CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5442|Reply: 7

scientist dah jumpa tempat kawal perasaan cemburu!!!

[Copy link]
Post time 19-2-2009 01:24 AM | Show all posts |Read mode
Saintis temui tempat kawal perasaan cemburu


GAMBAR dalam bulatan menunjukkan kawasan yang
mengawal perasaan cemburu dalam otak manusia.


NEW YORK - Sekumpulan saintis menemui kawasan dalam otak yang mengawal perasaan cemburu, lapor sebuah akhbar semalam.

Kedudukan tempat yang mengawal perasaan cemburu itu berada dalam kawasan yang mengesan kesakitan fizikal.

Menurut saintis, penemuan itu merungkai persoalan kenapa perasaan cemburu seorang kekasih menyebabkan anda berasa 'terluka' yang amat sangat.

"Adalah amat menarik kerana bahagian yang mengesan kesakitan fizikal turut mempunyai kaitan dengan kesakitan mental," kata ketua penyelidik itu, Hidehiko Takahashi.

"Melakukan penilaian terhadap perasaan cemburu mungkin membantu penjagaan mental seperti mendapatkan kaunseling," tambahnya.

Menurut pakar psikologi dari Universiti Kentucky, Profesor Richard Smith, cemburu boleh menjejaskan kehidupan seseorang.

"Jika anda ialah seorang yang cemburu, anda sukar untuk menghargai perkara yang baik kerana anda terlalu bimbang berhubung cara orang lain akan memberi reaksi," katanya. - Agensi




mana2 yg cemburu  samada  buta ker   celik ker... hah!!!!  tau ler  nak kawal  cemburu tu kat mana ekkkkkk  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2009 02:24 AM | Show all posts
so boleh kah sumber cemburu tu dibuang je?
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2009 02:27 AM | Show all posts

Balas #2 razhar\ catat

x bole buang camtu jek..nnti jadi gile. boleh cucuk jarum akupuntur bg kontrol cemburu...
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2009 02:06 AM | Show all posts

Reply #3 zairizain's post

byk la pompuan bgn pagi ngan jarum terpacak kt kepala pasni...
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2009 10:58 AM | Show all posts
Hanya hati yang lurus dan terbuka sahaja boleh membuang perasaan cemburu tuu..Bergantung kepada iman seseorang..
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2009 11:07 PM | Show all posts
Subhanallah.. betapa unik ciptaan Tuhan. macam2 discoveries pasal nerve nih. kira sumer 'suis' kat situ la

Penting gak cemburu ni. Untuk mempertahankan hak sendiri. Tak boleh dibuang, tapi perlu dikawal. Mcm nafsu gak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-3-2009 04:11 PM | Show all posts
so.. nnti tciptalah obat mngawal cmburu
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2009 09:17 AM | Show all posts
hehehe.. watpe nk buang tak best la kalo takde cumburu cumburu nehhhhhh.. huhuhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 11:00 PM GMT+8 , Processed in 0.067181 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list