|
Triumph Thruxton 900 lakaran sejarah berulang kembali
Oleh HAMIMAH HAMID
ERA kebangkitan motosikal Triumph pada awal 70-an merupakan titik permulaan bagi sejarah Malaysia dengan kebangkitan jentera Harley-Davidson serta jentera BSA.
Pada zaman milenium ini, jenama Triumph telah melakar titik permulaan yang baik dengan memperkenalkan motosikal jenis superbike di litar GP tahun lalu bersama beberapa model yang lain.
Thruxton 865cc, merupakan lakaran sejarah berulang kembali bagi mereka yang meminati reka bentuk lama Triumph.
Jentera ini mengambarkan reka bentuk ala-ala 60-an dan namanya sendiri diambil dari zaman kegemilangan perlumbaan jentera jenama Triumph.
Dengan rekabentuk serta keunikkannya yang sempurna, selaras dengan rupa bentuk yang tersendiri-ciri-ciri Triumph tidak diubah sepenuhnya bagi memenuhi kehendak pelanggan setia jenama Triumph.
Dengan kata lain, hanya mereka yang mengenal Triumph mengenal ciri-ciri yang terdapat pada motosikal tersebut.
Apa yang amat menyerlah pada Thruxton 865cc ialah kombinasi ciri lama serta moden yang mengambarkan sifat berlainan serta sentuhan tersendiri jenama yang terkenal pada zaman itu.
Thruxton 865cc merupakan gabungan teknologi terkini dengan lama seperti penggunaan sistem suntikan minyak yang terkini.
Seandainya diamati, titik permulaan jentera Triumph mula bertapak di Malaysia agak kabur dan hanya mereka yang setia amat mengetahuinya. Namun Thruxton 900 merupakan jentera terhebat pada kelasnya.
Kelancaran Thruxton 865cc mengambil selekoh tajam seolah-olah memberitahu bahawa motosikal ini layak berada di antara jentera berjenama yang lain seperti BMW Motorrad serta Harley-Davidson.
Kuasa mampatan dari enjin jenis kembar parralel seakan memberi kuasa tujahan yang maksimum pada setiap pulasan serta ia mampu memberi suatu perasaan yang berbeza terhadap setiap gear ditekan masuk.
Vrooom! Kuasa yang melakar senyuman pada setiap pemilik Thruxton 865cc ini. Walaupun sistem ekzos ada sedikit kelainan daripada model terdahulu, pembaharuan ini amat dititik beratkan sebagai salah satu cabang untuk memperkasakan jentera Triumph di persada dunia, terutama di arena MOTO GP.
Berkemampuan mengisi minyak sebanyak 16 liter atau 3.5 gelen, Thruxton 865cc dapat memecut dengan kelajuan yang amat minimal memenuhi peraturan lebuhraya di Malaysia iaitu 110 kmj dan dapat mencapai ke sesuatu destinasi dengan amat sempurna selaras dengan ciri-ciri Triumph yang mahukan kesempurnaan pada setiap motosikal atau jentera keluaran Triumph.
Bagi peminat motosikal dalam rupa agak klasik, Thruxton 865cc boleh menjadi pilihan yang sesuai.
jom azza dan julia dan sos.... . naik thruxton abe.... kiter pi bukit raja!!!
ni thruxton aku.. ... tapi ngan syarat.. ko kena pakai 'triumph' wokey... |
|
|
|
|
|
|
|
lampu depan cam FZ je |
|
|
|
|
|
|
|
klasik je |
|
|
|
|
|
|
|
eh...
kejap...
kete pun ade gak cap Triumph kan?
kete klasik
rasa cam pernah nampak kat KT
kocik aje... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 nik2121's post
dah moto pung moto klasik.. takkan ler pulok lampu depan macam merc compressor...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|