Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
73080
View
108
Reply

Suzuki Belang R150

[Copy link]

Author: Acong       Show all posts   Read mode

Author
Post time 10-5-2009 02:46 PM | Show all posts |Read mode
Tangkas dan ringan

Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN
ahmadsyukran.zainuddin@kosmo.com.my
Menggunakan segala kecanggihan teknologi kejuruteraan Suzuki, pengangkutan dua roda R150 muncul sebagai motosikal yang mudah dikendalikan.



TIDAK kira sama ada harga minyak turun atau naik, pengangkutan dua roda ini tidak pernah hilang peminatnya. Menawarkan penjimatan dari segi penyelenggaraan, petrol dan masa, motosikal tetap menjadi pilihan terutama bagi mereka yang rimas untuk menempuh kesesakan jalan raya ke pejabat.

Angka jualan menjadi buktinya. Pada tahun 2008, jumlah motosikal yang dijual mencecah 540,000 unit, peningkatan sebanyak 12 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Kenaikan itu pastinya menjadi satu berita baik buat pengeluar motosikal tempatan, termasuklah Suzuki Assemblers Malaysia Sdn. Bhd.

Pengarah Urusannya, Kazumasa Watanabe memberitahu, pihaknya mencatatkan kenaikan jualan sebanyak 81 peratus pada tahun 2008. Sekali gus melebihi nisbah pengembangan pasaran motosikal secara keseluruhannya.

"Di sebalik kemerosotan jualan akibat perkembangan ekonomi yang kurang memberangsang, Suzuki terus mencatatkan kenaikan sebanyak 58 peratus dari bulan Januari hingga Mac 2009.

"Sebab utama Suzuki mampu meningkatkan kadar perkongsian pasaran adalah kerana kami sentiasa memperkenalkan model-model baru yang menarik. Pada tahun 2007, model Suzuki Smash Revo dipasarkan sebelum skuter Step 125cc mula diterima ramai.

"Tahun lalu, Suzuki Shogun 125RR dan SP menjadi taruhan. Hari ini, saya dengan bangganya ingin memperkenalkan model Suzuki Belang R150," kata Watanabe dalam ucapan bahasa Melayu yang kedengaran seperti dia berasal dari Terengganu.


JENTERA ini mempunyai penampilan yang radikal.

Mengetengahkan tagline motosikal sports yang ranggi dan radikal, Suzuki Belang R150 menggunakan segala kecanggihan teknologi kejuruteraan Suzuki. Maka, terhasillah sebuah motosikal yang ringan dan pantas kerana mempunyai nisbah kuasa-berat yang amat impresif.

Ini membolehkan Suzuki Belang R150 muncul sebagai motosikal sport yang paling ringan dan berkuasa dalam kategori 150cc.

Bertempat di litar go-kart Shah Alam (berhampiran Stadium Shah Alam), penulis sempat menunggang uji Suzuki Belang 150R. Menawarkan kualiti binaan yang tinggi dan enjin penuh kuasa, semua yang hadir tidak sabar untuk mengujinya.


KAZUMASA WATANABE (tengah) yakin pasaran motosikal Suzuki R150 akan terus mencatat peningkatan.



Memang benar, sebaik sahaja saya memegang hendal, Belang R150 terasa ringan dan mudah untuk dikendalikan. Tubuhnya ringan hasil penggunaan komponen aluminium secara ekstensif. Namun, ia tidak pula berkompromi dengan aspek kekukuhan dan tahan lasaknya.

Harus diakui jentera ini memiliki penampilan yang agak radikal. Lampu hadapannya dipasangkan sekali dengan cowling bagi menyerlahkan ciri agresif, selain meningkatkan tahap aerodinamiknya. Rupa itu disempurnakan lagi dengan rim aloi 10 jejari yang ringan dan bereka bentuk moden.

Dijana oleh enjin Double Overhead Camshafts (DOHC), kuasa yang dihasilkan berupaya menggerakkan tubuh kecilnya tanpa sebarang masalah.

Dipadankan dengan transmisi enam kelajuan, penunggang boleh memanipulasi keseluruhan kuasa dan tork ejin ini dengan efektif. Klac tangannya juga lembut bagi memudahkan lagi gear ditukar terutama ketika hendak mengambil selekoh.

Lebih menarik lagi, gear-gear ini diletakkan pada nisbah yang sesuai untuk apa jua corak tunggangan, selain mengambil kira sama ada anda menunggangnya dalam kesesakan jalan raya atau laluan lurus.

Bagi memastikan enjin yang kerap bekerja pada putaran rpm tinggi ini tidak berdepan sebarang masalah, ia dilengkapi dengan teknologi Suzuki Advanced Cooling System (SACS).

Sistem ini berfungsi menyembur minyak secara terus ke bahagian bawah omboh untuk proses penyejukan yang lebih efektif. Minyak ini kemudian disejuk mengunakan sebuah radiator bagi menyediakan suhu operasi enjin yang optimum.

Penggunaan material komposit elektro kimia Suzuki (SCEM) turut membantu dalam penghasilan blok enjin yang ringan dan tahan lasak, selain lebih efisyen dalam mengurangkan suhu enjin.

Suzuki cukup terkenal dengan aplikasi suspensi jenis monoshock sejak dahulu lagi. Suspensi ini bukan sahaja menyediakan tunggangan yang selesa, malah meningkatkan tahap kestabilan di atas jalan raya dan kelihatan lebih sporty.

Tiada gunanya jika sebuah motosikal laju tetapi tidak dibekalkan dengan sistem brek sepadan. Justeru, model ini dilengkapi dengan brek cakera bersama reka bentuk garis pusat yang dikosongkan untuk roda hadapan dan belakangnya.

Selepas beberapa kali cuba membrek dengan keras, gabungan brek cakera bersaiz 290mm (roda hadapan) tidak mengecewakan.


MOTOSIKAL ini dipasang dengan satu sistem unik untuk membolehkan penunggang memilih mod tunggangan yang sesuai.

Biarpun Suzuki Belang R150 dilihat lebih berorientasikan prestasi, namun jurutera Suzuki tidak mengabaikan aspek estetik pada kapcai ini.

Belang R150 hadir bersama speedometer digital dengan paparan LCD yang senang dibaca. Di samping itu ditampilkan sebuah takometer analog yang besar dan bergaya yang tidak jauh bezanya dengan motosikal sports mewah Suzuki GSX-R1000.

Memahami keperluan tunggangan yang berbeza, jentera ini turut dipasang dengan sistem Suzuki Drive Mode Switch (SDMS). SDMS merupakan satu sistem unik yang membolehkan penunggang memilih antara tiga mod tunggangan mengikut keperluan.

Mod tersebut ialah mod tunggangan biasa, tunggangan ekonomi dan tunggangan kuasa. Mod tunggangan biasa tidak mengutamakan aspek ekonomi ataupun kuasa. Ketika menunggang dalam mod ini, tiada paparan ECO/PWR pada LCD.

Setelah menunggang Belang R150 selama beberapa pusingan, apa yang boleh dikatakan ialah jentera ini mampu menawarkan kuasa dan fleksibiliti yang mungkin tiada pada kapcai lain di pasaran.

Jentera penuh kuasa ini dijual pada harga RM7,570 seunit (tidak termasuk cukai jalan). Hanya dua warna ditawarkan iaitu kelabu dan merah.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0502&pub=Kosmo&sec=Pemotoran&pg=pe_01.htm
Multiple Polls: ( Max 4 choices ), Total 72 Users voted
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 10-5-2009 02:51 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2009 02:54 PM | Show all posts
Motor ni tak BOXY lah.Negara maju mesti tak suka motor nih
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2009 03:00 PM | Show all posts
knape la huduh sgt...
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2009 03:07 PM | Show all posts
acong...tersalah parking ni...kat atas tu tempat parking moto...ni thread pasal r150

http://mforum4.cari.com.my/viewt ... &extra=page%3D1
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2009 03:14 PM | Show all posts
macam salah parking jer ni...
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 10-5-2009 03:24 PM | Show all posts

Balas #5 zzcbr\ catat

lor......... patut laa masa search " belang " tak jupe...... pakai nama raider rupanya......



tolong move......
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2009 07:38 PM | Show all posts
kat mesia ni...

motor macam ni kureng laku...

2 model yg menjelma diingatan aku

sprinter dan hurricane

ada juga nova ... tapi tak banyak


tapi aku adalah salah sorang pemilik hurricane ber'blok' nova pada satu ketika dahulu..

aku suka motor cam ni... straight forward utk street racing


gud luck to belang anyway...
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2009 07:42 PM | Show all posts
nasi lemak kerang satup...
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2009 08:58 PM | Show all posts
Okay x kalau aku sambar belang nih unt ganti 125z aku?
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2009 09:51 PM | Show all posts

Reply #10 satriastendet's post

ok gak psl 4 lejang......mesra alam
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2009 12:30 AM | Show all posts
motor suzuki org cakap 2nd hand value kurang. tu yg kurang laku kot....

kalau pasang bakul kat motor ni ada kena gelak tak?

tapi bakul tak tercipta belum utk model ni?
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2009 08:49 AM | Show all posts
momod leh merge x ngan tred lg satu tu
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2009 09:43 AM | Show all posts
nak tapau nasi lemak kalu, kene taruk givi box....
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2009 10:10 AM | Show all posts

Reply #13 tuan_wu's post

sowi.. takleh merge la.. sbb acong letak poll sekali...
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2009 01:46 PM | Show all posts
tengok budak2 pinoy modi moto ni kat  youtube lawaw gak..
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2009 01:49 PM | Show all posts
moto ni kat muaw rega cash baru rm6650.. rega moto baru mang tak standard price ekk.. kat P gudang rm8000+.. gila h1n1 punya beza tuhh
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2009 06:16 PM | Show all posts
knp page baru??

leh tapau motor lain ke??mcm tak boleh jer..huehue..tapi ok la..cuma seat keras..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2009 08:03 PM | Show all posts
masa pi Sungai Petani..
aku kena tapau ngan motor nih..
laju gile hu4..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2009 08:57 PM | Show all posts
ko naik motor pe dune masa tu??takde laju mane la aku rase...laju2 pun seat keras tak besh la..tak empuk gitu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.100516s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list