View: 6320|Reply: 29
|
hak anda sebagai rakyat penang???
[Copy link]
|
|
aku terpanggil untuk bertanya pada hangpa semua selepas pilihanraya yg di menangi oleh PR, apakah yg anda rasa perlu di buat oleh kerajaan negeri supaya hak2 kita sebagai rakyat didengari. aku bersyukur kat penang ni ada macam2 NGO, kita ada CAP sy selalu korek rahsia penggunaan racun dalam makanan, kita ada Liga Muslim yg banyak membantu org2 yg memerlukan bantuan kita ada Tzu Chi Foundation yg selalu berada disitu ketika rakyat penang ditimpa musibah. persatuan ni sangat aktif disebelah pulau dan banyak bantuan yg mereka curahkan. Sebagai rakyat penang atau org yg selalu bertandang ke penang apa yg anda rasakan perlu ditambah baikan. secara peribadinya aku rasa kerajaan negeri patut mengalakan lagi NGO2 di penang dgn memberi bantuan kewangan atau peralatan supaya secara tidak langsung pada suatu masa nanti kita dapat lebih mengeratkan perhubungan sesama manusia serta mendapat berpengetahuan tentang segala aspek yg boleh membatu jatidiri serta kesihatan rakyat penang secara amnya, sebab aku kata macam ni NGO biasanya tak berselindung dan kurang takut unuk mendedahkan perkara sebenar berbanding dgn pemimpin2 politik kita.:victory: :victory:
hangpa boleh luahkan apa yg hangpa mau, mana tau kot2 Adun pun dok baca apa yg hangpa tulis |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1 skimax2\ catat
heloooo...
1. Sengkek sangat ke kerajaan Pulau Pinang sampai parking kereta pon di caj sampai ke waktu malam?
2. Pada 13/12/08 saya singgah makan di Pelita Nasi Kandar jam 8.30 malam. Keluar dari situ saya terkejut tengok ada resit bayaran parking...dah ler hari hujung minggu dan waktu malam!!!!! Tak tahu pula ada kerajaan tempatan yang mengenakan caj parking pada waktu malam....first time jumpa kat Malaysia ni....
3. Oleh kerana saya tak lama di sana jadi susah nak cari orang yang bertugas ...jadi terpaksa pos resit dan bayarannya....
4. Kepada Kerajaan Pulau Pinang...kenakan caj pada waktu siang cukuplah.... takan papa kedana kot kalau tak caj waktu malam...
5. Jangan membebankan rakyat terutamanya orang luar yang datang bertandang seketika.
TQ..renung-renungkan dan selamat beramal. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Balas #2 sayawifenikmie\ catat
sesetengah kawasan kat penang memang parking akan kena charge sampai pukul 10 malam. benda ni dah bertahun-tahun di praktikan di penang so bagi aku biasalah. bagus jugala kalau kerajaan baru menyusun semula jadual waktu bayaran yang sesuai, tapi aku rasa kalau parking sampai petang saja nanti banyak pula tukang parking haram dok kutip duit kat org. tapi secara logiknya kalau pusat tak bagi peruntukan pada negeri yg diperintah oleh pembangkang memang tak boleh buat apa la, mesti semua dasar kutipan parking kena dilaksanakan seperti biasalah, kalau tak sumber kewangan kerajaan negeri terjejas.
sekadar pendapat aku. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #3 skimax2\ catat
tapi secara logiknya kalau pusat tak bagi peruntukan pada negeri yg diperintah oleh pembangkang memang tak boleh buat apa la
1. Setahu saya ada terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa Kerajaan Pusat kena memperuntukan kewangan kepada Kerajaan Negeri mengikut jumlah penduduk dan panjang jalanraya negeri berkenaan.Tak timbul soal Kerajaan Pusat tidak memberi peruntukan.
2. Sekiranya Kerajaan Pusat gagal berbuat demikian Kerajaan negeri boleh menyaman Kerajaan Pusat seperti mana yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Terengganu dalam isu bayaran royalti petroleum.
TQ....
[ Last edited by sayawifenikmie at 16-12-2008 11:33 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
ilmiahnya thread ni..
tapi memang betul pasal parking tu, tak patut ler..
dah ler masa nak byr cari org yang jaga parking pun takdak..
jenuh nak menapak p mppp
kadang2 tak sempat nak byr pun.. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #6 alia_elina\ catat
tang masa nak bayar org jaga parking 2 takdak aku sokong la 100% depa ni kadang2 lepas tulis main blah macam 2 saja. selama ni aku tak pernah terfikir benda parking ni sampai "sayawifenikmie" bangkitkan isu ni baru aku perasan. tapi aku rasa benda ni macam tak boleh nak buat apa2 sebab rakyat penang macam dah sebati dengan caj parking waktu malam, so far ni 1st time aku dengar org complain. Untuk kesenangan hangpa cuba tengok sekitar tempat tu ada tak tukang jaga parking kalau ada hangpa bayar siap2 masa org 2 tulis tiket la. tapi berdasarkan cadangan kerajaan negeri sistem kutipan paking akan tukarkan kepada sistem mesin bertiket so senang la sikit untuk pengunjung dan penduduk penang. aku kesian kat "sayawifenikmie" dahla tak dapat bayar parking masa 2 dia kena bayar secara pos pula, kena tambah setem dan sampul lagi . |
|
|
|
|
|
|
|
kat tpt parking area pdg kota, dekat2 ngan dewan sri pinang siap ada minta duit parking secara haram lagi.... hampeh btol... aku minta resit lepas bayar, takut2 org yg dok jaga paking tu nak cakap.... hampeh.... |
|
|
|
|
|
|
|
satu lagi pasal parking ni, banyak sgt ulat2 yang nak jaga parking secara haram..
kalu tak bagi duit silap2 haribulan, keta kena calaq. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #9 alia_elina\ catat
ni pun satu lagi masalah, bukan kat penang saja kat mana2 tempat pun sama. sebab tu pernah ada cadangan dari majlis perbadaran banyak kawasan yg nak kutip duit sampai malam, kadang2 betul juga kalau majlis yg kutip duit lagi baik pada bagi malaun2 ni yg kebanyakanya taik kau(dadah). kalau majlis kutip parking 燽oleh upah lebih ramai tukang sapu untuk membersihkan lagi negeri tersebut |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sebagai penduduk Penang, Harap kerajaan dapat struktur semula pasar-pasar malam di sini supaya lebih tersusun, bersih dan memberi kemudahan kepada pengunjung dan peniaga serta menjaga kebajikan penduduk kawasan yang terlibat agar perkarangan rumah mereka tidak dikotorkan dan mudah untuk laluan keluar masuk ketika kecemasan. Kalau boleh buat satu sistem tersusun dan kanopi atau seragam dengan menyediakan kemudahan tandas awam dan tong sampah yang mencukupi. Setiap peniaga dihadkan kepada satu lot dan kawasan diundi semula untuk memberi keadilan kepada semua. Makanan di kelompok dalam kelompok makanan, bahan basah pada kelompoknya begitu juga bahan kering pada kelompoknya. lantik petugas-petugas yang menjaga kawasan letak kereta pengunjung dan peniaga agar tidak menghalang laluan penduduk ketika kecemasan. Petugas-petugas ini juga boleh memantau dan menghalang jika ada peniaga-peniaga tempelan, peminta-peminta sedekah dan mengawal keselamatan dan kebersihan kawasan. |
|
|
|
|
|
|
|
Pasal penjaga parking tu, saya setuju. Patutnya hentikan sistem kutip duit oleh org. Pakai sistem lain. Kalau tak silap dah nak gunakan sistem kupon di semua tempat dah.
Yg paling tak suka-pengutip parking haram, patut tangkap dan hukum mereka |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #12 usahaone\ catat
cadangan yg bernas, tapi kita tengok dulu apa yg berlaku kat perniaga2 lorong kulit kat stadium, kerajaan nak menaikan sewa serta memperbaiki segala aspek termasuk kebersihan dan lain2 kalau kat sini berjaya maka benda ni harus dipraktikan di semua pasar malam.
tapi takut nanti ada pihak2 yg bembantah kononya nak jaga peniaga2 tersebutlah apalah, ni yg kadang2 membantutkan usaha pembaikan sesuatu kawasan perniagaan. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by skimax2 at 22-12-2008 11:43 AM
cadangan yg bernas, tapi kita tengok dulu apa yg berlaku kat perniaga2 lorong kulit kat stadium, kerajaan nak menaikan sewa serta memperbaiki segala aspek termasuk kebersihan dan lain2 kalau kat ...
Yang kat stadium tu, banyak yang menempek. yang betul-betul banyak tapi yang tak betul dan warga asing pun banyak...tak betul tu macam lost and found punya market...hari ni hilang barang contoh side mirror esok jumpa kat lorong kulit...Pengguna macam kita nak murah je tak terfikir terbeli barang curi..
Kalau kata pihak kerajaan nak naik kan sewa tapak dan lain2 kena lah dengan servisnya. kalau main naik je tapi tak ada apa2 perubahan nak buat, contoh tak sediakan tandas, kanopi ...tapi main naik sewa saja. tu tak patutla. Kalau kata depa dah sedia servis2 tu dan bayaran berpatutan tapi peniaga rasa mahal dan tertekan nak bayar, persatuan2 atau pertubuhan2 yang nak bela nasib peniaga2 ni bolehlah bantu dari segi bayaran sewa.... janganlah retorik berdemo konon berjuang untuk kepentingan peniaga-peniaga ni tapi sebenarnya ada agenda politik tersembunyi...atau nak tunjuk mereka jaguh tapi tak kemana. |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum,
Tapak memang murah tapi, ada juga yang sewakan kanopi dan meja itu pun dalam beberapa ringgit je.
Barang second hand tak apa kalau nak jual tapi janganlah jual barang curi. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #19 usahaone\ catat
betul memang tak patut nak jual barang curi, tapi penguatkuasaan susah sebab macamana depa nak bandingkan barang curi atau barangan terpakai. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|