum ada bukti kukuh mengenainya. Tambahan pula, kajianmendapati PEA dalam makanan tidak kekal lama dalam sistem badan.

Apapunpenemuan, satu perkara yang pasti, coklat hari ini adalah bahan pentingdalam pelbagai jenis makanan - kepingan coklat, biskut, kek jugaminuman sama ada panas mahupun sejuk.

Keenakan dan keseronokan,kenikmatan memakan atau meminumnya memang tidak dapat dinafikan lagidan disebabkan ciriciri ini, tidak hairan mengapa ia bahan yang amatsesuai dijadikan hadiah, terutama buat yang tersayang.

Cubalah memberi coklat sebagai hadiah kepada yang tersayang hari ini. Anda pasti kagum dengan hasilnya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2008 03:01 PM | Show all posts
x ske ceklat.... kdg2 jer mkn...
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2008 08:40 PM | Show all posts
suka cokelat putih...sukaaa sgt2!
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2008 10:03 PM | Show all posts
suka coklat lagik2 kalau dapat coklat fav
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2008 09:36 AM | Show all posts

Reply #1 ainqzachry's post

suka makan coklat...
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2008 11:49 AM | Show all posts
hmmm....teringat awal2 kenal dengan bf dulu, dia bagi coklat depan kawan2 kat kelas.
masa tu malu gilerrr sbb baru2 kenal, belum jadi bf lagik., suke pon ada, bangga pon ada.


bestnye kenangan.........
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-9-2008 12:13 PM | Show all posts
ske sgt coklattt....
klau tensen2 pn mkn coklat
klau majuk pn bf bg coklat
yg pntg nk coklat besar..
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2008 04:34 PM | Show all posts
sy suke coklat cloud9 dgn snickers...
best sgt!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2008 10:43 PM | Show all posts
coklat mmg jdik favaret..
suke ngat ngn sumer cokelat cadbury..tiap2 malam mesti minum hotchoc cadbury gak..bwu layh tdo..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2008 11:45 PM | Show all posts
coklat hitam memang sedap!!
yeah!
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2008 03:13 AM | Show all posts
im soooooo in lurve wif dark chocolate truffles

Dark Chocolate Truffles



Swift-Tuttle Dark Chocolate Espresso Berry Comet Truffle



More Dark Chocolate Truffles



Another Dark Chocolate Truffles
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2008 05:55 AM | Show all posts

Balas #11 ShinySTAR\ catat

shiny....blanje mkn colatt
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2008 06:09 AM | Show all posts

Reply #12 southern_wheel's post

cakelat dan rokok adalah gabungan setim ...

Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2008 06:24 AM | Show all posts
Originally posted by bzzts at 14-9-2008 06:09 AM
cakelat dan rokok adalah gabungan setim ...


err...yeke..aku lom try lagik...

tapi fungsi coklat n rokok sama...

dua2 release tensen kalo kite amik
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2008 06:26 AM | Show all posts

Reply #14 southern_wheel's post

cigar kecik yg jual kat 7eleven tuh, perisa coklat. RM8 sebungkus kat kelantan. best woo...
tapi kat kl ari tu beli RM11
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2008 06:35 AM | Show all posts
Originally posted by bzzts at 14-9-2008 06:26 AM
cigar kecik yg jual kat 7eleven tuh, perisa coklat. RM8 sebungkus kat kelantan. best woo...
tapi kat kl ari tu beli RM11

mase poket aku tengah rabak dulu penah gak aku try okok gulung perasa vanilla...

boleh tahannn...wangi gak...

tapi bile dah ade duit balik aku mik smule winston light...tak wangi pon...tapi gian arr tak dapat isapokok feberet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2008 02:21 PM | Show all posts
Originally posted by southern_wheel at 14-9-2008 05:55 AM
shiny....blanje mkn colatt


kat atas tu dah belanjer 4 keping gambo cokelat. sile laa, jangan segan2
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2008 02:31 PM | Show all posts
Originally posted by bzzts at 14-9-2008 06:09 AM
cakelat dan rokok adalah gabungan setim ...



isap rokok pun boley setim kerr?

nak test gak la canni. bak sebatt
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2008 06:35 PM | Show all posts
maser aku tgh bercinta dl mmg suke sgt mkn cokelat...bila rasa hepi je mesti nk cr cokelat.....skrg dh break x teringin pn nk mkn cokelat....
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2008 06:53 PM | Show all posts
dulu ada guy bg coklat n bunga masa valentine day, 2 tahun berturut2 dia bg coklat yg sama...

ambik jek, tp In tak pernah ambik pot pun hari tersebut tersebut...

sekarang kdg2 terkenan sifat baiknya, tp smuanya usai krn kami berbeda agama...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 01:55 PM GMT+8 , Processed in 0.138406 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list