View: 12175|Reply: 31
|
Abdul Latip bin Talib
[Copy link]
|
|
Ader sesaper minat pada penulis Abdul Latip bin Talib...cuba bagi pendangan...cam menarik tapi...takut bosan..karang buku kemaner..aku ke maner... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 crystal_grey's post
saya pernah baca 1 buku dia
salahuddin al-ayubi penakluk jerusalem.
dia bnyk tulis cerita pasal tokoh.
pada saya menarik jer
kita baca sejarah tapi dlm bentuk cerita |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #2 willy_wonka\ catat
rasa2 mengantuk tak baca...maksud saya cara olahnyer...bagaimaner?... aper pun tq muah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 crystal_grey's post
pada saya takdelah ngantuk..
tapi saya pun baru baca 1 jer buku dia..
try la baca...bagus jugak at least ada dapat pengetahuan gak untuk saya |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 willy_wonka's post
nona plak beli buku Sultan Muhammad Al Fateh....ok wut...
may b nona jenis suka buku sejarah islam...dan motivation kot....
so ok jerk...buku yg lain nona tak beli lagi.... |
|
|
|
|
|
|
|
assalamu`alaikum
saya baru baca buku abdul latip ni, bagi saya sangat mengasyikkan, olahan kisah2 para sahabat Nabi saw dan tokoh islam sangat menarik..
One word to describe my feelings: Wow!
Exhilarating indeed. Best sangat! Should make it as a collection.
Selama ni tak beli sebab bimbang terasa bosan, :P.
Ingatkan buku ini fakta semata. Bila sudah mula membacanya, saya memuji penulis kerana pandai mengolah fakta dan menjadikannya sebuah novel yang amat menarik untuk dibaca. Dari perbualan para sahabat Nabi Muhammad s.a.w., sehingga peristiwa-peristiwa perang, semuanya seakan hidup. Sangat menarik.
p/s Awal cerita sentuh tentang Abu Bakar r.a. & Umar r.a., betapa sahabat Nabi bila mereka menerima hidayah, dan dengan penuh hikmah, mereka mengajak orang yang dekat dengan mereka untuk memeluk Islam, yakni isteri mereka, tetapi isteri mereka menolak. Malahan memilih untuk diceraikan kerana tidak mahu memeluk Islam. Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. memilih untuk menceraikan isteri mereka kerana hati mereka cinta kepada Allah dan rasul-Nya.
An eye opener for me, I always thought, isteri mereka masuk Islam sekali dengan mereka. Rupanya jodoh sahabat Nabi itu dengan orang lain yang lebih baik.
Subhanallah! |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
baca review Leftenan Adnan dlm paper minggu lepas. tak ingat paper apa. tp review dia macam tak memuaskan hati pengulas dari segi pengolahan cerita n lemah dr unsur2 keterujaan.
saya ada beli novel Ikramah, tp belum baca lagi sebab takut bosan. bila baca review tu lagilah takut nak baca. so sesapa yg pernah baca tolonglah review sikit.
wlu apapun usaha penulis ni menulis novel2 sejarah dan tokoh2 patut dipuji. terlalu kurang penulis yg berminat menuliskan kisah2 kepahlawanan mcm ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Oleh Al-Abror Mohd Yusuf
[email protected]
Ulat Buku: Unsur dramatik kurang berjaya.
NAMA Leftenan Adnan memang mekar mewangi dalam mana-mana pengisahan cerita perang dunia di negara ini. Jika Hang Tuah begitu sinonim dengan cerita purba dan ketaatan kepada raja, Leftenan Adnan adalah simbol keberanian askar Melayu zaman Perang Dunia Kedua.
Hang Tuah adalah cerita silam yang biasa ditokok tambah, tetapi Leftenan Adnan adalah manusia era perang yang agak kurang didokumentasikan. Masalahnya lagi - menulis biografi tidak semudah menulis cerita fiksyen.
Justeru, ada banyak yang boleh diperkatakan mengenai buku karya Abdul Latip Talib ini. Abdul Latip penulis yang boleh dianggap prolifik kerana sederet bukunya diterbitkan merangkumi pelbagai latar cerita, termasuk kisah pahlawan Islam.
Kemampuannya menulis secara solo dan menghasilkan buku sebanyak itu - ketika orang lain perlukan beberapa penulis untuk menyamainya - memang agak luar biasa.
Mengenai buku ini, boleh dikatakan plotnya dikembangkan perlahan di peringkat awal dan pertengahan. Cubaan penulis memasukkan unsur dramatik juga kurang berjaya kerana kelihatan amat terikat dengan beberapa fakta melatari kisah hidup Adnan Saidi.
Di sinilah antara cabaran besar penulis biografi - mempersembahkan sebuah cerita benar, tetapi dilengkapi pula dengan pakej tertentu.
Menyulaminya dengan unsur saspens dan emosi (tetapi tetap realistik) adalah antara keperluan sesebuah naskhah bagi mengelak pembacaan mendatar atau kaku.
Tidak dinafikan, Abdul Latip memang ada menyentuh emosi pembaca sedikit sebanyak, seperti ketika Adnan mahu meninggalkan keluarganya di stesen kereta api menjelang serangan tentera Jepun. Namun, plot yang terbina sebelum babak itu agak mengecewakan.
Dalam beberapa babak, penulis menyajikan cerita Leftenan Adnan Wira Bangsa seperti khutbah dan sarat dengan kesan didaktik, unsur yang menebal dalam karya moden zaman awal.
Tanpa menafikan perlunya unsur moral dan mesej ditekankan dalam sesebuah naskhah, mempersembahkan maklumat dalam bentuk leteran kadang-kadang merendahkan nilai sastera, jika pun tidak mentaliti pembaca itu sendiri.
Aspek lain adalah keserasian realiti sejarah yang sepatutnya kuat terikat sebagai latar cerita ini. Bahawa mengulang-ulang cerita sejarah ‘rasmi’ yang ditulis British mengenai negara ini adalah sikap yang tidak terlalu salah memang diakui, tetapi perspektif baru untuk lebih memahami latar belakang Malaysia juga penting dijelaskan.
Babak watak dalam kalangan anggota Askar Melayu yang bercerita mengenai membebaskan negara daripada penjajah memang baik, tetapi tanpa disedari (sama ada disengajakan atau tidak adalah isu yang lain), mereka sebenarnya berkhidmat untuk melanjutkan kelangsungan penguasaan British.
Bagaimanapun, untuk berlaku adil, usaha penerbit dan penulis mengisahkan perjuangan tokoh pejuang seperti Adnan Saidi memang tetap perlu dipuji.
Menganggap semua watak hitam adalah hitam mutlak dan putih adalah putih mutlak memang tidak sesuai dengan realiti hidup.
Adnan adalah tokoh pejuang yang terbukti berani dan membanggakan bangsa. Ia wajar dibaca, difahami dan diteladani generasi kini yang semakin pudar semangat nasionalismenya.
Cuma, seperti yang dinyatakan pada permulaan ulasan ini, mengisahkan cerita seseorang dalam bentuk pakej yang lengkap tidak mudah.
Ia mungkin boleh ditulis dan diterbitkan, tetapi kepuasan membaca adalah isu lain yang mesti ditanyakan sebelum sesebuah karya dipasarkan.
sumber - Harian Metro.
~pendapat orang tak sama kan? harap ada orang lain boleh tolong kasi review. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
agaknya tengok tokoh kut. macam tokoh islam seperti SAidina umar al Khattab, Abu ubaidah, banyak tersimpan sejarah mereka...banyak buku sentuh tentang sahabat Nabi s.a.w.
personally, cerita Salahuddin tu bagi saya kurang bintang berbanding dua buku lain yg saya baca. sebab asyik cerita fasal perang je, nak tahu juga personal life salahuddin tu macam mana. sebab tahu dia kahwin dan sebagainya. mungkin agaknya garapan penulis dari material yg ada sahaja. tak byk kisah salahuddin ttg personal life dia. apapun, usaha pak latip ni sangat bagus! saya rasa asyik membaca bukunya |
|
|
|
|
|
|
|
kalau baru nak berjinak2 dgn buku sejarah mungkin sesuai la baca buku pak latip ni..sebab bahasanya mudah dan ringkas..tak berat tapi kalau corak penceritaannya terlalu diambil mudah oleh penulis pun tak elok jugak..harap pak latip ni dpt tingkatkan lagi kualiti penulisannya..apapun tak sabar nak tunggu hasil karya pak latip yg terbaru..mat kilau pahlawan pahang |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
mungkin susah sgt kot nak alihkan fakta2 sejarah dlm bentuk novel. maklumlah semuanya kena berhati2. takut pembaca keliru yg mana fakta, dan yg mana auta.
kalau macam ni menulis novel sejarah mmg mencabar la kan? |
|
|
|
|
|
|
|
naper sy cam xnah dgr pown penulis neyh |
|
|
|
|
|
|
|
13# otakotak
otakotak, saya pun baru baca buku dia ni |
|
|
|
|
|
|
|
pak latip ni dh byk menang hadiah sastera tau. kalau rajin, googles la nama dia. Abdul Latip Talib. |
|
|
|
|
|
|
|
11# bery
cam best jer buku ni...best tak??? skang ni saya salah seorang peminat setia abdul latip talib... |
|
|
|
|
|
|
|
published
2009 (first published 2007) by PTS Litera Utama
binding
304 pages
description
Novel Sejarah Islam, Salahudin-Penakluk Jerusalem adalah fakta berkenaan pahlawan Islam yang digarap dalam bentuk kreatif. Salahudin merupakan pahlawan Islam yang terbilang kerana berjaya menakluk Jerusalem dan mengikat perjanjian damai dengan tentera Salib. Novel ini menceritakan secara terperinci strategi peperangan yang digunakan oleh Salahudin dan pasukan tenteranya sehingga berjaya menawan pihak musuh dalam setiap peperangan.
review: Subhanallah, what an amazing insight! Tidak kusangka, saya mampu meladeni buku ini dengan sebegitu pantas. Sungguh, sayakagum dengan pengolahan kisah yang dilakukan oleh penulis. Walaupun buku ini berdasarkan fakta-fakta sejarah, sedikit sebanyak ia mampu menarik minatku, kerana diolah dengan jalan penceritaan yang menarik yang mampu meninggalkan kesan yang mendalam.
Sebagaimana yang kita ketahui, Salahudin al-Ayubi, merupakan seorang tentera, seorang pemerintah yang menjaga ibadah be...more Subhanallah, what an amazing insight! Tidak kusangka, saya mampu meladeni buku ini dengan sebegitu pantas. Sungguh, sayakagum dengan pengolahan kisah yang dilakukan oleh penulis. Walaupun buku ini berdasarkan fakta-fakta sejarah, sedikit sebanyak ia mampu menarik minatku, kerana diolah dengan jalan penceritaan yang menarik yang mampu meninggalkan kesan yang mendalam.
Sebagaimana yang kita ketahui, Salahudin al-Ayubi, merupakan seorang tentera, seorang pemerintah yang menjaga ibadah beliau, yang sentiasa menjaga hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia. 90% novel ini berkisar kepada peperangan yang diketahu Salahuddin al-Ayubi sendiri, aku sendiri tidak menyangka mampu nmembaca novel peperangan ini dengan sebegitu pantas sekali. Benar, benar, penulis (Abdul Latip) layak dinobatkan antara penulis terbaik, dengan memenangi beberapa anugerah sastera. Bukan mudah untuk menarik pembaca mendalami sejarah & fakta dengan cara bersahaja, menggunakan larik bahasa yang menarik.
Kekuatan novel ini saya kira adalah garapan teknik surah Yusuf yang digunakan penulis, untuk menggambarkan sesuatu situasi. Malahan saya dapat merasakan seolah-olah berada di sebelah Salahuddin dan melihat sendiri perbualannya dengan orang lain.
Fantastic book! Perlu banyak lagi garapan novel sejarah islami sebegini |
|
|
|
|
|
|
|
published
July 20th 2009 by PTS Litera Sdn Bhd
binding
Paperback, 274 pages
Bilal bin Rabah lahir di daerah as-Sarah yang terletak di pinggir Kota Mekah 43 tahun sebelum hijrah. Ayahnya bernama Rabah, ibunya bernama Hamamah, seorang wanita berkulit hitam. Karena itu ada yang memanggil Bilal dengan gelaran ibnus-Sauda' (putra wanita hitam).
Bilal dibesarkan di kota Mekah sebagai seorang hamba milik keluarga Bani Abdul Dar. Setelah ayahnya meninggal dunia Bilal diserahkan kepada Umayyah bin Khalaf, seorang tokoh penting kaum Quraisy.
Bilal termasuk mereka yang awal memeluk Islam. Apabila Umaiyah mendapat tahu lalu diseksanya Bilal tanpa belas kasihan supaya kembali ke agama asal serta menjadi pengajaran kepada yang lain. Namun Bilal enggan tunduk dengan kehendak Umaiyah.
Kerana itu Bilal bin Rabah disiksa oleh Umaiyah tanpa henti. Mula-mula dipukul kemudian diarak keliling Kota Mekah. Kerana Bilal masih berdegil maka dijemur di atas pasir tanpa diberi makan dan minum. Ketika matahari tegak di atas kepala dan padang pasir panas membara Bilal dipakaikan baju besi lalu dibiarkan berjemur di bawah terik cahaya matahari. Tidak cukup dengan itu Bilal disebat dengan cemeti dan ditindih dadanya dengan batu. Namun Bilal tetap teguh imannya menghadapi penyiksaan tersebut. Umaiyah memaksa Bilal menyebut nama al Latta dan al Uzza tetapi mulut Bilal menyebut “Allah,,,Allah…Allah.”
Siksaan terhadap Bilal itu akhirnya sampai ke pengetahuan Abu Bakar as Siddiq lalu membelinya dari Umaiyah dengan harga Sembilan uqiyah emas. Menurut Umaiyah jika Abu Bakar membelinya dengan satu uqiyah emas pun dia akan menjual hambanya itu. Munurut Abu Bakar pula jika Umaiyah menjualnya dengan harga 100 uqiyah emas pun dia sanggup membelinya.
Apabila Nabi Muhamad diberitahu mengenai perkara itu baginda memuji Abu Bakar as Siddiq dengan berkata "Kalau begitu, biarkan aku berkongsi denganmu untuk membayarnya, wahai Abu Bakar."
“Wahai Rasulullah, saya sudah pun membayarnya kepada Umaiyah dan sudah memerdekakan Bilal,” kata Abu Bakar as Siddiq pula.
Bilal bin Rabah pernah hidup pada tiga zaman iaitu zaman Jahiliyah atau zaman sebelum kedatangan Islam, Zaman Nabi Muhamad SAW pembawa risalah Allah dan Zaman Khalifah ar Rasyidin iaitu pada zaman pemerintahan Abu Bakar as Siddiq dan Umar al Khattab.
Pada zaman Jahiliyah Bilal menjadi hamba kepada Umaiyah. Pada zaman Rasulullah beliau dilantik menjadi tukang azan (Bilal). Beliau juga turut serta semua peperangan yang disertai Rasulullah SAW.
Sesudah Nabi Muhamad SAW wafat, Bilal merasakan satu kehilangan dalam kehidupannya. Kerana berasa sangat sedih menyebabkan beliau tidak mampu menyebut naman “Muhamad” dalam sebutan azan yang dilaungkannya. Akhirnya Bilal tidak sanggup lagi menjadi tukang azan.
Pada masa pemerintahan Khalifah Sayidina Abu Bakar as Siddiq, Bilal meminta izin untuk pergi berperang menentang mereka yang engkar membayar zakat dan mengaku menjadi nabi. Tetapi tidak dibenarkan oleh Abu Bakar as Siddiq kerana beliau memerlukan khidmat Bilal di Madinah.
Pada masa pemerintahan Khalifah Umar al Khattab, sekali lagi Bilal meminta izin untuk pergi berperang menentang tentera Rom. Kerana desakan yang begitu kuat daripada Bilal, akhirnya dibenarkan. Bilal membawa isterinya sama-sama pergi berjihad pada jalan Allah. Keduanya turut bersama tentera Islam menakluk Baitul Maqdis.
Semasa Bilal bin Rabah mengerjakan ibadat haji penduduk Mekah meminta beliau menetap di Kota Mekah dan menjadi tukang azan (Bilal) di Masjidil Haram. Tetapi ditolak oleh Bilal.
Apabila pulang ke Madinah Ali bin Abu Talib memujuk Bilal supaya tinggal di Madinah dan meneruskan semula khidmatnya sebagai tukang azan di Masjid Nabi. Tetapi ditolak juga oleh Bilal. Kemudian Khalifah Umar al Khattab sendiri yang memujuk Bilal namun tidak Berjaya juga. Kerana tidak sanggup berada di Madinah maka Bilal membawa isterinya berpindah ke Syam.
Penduduk Syam juga meminta Bilal menjadi tukang azan. Tetapi Bilal enggan sehingga mereka marah terhadap Bilal. Akhirnya Bilal membawa isterinya ke Damsyik.
Bilal bin Rabah meninggal dunia di Damsyik pada tahun 20 Hijrah/ 641 Masihi dan dikebumikan di Damsyik. Ketika itu beliau berumur 63 tahu
review:
Benar-benar teruja membaca kisah seorang sahabat Nabi Muhammad s.a.w. yang diangkat martabatnya dari seorang hamba kepada antara mereka yang dijanjikan syurga. Sungguh terusik perasaan membaca liku-liku kehidupan Bilal yang dilahirkan dan dibesarkan sebagai seorang hamba. Dalam menelusuri kehidupan Bilal, baru saya tahu Bilal mempunyai seorang abang bernama Sahib yang telah dijual kepada keluarga yang kaya, dan Sahib dipelihara mereka seperti anak angkat kerana mereka tidak mempunyai anak. Mereka terputus hubungan selama bertahun-tahun sebelum bertemu kembali. Sahib sentiasa mencari Bilal walaupun dilimpahi kesenangan. Ibarat air dicincang tidakkan putus, begitulah hubungan Sahib & Bilal.
Bilal adalah salah seorang golongan awal yang memeluk Islam. Walaupun diseksa oleh tuannya, Umayyah bin khalah, Bilal tetap redha dan berpegang teguh kepada ajaran Islam. Bilal, walaupun berkulit hitam, merupakan antara mereka yang dijanjikan syurga. Beliau dilantik oleh Nabi Muhammad saw untuk menjadi tukang azan/muazzin. Suara Bilal yang merdu dan gemersik, dirindui oleh penduduk Madinah taktala Rasulullah saw meninggal dunia. Bilal tidak mampu melaungkan azan ketika rasulullah saw meninggal dunia. Malahan Bilal menarik diri menjadi tukang azan kerana beliau sentiasa menangis mengenangkan bagina wafat. Bayangkan setiap waktu solat, terutamanya Subuh, Bilal akan berjalan ke masjid, singgah di rumah Rasulullah saw, dan berjalan beriringan dengan Rasulullah saw ke masjid, maka apabila Rasulullah saw meninggal, Bilal menangis di hadapan pintu rumah Rasulullah saw ketika dalam perjalanan ke masjid.
Sungguh tinggi kecintaan Bilal terhadap Rasulullah saw. Subhanallah |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|