View: 8310|Reply: 54
|
kisah adik aku yang haru dan mengharukan
[Copy link]
|
|
salam buat semua...
aku nak minta pendapat dari forummers semua la. sejak bulan 10 , tahun lepas, mak pak mertua dan suami dia halang dia dari contact mak bapak aku. ceritanya boleh buat
novellah..
masa dia berkawan lagi, kakak aku dah sound jangan rapat sangat, nanti kawin sebelum tamat pengajian kat u. aku tau..ramai orang kaawin masa belajar, boleh berjaya pun...
tapi yang berlaku kat dia sebaliknya... dah dekat nak kena pecat dari universiti
sampai satu masa , mak bapak aku dengan berat hati bagi jugak dia kawin.. dan terbuktilah apa yang kakak aku cakap terjadi...family husband dia ni pelik sikit..datang akad nikah 3 beranak je sebab anak dia anak tunggal , mak bapak dia macam tak bermasyarakat dengan orang . jiran sebelah pun tak senyum. dan dari apa yang adik aku story,
keluarga sebelah mak dan bapak mertua pun hubungan tak ngam sangat...
so adik aku ni dah kawin sebulan terus pregnant. lepas bersalin 3 hari, dengan sedikit insiden, adik aku kat spital lagik...bapak mertua dia datang angkut adik aku dan rampas henpon dia :@ :@ . sejak dari tu , mak bapak aku susah nak contact dia. jadi mak bapak aku pun pergilah tengok dia kat rumah mertua dia. tak jauh pun ..pernah sekali tu, tunggu kat sejam depan pagar, baru diaorang bukak pintu... mak aku pesan kat adik aku kalau nak ke KL (sebab husband adik aku masih belajar kat u), bagitaula mak aku.. yang sedihnya mak aku ni kutiplah daun-daun pokok herba kat kampung untuk buat mandi anak dia yang masih dalam pantang , beli tungku baru , hantar tilam bantal baby yang ayah aku jahit... segala bagai lah....last-last sekali adik aku sms (lepas sebulan dia ke KL)...dia cakap bapak mertua dan husband dia buang semua tu....sebab dioarng pergi berubat , katanya mak bapak aku ada membela saka atau hantu... ada ka patut.. adik aku taklah percaya sangat semua tu tapi dia macam tersepit..
dan pada hari mak bapak aku pergi rumah mertua dia , hari tu diaorang dah blah pergi KL, hujan lebat sangat...kat sejam lebih tunggu dalam kereta.,rupanya diorang dah ke KL , tak bagitau, hampir seminggu adik aku sms katanya dia dah kat KL. yang sms kat atas tadi tu, lepas sebulan dia hantar kat kakak aku katanya jangan reply mesej tu,
sebab dia curi-curi hantar..
so pertengahan bulan 11 tahun lepas, kami pun ke rumah sewa dia kat KL, sambutannya memang la dingin... anak lelakinya hempas pintu , masatu ayah aku kat luar lagi...alasanya waktu maghrib. lepastu bapak dia (bapak mertua adik aku) duduk dalam bilik tak keluar2. adik aku pun ambik masa lama nak keluar, taktau apa laki dia warning... anak nya yang baby pun dia orang tak kasi keluar,... takut saka keluarga kami kacau agaknya...:@
come onlah.... kalau ada saka , aku yang histeria dulu... laki aku ada belajar tenaga dalam/inner power pun pun boleh detect kalau benda2 tu ada
cuti chinese new year...aku pergi lagi ke rumah sewa tu dengan kakak aku... sebab kesiankan mak aku yang rindu kat anak dia... kami dengar ada orang membasuh kain.,kat bilik air, rumah tu rumah flat yang bilik air dia tepi koridor... bunyi orang basuh kain tapi bila kami bagi salam dia senyap... lepas tu dia sambung lagi berus kain, kami panggil, terus senyap sampai sudah...tak buka pintu
aku ni meleleh air mata sebab aku taktau apa nak cakap apa kat mak aku...mak aku ada darah tinggi... sekarang ni dah ada lelah..dah tua umur bonus...bapak aku dah lebih 70 tahun
dan baru-baru ni diaorg dah pindah... kakak aku pergi hantar surat amaran u pasal kehadiran. semuanya kosong... dan kakak aku ke universiti ceritakan masalah adik aku,
pihak universiti tak leh nak buat apa sebab adik aku tak datang untuk mintak penangguhan untuk semester ni, surat tunjuk sebab dsbnya. (adik aku dah mintak tangguh
sebab dia bersalin tempohari)
aku ada terpikir gak cadangan2 ni:
1-masuk paper....-mak aku tak kasi sebab malu ngan sedara mara dan jiran dan nak biar perkara ni baik sendiri walaupun dia sendiri makan hati
2-report polis-memang kami nak buat, tapi diaorg dah pindah tak tahu nak cari kat mana
3-yang aku akan buat- pergi ke universiti dia ,jumpa kaunselor...supaya cari husband dia (yg mungkin register semester ni) untuk kaunselingkan adik aku sebelum dipecat dari universiti)
adik aku ada page kat friendster, tapi lately , aku rasa suami dia dah control penggunaan komputer dsbnya
forummers, harap dapat bagi sugestions... terimakasih.....
[ Last edited by hydrangea at 29-3-2009 21:37 ] |
|
|
|
|
|
|
|
salam kak..nie kes berat kak oii...buat report masuk tv takper malu segala ngan anak beranak ngan dunia..janji adik akak selamat jgn tunggu kena dera bagai baru nak report bagai...dah teruk tahap gaban adik akak nie..masih ada lagi mak pak bengong mcm tuh..maaaf bahasa kasar sket kak...geram punya pasal... |
|
|
|
|
|
|
|
Ade jugak manusia cmni. Ape kate kalau korang terjumpe nnti,brainwash org2 gile ni...Xpn bwk ustaz bg berckp ngan org tua cmtu... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by hydrangea at 29-3-2009 21:29
salam buat semua...
aku nak minta pendapat dari forummers semua la. sejak bulan 10 , tahun lepas, mak pak mertua dan suami dia halang dia dari contact mak bapak aku. ceritanya boleh buat ...
1. Report je polis ..pandai ler polis nak cari camana...apa jenis laki cam ni?
-sebab apaperlu report polis...
a) tidak boleh diambil nyawa atau dilucutkan kebebasan diri kecuali menurut undang-undang
b) tiada sesiapa pun yang boleh ditahan sebagai abdi kecuali bagi perkhidmatan kerahan mengikut undang-undang
c) adik you dalam kesusahan
tq |
|
|
|
|
|
|
|
adik u takut kot..
dia tau apa laki dan ayah mentua dia boleh buat..
tu tak da pilihan selain mengikut aje...
untuk keselamatan dia dan anak dia kot... |
|
|
|
|
|
|
|
dulu ada kes seorang indian lady ni, yang kononnya didera by the husband & his family, lepas tu rasanya family perempuan tu cuba 'kidnap' dia balik.. then masuk paper dah kes tu..
kononnya belah suami tu tak pun buat seperti yang didakwa (ni belah suami yang banyak bercakap dalam paper). tapi kalau tak ada angin, bagaimana pokok nak bergoyang.
i think memang kena report polis, at least, kalau awak ada kesempatan nak 'kidnap' adik awak tu, at least dalam undang2 dah ada rekod kisah sebenar nya.
tpai hairan jugak, mesti ada sebab family suami dia tu tak suka dengan family awak? not necessarily family awak ada buat salah, tapi mesti ada yang mereka tak setuju dengan family awak, that makes them act this way, sampai tak bagi contact. |
|
|
|
|
|
|
|
tul tu sokong ..report polis n masuk paper atleast mn1 tau kan da pentunjuk mn adik u stay ...i rs tu jalan yg paling baik ..coz benda2 mcm nie klau nk diam n x nk report kerna malu smpi bl x kan selesai....so jgn tangguh nk pie balai buat polis report |
|
|
|
|
|
|
|
biasenya la kan..yg aku dgr, kalo org tu ckp org lain bela saka, sbnrnya dia sndiri yg ade benda tu. weird sgguh
mertua adik ko tuh. biase org2 camni takkan mkn or minum kat umah org lain, idop sndiri2 je.
ikot porumer lain, soh ko wat report polis. cepat lah bertindak seblm adik ko makin jauh dr family ko. |
|
|
|
|
|
|
|
bapak mertua dia ni dari mula tak suka kat kakak i, sebab kakak i (si B)selalu ingatkan adik i jangan baik sangat dengan keluarga budak lelaki (adik ipar i ni). ada lah sekali tu bapak dia macam cakap kat adik i, kalau dah kawin nanti (masa tu diaorang tengah berkawan) tak payah le kerja... kalau ikut surah annisa katanya pompuan tak payah kerja...bapak dia kata jangan jadi macam kakak B yang mak i tolong jaga anak dia (kakak B ada problem ngan maid dia masa tu). so kakak B kata pinjaman ptptn sapa nak bayar. bapak i pencen pun tak sampai 3 ratus . ni bila dah jadi kes ni... silap2 tak lama lagi sampai la surat ptptn
kalau dia betul2 kena pecat dari universiti..
bapak mertua dia ni , apa yang i dengar dari cerita adik i sebelum ni.... keluarga adik beradik dia sendiri macam pulaukan dia. imagine la masa pak sedara laki
adik i nak datang bertandang rumah bapak i pun laki dia tak bagi. kami banyak taktau misteri bapak dia ni... macam bekas pesakit mental. tapi cerita adik i, adik beradik bapak mertua dia pulaukan dia kes harta, atuk pak mertua dia bagi harta kat pak mertua dia bla bla bla...i pun taktau cerita yang betul macammana sbab perangai bapak mertua dia tak serupa orang
mak bapak i ni jaga air muka diorang tapi diaorang tak pernah nak jaga hati dan perasaan mak bapak i. bapak mertua adik i ni nak tunjuk kebencian sangat-sangat pada kakak B kes sms . sms tu kakak B hantar pada i untuk diforward kepada kakak yang sokong adik i kawin. kakak yang sokong adik i kawin ni i
namakan A. A ni, sekarang dah menyesal sebab sokong mau mati punya la dulu.. so si A ni forwardkan SMS tu pada adik ipar i . adik ipar i rasa tercabar sangat sebab dalam mesej tu (yang mana kakak B tak pun salahkan adik ipar i sebab dia tak kerja lagi)... cuma bapak dia macam lepas tangan tentang belanja
dll. bayangkanla... duit PTPTN buat bayar rumah sewa... nak makan apa... adik i nak bersalin lagi...dulu masa nak kawinkan anak dia, dia cakap nak buat macam anak sendiri... dia takde anak perempuan.. okeylah kalau kakak i salah.. kenapa sampai macam ni sekali bapak mertua dia buat kat mak bapak i.
i tak pernah jumpa orang tua yang pemikiran dia tak sematang umur dia. pak mertua adik i ni dah pencen pun.. masa kita org bermesyuarat adik beradik samaada nak bagi adik i kawin ke tak, kakak B bangkang, kakak A sokong, yang lain2 tu serahkan pada bapak i. bapak i kata orang tua tu (pak mertua adik i) cakap kalau bapak i takmo bagi kawin dia nak bawak pergi kawin kat thailand..... bangsa apa dia ni. adik i bukannya mengandung anak luar nikah pun...
kakak B kata.... adik i pun satu ...tak stand for herself and her parents. i selalu email kat dia, i tak tau sapa yang baca....maybe laki dia... i kata kalau i jadi dia i dah tinggalkan laki i tu...bawak sehelai sepinggang naik teksi datang rumah kakak mana mana . takde duit, kakak bayar duit teksi tu.. lepas tu pergi pejabat agama... adik i ni , i boleh kategorikan tak kuat jati diri... dia tak m acam kami dulu...apa yang dia nak semua dapat. dia tak merasa duduk asrama, ada la
sebulan masa form 6, lepas tu tak tahan. kami yang lain, duduk lah kat boarding school , merasa susah dan berdikari.
i rasa adik i ni tak sambung pengajian mungkin bapak mertua dia tak bagi sebab dia breastfeed anak.
cuti sekolah baru ni , i balik kampung, nama adik i ni tak lekang mak i sebut2. ayah i kata kalau tau jadi macam ni, tak hingin dia buat bisan. ayah i makan hati tapi dia tak tunjuk.. dan i ni pun , apa yang i buat ni untuk diaorang , selagi dorang ada kat dunia ni. kedua-duanya ni sekarang batuk macam nak semput. mak i pernah jatuh sakit sampai takde selera nak makan. bila anak2 berkumpul, baru lah dia makan banyak sikit.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by whitedove07 at 30-3-2009 00:15
biasenya la kan..yg aku dgr, kalo org tu ckp org lain bela saka, sbnrnya dia sndiri yg ade benda tu. weird sgguh
mertua adik ko tuh. biase org2 camni takkan mkn or minum kat umah org lain, ido ...
abang i cakap, siapa yang bela hantu...keluarga kami atau keluarga diaorang... abang i pernah pergi rumah mertua dia masa adik i baru bersalin, dia kata
rumah tu macam tertutup ngan langsir, takde cahaya masuk.. dahle tak bermasyarakat.
kami pernah berubat alternatif... bukan bomoh ... lebih kurang macam nak bagi dia ingatkan mak i, pakai minyak wangi, garam , gula je....
tapi mak i buat sekerat jalan sebab dia bimbang adik i tersiksa , ingatkan dia (mak i) tapi takboleh buat
apa-apa. dengan izin ALLAH, masa kami berubat tu, adik i call, cakap dia dan baby ok, keluraga suami "jaga dia dengan elok" . .JAGA DENGAN ELOK APA
MACAM TU...:@ :@ . itu last dia call dalam sebulan yang lepas..
anyway, to forummers yang bagi cadangan... terimakasih bebanyak. saya amat menghargainya |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mclaren at 29-3-2009 22:21
dulu ada kes seorang indian lady ni, yang kononnya didera by the husband & his family, lepas tu rasanya family perempuan tu cuba 'kidnap' dia balik.. then masuk paper dah kes tu..
kononnya be ...
ni bukan takat tak bagi contact je, sambung belajar nak dapatkan degree ada lagi dua tahun pun macam bapak mertua dia tak beri |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by faraway1 at 29-3-2009 22:09
adik u takut kot..
dia tau apa laki dan ayah mentua dia boleh buat..
tu tak da pilihan selain mengikut aje...
untuk keselamatan dia dan anak dia kot...
adik i memang jenis penakut, mak i kata masa kecik2 kalau kena sergah pun dah terketar2. dia tak macam i...... dah merasa gas pemedih mata... dulu
sebelum dia terputus hubungan dari kami, hampir setiap hari dia call mak i, bila handphone kena rampas..., dia pakai handphone husband dia (masa tu tak disekat lagi), dia cakap handphone dia kena virus... sampai lah dia sms yang tak kasi reply tu , bagi tau pak mertua dia pegang handphone dia..
kawan2 dia kat kampung ramai nak tanya khabar dia sebab dia dah melahirkan anak, semua hampa tak dapat contact. |
|
|
|
|
|
|
|
sorry terrrposting dua kali.... maafkan newbie wonderpet ini...... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ajinomotondah pindah
osuga at 30-3-2009 02:50
ingat abang polis tu takdok keje lain ka ha?
apa charges nak buat..report pasai pa? adik ko kene dera? kalo dia nafikan..abang polis nak seret laki dia soal siasat? silap2 polis or state ...
bang aji....
pasal polis ni, saya dah tanya kenalan kakak kat bukit aman , masa tu keluarga adik tak pindah lagi, polis ni kata boleh buat report dan ajak polis pergi sama ke rumah tu untuk jumpa adik saya tu. tapi kita orang tak sempat buat, diaorg dah pindah...
setuju ngan bg aji... ada jugak salah kat adik saya ni dan my parents too. sebab terlalu berlembut ngan orang, orang pijak kepala |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ajinomotonosuga at 30-3-2009 02:50
ingat abang polis tu takdok keje lain ka ha?
apa charges nak buat..report pasai pa? adik ko kene dera? kalo dia nafikan..abang polis nak seret laki dia soal siasat? silap2 polis or state ...
pasal polis ni kami dah tanya pendapat kenalan kat bukit aman tu, dia cakap boleh report polis dan bawak polis tu pergi rumah untuk jumpa adik sebab dia orang taknak bukak pintu atas sbb khuatir atas keselamatan dia. tapi diorang dah pindah , kami tak sempat nak pergi.
memang saya akui, kes ni ada salahnya pada adik saya.... dan maybe parents saya jugak , terlalu berlembut ngan orang sampai orang pijak kepala.. dugaan untuk diaorang jugak
tapi saya tak mampu nak biar benda ni dan ikut flow ja.,... tak tahan dengar mak cakap asyik teringatkan anak dia dan mak bapak pun tak sihat |
|
|
|
|
|
|
|
Tak ada kes nak buat laporan polis macam abe aji tu tulis. Tuan punya badan sendiri yang menyerah diri. Adik you dah pilih jalan hidup dia sendiri, taat pada suami dan keluarganya... bilamana seorang anak perempuan berkahwin, maka terlepaslah tanggungjawab bapa menjaga dan mendidiknya. You all terpaksalah terima pilihan dia. Pasrah... |
|
|
|
|
|
|
|
sedihnya baca benda2 camni....
MIL ada masalah dgn my biras, sampai satu tahap dia tak tau nak buat apa....dia bgn tiap pagi 2-3 pg dan buat solat hajat, anak lelaki tu tak senang duduk dan tepon my MIL....
cam adik u punya kes gak, mil dituduh bela hantu.....pergi rumah dia, dia mengurung diri.....anak lelaki cam org bodo kena nasi kangkang ....satu yg pasti, perhubungan darah tu takkan putus w/pun bagaimana pun depa mengurung adik u dan cuba suruh mak/ayah u buat solat hajat dan seru subcontious mind adik tu...doa dan suruh adik tu sedar...
tu saja yg cara yg i nampak, cemana nak tarik adik u balik.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|