|
Darling: Kami Tak Pernah Bertunang
KUALA LUMPUR, 16 DIS 2008: "Kami tidak pernah bertunang sebagaimana yang dilaporkan. Perkara itu sama sekali tidak benar dan saya rasa ia haruslah diperbetulkan.
"Pemberian cincin emas belah rotan itu pula sekadar cincin hantar tanda daripada pihak keluarga Adam Salleh sewaktu mereka datang untuk merisik," kata pelakon, pengacara serta produser tempatan, Nasreen Ngasri atau Darling Ngasri.
Darling berkata demikian sebagai mengulas laporan murai.com.my semalam yang memaparkan berita tentang dirinya sudah putus tunang dengan Pengarang Hiburan Harian Metro, Adam Salleh
Laporan itu dibuat hasil daripada wawancara bersama ibu Adam Salleh, Raja Hamidah Raja Sa'at sewaktu krew murai menghadiri majlis ulang tahun kelahirannya yang ke-76, petang Ahad lalu. Wawancara bersama Adam turut disertakan.
Sehubungan itu, kata Darling, dia sendiri tidak mengerti serta tidak memahami mengapa majlis merisik itu dianggap sebagai majlis pertunangan mereka sedangkan hal itu sama sekali tidak berlaku.
"Cincin hantar tanda selalunya dianggap sebagai pemberian hadiah daripada pihak lelaki kepada pihak perempuan sewaktu mereka datang merisik kecualilah kalau kedua-dua pihak sudah sebulat suara untuk melangsungkan pertunangan pada hari yang sama," katanya kepada murai.com.my.
Darling bagaimanapun tidak menafikan bahawa keluarganya sudahpun memulangkan cincin hantar tanda itu kepada pihak keluarga Adam, baru-baru ini.
"Sebab-sebab penolakan itu pula bukanlah datang daripada pihak keluarga saya tetapi datangnya dari diri kami berdua. Siapa yang memulakan dan siapa jua yang mengakhirinya adalah dari kami sendiri.
"Namun saya rasa, tidak wajar untuk saya menyatakan mengapa semua ini boleh terjadi. Biarlah hal itu dijelaskan Adam sendiri. Itu pun, kalau dia rasa dia perlu jelaskan. Apa yang penting, saya sangat menghormati Adam. Sebelum ini kami memang berkawan rapat dan sepanjang berkawan dengan dia, Adam bagi saya adalah seorang lelaki yang cukup baik.
"Dia juga sering memberikan nasihat yang berguna untuk saya. Malah dia juga banyak membantu saya untuk menangani hal-hal yang berkaitan dengan kehidupan," katanya.
Jelas Darling lagi, dia tidak pernah melihat usia serta status Adam sebagai seorang duda sebagai penghalang kepada persahabatan mereka.
"Entahlah...Saya pun tidak tahu hendak cakap apa lagi. Anggap sajalah apa yang berlaku ini sudah pun berlaku.
"Apapun, saya akan serahkan semua ini kepada Allah SWT. Siapa tahu mungkin jodoh kami ada dan masih kuat. Kita tengoklah nanti, macam mana," katanya.
Adam Salleh sebelum ini pernah berkahwin dengan penyanyi Ilyka dan sebelum itu juga pernah bercinta dengan penyanyi Haleeda.
Adoiyai....Adam....ko memang tak layak n tak padang langsung ngan Darling...di sweet sangat...ko dah sour plum la....adus...cukup2 le kejor artis....tak payah le kawen dah...jadik orang mesjid cukup le....(pasni die laser balik dalam Metro Ahad)....
[ Last edited by mummy_yana at 25-12-2008 12:36 AM ] |
|