CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: danedzya

Cable Car Bukit Nanas

[Copy link]
Post time 22-3-2011 01:22 PM | Show all posts
akak penah naik cable car ni dulu2...masa tu akak darjah 6. memula naik cable car yg bertutup bulat tu...dah sampai seberang, nak berpatah balik naik plak yg kerusi cam buaian tu..leh la nampak satu KL...kat bawah plak ada taman permainan dan sekeliling hutan2..menarik betul..tapi sayang dh diruntuhkan plak...itu lah satu2nya cable car yg ada kt bandar nih.Tapi tak de lak amik gambo...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2011 01:31 PM | Show all posts
arwah atuk dan nenek sebelah mak akak  plak...berhijrah ke KL dan menetap di Kg Haji Abdullah Hukum..beranak pinak disitu..sampai lah disuruh pindah dan ditempatkan kat Flat DBKL Putra..masa dorang dok situ dulu, mmg seronok cam kat kampung tapi tengah bandar. Nak gi memana pun senang sbb dekat..bila coti sekolah sure akak dok situ 2-3 hari. Bila hujung minggu mak sedara rajin bawak kami gi Taman TAsek Perdana sbb ramai artis2 buat persembahan free show kat situ..zaman2 70an gitu. Tapi skg dah abis kg org melayu kat bandar nih disauk nye..sumer dah diburan dok flat..
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2011 02:30 AM | Show all posts


gugel terjumpa gambar ni! credit to http://syahrilkadir.wordpress.com
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2011 06:31 PM | Show all posts
Reply 43# NaughtyLilAngel

thanks picca nya... menarik tul, kalo tak kerana thread ni, paz tak tau pun kat bukit nenas tu ada pernah ada cable car. Taniah TT...
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 04:09 PM | Show all posts
nape dorg runtuhkan cable car ni eh? x salah kekal kan..skali jalan la dgn KL Tower
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2011 06:43 PM | Show all posts
Kereta Kabel di Bukit Nenas,
Bawaku pergi ke tempat tinggi
BUkit yang hijau dapatku lihat,
Hatiku girang tidak terperi...
Mari bersama ke Bukit Nenas..
MAri gembira di Bukit Nenas..

Lagu Bukit Nenas yg biasa nyanyi masa skolah rendah dulu..djh 1 atau 2..
geng2 yg skolah rendah thn 80an mesti tau lagu ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-5-2011 07:19 PM | Show all posts
kereta kabel tu dibina oleh penjajah british ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2011 01:28 PM | Show all posts


aku pernah naik... lwatan sek rendah...hahahah....cable yg mcm buaian tu mmg tak selamat langsung.... aku & member aku blh tak perasan penghadang hadapan tak ditutup... masa awal2 naik, yg jaga tu tak pesan apa2 pon... nasib baik tak jadi apa2....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2011 03:22 PM | Show all posts
hr ni baru aku tau wujudnye cable car kt bkt nanas
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2011 10:03 PM | Show all posts
kalu ada cable car maknanye kedudukan bukit nenas ni mmg tinggi la ek???

tp skrg ni lalu bukit tu mcm x tinggi je sbb tu x prasan dulu wujud cable car kt sini..
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2011 09:59 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2012 08:25 AM | Show all posts
Ada yg meninggal ke masa keta kabel tu runtuh..kenapa x diteruskan je?ada unsur2 mistik ke?
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2012 11:18 AM | Show all posts






Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2012 08:32 AM | Show all posts
stryder_cats posted on 26-5-2011 10:03 PM
kalu ada cable car maknanye kedudukan bukit nenas ni mmg tinggi la ek???

tp skrg ni lalu bukit tu ...

cukup tinggi...dan lagipun rasa aku bukit nenas sekarang ni rendh sikit sebab nak ratakan tanah buat Menara KL.

Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2012 12:32 PM | Show all posts
laaa baru tahu ada cable car kat sana...x sangka betoi...
nape dibehentikan ek??
kan best kalo ada lg...
xpayah pegi jauh2 dah..hehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2013 11:57 AM | Show all posts
Asal nama Bukit Nanas




Perang di Kuala Lumpur meletus antara Raja Mahadi yang disokong oleh Raja Asal, Sutan Puasa dan orang Cina yang dipimpin oleh Chong-Chong dengan Tengku Kudin yang bersekutu dengan Sultan Abdul Samad, iaitu Sultan Selangor yang bersekutu dengan Yap Ah Loy, Kapitan Cina Kuala Lumpur pada 1871-75.

Pada akhir 1871, Sultan Puasa, iaitu ketua masyarakat orang Melayu keturunan Mendahiling mengumpul orangnya di Tanjung Dua Belas (Hulu Langat).

Di situ pasukan Sutan Puasa bersatu dengan pasukan orang Mendahiling dari Hulu Slim yang dipimpin oleh Raja Berumun atau dikenali juga Datuk Imam Perang Jabarungun di Tanjung Dua Belas.

Mereka berkumpul untuk menyerang Kuala Lumpur yang dikuasai oleh Kapitan Yap Ah Loy yang disokong oleh Tengku Kudin dan Sultan Abdul Samad.

Pengikut Sutan Puasa yang bersatu dengan pengikut Raja Berumun tidak sempat menyerang Kuala Lumpur kerana dengan tiba-tiba pasukan mereka diserang oleh pasukan Yap Ah Loy seramai 200 orang dan dibantu oleh orang Melayu daripada pasukan Kapitan Syers yang berjumlah kira-kira 100 orang.

Sutan Puasa sempat melepaskan diri ke Klang dan menubuhkan satu lagi pasukan. Namun tidak lama kemudian, Sutan Puasa dapat ditangkap oleh pasukan Inggeris yang dipimpin oleh Residen Davidson, Residen British di Selangor. Lalu Sutan Puasa dipenjarakan di Selangor.

Bukit Nanas yang ketika itu belum lagi dikenali dengan nama itu masih menjadi pusat pertahanan Raja Asal, iaitu sekutu Sutan Puasa. Raja Asal membina kubu pertahanan di Bukit Nanas dengan menanam pokok nanas di sekeliling kubu tersebut. Tujuannya supaya musuhnya sukar menembusi kubunya yang dikeliling oleh pokok nanas. Pokok nanas itu boleh menjadi penghalang kepada musuh yang berkaki ayam.

Akhirnya kubu Raja Asal dapat juga ditembusi oleh pasukan Yap Ah Loy yang disokong oleh Tengku Kudin dan dibantu oleh Inggeris yang telah berkuasa di Selangor.

Raja Asal sempat berundur ke Hulu Slim. Tetapi isterinya, Wan Putih, adik kepada Bendahara Tun Mutahir Pahang, menyerah diri. Beliau kemudiannya dibebaskan.

Bukit tempat kubu terakhir Raja Asal yang ditanam dengan pokok nanas itu akhirnya dikenali Bukit Nanas, mengambil sempena pokok nanas yang ditanam di sekeliling kubu.

Raja Asal yang dianggap ketua oleh masyarakat Melayu keturunan Mendahiling akhirnya berpindah ke Changkat Piatu di Kinta, Perak. Pada masa Inggeris mencari Datuk Maharaja Lela dan Datuk Sagor, kerana terlibat dalam pembunuhan J.W.W. Birch pada 1875, Raja Asal diminta oleh Inggeris untuk menolong mencari pahlawan Melayu Perak itu.

Waktu itu Raja Asal tidak berjaya menangkap penentang Inggeris itu. Tetapi kerana sangat menghargai jasanya, Inggeris melantik anak angkat yang juga anak saudaranya bernama Raja Bilah, menjadi Penghulu Mukim Belanja yang berpusat di Pekan Papar pada 1882-1909.

Pada 1877, Raja Asal meninggal dunia dan dimakamkan di atas sebuah bukit di Changkat Piatu dekat Batu Gajah.

Saya pernah melawat makamnya pada 1977, iaitu ketika sedang menyiapkan buku yang bertajuk Tempat-tempat Bersejarah di Negeri Perak.

Menurut Allahyarham Haji Waad juga, sekutu Raja Asal, iaitu Syed Mashur, berkubur di Hulu Kelang.

Beliau juga dikalahkan oleh angkatan perang Inggeris dengan sekutu angkatan perang Yap Ah Loy dan Tengku Kudin. Syed Mashur lari ke Perak dan terlibat pula menolong Inggeris mencari pahlawan Melayu yang membunuh Birch.

Syed Mashur akhirnya dilantik oleh kerajaan Selangor yang dikuasai oleh Inggeris menjadi Penghulu di Daerah Kerling.

Pada 1975 saya mengunjungi makam Syed Mashur yang terletak di Kerling. Saudara mara Syed Mashur masih ramai tinggal di Kerling hingga sekarang. Sultan Puasa selepas keluar dari penjara di Kelang, terus menetap di Sungai Mulia, Gombak.

Di situ, beliau memiliki sebuah rumah dan sebuah tasik kecil yang dikenali Tobek Sutan Puasa. Letak tasik itu betul-betul di belakang Masjid Sungai Mulia. Tobek Sutan Puasa masih ada hingga ke hari ini.

Haji Waad telah dilantik menjadi Pengurus Besar Keretapi Tanah Melayu pada 1970, menggantikan Tan Sri Ahmad Perang. pada masa saya tinggal di rumahnya, iaitu dari 1962, saya berkenalan dengan keluarga Ahmad Perang dan keluarga Datuk Abdul Razak, iaitu ketua Akauntan Keretapi Tanah Melayu.

Abdul Razak, setelah bersara melibatkan diri dalam perniagaan. Beliau menduduki sebuah rumah besar berbentuk Minangkabau berdekatan Taman Merbuk dan Tugu Negara.

Saya mendapat tahu bahawa Abdul Razak telah meninggal dunia pada tahun 80-an. Isteri allahyarham, yang saya panggil Kak Ani (Datin Noraini), berasal daripada keluarga Dato' Jaaffar Mambak. Saya mengenalinya semasa tinggal di Jalan Syer. Rumahnya tidak jauh dari rumah Allahyarham Haji Waad Jamaludin.

Haji Waad berpindah ke Jalan Keramat Hujung selepas bersara sebagai Pengurus Besar Keretapi Tanah Melayu pada 1970-an. Tapak rumah di Keramat Hujung itu saya yang berusaha menyuruh Hj. Waad membelinya daripada Melan Abdullah yang waktu itu bertugas sebagai wartawan di Utusan Melayu. Beliau meninggal dunia pada 1986 ketika usianya mencecah 80 tahun. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.


Oleh : N.A. HALIM



- Utusan Malaysia -



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2013 07:38 AM | Show all posts
best2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 07:50 PM GMT+8 , Processed in 0.065251 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list