CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2339|Reply: 4

pesta keta Elite Arab Saudi!!!

[Copy link]
Post time 29-10-2008 08:34 AM | Show all posts |Read mode
Elit Arab Saudi berpesta kereta

SEKUMPULAN pengunjung melihat kereta Koenigsegg
CCXR yang dipamer di Jeddah semalam.



RAMALAN bahawa sistem kewangan antarabangsa akan runtuh yang diikuti dengan gelombang kemelesetan ekonomi global membimbangkan banyak pihak tetapi keadaan sebaliknya berlaku di Arab Saudi.

Di negara pengeksport minyak nombor satu dunia itu, aktiviti ekonomi berjalan lancar, malah penjual-penjual kereta mewah meramalkan pasaran segmen itu akan pesat berkembang.

Pandangan positif itu dikongsi pengeluar-pengeluar kereta utama dunia ketika mereka menyertai pameran kereta mewah di bandar raya Jeddah baru-baru ini.
"asaran kereta mewah di Arab Saudi adalah yang terbesar di rantau Teluk dan bagi kumpulan BMW. Oleh itu kami akan beri tumpuan lebih terhadap potensi pasarannya," kata pengarah pemasaran sebuah syarikat pengimport kereta BMW, Reiner Braun.

"Benar, krisis kredit global akan memberikan kesan ke atas semua pasaran di dunia tetapi Asia Barat berkemungkinan besar kekal sebagai (pasaran) yang paling stabil," tambahnya.

Arab Saudi, negara dengan 25 juta penduduk mencatatkan kemakmuran ekonomi memberangsangkan sejak beberapa tahun lalu kesan lonjakan harga minyak dunia.

Di sebalik pendapatan tinggi itu harga minyak susut di bawah paras AS$70 (RM250.80) setong pada bulan ini selepas menjunam 50 peratus dari tahap tertinggi pada Julai lalu.

Kemerosotan harga itu mencetuskan kebimbangan pendapatan negara akan menyusut namun kerajaan kekal positif bahawa ekonomi Arab Saudi akan terus berkembang untuk tahun semasa dan 2009.

"Kebanyakan pelanggan kami di rantau ini tidak dipengaruhi oleh trend negatif itu," kata bos Koenigsegg Automotive, Christian von Koenigsegg.


PARA pelawat meninjau pameran kereta mewah di Jeddah semalam.



Syarikat itu mengeluarkan kereta sports dengan kelajuan mencecah 380 kilometer sejam dan beliau berada di Jeddah untuk mempamerkan sebuah kereta Koenigsegg dengan tanda harga AS$1.87 juta (RM6.7 juta).

"Saya berpendapat pasaran kenderaan akan stabil dalam tempoh beberapa bulan lagi dan saya berharap segmen kereta mewah tidak akan terjejas akibat situasi ekonomi sekarang," tambahnya.

Ketika kehidupan rakyat jelata di Arab Saudi terjejas ekoran peningkatan mendadak inflasi sepanjang tahun lalu hingga mencecah rekod tertinggi dalam tempoh 30 tahun ia langsung tidak menjejaskan golongan elit di negara itu.

Malah, mereka bertambah kaya dan terus merasai kemakmuran ekonomi.

Di Jeddah iaitu bandar raya kedua terbesar Arab Saudi dan paling liberal, golongan kaya hidup mewah dan berbelanja besar.

Para penganjur pameran itu menyatakan Mercedes dan BMW merupakan kereta paling popular bagi segmen mewah walaupun jenama Rolls Royce turut dipamerkan.

Golongan muda pula lebih meminati kereta Lexus dan Porshe selain motosikal terkenal buatan Amerika Syarikat (AS), Harley Davidson di mana banyak kelab motosikal itu tumbuh di bandar raya Riyadh dan Jeddah.

Sebuah syarikat yang mengimport dua jenama unggul dari Itali, Ferrari dan Maserati menyatakan tahun ini sahaja, jualan kereta sports Maserati yang setiap satu berharga sekurang-kurangnya AS$186,700 (RM668,874) mencecah sebanyak 118 buah.

Ketua penganjur pameran kereta mewah itu, Abdullah Al-Shamasi berkata, pasaran di Arab Saudi akan kekal teguh walaupun harga minyak jatuh pada paras AS$40(RM143.32) setong.

"Krisis kewangan global memang memberi kesan kepada pameran dan jualan kereta mewah di Eropah dan AS tetapi tidak di Teluk dan ia adalah kerana tahap pendapatan di rantau ini masih tinggi," jelas Abdullah. - Reuters



minyak turun pung  depa tarak masalah...     masih bley  pesta ke hulu  pesta ke hiliq lagi...   dapat bagi aku sejibik  bmw tu  pung  dah cukup baik ler...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2008 08:57 AM | Show all posts
pak arab org ....

tak de ke anak dara derang yg gemuk gemuk dan hudus dan andartu yg nak cari calon lelaki malaya sejati?
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2008 09:00 AM | Show all posts
Originally posted by geng_tx at 29-10-2008 08:57 AM
pak arab org ....

tak de ke anak dara derang yg gemuk gemuk dan hudus dan andartu yg nak cari calon lelaki malaya sejati?


memula kawin...tido sekatil 2 org....lps dpt anak sorang....katil tuh cukup2 utk dia sorang....
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2008 10:40 AM | Show all posts
Originally posted by tossee at 29-10-2008 09:00 AM


memula kawin...tido sekatil 2 org....lps dpt anak sorang....katil tuh cukup2 utk dia sorang....


sapa nak tido ngan dia.....

aku nak dowri cherry allado sebijik je....
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2008 11:58 AM | Show all posts
yalla...yalla...yalla......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 11:15 PM GMT+8 , Processed in 0.634236 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list