CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 12132|Reply: 27

Kung Fu Malawi -

[Copy link]
Post time 7-1-2009 02:42 AM | Show all posts |Read mode
Dari Shanghai ke Afrika
Oleh SUBASHINI RAJANDRA

Kung fu kini bukan lagi menjadi milik negara China, sebaliknya seni mempertahankan diri itu telah melepasi sempadan benua Afrika.




KUNG fu mengingatkan saya terhadap kuil Shaolin yang terkemuka di Henan, China. Dengan pergerakan anggota badan yang lincah dan tangkas, kehebatan aksi seni mempertahankan diri ini cukup terkenal di seluruh dunia.

Saya mengetahui bahawa Fighting Monks adalah terminologi yang cukup sinonim dengan dunia kung fu yang rata-ratanya dipelajari oleh sami Buddha.

Tetapi jauh di bahagian tenggara Afrika atau tepatnya di negara Malawi, senario yang hampir sama mula dipraktikkan secara beransur-ansur. Sejak beberapa tahun lalu, sekumpulan kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan tiga hingga 16 tahun dipersiapkan dengan kemahiran latihan kung fu yang unik. Bezanya, mereka bukanlah kanak-kanak Cina sejati tetapi anak jati Malawi, Afrika.

Dengan pemahaman budaya dan tradisi Cina lampau yang kurang, kanak-kanak Afrika ini didedahkan dengan seni mempertahankan diri kung fu secara percuma. Mereka menerimanya daripada seorang insan bernama Hui Li.

"Sudah tentu mereka menghadapi kesukaran membiasakan diri dengan teknik dan langkah seni mempertahankan diri komuniti Cina. Tetapi itulah yang disifatkan sebagai kelebihan yang dimiliki. Mereka perlu melipat gandakan tekad di hati dalam melatih diri untuk bertarung seperti seorang master kung fu," ujar Hui Li atau lazimnya dikenali sebagai sami Afrika.


KETANGKASAN gerakan dan hayunan batang kayu oleh A Ong.

Ketika saya menemuinya di Michael's Badminton Academy & Sports Sdn. Bhd. (MBA), Bandar Puteri, Puchong, Selangor baru-baru ini, beliau ditemani oleh tiga kanak-kanak comel yang mengenakan kostum kung fu tradisional. Dalam persalinan serba jingga, Mcshon Dzimbiri, Enock Belo dan Atupeze Kachepa tampil profesional dan bersopan santun di hadapan pengetua Pusat Penjagaan Amitofo (ACC), Hui Li.

Menariknya, saya difahamkan setiap kanak-kanak ini mempunyai gelaran nama dalam bahasa Mandarin. Mcshon, umpamanya dipanggil A Ong diikuti dengan Enock sebagai A Lu dan akhirnya kanak-kanak perempuan, Atupeze diseru dengan panggilan Wan Pa.

Memandangkan kung fu mempunyai pelbagai cabang, A Ong, A Lu dan Wan Pa mempunyai skil atau bakat masing-masing. A Ong, 13, pandai 'bermain' batang kayu. Semasa membuat demonstrasi, kedengaran hayunan kuat kayu yang laju sambil dia memusingkan badan. Bagaikan seorang pemain handalan, anak remaja ini cekal mencapai cita-cita untuk menjadi seorang pahlawan yang disegani.

"Dia mula meminati seni mempertahankan diri kung fu setelah menyaksikan kehebatan idolanya beraksi dalam filem Hong Kong. Siapa lagi kalau bukan Jackie Chan," ujar Aubrey Kalonga, pegawai pentadbir di ACC selaku penterjemah yang bertindak sebagai perantara kami dalam temu bual itu.

Aubrey atau Ben Yu juga menambah: "Pada mulanya dia berasa takut dan terpaksa menahan kesakitan tetapi lama-kelamaan A Ong berjaya melepaskan diri daripada kepompong yang selesa."

A Lu, 11, pula ialah bintang kecil yang mencuri perhatian semasa membuat persembahan di khalayak ramai. Bukan hanya kerana saiz dan wajahnya yang comel apabila membuat mimik muka macho, tetapi beliau mampu menahan sebuah mangkuk parabola yang dicekup di bahagian perut tanpa jatuh.

Bagaimana anda melakukannya? "Saya akan memberi konsentrasi yang tinggi di bahagian perut agar semua tenaga berkumpul di situ. Kemudian, saya berhenti bernafas seketika bagi meletakkan mangkuk tersebut di perut, sebelum dicekup kuat.


KEIKHLASAN seorang sami Afrika Hui Li bersama anak-anak angkatnya


"Selepas itu, tiada siapa yang dapat menanggalkannya dengan mudah. Malah, saya boleh diangkat dengan senang menggunakan tali yang tergantung pada mangkuk perak tersebut," ujar A Lu dengan yakin.

Wan Pa, 11, yang agak pendiam dan pemalu mengejutkan saya dengan kebolehannya melantun dan meliuk-lintuk tubuhnya seperti monyet dan ular.

Ketiga-tiga mereka sebenarnya adalah sebahagian daripada 21 kung fu Malawi yang datang ke Malaysia bagi menyertai program pertukaran budaya 'Sebarkan Benih Kasih Sayang: Perjalanan Cerah Buddha dari Afrika Sambil Melakukan Kebajikan'. Kebanyakan daripada mereka adalah anak yatim piatu atau dijangkiti virus HIV.

Hui Li yang berasal dari wilayah Pingtung, Taiwan, tiba di Afrika pada tahun 1992 atas desakan hati untuk menyebarkan ajaran dan kepercayaan Buddha. Meskipun beliau mengharungi detik-detik yang amat mencabar, termasuk perbuatan masyarakat setempat yang mencaci dan sebagainya, Hui Li tetap teguh dengan pendiriannya.

Kematian adik lelakinya dalam kemalangan jalan raya di Afrika turut tidak menghambarkan hatinya. Sebaliknya, sebidang tanah yang diwakafkan oleh wanita pertama Malawi kepada ACC meniupkan semangat ke dalam jiwa Hui Li untuk meneruskan perjuangan.



Dari tahun 2001 sehinggalah hari ini, ACC menempatkan kira-kira 3,000 anak yatim piatu yang tinggal dan belajar dalam bahasa Mandarin serta belajar seni mempertahankan diri dan meditasi Cina.

Apabila ditanya kenapa kung fu, jawab Hui Li: "Pertama kali saya berjumpa dengan kanak-kanak ini, mereka nampak kurus kering kerana tidak mendapat bekalan nutrien yang cukup. Jadi, saya berikhtiar menguatkan otot badan mereka dengan makanan dan aktiviti sukan.

"Kedua, saya mahu mereka mampu mempertahankan diri di sebalik pergolakan hidup di negara yang tidak selamat."

Menceritakan rutin kanak-kanak tersebut, katanya, setiap hari seawal pukul 6.00 pagi, mereka akan bangun dari tidur dan bersenam selama 20 minit sebelum sarapan. Mereka menghadiri sesi sekolah dari pukul 7.30 pagi hingga 3.00 petang untuk kelas bahasa Inggeris, Mandarin, Matematik, Sains Sosiol dan Pengetahuan Sosiol.

Selepas itu mereka dibenarkan mengikuti aktiviti kokurikulum masing-masing. Selain kung fu, ACC juga menawarkan sukan bola sepak, bola jaring dan lain-lain.

"Lazimnya sekolah-sekolah di Malawi mengajar permainan bola sepak. ACC unik kerana ia merupakan satu-satunya pusat yang mengajar kung fu dengan mendapatkan khidmat dua orang master kung fu dari China," jelas Hui Li.

Sekiranya anda masih menganggap bahawa kanak-kanak ini diajar hanya langkah-langkah asas dalam kung fu, baik lupakan. Ini kerana seperti rakan seperjuangannya di China, kanak-kanak di Malawi diajar pendekatan kung fu yang sama dan tiada pengecualian. Oleh kerana fleksibiliti tubuh amat tinggi sewaktu muda, ia menyenangkan proses pembelajaran selama dua jam setiap hari.

Makan minum adalah biasa tetapi makanan ruji Malawi, Nsima iaitu sejenis bunga yang direbus sebelum dijadikan pes diambil sebanyak dua kali sehari.


AKSI A Lu yang sedang mencekup mangkuk di perutnya.


Dalam pada itu, atas tajaan beberapa organisasi Buddha di Malaysia termasuk Persatuan Kebajikan Ti-Ratana, kanak-kanak Malawi ini membuat persembahan selama sebulan di Singapura, Johor Bahru, Melaka, Seremban, Klang, Pulau Pinang, Ipoh dan Alor Star. Sebelum ini, mereka telah melakukan lawatan di Hong Kong, Taiwan dan China.

Pada sambutan Tahun Baru yang lalu, mereka memberi persembahan yang hebat di Maha Vihara Buddha, Brickfields, Kuala Lumpur. Sambutan yang diterima amat memberangsangkan kerana jarang kita dapat melihat orang bukan Cina beraksi sebaik itu dalam kung fu. Persembahan tersebut berjaya mengumpul lebih RM50,000.


AUBREY KALONGA atau Ben Yu (kanan) menegangkan kaki A Lu dengan mudah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2009 02:49 AM | Show all posts
uiks. dia boleh angkat kaki macam tu.... penah nk try. xdapat pon.. macam nk terkoyak peha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-1-2009 03:08 AM | Show all posts

Reply #2 karambunai's post

flexible betul badan dia... macam gymnast pulak.. boleh straight kan kaki gitu..
but then... memang kebanyakkan martial arts kung fu people memang
flexi pun -
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2009 04:59 PM | Show all posts

Balas #3 dexa\ catat

owh.. pg td try.. xleh..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2009 11:06 PM | Show all posts
eh org afrika pon berkung fu ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-1-2009 09:17 AM | Show all posts

Reply #5 votaxx's post

ishhh jangan kan orang afrika.... orang eskimo pun....

ha - tu la yang saya nak belajar kung fu juga ni votaxx....

saya ni inuit tau..(eskimo) --
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-1-2009 09:19 AM | Show all posts

Reply #4 karambunai's post

karam kena try lagi... hari2 pun kena stretch tu...
lama2 boleh buat split no masalah problem -
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2009 07:45 PM | Show all posts

Balas #7 dexa\ catat

mmg dari dulu xleh nk buat split2 ni... heran la kenapa xleh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2009 01:45 AM | Show all posts
Kung Fu memang tak ada batasan mahupun sempadan, siapa-siapa juga boleh menuntut ilmu Kung Fu. BTW, saya juga cenderung dengan San Da (atau San Shou).
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2009 05:00 PM | Show all posts

Balas #9 BulldogKing\ catat

owh ye ke... bgs2
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2009 09:29 PM | Show all posts
Originally posted by karambunai at 11-1-2009 05:00 PM
owh ye ke... bgs2


teknik gusti juga dibenarkan (bukan WWE)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2009 01:45 AM | Show all posts

Balas #11 BulldogKing\ catat

owh ye ker...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2009 06:11 PM | Show all posts
Originally posted by karambunai at 16-1-2009 01:45 AM
owh ye ker...


Biasanya Wushu di kalangan masyarakat Cina di Malaysia Pattern atau "Tao Lu" lebih hangat, manakala pula San Da amat dingin dan juga acara San Da dalam pertandingan Wushu di Malaysia tak banyak juga peserta untuk bersaing.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2009 09:44 PM | Show all posts

Balas #13 BulldogKing\ catat

byk ko taw ek.. bagus2
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2009 12:52 AM | Show all posts
Originally posted by karambunai at 16-1-2009 09:44 PM
byk ko taw ek.. bagus2


Sama-sama, Wushu memang ada nilai tersendiri di dalam sejarah 5000 tahun.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2009 10:20 AM | Show all posts

Balas #15 BulldogKing\ catat

g cari info2 yg berguna ek.. utk tatapan semua forumer kat sini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2009 07:39 PM | Show all posts
http://en.wikipedia.org/wiki/Miao_dao

Kelihatan seperti katana Jepun, yang berbeza itu ialah keberatan masing-masing. (Katana lebih ringan)



Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2009 06:48 PM | Show all posts

Balas #17 BulldogKing\ catat

bagus2..... more info to sharing.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2009 07:10 PM | Show all posts
Originally posted by karambunai at 25-1-2009 06:48 PM
bagus2..... more info to sharing.....


Kelihatan seperti katana kan?
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2009 07:35 PM | Show all posts

Balas #19 BulldogKing\ catat

yup lebih kurang la jugak...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 10:33 AM GMT+8 , Processed in 0.103628 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list