CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11437|Reply: 1

BETITIK (budaya kaum bajau)

[Copy link]
Post time 23-7-2009 07:23 AM | Show all posts |Read mode
Betitik semakin popular

Oleh sitti nor azizah talata



Generasi pelapis dari Komuniti Bestari Kampung Ulu Putatan turut
membuat persembahan memalu muzik tradisi suku kaum Bajau
pada pembukaan Festival Betitik Sabah 2009 di Dataran Putatan,
baru-baru ini. (Gambar kanan) Penari dari lembaga kebudayaan
membuat persembahan yang bertenaga pada pembukaan Festival
Betitik Sabah 2009 di Dataran Putatan, baru-baru ini.


KOTA KINABALU 22 Julai - Betitik mungkin tidak begitu popular berbanding acara kebudayaan lain seperti Pesta Kaamatan dan Kalimaran di negeri ini.

Bagaimanapun, acara kebudayaan suku kaum Bajau dan Sama itu kini semakin diminati ekoran usaha agresif mempromosikannya kepada penduduk negeri ini.

Terbaru, Festival Betitik telah diadakan di Putatan di sini bagi membolehkan warga kota mengenali lebih dekat acara kebudayaan tersebut.

Ia dianjurkan oleh Komuniti Bestari Kampung Ulu, Ulu Seberang Putatan dan Pejabat Daerah Putatan dengan kerjasama Lembaga Kebudayaan Sabah (LKS) dan Jabatan Penerangan Sabah.

Lebih 10,000 pengunjung mengunjungi festival berkenaan yang diadakan selama tiga hari dan kehadiran pelancong asing membuktikan betitik semakin popular di negeri ini.

Dalam bahasa Bajau, betitik bermaksud memukul atau mengetuk alat muzik. Persembahannya tidak akan lengkap tanpa disusuli dengan lagu dan tarian yang berbeza mengikut kawasan dan etnik.

Acara betitik masih popular terutama ketika majlis keramaian dan perkahwinan khususnya di kawasan yang didiami oleh majoriti penduduk dari kedua-dua etnik itu.

Difahamkan, kejayaan sebenar bagi acara betitik bergantung kepada alat muzik yang digunakan iaitu kulintangan, tawak, bandil dan gendang.

Sebanyak enam pemain diperlukan untuk memainkan alat-alat betitik. Dua pemain untuk mengetuk tawak dan gendang serta masing-masing seorang untuk bandil dan kulintangan.

Pada kebiasaannya, pemain-pemain betitik ini terdiri daripada golongan tua. Begitupun, acara betitik ini sememangnya sangat menghiburkan kerana ia tidak memerlukan alat muzik tambahan.

Lagu-lagunya enak didengar meskipun pendengar mungkin tidak memahaminya kerana dinyanyikan dalam bahasa Bajau dan Sama.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Festival Betitik Putatan, Awang Abdul Ghani Pengiran Yusoff (gambar), objektif penganjuran festival berkenaan bertujuan mempertahankan dan seterusnya mengekalkan salah satu warisan Bajau dan Sama yang amat bernilai.

''Kami mahu menjadi peneraju utama dalam usaha memulihara dan memperkembangkan budaya warisan betitik ke peringkat antarabangsa.

''Betitik bukan untuk hiburan semata-mata, tetapi menerusinya juga dapat mengeratkan silaturrahim dan berinteraksi sesama pengunjung tanpa mengira agama dan kaum," ujarnya.

Beliau berkata, Festival Betitik wajar dijadikan ruang kepada masyarakat berbilang kaum di negara ini untuk beramah-mesra dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain.

Jelasnya, meskipun ia merupakan penganjuran kali kedua, Festival Betitik pada tahun ini semakin mendapat sambutan, sekali gus menggalakkan penganjur untuk menumpukan perhatian terhadap aspek penganjuran agar lebih mantap.

Awang Abdul Ghani menambah, potensi dan keunikan betitik mampu diterjemahkan dengan cara lebih berkesan iaitu sebagai salah satu tarikan pelancongan terbaru negeri ini.

''Kami amat gembira kerana kerajaan menerusi Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri telah bersetuju untuk menyenaraikan Festival Betitik dalam kalendar pelancongan Sabah bermula tahun ini," ujarnya.

Beliau berkata, pengikut atau peminat muzik itu perlu sedar dengan cabaran semasa yang sedang dihadapi dan harus berusaha untuk mengekalkannya.

''Lambakan muzik moden masa kini mampu menggugat budaya dan warisan sesuatu bangsa. Kita harus sedar bahawa jika kita tidak berusaha menjaga warisan seni budaya sendiri, akhirnya ia akan lenyap ditelan zaman,'' ujarnya.

Sehubungan itu katanya, Festival Betitik perlu diperhebatkan dan dikembangkan bagi memastikan warisan budaya itu terus dikenali semua peringkat masyarakat khususnya generasi muda.

''Dalam masa yang sama, kami juga mahu mengumpul semula warisan-warisan yang ada kaitan dengannya seperti tarian limbai. Mungkin juga memikirkan soal menubuhkan akademi mini khusus untuk memastikan survival betitik," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-7-2009 07:23 AM | Show all posts
Kaum Bajau bangga promosi festival

PUTATAN 22 Julai - Festival Betitik yang diadakan baru-baru ini menampilkan potensi dan keunikan acara tersebut untuk diketengahkan sebagai salah satu perayaan utama seperti kebanyakan pesta kebudayaan lain di Sabah.

Ia berdasarkan sambutan menggalakkan pengunjung festival anjuran Komuniti Bestari Kampung Ulu, Ulu Seberang Putatan itu selama tiga hari baru-baru ini.

Tinjauan Utusan Malaysia di festival berkenaan, mendapati, masyarakat Bajau yang mengunjungi festival itu mengalu-alukan penganjuran acara yang masuk kali kedua tahun ini.

Seorang pengunjung, Siti Meriam Asmat, 29, berkata, Festival Betitik yang diadakan dapat memberi pendedahan kepada generasi muda terutama di kalangan masyarakat Bajau sendiri yang kurang mengetahui mengenainya.

''Bagi saya acara ini perlu dibuat secara besar-besaran pada masa akan datang seperti Pesta Kaamatan," katanya.

Meriam yang juga seorang peniaga memberitahu, Festival Betitik wajar diteruskan supaya generasi muda dapat mempelajari kebudayaan itu agar ia tidak pupus ditelan zaman.

Rosimah Daiman, 27, pula berkata, sebelum ini sebahagian besar masyarakat di Sabah tidak mengetahui apa sebenarnya betitik.

''Dengan adanya Festival Betitik ini, mereka dapat mengetahui sedikit-sebanyak mengenainya. Saya amat gembira dengan usaha yang dilaksanakan oleh pihak penganjur yang mengambil inisiatif menganjurkan Festival Betitik," kata penduduk Kampung Petagas itu.

Jambri Mohd.,40, berkata, penganjuran Festival Betitik merupakan satu wadah untuk memupuk perpaduan di kalangan masyarakat pelbagai kaum di negeri ini.

Jelasnya, festival yang dianjurkan sejak tahun lepas itu berjaya menarik ramai pengunjung yang terdiri daripada pelbagai kaum yang sebelum ini tidak mengetahui apa itu Betitik.

''Kebanyakan orang kecuali masyarakat Bajau, kalau ditanya mengenai betitik tidak mengetahui bahawa ia bermaksud permainan alat muzik seperti gong dan gendang.

''Sebagai etnik Bajau, saya berbangga kerana festival ini diadakan untuk semua orang mengetahuinya," ujarnya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:52 AM GMT+8 , Processed in 0.052333 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list