CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jofizo

(MERGED) SEMUA MENGENAI PDRM

[Copy link]
Post time 15-6-2009 08:28 PM | Show all posts

Reply #15 yaminz's post

Jodoh ajal maut sesungguhnya kerja Allah. Aku rasa soal rondaan ni tidak boleh berdasarkan pada satu-satu gender sahaja. Dua-dua kena buat samada lelaki atau perempuan. Kalau masalah di pairkan dengan kaum lelaki (utk mengelakan dari tangkap basah atau bukan muhrim) apa kata PDRM menetapkan unit MPV untuk anggota wanita sahaja!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2009 09:50 PM | Show all posts
Nak boh dua WPC sama dua konst lelaki dlm satu kete, takut x muat nak bawa OKT pulak (yg lebih dri sorang). Kalau MPV tu Kancil memang x leh langsung.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2013 12:50 PM | Show all posts
Test........
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2013 08:24 PM | Show all posts
Polis Bantuan
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2013 05:54 PM | Show all posts
GPEC Asia 2013



Sejarah Uniform PDRM










Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2013 01:19 AM | Show all posts
yipun78 posted on 10-8-2006 09:02 AM
Post Last Edit by jazim at 22-11-2009 19:26

Menyamar gadis seksi untuk perdaya perogol bersiri

padan muka
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-11-2013 01:24 AM | Show all posts
HangPC2 posted on 31-10-2013 05:54 PM
GPEC Asia 2013



cantik kakak nie
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2013 01:29 AM | Show all posts
HangPC2 posted on 31-10-2013 05:54 PM
GPEC Asia 2013



kwn2 i yg join PDRM mmg cantik2 mcm nie.. nampak lemah lembut berbudi bahasa.. kalau org tengok dorang sure org ingat stewardess..



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2013 06:52 AM | Show all posts
eva posted on 1-11-2013 01:29 AM
kwn2 i yg join PDRM mmg cantik2 mcm nie.. nampak lemah lembut berbudi bahasa.. kalau org tengo ...



skang ni memang yg lawa2 dan jambu je i tengok... harap2 stamina nk berlari2 tu tip top...
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2013 08:10 PM | Show all posts
yipun_78 posted on 7-11-2013 06:52 AM
skang ni memang yg lawa2 dan jambu je i tengok...  harap2 stamina nk berlari2 tu t ...

yipun... boleh jer tu

eva yg x lawa nie pon boleh berlari atas treadmill
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2013 02:16 PM | Show all posts
KUNJUNGAN HORMAT PENASIHAT KHAS INOVASI KEPADA PM KE ATAS YDH KPN

Bukit Aman, 30 Sept -
Sebentar tadi, telah berlangsung Majlis Kunjungan Hormat Y.Bhg Dato' Sri Dr. Kamaljit Singh, Penasihat Inovasi Kepada YAB Perdana Menteri ke atas YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara di Bilik Tetamu Ketua Polis Negara, Tingkat 31, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Turut hadir, YDH SAC Dato' Zainal Abidin Bin Kasim, Ketua Urus Setia KPN (Penyelidik/ Pembangunan), YDH SAC Dato' Shamsiah binti Mohd Shariff, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Urus Setia KPN (Penyelidik/ Pembangunan) dan Pegawai-pegawai Kanan PDRM.


Sekitar Kunjungan Hormat berlangsung...


YDH SAC Dato' Zainal Abidin Bin Kasim, Ketua Urus Setia KPN (Penyelidik/ Pembangunan)...


YDH SAC Dato’ Shamsiah binti Mohd Shariff, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan Urus Setia KPN (Penyelidik/ Pembangunan)...


Sesi penyampaian cenderahati....


sesi penyampaian cenderahati...


Sesi menandatangani buku pelawat....


Sesi bergambar kenangan

Sumber: http://www.rmp.gov.my/news/news_details.cfm?id=plvYAoc4fys=

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2013 02:19 PM | Show all posts
[tr][/tr]
3rd General Police and Special Equipment Exhibition & Conference Asia (GPEC)

oleh : Sjn Zaiddin Dahalan dan L/Kpl Muhd Iqtar Azmi

Putrajaya - 2 Oktober 2013. Malaysia dengan bangganya menjadi tuan rumah kepada Pameran dan Persidangan General Police and Special Equipment Exhibition & Conference Asia (GPEC) buat kali ke tiga pada tahun ini.


Konvensyen ini merupakan platform terbaik kepada semua agensi keselamatan untuk saling bertukar-tukar pandangan serta mencari solusi terbaik dalam pembanterasan aktiviti jenayah seterusnya membina negara yang lebih selamat.


Perkembangan teknologi dalam arena kepolisan dan keselamatan tanah air amat penting supaya negara sentiasa dalam keadaan siap siaga menghadapi ancaman pengganas dan aktiviti jenayah yang semakin canggih.


Konvensyen selama empat hari yang bermula daripada hari ini dirasmikan oleh YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Menteri Dalam Negeri, disambut dengan meriah menyaksikan kehadiran wakil daripada pelbagai agensi keselamatan di Putrajaya International Convention Center (PICC).


Lebih menarik apabila konvensyen ini turut menyediakan ruang pameran pelbagai gajet dan teknologi keselamatan terkini untuk dikongsikan bersama orang ramai.

Pameran dan Persidangan General Police and Special Equipment Exhibition & Conference Asia (GPEC) akan berlangsung dari 2-5 Oktober 2013.


Perasmian...













Lawatan ke Dewan Pameran





















Sumber:
http://www.rmp.gov.my/news/news_details.cfm?id=18yJ4VPeET4=


Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 12:57 PM | Show all posts
Polis Tumpas Cubaan Seludup Dadah Melalui Udara, Pos

BUKIT AMAN, 20 November 2013 – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) pada hari ini telah mengadakan satu sidang media berkenaan kejayan JSJN mematahkan beberapa cubaan menyeludup dadah ke dalam negara iaitu 3 cubaan melalui pintu masuk lapangan terbang dan 2 lagi cubaan menggunakan perkhidmatan penghantaran barang antarabangsa.

Tangkapan pertama dibuat ke atas seorang penumpang pesawat wanita warganegara China yang baru turun dari pesawat dan pihak polis telah merampas 3 bungkusan dadah jenis syabu yang disembunyikan di ruang yang telah diubahsuai di bahagian bawah beg dengan anggaran berat 2.1kg bernilai RM315,000.00 .

Manakala tangkapan kedua dibuat pada hari yang sama terhadap seorang wanita warganegara Filipina yang baru tiba dari Macau. Dalam tangkapan tersebut,polis berjaya merampas 6 bungkusan aluminium berisi dadah jenis syabu dengan anggaran berat 3kg bernilai RM450,000.00 yang disembunyikan di dalam kotak susu.

Tangkapan ketiga pula dibuat ke atas seorang penumpang pesawat lelaki warganegara India yang tiba dari New Delhi yang mendarat di LTSAS, Kuantan dengan membawa dadah jenis Syabu dengan berat anggaran 2.9kg bernilai RM435,00.00. Dadah terbabit disembunyikan dalam 4 buah kotak di ruang beg yang telah diubahsuai dan di bawah tapak sepasang kasut.

Dua cubaan menyeludup yang lain pula, pada 18 November lalu, polis pihak polis telah merampas sebuah kotak yang mengandungi sebatang silinder (oil filter) di pejabat syarikat penghantaran antarabangsa KLIA, Sepang yang mengandungi 6 peket plastik mengandungi dadah jenis Syabu yang ditampal di sekeliling bahagian dalam silinder.

Pada hari yang sama juga pihak polis berjaya menahan 5 orang ahli sindiket yang terdiri daripada 1 lelaki dan 3 wanita warga tempatan serta 1 lelaki warganegara Nigeria yang sedang memunggah keluar dua buah kotak dari sebuah kenderaan di hadapan sebuah hotel di Jalan Ipoh, Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua kotak tersebut mengandungi 160 peket plastik berisi dadah jenis syabu dengan berat anggaran 3.4kg dan nilai anggaran RM510,000.00 yang disembunyikan di bahagian dalam pengecas bateri telefon bimbit.

Salah seorang wanita terbabit, merupakan isteri kepada seorang lelaki warga Nigeria yang telah ditangkap kerana menjadi dalang kepada satu sindiket pengedaran dadah yang berjaya ditumpaskan pada tahun 2012 yang lepas.

Kesemua yang ditangkap adalah berumur antara 27 hingga 47 tahun kini ditahan reman dan disiasat di bawah Sek.39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mati mandatori jika disabitkan kesalahan.











Sumber : Unit Portal Dan Media Rasmi PDRM
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 01:00 PM | Show all posts
Harta RM1.2 Juta Milik Lelaki Proses Dadah Disita

Ipoh, 20 Nov - Polis Perak mencatatkan penyitaan harta terbesar bernilai RM1.2 juta apabila menahan seorang lelaki berusia 39 tahun yang terlibat memproses dan menjual dadah jenis heroin bernilai RM4 juta secara sendiri sejak 10 bulan lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri ACP Roslan Abdul Wahid berkata lelaki yang telah berkahwin itu ditahan mengikut Seksyen 3 (1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985, di rumahnya di Kampung Rapat di sini pada pukul 2.30 petang, 16 Nov lepas.

"Siasatan kita mendapati, lelaki itu kerap berpindah dari rumah sewanya untuk memproses dadah, jika rumah yang disewa itu telah diketahui atau disyaki oleh orang, dia akan menyewa rumah yang lain. Dia juga kerap menukar kereta untuk kegiatan menjual dadah, ini modus operandinya," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Beliau berkata selain wang tunai RM190,200, polis dari jabatan itu turut menyita tujuh buah kenderaan pelbagai jenis seperti Mercedes Benz, Toyota Caldina dan Honda Odyssey di samping dua buah rumah jenis teres dan flat.

Maklumat dan soal siasat juga mendapati suspek mengaku memproses dadah dua kali sebulan, dengan berat 9.071kg bernilai hampir RM200,000 bagi sekali proses.

"Lelaki itu meraih keuntungan bersih sebanyak RM40,000 bagi 18.14kg heroin apabila dadah itu dijual selain turut terlibat mengedar dadah jenis syabu yang diperoleh di beberapa kawasan, " kata Roslan.

Katanya dadah terbabit didapati dijual di luar Perak dalam jumlah besar yang biasanya mendapat permintaan 'big time drug traffickers' dan bahan yang digunakan dalam kegiatan haram itu diperoleh dari negara jiran.

Beliau berkata lelaki itu mengaku bahawa kegiatan memproses dan penjualan dadah jenis heroin itu dijalankannya secara sendirian tanpa penglibatan sebarang sindiket atau memperdayakan pihak lain kerana khuatir ditahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.

Nilaian harta yang disita itu termasuk wang simpanan berjumlah RM6,606 dalam sebuah akaun bank yang dibekukan pada 18 Nov serta wang tunai RM140,000 yang dikeluarkan oleh isterinya di Gopeng semalam, katanya.

"Individu ini tidak menghisap rokok dan mengambil dadah, objektifnya tidak lain hanya untuk mengaut keuntungan. Dia menyediakan heroin dan dapat menjual kerana ada permintaan, kita percaya dalam beberapa bulan lelaki ini mendapat hampir RM1 juta lebih hasil dadah yang diprosesnya," katanya.

Roslan berkata siasatan mendapati sebahagian kenderaan mewah yang disita adalah milik dan untuk kegunaan lelaki itu selain ada beberapa kereta yang belum ditukarkan nama. Siasatan polis setakat ini mendapati si-isteri tidak terlibat atau mengetahui kegiatan suaminya, katanya.

Polis, katanya, juga akan menyiasat secara terperinci selepas mempercayai subjek turut mempunyai harta lain yang bernilai selain terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram dengan membuka beberapa perniagaan termasuk perniagaan sukan lasak motocross.

Roslan berkata penyitaan harta berhubung kes itu adalah yang terbesar daripada seorang suspek oleh polis narkotik di Perak dalam tempoh dua tahun ini.

"Lelaki yang tidak mempunyai pekerjaan lain itu akan ditahan selama 60 hari, sebelum tamat tempoh itu kes akan dirujuk kepada Kementerian Dalam Negeri untuk dilihat semula dan akan memutuskan sama ada subjek akan ditahan di pusat pemulihan akhlak selama dua tahun atau dikenakan sekatan dengan melihat sejauh mana penglibatannya dalam dadah," katanya.

Beliau berkata penahanan lelaki itu susulan penangkapan seorang lelaki lain bersama-sama seorang wanita serta penemuan bahan untuk diproses menjadi dadah heroin di satu unit apartment di Gunung Semanggol, Bagan Serai pada pertengahan tahun ini.

"Pada pertengahan tahun ini kita menjumpai bahan untuk diproses tetapi premis itu tidak dijadikan makmal pemprosesan, dan daripada tangkapan dua individu itu kemudiannya kita perincikan siasatan untuk mengesan siapa dalang yang bertanggungjawab memproses dadah berdasarkan maklumat yang ada," katanya.





Sumber : BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 01:02 PM | Show all posts
Polis P. Pinang Tahan Tujuh Orang, Rampas Dadah Bernilai Rm480,000

George Town, 21 Nov - Polis memberkas tujuh suspek dan merampas dadah bernilai RM480,000 serta sepucuk pistol bersama 50 butir peluru dalam dua serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang dan Perak semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata dalam serbuan yang dilakukan serentak pada pukul 1 petang di Bukit Tambun dan Simpang Ampat itu, polis juga merampas sebuah kereta, wang tunai berjumlah RM215,000 serta barangan kemas bernilai RM260,000.

Dalam serbuan di sebuah rumah di Bukit Tambun, polis memberkas tiga lelaki dan di Simpang Ampat pula, empat suspek termasuk dua wanita ditahan, katanya dalam sidang media, di sini hari ini. Katanya dadah yang dirampas membabitkan 1.5 kilogram heroin, 1.071 kg syabu dan 60 biji pil eramin 5.

Kesemua suspek yang berusia 25 hingga 52 tahun itu kini direman sehingga Rabu depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya, katanya.

Katanya kes senjata api pula disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan tidak kurang enam sebatan jika disabitkan.

Abdul Rahim berkata polis juga menahan seorang lelaki berusia 35 tahun dalam serbuan di sebuah rumah di Nibong Tebal pada pukul 10 pagi tadi.

Dalam serbuan itu polis merampas 67 gram dadah jenis ganja, selaras senapang angin, 370 biji bebola besi dan pisau belati serta pisau panjang daripada suspek, katanya.

Katanya kes akan disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 serta Seksyen 6 Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan 1958.

Sumber : BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 01:03 PM | Show all posts
Polis Kelantan Tahan Lapan Suspek, Rampas Dua Pucuk Pistol Dan Peluru

Polis menahan lapan orang termasuk seorang wanita warga Indonesia dan merampas dua pucuk pistol dan 11 butir peluru dalam Ops Cantas Khas di Tumpat, semalam.

Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat telah mengekori sebuah kereta dinaiki lima suspek dalam keadaan mencurigakan dan menahan kereta itu di sekatan jalan raya di Kampung Neting, Tumpat, pada kira-kira 9.15 malam.

Beliau berkata daripada pemeriksaan awal di dalam kereta berkenaan, polis menemui sebilah parang yang disembunyikan di bawah tempat duduk pemandu. Pemeriksaan lanjut menemui satu tin biskut yang disembunyikan di dalam sebuah longkang di kawasan semak berhampiran rumah berkenaan dan di dalam tin tersebut terdapat sepucuk pistol jenis "kuba", sepucuk pistol tanpa model bersama kelopak peluru dan 11 butir peluru hidup, katanya.

Kesemua suspek akan disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata (Penalti Lebih Berat) 1971, Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 dan Seksyen 7(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958. Katanya semua suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini.

Sementara itu, Jalaluddin berkata maklumat daripada orang awam merupakan langkah paling penting dan berkesan untuk membanteras penyeludupan senjata api di sempadan.





Sumber : Bernama Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2013 01:05 PM | Show all posts
Dadah Bernilai 2.4 Juta Dirampas

Polis Sabah berjaya merampas lebih 10 kilogram syabu bernilai kira-kira RM2.4 juta dalam dua serbuan berasingan di sekitar bandar raya ini, Rabu lalu. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Wira Hj Hamza Taib berkata, dalam serbuan itu juga, polis turut menahan dua lelaki dipercayai terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah di sekitar bandar raya ini dan dipercayai menerima bekalan dadah daripada luar Sabah.

"Dadah yang dirampas ini dipercayai untuk pasaran tempatan dan luar negeri," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini, sebentar tadi.

Pihak polis juga telah merampas sebanyak 3 buah kenderaan pelbagai jenis dan 1 buah motosikal berkaitan dengan tangkapan. Kes diklasifikasikan dibawah seksyen 39B ADB 1952 membawa hukuman mandatori gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan kerana mengedar dadah.



Sumber : HEA Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kota Kinabalu
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 01:06 PM | Show all posts
Polis Tumpaskan Sindiket Macau Scam

Polis menumpaskan sindiket penipuan antarabangsa dikenali sebagai Macau Scam dengan tertangkapnya 10 warga asing termasuk empat wanita di dua premis rumah kedai dekat Taman Puncak Bertam, Melaka, semalam.



Sumber : Keratan Akhbar Berita Harian
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 01:07 PM | Show all posts
Polis Tahan Pembonceng Motosikal, Rampas Pistol Dan 50 Butir Peluru

Kuala Lumpur, 21 Nov - Polis merampas sepucuk pistol dan 50 butir peluru daripada seorang lelaki tempatan yang ditahan ketika membonceng sebuah motosikal dalam keadaan mencurigakan di Jalan Maharajalela di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata lelaki berusia 53 tahun itu ditahan sepasukan polis peronda pada 9.45 malam dan hasil pemeriksaan, polis menemui sepucuk pistol jenis Parabellum Calliber 9mm dalam beg sandangnya.

Beliau berkata polis turut menemui 700 biji pil disyaki ecstasy yang dibungkus dalam plastik kecil, 50 butir peluru dalam sebuah kotak kecil, senaskhah majalah dan sebuah kotak berisi duit syiling.

Ku berkata siasatan lanjut di rumah suspek pada 1.30 pagi di Taman Cheras Mas pula membawa kepada penemuan 300 biji pil disyaki ecstasy, selain dua pisau lipat, kad peminjam wang dan buku lejar.

"Berdasarkan barangan rampasan, kami tidak menolak kemungkinan lelaki ini anggota sindiket pengedaran dadah," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata suspek, yang memiliki rekod jenayah lampau, ditahan reman tujuh hari mulai semalam dan kes disiasat mengikut Akta Senjata Api 1960.

Sumber : BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2013 01:10 PM | Show all posts
OPS Bersepadu Diperhebat

Polis Kontinjen Selangor kini memperhebatkan lagi pencegahan jenayah di mana beberapa Ops Bersepadu telah dijalankan di dua daerah iaitu Petaling Jaya dan Serdang.

Operasi yang bermula lebih kurang jam 9.00 malam itu melibatkan seramai 650 petugas terdiri daripada pegawai dan anggota polis, Sukarelawan Simpanan Polis (PVR), Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 4, Cheras dan beberapa agensi kerajaan lain seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Imigresen, Majlis Perbandaran Subang Jaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan UNHCR.

Operasi yang dijalankan pada kali ini lebih menumpukan kepada warga asing disamping mengesan 'wanted person' di mana kawasan sasaran bagi daerah Petaling Jaya adalah Projek Perumahan Rakyat (PPR), Lembah Subang manakala daerah serdang menumpukan kawasan Suria Kinrara dan Bandar Puteri.

Turut dijalankan pemeriksaan terhadap kenderaan yang keluar masuk di laluan tersebut serta pemeriksaan terhadap kenderaan-kenderaan lama yang terdapat di kawasan perumahan tersebut. Kedua-dua operasi ini diketuai oleh Ketua Polis Daerah masing-masing.

Seramai 155 orang ditahan dalam operasi yang dijalankan di kedua-dua daerah tersebut atas pelbagai kesalahan antaranya PATI, kesalahan jenayah, dadah dan ‘wanted person’. Operasi berakhir sekitar jam 3.00 pagi.















Sumber : HEA Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:41 PM GMT+8 , Processed in 0.615738 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list