Kisah ni berlaku kat aku lebih kurang 10 tahun yg lalu. Masa ni aku jahat dgn motor, aku suka racing motor la! Tp tak la mcm mat2 rempit skrg ni,diaorg skrg lg jahat..Dah la merempit..Tambahlah ngn dadah, samun,bergaduhla dan mcm2 lg la.
Alkisahnya cerita ni terjadi time aku nak g tgk lumba haramla. Cerita ni berlaku kat Kedah. Tempat ni aku tak tau kampung apa. Yang aku tau kalau nak ke trek lumba haram ni dari Alor Setar, kena ikut jalan nak ke Gunung Keriang pastu masuk jalan kampong dan dalam 10km (agak2 aku la) sampaila ke trek tu. Kami panggil tempat ni, ‘Bohoq’ ja.
Mlm tu aku tak bawak motor aku. Cuma tumpang kawan ja.Aku jd pembonceng.Dalam jam 11-12 mlm kami pun bertolak dari ‘port’ kami kat area Alor Setar ni. Pastu masuk la ikut jalan kampong yg kecik tu. Sepanjang perjalanan nak ke trek lumba haram ni, kna lalalui beberapa kampong, anak sungai, rel keretapi dan kawasan perkuburan.
Mmg jalan nak ke trek ni agak menakutkan la tambah lak kami selalunya bergerak time lewat2 mlm. Kalau tak jumpa hantu pun, jmpa la dgn org2 kampung yg marahkan kami sebab bila mat2 motor ni lalu,bunyi bising ekzos mmg tak dapat dielakkan la. Pernah gak org kampong ligan ngn parang dan diikutihujan batu batu!Hahaha…
Ok, kita p kat yg seram ja la..Lepas puas berlumba n tgk org berlumba,balik la kan..Apa lg!Haha..Mmg kami beramai2 la..Dalam 10-15 org cmtu. Salah sorg dr kwn2 aku ni,dia tgl kat kampong yg berdekatan ja. Mlm tu, kwn2 aku nak lepak kat umah dia dulu la. Nak kasi projek satu motor ni! Jadi aku ngn kwn aku yg sorg lg ni ambil keputusan nak balik dulu. Rasanya masa tu jam dlm pukul 3-4 pagi dah.
Aku jd pembonceng dan kawan aku bawak la motor dia..Smpai kat satu tempat ni,terpaksa slow motor sebab nak menyeberang rel keretapi. Lepas rel tu ada pokok yg rendang (mmg menyeramkan la tempat ni). Sebelah kiri jalan lak ada tanah perkuburan. Keadaantempat ni mmg gelap la, yg nmpak ialah batu2 putih (nisan) ! Tiba2 aku dikejutkan dengan satu suara, ‘Woi !’. Aku pun pandang la kat bawah pokok tu. Dan aku nampak ‘sesuatu’..Berdiri berhampiran pokok itu. Satu lembaga putih sedang memerhatikan kami ! Aku cakap kat kwn aku, ‘Wei Mat !Hang nmpak dak tu ?’. Dia kata ‘Nampak la wei !’..Fuh...Kwn aku terus pecut motor. Sepanjang perjalanan nak sampai rumah , kami tak bercakap walau sepatah pun dah! Dan la sejuk, ditambah pulak dengan ketakutan, badan aku dan kawan aku menggigil tahap tak tau nak cakap la!
Bila dah nak sampai rumah aku (dah masuk taman la ni), aku tgk lak kat sawah berhampiran rumah aku. Sekali lg aku nampak ‘benda tu’. Kali ni dia terbang pulak! Aku nampak susuk tubuh lembaga yg berwarna putih sedang terawang-awangan. Tak sangka pulak dia ikut kami balik ! Sampai depan rumah aku terus turun dr motor dan aku cakap kat kawan aku, ‘Hang terus balik dan masuk rumah !’. Aku pun dengan kelam kelibutnya nak buka gate rumah. Time2 tu la cari kunci tak jumpa ! ‘Benda’ tu yg td terbang kat sawah dah hampir dengan aku wei ! Takut wei..Hodohla !Buruk sgt muka dia ! Aku tak jumpa kunci gate, aku lompat masuk ja ke dalam kawasan rumah. Sekarang aku depan pintu rumah, ‘benda’ tu kat gate. Mulut aku terkumat-kamit membaca ayat2 suci. Pastu berbekalkan keberanian yg ada dlm diri, aku kuatkan semangat. Aku pun bersuara ‘Wei ! Hang p la balik, aku nak masuk rumah ni, jgn dok kacau aku!’. Pastu dia pun hilang.. Diikuti dgn bunyi hilaian yg agak nyaring..
Esoknya aku dan kawan aku pun cerita la kwn aku yg tgl kat kampung tu. Dia kata mmg kat situ selalu org jmpa ‘benda’ tu ! Dia kata sengaja la dia tak nak ceritakan tempat2 keras kat kampung tu kat kami. Sebabnya dia tak nak kami takut nak p berlumba kat trek tu dah!
Tapi lepas aku jmpa ‘benda’ tu yg ikut aku sampai depan rumah, aku tetap p jugak berlumba kat trek tu! Ikut jugak jalan kampong yg keras tu..Tapi dah tak jmpa apa2 dah. Kawan2 aku yg ikut jalan tu pulak yg dok kena sakat ngn ‘benda’ tu.Macam2 yg diaorg nmpak..Ada gak kwn aku yg terus tak berani nak ikut jalan tu lagi!
p/s ; Sekarang, aku tidak lagi berlumba…Dan aku benci pada mat2 rempit sekarang ni!:@
Dan Cik ponti ittew pn mnjwb, "x nmpk la plak. lgpun sy ni bang, masok umh xyah gna kunci pown. magic kan. cba abg cr kunci tu pelan2, nk klangkabot p mna.. " - alkisahnya..