CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30602|Reply: 4

cheongsam: tradisional atau kontemporari

[Copy link]
Post time 26-1-2009 08:18 PM | Show all posts |Read mode
Tradisional atau kontemporari

Oleh JAGATHESWARY NARAYANAN

Ceongsam merupakan sejenis pakaian yang menjadi lambang keanggunan, feminin dan keaslian wanita Cina.







KEHIDUPAN moden yang serba canggih sedikit sebanyak menghakis nilai-nilai tradisi yang menjadi warisan dan kebanggaan sesuatu bangsa. Masa yang paling sesuai untuk mengembalikan dan menghidupkan warisan itu adalah ketika musim perayaan. Misalnya, melalui gandingan pakaian tradisonal mahupun amalan adat-adat lama sempena hari istimewa itu.

Pengaruh budaya asing terutama Barat tanpa disedari menular dalam tamadun budaya dan bangsa sehingga generasi muda bangsa tersebut semakin melupakan asal usulnya.




Senario yang sama berlaku pada ceongsam, pakaian tradisional masyarakat Cina, yang menjadi kebanggaan sejak turun-temurun. Akibatnya, item yang wajib ada dalam gerobok pakaian masyarakat Cina itu, biarpun sekadar untuk digayakan setahun sekali, semakin dilupakan.

Daripada 10 gadis Cina yang ditemui secara rambang, hanya dua orang yang memiliki ceongsam. Rata-rata masyarakat Cina pada hari ini berpendapat pakaian tradisional itu hanya sesuai digayakan jika seseorang memiliki bentuk tubuh yang langsing.

Ada juga yang berkata, antara faktor mengapa ia kini tidak menjadi pilihan adalah harganya.

Demikian alasan yang disenaraikan kebanyakan generasi muda Cina hari ini. Namun, bagi model antarabangsa Carrie Lee, 23, ceongsam merupakan identiti dan lambang kemegahan tamadun serta warisan budaya Cina.


CARRIE lebih gemar menempah sendiri ceongsam untuk tampil berbeza dan unik.

Gadis ayu yang lebih mesra dengan panggilan Carrie itu memberitahu, dia begitu terpesona dan kagum dengan fesyen pakaian terulung dari negara China itu.

Dengan perasaan penuh teruja, Carrie berkata, ceongsam merupakan sejenis pakaian yang menjadi lambang keanggunan, feminin dan keaslian wanita Cina.

"Ceongsam atau juga dikenali sebagai qipao dalam bahasa Cina ialah helaian baju labuh yang dikenakan secara memanjang dari paras leher hinggalah ke buku lali.


RONA merah kekal menguasai suasana Tahun Baru Cina sebagai lambang kemakmuran dan murah rezeki.

"Ia menutup sebahagian besar badan tetapi mendedahkan kepala, tangan dan jari kaki. Ceongsam labuh itu direka khusus untuk mengurangkan tekanan pada bentuk tubuh, tanpa mengira peringkat umur," katanya kepada Stailo ketika ditemui di pusat beli-belah KL Plaza, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bekas Ratu Cantik Cina Cosmos Antarabangsa 2004/2005 itu mengakui, selain menjelang musim perayaan Tahun Baru Cina, dia gemar menggandingkan busana tradisional yang cukup tinggi martabatnya itu ketika menghadiri majlis makan malam dan majlis istimewa yang lain.

"Jika anda menggeledah gerobok pakaian di kediaman saya, anda boleh menemui lebih daripada 15 koleksi ceongsam yang memiliki sentuhan rekaan daripada tradisional sehinggalah oriental kontemporari.

"Kesemua koleksi istimewa itu merupakan rekaan pereka fesyen tempatan yang sentiasa menjadi kegemaran saya," ujar gadis yang pulang ke Malaysia untuk menyambut Tahun Baru Cina bersama keluarga tercinta setelah sekian lama berada di Hong Kong.




Jelitawan yang turut bergiat aktif dalam bidang lakonan itu juga memberitahu, dia lebih gemar menempah sendiri ceongsam yang dipakainya kerana dia bebas memberi idea rekaan dari segi warna, jenis fabrik, sulaman atau batu-batu kristal.

Lantaran itu, setiap koleksi ceongsam milik Carrie tampil berbeza dan unik.

"Ceongsam yang terhasil daripada kemahiran silam dan idea kreatif membawa kita menyusuri kenangan lalu dengan gaya rekaan yang kaya dengan warisan tradisional, selain turut menerima sentuhan moden yang glamor.

"Rona merah kekal menguasai pilihan fabrik kerana ia menjadi lambang kepada kemakmuran dan murah rezeki sempena Tahun Baru Cina. Justeru, kebanyakan daripada himpunan fesyen saya lebih mengetengahkan warna merah," jelas Carrie yang memiliki sepasang ceongsam berwarna biru rekaan eksklusif seorang pereka tempatan yang sentiasa menjadi pilihannya.


SENTUHAN rekaan yang lebih versatil moden dan seksi.

Gadis jelita yang memiliki senyuman menawan itu turut menyimpan koleksi ceongsam blaus singkat tanpa lengan daripada fabrik sutera mewah yang elegan digandingkan bersama skirt Oriental daripada fabrik cetak yang menyerlahkan gaya kontemporari.

Sementara itu, pereka fesyen tempatan popular, Albert King pula memberitahu, beliau terus mengekalkan keanggunan potongan fesyen ceongsam, sambil mengenakan sedikit sentuhan rekaan yang lebih versatil, moden dan seksi.

"Merah dianggap tuah, namun pada zaman moden ini saya variasikan rekaan dan warna supaya bersifat kontemporari.

"Saya menggabungkan pilihan fabrik antara sutera Thailand dan sifon, renda Perancis dan sulaman halus serta perincian manik dan sekuin serta sifon bercorak bunga dengan nada pastel yang lembut penampilannya," katanya.

Albert yang tampil dengan rekaan tradisional bertemu Oriental bangga dengan potongan ceongsam yang dianggap klasik dan mengagumkan.


dulu ada sorang aweks aku tu.. mmg suka pakey  cheongsam ni... aku pung suker kalu dia pakey.. mmg shekshi abis.......   cair aku dibuatnyer...    sesapa pakey cheongsam ni pung.. mmg aku MOSTI 2-3 kali toleh punyer.... menarik sgt!! :victory:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-1-2009 08:24 PM | Show all posts
Fusion ceongsam

Oleh IZYAN LIYANA MOHD. DARIF

Seiring perubahan zaman, fesyen ceongsam turut mendapat sentuhan kontemporari untuk memastikan survivalnya dalam kalangan penggemar fesyen.


BIARPUN dipadankan dengan skirt pendek tetapi ceongsam tanpa lengan ini masih mengekalkan keaslian potongannya.

CEONGSAM atau qipao (dalam bahasa Cina) bermaksud baju labuh yang panjangnya bermula dari paras leher sehingga buku lali.

Ia merupakan koleksi busana yang sentiasa digayakan menjelang sambutan Tahun Baru Cina. Meskipun diperkenalkan pada abad ke-17 ketika zaman Dinasti Qing, ternyata baju itu masih menjadi pilihan golongan wanita hari ini.

Sebelum berakhirnya Dinasti Qing, ceongsam telah menyaksikan perkembangan potongan yang lebih menampakkan bentuk tubuh yang ramping dan mencerminkan ciri-ciri moden mengikut zaman.

Hari ini, busana tradisional bangsa Cina itu kelihatan lebih funky dan trendy apabila menerima sentuhan moden serta digayakan bersama aksesori gaya terkini.

Lebih menarik lagi, segelintir wanita kini mula mengubah selera dengan menempah atau memiliki koleksi ceongsam yang diperbuat daripada fabrik lembut, sifon, batik atau sutera Thai.

Inilah yang cuba ditonjolkan oleh pereka fesyen, Amin Jauhary yang gemar bereksperimen dengan rekaan terbaru, termasuklah ceongsam.

Walaupun tidak menggunakan tekstil sutera China, tetapi Amin masih mengekalkan potongan dan signatur ceongsam seperti kolar dan butang di bahagian leher, belahan tepi dan potongan mengikut bentuk badan wanita.

Si pemakai masih boleh kelihatan anggun dan tampil menawan walaupun ceongsam tidak diserikan dengan cetakan corak atau bermotifkan bunga, naga dan burung phoenix.


ANGGUN dengan persalinan ceongsam separa lutut.

Asalkan anda bijak memadan dan menyesuaikannya dengan aksesori pilihan seperti anting-anting, rantai, tali pinggang dan sepatu serta dandanan rambut dan solekan yang sesuai, anda pasti kelihatan menawan.

Selain dipakai begitu sahaja, ceongsam separa lutut juga menarik dipadankan dengan seluar jean, stoking panjang, legging atau slack.

Sementara itu, ceongsam berbentuk blaus pula tampak serasi dengan kombinasi skirt kembang, skirt pendek dan seluar separa lutut.

Keserasian itu ditampilkan oleh pereka fesyen, Anewei, yang menggabungkan ceongsam potongan ketat dengan seluar denim. Begitu juga, blaus ceongsam yang dipadankan dengan skirt pendek kembang pada pertunjukan fesyen Taiwan yang berlangsung di Hong Kong baru-baru ini turut menampilkan satu kelainan.

Ternyata kombinasi elemen timur dan barat menghasilkan penampilan fesyen yang cukup istimewa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2010 07:47 AM | Show all posts
Saturday January 16, 2010
Ageless attire
Stories by KIKI CHOO
Whether a power broker, fashion lover or spy, there’s a cheongsam look for every woman.

The cheongsam or qipao can be likened to the UFO of Planet Fashion: sightings are uncommon, but the appearance of a side-slit, high-collared number can send rumours of a new comeback through the ranks of style-watchers.

These days, it is more likely to be spotted at theme parties (Shanghai nights, anyone?); festive occasions such as Chinese New Year, when women want to affirm their ethnic credentials; anniversaries; and in the movies, from the classic World of Suzie Wong to Ang Lee’s Lust, Caution.


Amber Chia in cheongsam designs in various kinds of materials from Shanghai Sun. — KEVIN TAN/The Star


In recent years, the strongest flash revival of the qipao has been in director Wong Kar-wai’s art house hit In The Mood For Love. Maggie Cheung’s impeccably-tailored wardrobe was like a glorious trip down memory lane to the 1960s heyday of the cheongsam.

Every outfit, made from vintage fabric found in Argentina by the costume designer, was more riveting than the last. All were sexy but decorous — the secret of the cheongsam’s appeal. Unsurprisingly, enthusiasm for the shapely stunner spiked among fashionistas after the release of the award-winning movie.

But, as with any newfound success, keeping interest alive is a hard act to follow. The problem is that the cheongsam is often fetishised as an object of desire rather than something to be worn in daily life.

“Some younger women seem to think that wearing the dress makes them look ‘old’,’’ laments designer Sunny Ng.
“When a woman is young, she has the figure, the looks, the right package to carry a cheongsam. It plays on the natural female form and creates the illusion of slim legs.’’

Nothing beats this style for showing off cellulite-free thighs and shapely calves.





It’s definitely not a look associated with a wearer in her dotage; the fusty image is something of an irony. Far from being traditional attire, the garment — so strongly cherished as a symbol of the Chinese cultural identity — evolved from the long, handsome robes of the foreign Manchu conquerors.

There’s a theory that says that the tantalisingly high slits — a standard cheongsam feature these days — were inspired by the Charleston craze of the Roaring 20s. The high-kicking and fast-stepping pace of the dance demanded agility, and Shanghainese actress Butterfly Wu is the one credited with slashing the sides of the outfit for easy leg movement.
Thus was the modern cheongsam born.




However daring it may be, the outfit can feel out of place in the hurried pace of today’s T-shirt and jeans era.
“A woman in cheongsam must pay attention to the way she walks, take graceful steps,’’ Ng points out, adding that the outfit is usually seen at celebratory events to re-assure observers that tradition is well and alive.

“I have young brides who want a short version for the tea ceremony during the day, and a long style for the evening dinner. It’s popular with the in-laws as well.’’

The outfit is suitable for every woman, he insists, citing the example of a young cheongsam-clad Middle Eastern customer he first spotted in a shopping mall in Kuala Lumpur. Wearing a cheongsam, Ng opines, is not about having the perfect figure, but “finding the perfect fit’’.

“Lydia Shum (the late Hong Kong TV comedienne) used to wear a double X-large. I have done up to triple X-large!’’ Ng says.

But finding the dressmaking specialists with exacting skills required for a well-made outfit is literally like looking for the proverbial needle in a haystack these days. But that’s another story.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2010 07:48 AM | Show all posts
Saturday January 16, 2010
Cheongsam revival

A decade ago, Sunny Ng bravely stepped out of his comfort zone and into a “sunset industry’’ — cheongsams.

Getting more women to wear the cheongsam and finding the skilled workers who could tailor it to time-honoured standards has been a double-pronged challenge. Today, the racks lined with cheongsam and Chinese-inspired designs in Ng’s Shanghai Sun boutique speak of his success in this uphill battle.

All Ng wants to do is to restore the outfit to its glory days, and he’s not done too badly.

“I have customers who even wear cheongsam to work!‘’ he exclaims.

Though Ng likes fabrics such as satin, silk and brocade — all ideal for channelling the inner elegance on formal occasions — he points out that the cheongsam in cotton and other lightweight material can be daily wear.

“I am planning a range in prints such as checks and geometrics that can look good for work,’’ reveals Ng, who produces two collections a year.

For all his passion, Ng’s fashion venture actually began by chance.

“I have always been interested in Chinese culture and art,’’ Ng explains, and so when he returned from England in 1987 after training in the hospitality business, he became an antiques dealer. When the adjoining shop in the hotel arcade fell vacant, he decided to take his passion to another level — with Chinese-inspired clothes.

“Everything has a Chinese element and often a modern touch, such as a bare back. Some customers want an open collar because the classic high-cut is restrictive,’’ Ng says of his designs.

He has travelled as far as Europe and India in the quest to produce cheongsam with a twist, often looking out for unusual fabrics. But, at heart, he remains loyal to classic qualities.

“You can easily find cheap cheongsam but a good one is about fine fabric and workmanship in cut and details that flatter every woman.’’

The specialists he employs are vetted carefully for their skills. A Shanghai Sun cheongsam takes up to three days to make, and a beaded one requires up to two weeks. Ng believes that versatility is the key to bringing the Chinese style back into the mainstream. There’s one for every figure.

Just follow these tips if you’re unsure what would be suitable for you:

·A short woman should avoid boxy cuts and shoulder pads, as they stunt her appearance. A knee-length hemline is best for her. Shoulder pads are also a no-no for women with broad shoulders. They should opt for softer fabric, to soften the silhouette.

·A skinny woman can go for thicker fabrics such as double-ply silk, to give her more form and curve.

·Flabby arms can be covered with three-quarter-length sleeves.

·A short neck can be disguised with a lower collar, to help the neck look longer. A high collar can make a long neck look truly stunning.

·Avoid a high-slit hemline unless you are playing Suzie Wong at a theme party. The standard slit begins 22 in from the waist down.

·Remember also that high heels bring out the best in a cheongsam. Flat heels should be avoided, unless the wearer is going back to school. A cheongsam does not sweep the floor, because it is not an evening gown. It should be ankle-length and reveal the shoes.

·Those with figure issues, such as a heavy bottom and small top, or vice versa, should go for a cheongsam-collared top worn with skirt.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2010 04:26 PM | Show all posts
Evolusi persalinan qi pao

Oleh AQMAR ALLADAD




TIDAK salah kalau kena pada potongan dan gayanya. Maka, akan terserlah keayuan si gadis dalam persalinan tradisional. Ceongsam yang membawa maksud pakaian panjang dalam bahasa Inggeris juga dikenali sebagai gaun Mandarin.

Biar apa pun yang dinamakan kepadanya, ia tetap satu warisan yang dibanggakan. Apatah lagi saat menjelang perayaan Tahun Baru Cina, golongan yang menyambutnya mula sibuk untuk mendapatkan rekaan yang berlainan daripada tahun sebelumnya.

Ramai pereka ceongsam sependapat mengatakan bahawa potongan dan jahitan pakaian itu tetap sama meskipun pemakainya menginginkan pembaharuan agar sesuai dengan peredaran zaman.

Apa yang membezakannya adalah fabrik yang digunakan. Kini, si pemakai mempunyai lebih banyak pilihan apabila ceongsam yang berada di pasaran turut menggunakan kain sifon, renda dan kapas.

Pengarah Urusan Ezytred, Jonathan Tan memberitahu, ceongsam yang dijualnya diimport dari China. Dia memilih negara itu kerana fesyen yang dibekalkan juga memenuhi cita rasa masyarakat di negara ini.



PERINCIAN dan hiasan di bahagian leher dan dadan busana qi pao.

"Di China, pilihan ceongsam memang banyak dan harganya juga berpatutan. Malah, setiap tahun kelainan yang cuba ditonjolkan adalah dari segi fabrik. Selain itu potongan bentuk kolar juga sudah dipelbagaikan.

"Tetapi bagi mengekalkan tradisi ceongsam anda dapat mengenalinya daripada butang berbentuk bunga yang digunakan," katanya yang menjual ceongsam pada harga RM29.90 tetapi pembeli perlu mendapatkannya dalam jumlah sepuluh pasang.

Bercerita mengenai potongan rekaan ceongsam, lazimnya ia labuh hingga ke buku lali atau paras lutut dan berbelah di tepi serta mempunyai leher cekak musang.

Belahan di tepi memudahkan si pemakai untuk bergerak dan leher cekak musang menampakkan si pemakai lebih elegan.
Anggaran fabrik yang digunakan adalah sebanyak empat meter untuk orang dewasa dan 3.35 meter untuk kanak-kanak berusia di bawah 12 tahun. Bagi kanak-kanak yang berumur lima hingga lapan tahun pula, sebanyak tiga meter kain diperlukan dan ia bergantung kepada saiz badan kanak-kanak tersebut.


CHEONGSAM buatan Cina menggunakan fabrik yang berkualiti tinggi.

"Sekarang, bukan sesuatu yang pelik jika kita lihat wanita atau gadis menggabungkan pemakaian ceongsam dengan seluar jean atau legging. Itu juga suatu pembaharuan imej," tambah Jonathan.

Revolusi warna


Walaupun ciri busana klasik kaum Cina itu teguh, penampilannya tidak terjejas hanya kerana beberapa pembaharuan. Selain diberi nafas baru dengan kombinasi fabrik moden, ia nampak lebih eksklusif jika tampil dalam variasi warna, aksesori dan perincian tambahan.

Tidak dinafikan, gabungan tradisi dan sejarah menjadikan gaun kontemporari itu lebih sempurna. Namun, ceongsam tidak hanya terikat dengan sejarah atau budaya masyarakat di Tanah Besar China.

Ia kini mengenengahkan imej moden wanita, tetapi masih dengan elemen kolar atau leher baju ala Mandarin bersaiz tiga inci.

Dalam pada itu, potongan yang ketat sehingga menampakkan susuk tubuh pemakai juga membuatkan ia kelihatan seksi, anggun dan mengikut peredaran masa. Ia tidak seperti sebelumnya iaitu ketika garis potongan kelihatan lebih lebar dan longgar dan hanya mendedahkan kepala, tangan dan hujung jari kaki.


KEBANYAKAN pereka menyifatkan potongan dan jahitan ceongsam tetap sama meskipun generasi muda kini menginginkan pembaharuan.

Tentu sekali bagi wanita yang menjaga penampilan tubuh maka, memakai ceongsam seumpama menyarung 'kulit' baru yang indah!

Dari segi warna pula, sebelum ini ceongsam hanya terbatas pada satu pilihan warna sahaja iaitu merah.

Bagaimanapun, ceongsam kini boleh didapati dalam warna seperti hijau, jingga, ungu, coklat dan sebagainya.

Begitu juga dengan warna hitam yang dahulunya dianggap tabu bagi masyarakat Cina. Ceongsam daripada material hitam kilat atau baldu dengan sentuhan sulaman mewah turut menjadi pilihan wanita generasi baru.

Malah kalau diamati, ceongsam yang diketengahkan kini turut menggunakan baju kurung. Bagi menampilkan gaya lebih menawan dan tidak terlalu ringkas, si pemakai juga perlu mengenakannya dengan aksesori menarik namun minimum.

Bukan hanya bijak memakai aksesori seperti gelang atau anting-anting, ceongsam yang tidak keterlaluan itu lebih menyerlah sekiranya anda meletakkan hiasan di atas kepala.

Hiasan itu boleh dipilih seperti bunga atau klip rambut yang bersesuaian. Namun, sekiranya anda berani, apa salahnya penampilan itu dihebatkan lagi dengan memakai rambut palsu.

Rambut palsu mampu menyerlahkan tradisi masyarakat Cina pada zaman dahulu. Kalau penataan gaya seperti itu diberi perhatian dan dipraktikkan, sambutan Tahun Baru Cina tahun ini pasti meninggalkan impak mendalam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:20 AM GMT+8 , Processed in 0.509953 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list