|
Continental premium Perancis - Citroen C6
Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN
Citroen kembali memeriahkan segmen sedan eksklusif menerusi model C6 Exclusive yang penuh dengan ciri mewah dan termaju.
CITROEN C6 dilihat mampu menjadi alternatif terbaru
buat pengguna model mewah dari Eropah.
DALAM pasaran kereta continental di Malaysia, umum akan mengakui bahawa ia lebih dikuasai oleh jenama dari Jerman seperti Mercedes Benz, BMW dan Audi sejak sekian lama.
Biarpun peminat jenama dari Perancis seperti Citroen dan Peugeot tetap ada, namun ia tidaklah begitu dominan, sekali gus membuatkan jenama ini seakan dipandang sepi.
| MUNGKIN anda memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dengan butang-butang aplikasi ini.
|
Mahu mengembalikan zaman kegemilangan model seperti Citroen ZX di pasaran tempatan, pengimport dan pengedar tunggal jenama Citroen, Brooklands Motors Sdn. Bhd. (BMSB), baru-baru ini memperkenalkan dua model terbarunya yang dikenali sebagai sedan mewah C6 Exclusive dan model MPV Grand C4 Picasso.
Ia sememangnya satu berita gembira buat peminat Citroen kerana jenama itu sudah lama tidak menawarkan sebarang model baru sejak tahun 2005. Apa yang ada di pusat pameran selama ini hanyalah model C3, C4, C5 dan Berlingo.
| RUANG kabin yang dimonopoli oleh warna hitam.
|
Menurut Pengarah Besar, Ibu Pejabat Citroen Serantau, Asia Tenggara dan Hong Kong, Benoit de Lassus, Malaysia kekal menjadi pasaran utama Citroen memandangkan ia mempunyai volum penjualan kereta penumpang terbesar di rantau ini.
"Semakin banyak kenderaan Citroen di atas jalan raya. Justeru, apa yang ingin dilakukan sekarang ialah meningkatkan kualiti perkhidmatan selepas jualan.
"Ia dilihat berjaya dilaksanakan menerusi pelantikan Brooklands Motor yang bermula sebagai pembaik pulih bertauliah, kini bertindak selaku pengimport dan pengedar tunggal.
| ENJIN V6 yang penuh kuasa dan tidak mengecewakan.
|
"Kami berupaya meningkatkan keyakinan pengguna dan sememangnya Brooklands Motor menjalankan tugas dengan baik untuk membina semula jenama Citroen di Malaysia," kata Benoit.
C6 Exclusive bersaing dalam kelas yang turut dihuni oleh model BMW 5 Series, E Class dari Mercedes Benz dan Audi A6. Model sedan mewah ini diinspirasikan daripada model sebelumnya seperti model DS, SM, CX dan XM.
Kali ini, C6 Exclusive yang dibina di atas konsep grand tourer ini tampil dengan pelbagai teknologi terkini yang membolehkannya mengukuhkan lagi DNA Citroen dalam pasaran prestij tersebut.
SPOILER yang sensitif terhadap kelajuan dan berperanan meningkatkan tahap kestabilan kenderaan.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah BMSB, Muhammad Fadhil Ahmad memberitahu, Citroen C6 Exclusive memiliki reka bentuk luaran yang mementingkan aspek aerodinamik.
Tambahan pula, jentera ini memiliki ciri spoiler belakang yang sensitif terhadap kelajuan dan dikawal secara automatik. Ia berperanan dalam meningkatkan stabiliti C6 ketika dipandu pada kelajuan tinggi. Penampilan seakan sebuah coupe dan ini disempurnakan lagi dengan aplikasi rim aloi bersaiz 18 inci.
Dihasilkan di kilang Rennes di Brittany, Citroen C6 Exclusive merupakan kereta pertama yang menggabungkan suspensi hidraulik dengan double wishbone untuk roda hadapan dan set up suspensi multi-link pada roda belakangnya. Ia dipadankan bersama sistem suspensi aktif yang mampu mengawal pegas gegelung secara elektronik.
Nadi sedan mewah ini terletak pada unit enjin petrol V6 yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 155 kW pada putaran enjin 6,000 rpm dan tork maksimum 290 Nm @ 3752 rpm.
Menepati standard emisi Euro IV, enjin ini dilengkapkan bersama transmisi automatik enam kelajuan dengan empat mode berbeza untuk memastikan pemanduan yang lancar sepanjang masa.
CITROEN C6 kekal mendukung inspirasi daripada model DS, SM, CX dan XM sebelum ini.
Kotak gear termaju ini membolehkan pemandu untuk memilih sama ada mode automatik, sports, musim sejuk atau model perubahan sequential, bergantung kepada corak pemanduan individu.
Citroen C6 Exclusive ditawarkan pada harga RM398,000 dan hadir bersama jaminan selama dua tahun atau 100,000 kilometer perbatuan.
masa aku kecik2 dulu...siyesly aku tak suka citroen nih... sebab rendah ler benor... kalu air tinggi sikit... alamat stuck ler... tapi skrg bukan main cantekkkk punya keta ekkk kalu aku dapat C6 ni.... mmg giler ler aku... siyes.. cantekk keta dia!!!
[ Last edited by amazed at 20-12-2008 03:52 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
dah drive dah kete ni kt france.... tak senyap pun, dengar gak bunyi diesel kt dalam |
|
|
|
|
|
|
|
citroen nih pesen dia pelik2 laa...mcm kapal angkase |
|
|
|
|
|
|
|
Citroen kembali mencabar
Oleh Mohd Razlan Salleh
| SELEPAS menyepikan diri selama tiga tahun, pengedar dan pengimport tunggal jenama Citroen, Brooklands Motors Sdn Bhd (Brooklands), memperkenalkan dua model terbarunya yang dijangka mendapat sambutan peminat automobil di negara ini. |
SELEPAS menyepikan diri selama tiga tahun, pengedar dan pengimport tunggal jenama Citroen, Brooklands Motors Sdn Bhd (Brooklands), memperkenalkan dua model terbarunya yang dijangka mendapat sambutan peminat automobil di negara ini.
Kedua-duanya ialah model sedan mewah C6 yang eksklusif dan Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) Grand C4 Picasso berteknologi terkini.
Kedua-dua model itu mendapat sambutan memberangsangkan di Eropah selepas dilancarkan beberapa tahun lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif Brooklands, Muhammad Fadhil Ahmad, berkata pengenalan model sedan mewah C6 dan model MPV Grand C4 Picasso menandakan kembalinya Citroen di Negara ini.
"Kehadiran semula dua model terbaru Citroen di pasaran tempatan mendorong kami mensasarkan jualan mencecah 300 unit bagi MPV Grand C4 sementara bagi model sedan mewah C6 pula, sasarannya 30 unit dalam tempoh setahun," katanya.
Pelancaran itu disempurnakan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Jacob Dungau Sagan.
Hadir sama Pengurus Besar Serantau Citroen bagi Asia Selatan, Asia Tenggara dan Hong Kong, Benoit De Lassus.
Muhammad Fadhil berkata, C6 dicipta hasil gabungan model DS, SM, CX dan XM untuk pemanduan yang lebih eksklusif.
"C6 adalah kereta pertama yang menggabungkan suspensi hidrolik pada keempat-empat rodanya termasuk kawalan elektronik yang menyerap segala hentakan, gegaran atau hayunan dengan lebih baik.
"Bentuk fizikalnya yang panjang dan lebar serta ciri aerodinamik dipertingkatkan memberi kelebihan kepada ruang dalaman lebih luas, selesa selain perjalanan yang lancar," katanya.
C6 dijana enjin 3.0 L enam silinder (V6) 215 kuasa kuda pada 6,000 rpm manakala tork setinggi 290 Nm pada 3,752 rpm.
Ruang dalamnya disaluti kulit sepenuhnya dan model berkenaan menjadi kenderaan rasmi Presiden Perancis dan orang kenamaan di Eropah.
Dijual pada harga RM398,000, C6 turut didatangkan dengan jaminan dua tahun.
Sementara itu, bagi model Grand C4 Picasso, Citroen menawarkan ruang luas untuk memuatkan tujuh penumpang dewasa.
Walaupun diklasifikasikan sebagai MPV tujuh tempat duduk, Grand C4 tetap mengutamakan ciri lebih sporty berbanding model terdahulu.
Oleh kerana model berkenaan membawa tujuh penumpang dan muatan besar, Citroen tidak mengambil mudah faktor keselamatan jentera itu.
Hasil pemantauan dan ujian keselamatan ketat Citroen, model terbabit menerima anugerah lima bintang dalam ujian pelanggaran Euro NCAP.
Antara kelebihan Grand C4 adalah brek meletak kenderaan automatik, beg udara, kawalan pemanduan automatik dan paling menarik, setiap penumpang mempunyai ruang penyaman udara yang boleh dikawal secara individu.
Grand C4 Picasso dijana enjin 2.0 L 16 injap VVT berkuasa automatik empat kelajuan dengan 143 kuasa kuda dan tork 200 Nm pada 4,000 rpm.
Model tujuh tempat duduk itu dijual pada harga RM168,000 seunit. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by amazed at 13-9-2008 04:55 PM
Continental premium Perancis - Citroen C6
Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN
Citroen kembali memeriahkan segmen sedan eksklusif menerusi model C6 Exclusive yang penuh dengan ciri mewah dan terma ...
Citroen ni kan hydarulic suspension, bleh ejas tinggi rendah, lowest position pun untuk senangkan loading barang ke dalam boot, kalu banjir leh ejas untuk tinggikan bodynya,so banjir xder masalahla.... |
|
|
|
|
|
|
|
masa aku kecik2 dulu...siyesly aku tak suka citroen nih... sebab rendah ler benor... kalu air tinggi sikit... alamat stuck ler... tapi skrg bukan main cantekkkk punya keta ekkk kalu aku dapat C6 ni.... mmg giler ler aku... siyes.. cantekk keta dia!!!
kau tak suka lepas kau drive ke atau berdasarkan pemerhatian je...?
[ Last edited by matamata at 6-11-2008 07:40 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #10 PrettyCat's post
bukan tu je....kalau duduk lima org pun dlm kereta tu, kereta tu takkan mendap, dia blh maintain pada ketinggian yg owner adjust sblm tu... |
|
|
|
|
|
|
|
aku tak sebut fact yg matamata sebut tu coz main pointnya banjir itulah self levelling suspension, mercedes and banyaklg kete mewah lain ada feature ni but harga off course mahal lg dari citroen. Mercedes yang ada feature self levelling, pakai AIRmatic suspension, but citroen pakai hydropneumatic(pakai minyak) suspension. Mercedes yang aku tau pakai hydropneumatic ni Mercedes 600 W100 and Mercedes 450SEL 6.9 W116(both aku dah pernah drive), pastu diaorg pakai suspension angin.
dan satulg, suspension belakang citroen absorb bumping better dari depan, so passenger belakang akan rasa lebih comfort dari pasenger depan.
Sesetengah model mcm Xantia and ZX, ada self rear steering, yang mana tayar belakang juga boleh corner untuk mantain cornering line masa mengambil selekoh, tapi Honda Prelude pun ada feature ni.
Bagi aku, Citroen memang kereta yang sangat bagus cuma after sales service di Malaysia setakat ni kurang memuaskan... |
|
|
|
|
|
|
|
Between french cars (Citroen, Peugeot, Renault), i still prefer Renault..
Hands down.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tag_f1 at 6-11-2008 11:08 PM
akak aku pernah pakai citroen xantia, CBU daripada perancis, memang sistem hidroliknya bagus, isi barang banyak mana pun, keta tu akan adjust
sendiri dan tak mendap ...cuma kos penyelen ...
resale value kebanyakan kete europe memang teruk, anyway, citroen if org beli brand new baik pakai lama, cuma jaga mantainance je, aku selamba je taruk mesin jahit (model lama yang ada mcm roda kat tepi tu) bkn yg moden elektrik sekarang, dalam bonet citroen aku,pastu lak dalam kete 5org,selamba je corner baring,mcm xder penumpang Pd tahun 1995, Xantia(3rd place) dan XM(1st place) telah dinobatkan sebagai the best riding car in the world, dari segi comfort and handling, menewaskan kereta lain seperti Mercedes S Class W140 and Rolls Royce Silver Spirit(aku dah test RR ni tapi Xantia memang lg comfort)
Mantainance kereta yang pakai sistem hydraulic ni memang tinggi apatah lagi kalau dah rosak, Mercedes 600 lagi canggih walaupun kereta tu dibuat pd tahun 1966, pintu and ejas kerusi pun pakai hydraulic, sekali rosak rabak poket owner Citroen SM and DS pun banyak gak pakai hydraulic, bukan setakat suspension.
Tgkla model C6 ni dalam dua tahun lg brape je second hand value, but if org berkemampuan, mmg worth kalau beli kereta tu, apepun kereta bukan investment |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by BSundayB at 6-11-2008 11:33 PM
Between french cars (Citroen, Peugeot, Renault), i still prefer Renault..
Hands down..
Dari segi enjin, aku setuju dgn ngko, but dari segi lain bergantung pada "selera" masing2 |
|
|
|
|
|
|
|
ni.... enche sebastian loeb yg memandunya....
back to topic.... Ctrn mesia diburukkan oleh model tiara dari proton....
sebab tu bila sebut citrn, org terbayang tiara... |
|
|
|
|
|
|
|
korang blh youtube perbandingan Citroen C6 ngan BMW 5 Siries yg top gear dah buat....mmg best...
Tp jgn mention pasal resale value laaaa.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|