CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: shamsadis

Anwar dan Sahabatnya - Bahagian 2

 Close [Copy link]
Post time 5-2-2009 11:42 AM | Show all posts
Originally posted by shamsadis at 5-2-2009 11:11 AM
dalam lokap ada brainwash ker...??

masuk tak sampai 30minit pun...kih kih ...atas nama anwar...kih ih

Lu tau apa yg gue maksudkan bro, jgn memalu,,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-2-2009 11:48 AM | Show all posts

Balas #181 ilya\ catat

mmg aku tak malu...sebab tu aku bagi renungan tentang anwar dalam forum ni....tengok jerk gambar....sendri nilai...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2009 04:44 PM | Show all posts
Demi Ghasidah, Inilah Pengakuan Berkanun Ku

PENGAKUAN BERKANUN

Saya, Husin Lempoyang (NRIC NO: 342010-69-0101) kerakyatan Isketambola yang sudah cukup umur dewasa dan berkediaman di Pasar Unta, Jalan Unta, Bandar Baru Sotong Ball dengan ikhlas dan tegas membuat pengakuan berikut:

1. Bahawa saya telah bernikah dengan sah kepada Ghasidah binti Sadiq Sigaraga (berikutan ini akan dikenali sebagai Ghasidah) atau lebih dikenali ramai sebagai Seniwati Sareema Oh How Lovely pada 20 haribulan Oktober tahun 1952 di hadapan Tuan Kadhi Sheikh Rawna La Irubuj di Masjid As Sadiq.



2. Mengikut bukti yang dipaparkan di dalam filem Tiga Abdul, isteri saya Ghasidah, telah pergi ke kedai gitar untuk memberi amaran kepada tuan punya kedai, Abdul Wahub bin Ismet Ulam Raja tentang satu konspirasi yang sedang diatur oleh Tuan Penasihat, Kassim Pantalon terhadap keluarganya.

3. Dari bibit pertemuan itu, Abdul Wahub telah asyik mengurat Ghasidah. Saya difahamkan oleh sumber-sumber yang boleh dipercaya (reliable sources) Abdul Wahub pernah menyanyikan lagu untuknya di kandang kuda dan bersenda gurau seolah-olah sebagai suami isteri. Ghasidah tidak melayani kerana masih cintakan saya.



4. Mengikut sumber-sumber yang boleh dipercayai lagi, Abdul Wahub telah memaksa membawa Ghasidah ke Siam secara sorok-sorok untuk bernikah semasa Ghasidah masih lagi isteri saya yang sah.

5. Sepanjang masa perkara ini berlaku, saya sedang berada di Cairo untuk memesan bekalan unta stok pernigaan dan telah mengizinkan Ghasidah duduk di rumah ayahnya, Tuan Sadiq Sigaraga yang semasa itu sedang gering. Saya difahamkan masih oleh sumber-sumber yang boleh dipercayai, Tuan Sadiq pura-pura sakit untuk menjadikan helah untuk menipu saya.

6. Sekembali saya ke tanhair, Abdul Wahub telah menghantar seorang Penyiasat Peibadi bernama Surat untuk berunding untuk saya menceraikan Ghasidah dan sedia membayar pampasan tetapi saya enggan kerana saya tahu Ghasidah mencintai saya. Semasa itu, saya tidak mengenali dan tidak lagi menemui Abdul Wahub.

7. Pada 8 haribulan Februasi 1953, Abdul Wahub telah datang untuk menemui saya dan mengenalkan dirinya sebagai Jamal Pak Tongkol dan menipu saya untuk membeli dua orang hamba saya, bernama Abdul Wahid dan Abdul Abdul Wahab pada harga 40,000 pound sterling. Tetapi beliau hanya membayar sebanyak 4,000 pound sterling dan menukar suara filem Tiga Abdul menjadi juga 4,000 pound sterling.

8. Saya diberitahu lagi oleh sumber-sumber yang boleh dipercayai bahawa kedua-dua hamba saya itu mempunyai harta yang banyak dan sepatutnya harta-harta itu menjadi kepunyaan saya. Setelah kedua-dua hamba itu menjadi kepunyaannya, Abdul Wahub telah membolot kesemua harta-harta mereka yang sepatutnya menjadi harta kepunyaan saya.

9. Sejak kepulangan saya dari Cairo pada 8 haribulan Desimber 1952, isteri saya enggan pulang dan saya tidak dibenarkan mencarinya di rumah Bapak Mertua aku, Tuan Sadiq Sigaraga.

10. Saya pun mengambil seorang Penyiasat Peribadi, Bala Sundul untuk menyiasat. Setelah didapati Bala Sundul telah berpoya-poya pula dengan kakak-kakak Ghasidah, saya terpaksa memanggilnya balik dari penyiasatan. Di dalam satu perjumpaan dengan Bala, dia memberitahu saya bahawa Ghasidah sudah bernikah dengan Abdul Wahub dan enggan lagi bersama saya. Saya menyuruhnya berjumpa dengan Abdul Wahub.

11. Disamping itu, Bala memberitahu bahawa hamba-hamba saya adalah adik beradik Abdul Wahub dan adalah hartawan kaya. Saya menyuruh Bala menuntut gantirugi. Bala memberitahu Abdul Wahub setuju tetapi hingga hari ini, satu pound sterling pun masih belum diberikan kepada saya.

12. Saya telah membuat laporan kepada pihak berkuasa dan telah membawa perkara ini kepada pengaduan mahkamah.

13. Tujuan pengakuan berkanun ini adalah:


13.1 Menyatakan ketidakpuasan hati saya kepada sistem penulisan skrip di bawah pengurusan Shaw Brothers yang manjatuhkan maruah saya dengan watak saya yang asyik ditipu.
13.2 Menuntut satu Suruhanjaya Diraja tentang salah laku kuasa oleh Abdul Wahub yang mengetepikan saya dari menjadi hero filem Tiga Abdul.
13.3 Membawa kepenghadapan pihak berkuasa tentang konspirasi "membunuh" kerjaya saya dengan menyunting watak saya di dalam Filem Tiga Abdul kepada satu babak sahaja dan hak saya untuk menjadi bintang felem telah dinafikan.
13.4 Memohon Ghasidah dilepaskan untuk kembali menjadi isteri saya.
13.5 Membolehkan saya melepaskan rindu kepada Ghasidah kerana perempuan lain tidak mahu kahwin dengan saya.
13.6 Memastikan Bapak Mertua saya dijual dengan harga yang murah
13.7 Mendapatkan gantirugi yang sepatutnya hak saya dan membolehkan saya pencen dari menjual orang dan unta.

14. Oleh kerana saya telah membuat Pengakuan Berkanun dan pengakuan ini diumumkan bersama seorang lagi Penasihat, maka apa yang saya kata adalah dianggap benar dan orang ramai akan percaya penuh pada saya dan Penasihat saya nampak bersih dari pertuduhan masuk kerja lewat. Keputusan mahkamah tidak penting kerana nama Abdul Wahub sudah dapat diburukkan.

15. Pengakuan ini dibuat sekarang kerana perbicaraan mahkamah saya menentang Abdul Wahub telah selesai.

16. Dan, saya membuat pengakuan ini dengan tegas dan sesungguhnya pengakuan ini adalah benar dan mengikuti peruntukkan Akta Pengakuan Berkanun 1915.

Pengakuan oleh )
Husin Lempoyang)
Pada hari ke 8 bulan April 1958)

Di hadapan,



厖厖厖厖厖厖
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2009 07:36 AM | Show all posts
Nizar Tersungkur! Dr Zambry MB Yang Baru





Akhirnya kerajaan DAP Perak sah tumbang!!!

Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak, Sultan Azlan Shah memperkenankan kerajaan baru Perak yang akan kembali diterajui oleh Barisan Nasional.

Rakyat Perak akan mendapat Menteri Besar yang baru, iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri [ADUN] Pangkor, Yb Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sekaligus melengkap sejarah politik Perak menyaksikan Nizar Jamaluddin sebagai MB paling singkat tempoh perkhidmatannya?, tak sampai pun setahun!

Petang tadi Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi telah memaklumkan bahawa baginda Sultan Azlan Shah turut memperkenankan perlantikan Yb Dr Zambry sebagai MB Perak ke sebelas.
Yb Dr Zambry yang juga Ketua Umno Bahagian Lumut itu memang disebut-sebut bakal dipilih sebagai pengganti Nizar kerana ketokohannya serta taraf pendidikan tinggi yang dimilikinya.


Pada Pilihanraya ke 12, Dr Zambry telah berjaya menawan DUN Pangkor dengan kemenangan majoriti 5,875 undi menewaskan calon PKR.

Beliau berkelulusan PhD dalam bidang politik, beliau sebelum ini pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).
Dr Zambry - yang pernah ditahan bawah Akta Keselamatan Negeri (ISA) dalam krisis politik susulan pemecatan Anwar Ibrahim pada 1998, dijadualkan mengangkat sumpah di Istana Iskandariah Kuala Kangsar jam 3.30 petang, Jumaat ini. Manakala barisan Exco kerajaan negeri pula akan mengangkat sumpah pada Selasa depan bersamaan 10 Februari 2009.

MB Perak yang bakal mengangkat sumpah ini dalam reaksinya menjanjikan akan melaksanakan amanah serta tanggungjawab dengan baik dengan mendukung konsep Politik Musyawarah sebagai menangani masalah pelbagai kaum. Beliau melahirkan harapan untuk laksanakan Agenda Rakyat iaitu kembali kepada rakyat.
Semoga kesengsaraan rakyat negeri Perak yang tersilap memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat akan berakhir?


[ Last edited by  shamsadis at 6-2-2009 07:39 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2009 07:40 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2009 07:40 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-2-2009 07:49 AM | Show all posts
ANTARA 16 SEPTEMBER DAN 5 FEBRUARI



16 September DI CANANG-CANANG!
5 Februari SENYAP-SENYAP AJE...

16 September NAK SEMUA SEKALIGUS!
5 Februari SIKIT-SIKIT LAMA JADI BUKIT...

16 September NAK JADI PERDANA MENTERI!
5 Februari JADI MENTERI BESAR PUN CUKUP LA...

16 September NAK PEGI PUTRAJAYA!
5 Februari KITA KE IPOH CUKUP LA...

16 September PERMATANG PAUH MEMANG MILIK KAMI!
5 Februari BOTA PATAH BALIK, BEHRANG NAK IKUT, LAA..CHANGKAT JERING PUN NAK, BAWAK MAI JELAPANG SEKALI TAU...

16 September KITA AKAN GULINGKAN KERAJAAN SEDIA ADA!
5 Februari KITA GULINGKAN KERAJAAN BARU SETAHUN JAGUNG...

16 September KITA AKAN HANTAR SURAT KE YANG DIPERTUAN AGONG!
5 Februari SURAT-SURAT TAK MAIN LA....KITA MENGHADAP TERUS LA...

16 September LEBIH DARI 30 MP AKAN LOMPAT!
5 Februari SORANG LOMPAT, 3 MELANGKAH CUKUP LA...

16 September KAMI KEJAR DAN IKUT POTENTIAL MP KATAK
5 Februari KAMI TAK MINTAK PUN....

16 September KAMI IKUT SAMPAI TAIWAN!
5 Februari KAMI DATANG DARI PANGKOR AJE....



[size=130%]
[size=130%]TAHNIAH DAN SELAMAT BERTUGAS
[size=130%]DATUK DR. ZAMBRY ABDUL KADIR!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-2-2009 08:43 AM | Show all posts




Padan muka Anwar : Terduduk Anwar beb?



Oleh : AdukaTaruna

Wa ada satu teori. Kalau penerbit filem Tamil baca blog wa, mesti dia buat filem punya. Kompom. Kalau betul teori wa ni, wa nak jabat si pemikir tu. Memang terer ala gaban die beb. Lepas jabat ucap tahniah, wa nak maki pulak. Maki untuk rakyat level bawah yang manjadi mangsa.

Sebelum wa nak story teori wa, wa juga nak ucapkan padan muka sama Anwar. Sapa suh politik bangang tak kira waktu. Projek 16 Sept la, kita ada nombor la, ada senarai yang nak lompat la, itu la, ini la. Cabar2 pulak BN buat camtu.

Hah. Sekali BN buat standard politik yang sama macam Anwar buat, dengan PAS2 sekali out. Bodoh. Tuding Paklah PM kongkalikong. Tapi diri sendiri? Memang tepat husinlempoyang belasah lu pelupa pasal onani.

Teori Najib. Step 1.

Wa ingat project Najib attack Perak sudah lama ma. Teliti. Pelbagai sudut diambil. Pelbagai ruang untuk BR bergerak disenaraikan. Termasuklah membubarkan DUN. Ini bukan kerja Najib atau Rosmah ni. Mesti ada sekurang2nya sekor makhluk genius dalam team dia tuh. Yang paling pasti bukan spesis monyet bernama Keri.

Kerakusan DAP dalam hal hubungan dengan istana membantu projek Najib ni. Pedulikan dahulu benar salah isu ini. Isu tanah 999 tahun, boikot angkat sumpah, tanah untuk sekolah Cina membuka peluang2 agen UMNO mempengaruhi istana.

Jadi, di step ini, istana dipastikan condong kepada UMNO. Bagi memberatkan hati istana membubarkan DUN kelak. Kembali bergandingan bersama UMNO seperti tradisi sebelum ini.

Teori Najib. Step 2.

Untuk ambil-alih Perak, BN perlu segar. Tajol sudah tidak relevan. Perak sudah meninggalkan BN di bawah Tajol. Hampir separuh kerusi UMNO yang menang di bawah majoriti 1000. Tajol sudah luput. Pembaharuan adalah perlu.

Untuk menyingkirkan Tajol begitu sahaja tidak boleh. Peristiwa perlu dicipta. Tekanan perlu dicipta. Kesalahan Tajol perlu dicipta.

Maka, Nasarudin pun tiba-tiba mencari Anwar, bukan mencari PAS.

Ditanya mengenai kemasukan Nasarudin ke dalam PKR, Anwar berkata:

"Dia datang dengan rela, saya tak jemput dia, dia datang sendiri ke rumah saya dengan isterinya. Dia bersetuju untuk bersama PKR.

"Dia tengok BN telah rosak. Umno sudah hilang idealisme perjuangan dan rosak sebagai sebuah parti," katanya.


Macam biasa. Anwar berasa ini peluang dia menjadi hero. Rakyat akan melihat betapa geniusnya gua. Gualah bakal PM. Muahahahaha. Ini adalah semangat 16 September baru. Dakwaan gua yang gua ada nombor, ada senarai akan lebih diyakini.

Tanpa membuang masa, Anwar pun buat majlis rasmi sambut Nasarudin. Puluh ribu kena kencing malam tu. Dengan gua, dengan PAS sekali kena kencing. Betapa hero nya Anwar malam tu beb. Leka.

Teori Najib. Step 3.

Alih2 kecoh. Disedari. Binatang 2 produk PKR tidak hadir. Si posmen dengan si kapten barua (B). Tepon tak dapat. Bini pun tak tahu. Anak angkat bahu. Tepon abanghensem, tak dapat. Bergayut dengan awek TKO. Suruh zaminc buat friendfinder, tulis kat Pekan. Ah, sudah.

Kelam-kabut, DAP pun ngadu budak OKT dia kena sorok hantu kopek. Mak ai. DAP pun tahu hantu kopek tu beb. Semua dah kecoh. Kecoh Najib mendahului Anwar kerana Anwar dapat 1, Najib dapat 3.

Anwar selaku heo Tamil dalam citer ni pun buat rapat umum. Budak2 dia di TKO disuruh buat satu thread.

Panas! Anwar akan umum 5 ADUN BN Perak masuk PKR malam ni.

PKR jugak dia jual. Tak nak kalah tu. 5 orang beb. Wa cam biasa. Stail Anwar yang retorik ala babun memang meloyakan. Ada nombor la, ada angka la. Nak kencing budak muda hati panas buleh la.


Teori Najib. Step 4.

Anwar pun hantar surat perjanjian tu. Speaker pun cepat2 sahkan DUN 2 binatang produkPKR tu kosong. Serah pada SPR. SPR ternganga. Najib terus warning. Lu orang berada dalam projek wa. Jangan nak memandai2.

Esok. Esok kitorang akan umumkan sama ada PRK atau tidak. SPR cakap.

2 binatang PKR tadi pun tetiba muncul. Kami ada. Saya cuti sakit. Tumit melecet. Saya pulak cuti penat. PKR macam tak mahu kami jer. Cuti pun nak ungkit2. Kami bebas jer la. Majuk dah nih. Wakil dia beb. Wakil dia cakap. Yang dia ntah mana.

Makin pelik. Makin panas. Mat Saman Kati kata 2 binatang tu dah mampos kena C4 kot. Wakil dia tu sapa? Sekor kontraktor ahli UMNO, sekor lagi tak tau.

Teori Najib. Step 5.

Sudah. BR Perak dah gelabah. Baru dia tahu siapa Najib. Anwar dah malu2 kucing. 50 juta beb. 50 juta kasi alih isu kejap. Suruh level awam rasa memang patutla. Tak heran. 50 juta tu. Aku sendiri pun khianat camtu.

Kat sini wa dah start maki PKR dah. Najib dah senyum. Paklah dah melompat2 suka. Kita ucapkan selamat berjuang bersama kita.

Teori Najib. Step 6.

PAS macam biasa terkial-kial. Ulama PAS sibuk belek kitab kuning. Macamana ni ha, macamana ni sambil garu2 kepala. Kena guna kaedah Idgham Maalghunnah kot. Eh, itu bukan tajwid ke? Apsal takleh ke? Tajwid kan hal baca Al-Quran, bukan politik. Jangan cakap camtu. Leh terkeluar akidah anta. Al-Quran lengkap. Bla, bla bla. Serban lagi selamat dari helmet la. Ana bangga dipenjara kerana mempertahankan sunnah naik unta di highway. Bla, bla, bla.

DAP dah mula fed-up. Last2 Anwar bersuara. Kita bubarkan DUN. Last punya senjata. Najib dah senyum. Senjata last lu wa dah patahkan dah. Step 1 lagi.

Teori Najib. Step 7.

Nizar yang tak tidur 3 hari jumpa sultan. Sultan kata Allah bersama orang2 yang sabar. Siap bagi ayat Al-Quran lagi. DUN masih belum dapat bubar. Dah nak pukul 4 ni. Sidang media Najib entaim jer. Exco2 DAP dah start pusing Perak naik Camry. Pandu sendiri. Last ni. Lepas ni takleh dah. Power gak pikap Camry ni eh.

Akhirnya DUN takleh bubar. Sultan Melayu biasalah. Eh, ini sultan phd tau. Lu jangan derhaka aduka.


Wa tinggal blog, tengok TV1. Tu dia, Nasarudin ada beb. AMK kata dorang kawal rumah, excort la. Blah la. Unit Amal gak yang best. Takder heboh2.

Teori Najib. Step 8.

Maka dengan ini saya, selaku pengerusi BN Perak, mengumumkan?Najib. Cool jer. Si posmen produk PKR senyum manis sekali. Bahagia hati wa tengok. Kapten barua (B) produk PKR angguk2. Cool gak. OKT DAP ada macam unsur paksaan sket. Nasarudin bagi 3 sebab sertai UMNO semula.

TKO jem. Harakah hang. Semua kelam-kabut nak dapatkan berita. Lelaki_ini selamba tengok youtube Rita Rudaini bergaduh kat kolam renang. Siap sms wa suruh tengok. Wa dah la sibuk nak update blog.

Kes tergantung. Sultan Melayu ntah macamana wa tak tau. Najib kata Perak dia punya. Nizar kata dia masih kerajaan. Silap2 Perak pecah 2. Perak Utara, Perak Selatan. Siap ada tembok ala Berlin lagik.

Presiden PAS manjang ghaib jer. Ada kat Malaysia ke, takder ke sama jer. Dah lali wa tengok PAS beraksi tanpa panduan Presiden.Fungsi dia pun wa tak tau. Sakat poligami, wa pun pandai.

Sama-sama la kita tengok Anwar vs Najib, rakyat bawahan jadi mangsa tengah2. Ratus ribu kena buang kerja tak diperdulikan. Mangsa2 BN kat negeri BR sabar dulu. Sapa2 yang nak sign buku teks, biasiswa ADUN Perak, tangguh jer la. Diorang sibuk lompat-lompat, politik bangang ala Melayu. Anwar yang ajar. Mana-mana ibu tunggal nak jumpa Nizar tunggu lepas Nizar mosyorat dengan Anwar.

Bangsat punya Anwar. Pasal cita-cita lu nak jadi PM, semua huru-hara. Tak boleh ke politik ikut waktu, ikut kaedah, ikut tajuk, ikut tertib?

Bongok punya peliwat.


sumber - adukataruna

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-2-2009 08:51 AM | Show all posts

Klik imej untuk paparan besar

Surat SUK Perak kepada Kerajaan PR Perak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2009 08:05 AM | Show all posts
PENDERHAKA Wajib DiHukum





Setelah mencipta rekod yang pertama sebagai MB paling singkat tempoh khidmatnya, apakah Nizar Jamaluddin akan mencipta rekod kedua berturut turut apabila akan dijatuhi hukuman oleh pembesar negerinya yang bergelar Sultan???

Nizar hilang pertimbangan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2009 08:07 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2009 08:08 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2009 08:09 AM | Show all posts
NIZAR DIFATWAKAN SEBAGAI PENDERHAKA : Mufti Perak





Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria (gambar) berkata, sesiapa sahaja yang tidak taat kepada pemerintah ataupun raja yang memerintah sesebuah negeri, orang itu dianggap derhaka.

Kenyataan beliau dikemukakan kepada utusan pada tarikh 8 Februari 2009 (gambar)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2009 08:14 AM | Show all posts
Nizar melakukan mesyuarat kerajaan haram dan tidak diiktiraf Sultan




Meeting BUDAK -BUDAK


DATUK Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang masih menganggap beliau adalah Menteri Besar yang sah semalam 憁empengerusikan mesyuarat khas Exco
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2009 08:19 AM | Show all posts
PENDERHAKA


Penderhaka wat cam kat tapak ekspo jerk...


ble tido plak dia penderhaka ni...


Pembela Sultan


bazir wang rakyat....dah smayang balik sambung kerja la...ni wat benda bukan2 plak...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2009 08:21 AM | Show all posts
SIAPA JUMPA MAMAT NI TELEFON POLIS




[size=180%]Sesiapa ada terjumpa seorang lelaki melayu berkaca mata, kulit seiras seperti cina berkaki ayam, sedang memegang kunci kereta CAMRY merayau rayau di bandar Ipoh sila hubungi balai polis yang terdekat. Dia simpan kunci pejabat Menteri Besar Perak. Lelaki ini boleh mengamuk jika menghampirinya, dia akan cucuk kunci camry pada sesiapa yang tidak memanggilnya MB. Awas dia tidak makan saman.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-2-2009 08:23 AM | Show all posts
Karpal Minta Anwar Ibrahim Bertaubat



Karpal Singh (Pengerusi DAP) mendesak Anwar Ibrahim meletak jawatan sebagai ketua Pakatan Rakyat. Karpal menyalahkan Anwar kerana mempromosikan budaya lompat parti hingga mencetuskan masalah dalam Pakatan Rakyat. 揌e has created enough trouble and it is time for him to bertaubat (repent)," kata Karpal Singh, The Star, 8 Februari 2009. Pelik benar, Karpal yang menolak hudud minta Anwar bertaubat.

Hebat benar Karpal Singh ini. Dia pernah minta Haji Hadi melutut dengannya tentang isu hudud. Dia juga mahu saman Sultan Perak pada hari Selasa ini. Dia juga sudah beri amaran, jangan main-main dengan saya. Dia juga tidak takut sebarang laporan polis terhadapnya. Apakah orang yang bernama Karpal ini bebas dan kebal daripada sebarang undang-undang? Beranikah Anwar menjawab cabaran Karpal dan meminta agar Karpal bersikap rasional dan tidak kurang ajar pada Sultan Melayu? Sikap Karpal tidak wajar dicontohi oleh warganegara Malaysia yang lain. Ini budaya kurang ajar dan biadap pada negara dan raja. Jika rukun negara pun tidak dihormati, tidak guna lagi menjadi warganegara Malaysia.

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2009 08:24 AM | Show all posts
Nizar: Sanggup Jadi Penderhaka Untuk Bela DAP

慬/i]
慘ita hendaklah menunjukkan taat setia kepada raja pemerintah sesebuah negeri itu. Kalau dah tidak tunjuk taat, maka itu adalah derhaka,擺/i] kata Mufti Perak dalam Utusan Malaysia, 8 Februari 2009. Datuk Seri Harussani Zakaria berkata lagi, "di dalam Al-Quran jelas menyuruh umat Islam supaya sentiasa taat kepada Allah, rasul dan pemerintah iaitu raja".



''Raja yang adil dan bijaksana dalam melaksanakan tugas demi kepentingan umat Islam asalkan tidak bertentangan dengan syariat, wajib dihormati. Oleh itu, kita wajib menghormatinya selama mana raja itu memerintah di sesebuah negeri itu," kata Mufti Perak pada Bernama pada 7 Februari 2009 ketika mengulas tindakan Nizar memohon untuk derhaka pada Sultan Perak.



Nizar masih lagi menganggap dirinya sebagai menteri besar. Nizar sedang mempengerusikan mesyuarat exco pada 7 Februari 2009 di kediaman rasmi MB bersama dengan 6 orang exco DAP. Tidak malukah Nizar masih mengaku MB lagi? Lihatlah di kiri dan kanan Nizar, siapa yang mempengaruhi Nizar agar terus percaya dirinya masih lagi jadi MB? Nizar meluluskan empat perkara berkaitan pentadbiran negeri dalam mesyuarat "haram" tersebut. Antaranya adalah tempoh pajakan tanah perindustrian yang sebelum ini antara 30 hingga 60 tahun dilanjutkan sehingga 99 tahun. Mengapa sekarang baru nak lulus itu dan ini? Kalau dulu Jebat menderhaka untuk membela Tuah. Orang Melayu menderhaka untuk membela orang Melayu. Kini, Nizar sanggup menderhaka untuk membela 6 orang exco DAP. Orang Melayu sanggup menderhaka untuk membela DAP. Jangan bertindak ikut perasaan, dengarlah teguran Mufti.


AZRINIZAM IBRAHIM

Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2009 08:46 AM | Show all posts
Kereta Raja Dihilir Perak Dikasari Penyokong Pakatan Rakyat


Sekumpulan penyokong Pakatan Rakyat bertindak menghalang kereta raja. Tindakan ini amat tidak rasional dan terlalu mengikut emosi. Apa kena mengena bawa bendera Palestin bersama untuk halang kereta raja?



Berikut adalah sedutan video beberapa penyokong Pakatan Rakyat yang menahan, menyerbu dan menyergah kereta Raja Dihilir Perak dengan cara yang kasar pada jam 2.30 petang, 6 Februari 2009 di hadapan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar, Perak. Apakah ini sebahagian daripada seruan derhaka Nizar kepada Sultan yang sudah pun disambut oleh penyokong-penyokong Pakatan Rakyat. Tindakan sebegini tidak akan dilakukan oleh orang Perak. Ianya dilakukan oleh orang-orang dari luar yang datang dengan habuan tertentu untuk menimbulkan keadaan yang huru-hara di hadapan Masjid Ubudiah. Pihak berkuasa harus menyiasat individu-individu terbabit agar kejadian sebegini tidak berulang lagi. Bertindak kurang ajar pada Sultan bukan budaya orang Melayu. Jangan biadap dan derhaka pada raja.

[ Last edited by  shamsadis at 10-2-2009 08:48 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-2-2009 08:55 AM | Show all posts
apa ntah....wat gelak kaum lain jerk...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 05:03 AM GMT+8 , Processed in 0.084052 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list