CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 20203|Reply: 55

Sri Dharmaraja Chandrabhanu

[Copy link]
Post time 20-9-2009 01:57 AM | Show all posts |Read mode
Kawan-kawan mesti nak tau tentang keadaan di negeri Ligor pada sekitar kurunke-11 M kan. Baiklah, ini sikit bahan yang kita dapat untuk tatapanbersama mengenai seorang Raja Melayu dari Selatan Thai. Tapi baginda nibukan beragama Islam macam raja-raja sekarang ni. Baginda ni beragamaBuddha.

Nama baginda adalah Chandrabhanu yang bermaksud Cahaya Bulan. Bagindamerupakan raja negeri Tamralingga. Negeri Tamralingga sekarang inidikenali sebagai Nakhorn Sri Thammarat atau Negara Sri Dharmaraja dandalam teks-teks hikayat Melayu dikenali sebagai Ligor. Baginda digelarsebagai Sri Dharmaraja yang bermaksud Raja yang Adil. Ketika itu,baginda memerintah di bawah pengaruh kekuasaan Maharaja Srivijaya yangberpusat di Palembang. Nama keluarga Chandrabhanu ialah Pathamawong(Padmawangsa).

Sekitar tahun 1247 M, baginda menyerang Pulau Langka (Sri Lanka) untuk mendapat sebuah patung Buddha zamrud yang dikenali Phra Sihing. Patung ini dipercayai mereka boleh membawa kemakmuran kepada negeri mereka. Padawaktu itu, Pulau Langka diperintah oleh raja Parakramabahu yang barusaja ditabalkan menjadi raja. Chandrabhanu merupakan penakluk pertamayang datang dari negara yang terletak di tenggara dan baginda datangdari utara semenanjung Tanah Melayu.

Chandrabhanu dikatakan mendarat di selatan Pulau Langka, manakalasetengah riwayat lain pula menceritakan baginda mendarat di barat lautpulau tersebut. Mereka mendapat rampasan perang yang banyak akan tetapiraja Chandrabhanu tidak membenarkan penganut Buddha di Sri Lankadiapa-apakan. Baginda melarang biara-biara Buddha daripada dimusnahkanatau dirosakkan. Sebaliknya baginda memperbaiki biara-biara yang rosakdan melakukan penyembahan di dalamnya.

Terdapat juga teori yang menyatakan bahawa asal-usul baginda dilahirkan di tempat bernama Vathuwaviyandi Semenanjung Tanah Melayu. Teori ini didapati dari batu-batu bersuratkuno yang dibaca dan diterjemahkan oleh Sede pada tahun 1981. Batubersurat ini dibaca semula oleh Sede pada tahun 1927. Beliau membuatkesimpulan bahawa baginda berasal dari Tanah Melayu dan menjadi raja dikawasan yang dikenali sebagai Tamralingam. Beliau juga menambah bahawaraja ini mempunyai pertalian dengan pulau Sumatera.

Sejak zaman dahulu kala lagi, Sri Lanka mempunyai hubungan keagamaandengan negeri di selatan Thai dan utara semenanjung Tanah Melayu. Samibuddha Sri Lanka mengembara merentasi Siam, Kemboja, dan Burma.Terdapat juga bukti sejarah menunjukkan mereka juga mengembara disemenanjung Tanah Melayu, Sumatera, dan Pulau Jawa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-9-2009 06:30 PM | Show all posts
Buddha Rupa Pra Sihing di Wat Sambhu Jaya, Narathiwat



sumbangan gambar: waynedhamma.blogspot.com
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2009 09:42 PM | Show all posts
Kekalahan Melayu di Sri Lanka

Menurut hikayat-hikayat Siam, Raja Chandrabhanu merupakan kawan baik kepada raja kerajaan Sukhothai iaitu Po Khun Ramkhamhaeng. Mereka turut menghantar duta ke Pulau Langka bagi mendapatkan Buddha rupa Pra Sihing. Dipercayai Buddha rupa tersebut masih disimpan di sebuah Wat di Siam. Juga disebut mengenai Raja Parakramabahu turut mengantar duta ke negeri Tamralingga (Ligor). Raja Parakramabahu memohon supaya negeri Tamralingga (Ligor) menghantar seorang sami yang berpengetahuan dari situ.

Menurut sumber-sumber rujukan juga, Raja Chandrabhanu merupakan raja yang mengambil berat akan hal-hal keagamaan dan mengekalkan hubungan keagamaan dengan Sri Lanka. Namun sebab baginda menyerang Pulau Langka tidaklah diketahui sedangkan hubungan baginda dengan Sri Lanka adalah baik terutamanya dalam hubungan keagamaan. Raja Magha juga turut datang ke Tanah Melayu dan banyak sumber rujukan menyebut bahawa tenteranya terdiri daripada orang Melayu. Ketika Raja Chandrabhanu tiba di Utara Sri Lanka pun, utara Sri Lanka ketika itu sebenarnya ditadbir oleh Magha. Dilaporkan juga Raja Parakramabahu II telah bersedia untuk memerangi Magha.

Dua pihak tersebut berperang dan Raja Chandrabhanu menakluki kawasan yang berada di bawah kekuasaan Raja Parakramabahu II. Keadaan ini menyebabkan tentera Singhala beralih dari utara ke kawasan yang ditakluki oleh Raja Chandrabhanu. Raja Magha juga mendapat peluang untuk memperbaik barisan tenteranya dan berehat sebentar selepas diserang oleh Raja Parakramabahu II. Dari sini, ramai sejarawan berpendapat bahawa Raja Magha dan Raja Chandrabhanu merupakan rakan sebangsa dan mereka saling melindungi antara satu sama yang lain.

Sekarang wujud pula episod yang menimbulkan tanda tanya dalam pemikiran para pembaca kerana tidak terdapat rekod sejarah mengenai hal ini. Rakyat Sukothai dipercayai telah berada di satu lembah yang dipanggil sebagai "Lembah Menon."

Orang Thai memerintah kerajaan Sukhothai dan menyerang kerajaan Tamralingga (Ligor) sekitar kurun ke-12 Masihi. Terdapat juga sejarawan yang berpendapat bahawa tindakan Raja Chandrabhanu menawan Sri Lanka adalah kerana baginda terpaksa mencari tempat kekuasaan baru disebabkan oleh serangan orang Thai berdasarkan kepada Batu Bersurat di "Lembah Merah."

Sami-sami Buddha Singhala yang menguasai kitab "Vinaya Pitaka" bergelar "Yang Dirahmati" menjadi pencetus kepada pembinaan Biara Buddha yang dipanggil sebagai Abhayagiri di Anuradhapura. Keadaan ini menunjukkan bahawa hubungan keagamaan Tamralingga (Ligor) dengan Sri Lanka masih lagi kekal. Pengaruh orang Melayu mula merebak dengan cepat di kawasan pantai Sri Lanka terutamanya di barat laut dan selatan Pulau Sri Lanka. Kekuasaan Raja Parakramabahu II semakin terancam.

Maka baginda menguatkan barisan tenteranya dan mengaturkan sebaik-baiknya strategi peperangan. Tentera Singhala juga mempunyai pahlawan yang hebat kini iaitu Putera Virabahu. Putera Virabahu merupakan anak saudara kepada Raja Parakramabahu II dan baginda mempunyai bakat dalam seni pertahanan diri dan peperangan. Bagindalah yang melatih tentera-tentera Singhala. Pada saat yang baik dan jam yang bertuah menurut perkiraan kitab nujum, mereka melancarkan peperangan semula terhadap orang Melayu.

Mereka mula menyembelih penduduk dalam kota Raja Chandrabhanu serta menyerang tentera Chandrabhanu. Tentera Melayu juga memberikan tentangan yang sengit dan memanah panah beracun yang berbahaya. Hal ini tidak mematahkan semangat tentera Singhala dan mereka terus berjuang sehingga berjaya menghalau orang Melayu keluar dari Pulau Sri Langka. Putera Virabahu tidak terus memasuki Dambadeniya, tetapi baginda memasuki Dondra. Putera tersebut menyembah dan memuja dewa Upulwan kerana mengurniakan kejayaan kepada mereka. Baginda menyertai pasukan askar dalam upacara "Deva Puja."

Mereka kemudiannya membina sebuah Pirivena di Dondra dan menamakannya sebagai "Sanghika." Kawasan sekitarnya dihias indah dan kerana ia menyebabkan semua orang berasa bahagia, tempat tersebut dinamakan sebagai "Nandana."

Oleh Halaliye Karunathilake
The Sunday Times (Akhbar Inggeris Sri Lanka)
Mei 18, 2008  Bil. 42 - No 51
Diedit dan diterjemah oleh Niluka De Silva

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2009 10:15 PM | Show all posts
Nampak nih macam jelas sikit berbanding dengan blog sejarah nagara kedah merapu yang pakai "Buku Undang-Undang Kedah" hasil susunan Sultan Dhiauddin Syah, Marhum Kota Kayang, Perlis semasa abad ke-16 M...
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2009 02:55 PM | Show all posts
3# genot

hebatnya kajian awak...
teruskan...
sha suke baca..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2009 03:12 PM | Show all posts
5# arizly_sha

Trima kasih.... Sronok jika pembaca terhibur... Orang Melayu dah pon menjajah Sri Lanka pada kurun ke-10 M, tapi kita snirik xtau crita nih.... Kita ada dua sejarah yang gemilang, sejarah zaman sebelum Islam dan sejarah zaman Islam, jadi xsebab kita nak rasa rendah diri dengan bangsa lain.... Sayang xbanyak monumen boleh ditemui skang neh di kawasan kita sebab kawasan sempadan selalu terlibat dengan perang.... Kita cuma boleh dapat tau melalui kitab2 petitih lama tulisan orang tua2 ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-9-2009 08:06 PM | Show all posts
6# genot Mmg kt Sri Lanka ade Melayu, aku pernah sembang dgn sorg mamat Sri Lanka ni kt Youtube, dia ckp masa zaman jepun dlu, org2 Jepun ada bwk ramai org2 melayu pg Sri Lanka sbg war labor dan dia mengaku dia pn keturunan Melayu tp setelah berpuluh tahun hidup kt tempat org + kahwin campur dgn locals Sri Lanka jati diri Melayu tu dah terhapus sket2~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2009 05:49 PM | Show all posts
Aku dapat gambar Melayu Sri Lanka........... Ni sekitar kurun ke-18 M...



Ni yang terbaru.... Macam bangla ja pom mamat2 tu, n sikit2 macam org penang pom ada, haha....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2009 10:39 PM | Show all posts
bagus genot, antara forumer baru yg berhujah dgn fakta dan rasional
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2009 11:16 PM | Show all posts
lagu jamal  pasal seri langkat tu pon ada kene mengena dgn sri lanka ker?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2009 06:59 PM | Show all posts
lagu jamal  pasal seri langkat tu pon ada kene mengena dgn sri lanka ker?
super_nova Post at 30-9-2009 23:16


Err, xpasti plak aku..... Kna gi tanya org tua2, xpon pencipta lagu tu ler kekdahnya....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2009 10:32 PM | Show all posts
Kesenian kat Nakhorn Sri Thammarat alias Negeri Tambralingga masa zaman kuno... Dorang koreograf balik...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2009 11:22 PM | Show all posts
Sesapa orang Kelate? Bila nama Pantai Cinta Birahi ubah jadik nama Pantai Cahaya Bulan? Kebetulan plak nama raja Tamraling ni maksudnya Cahaya Bulan....
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2009 09:09 PM | Show all posts
13# genot

nama pantai cinta berahi tukar kerk cahaya bulan after kerajaan pas memerintah (before bn), takde kena mengena ngan sejarah tuh kut
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2009 09:20 PM | Show all posts
13# genot  

nama pantai cinta berahi tukar kerk cahaya bulan after kerajaan pas memerintah (before bn), takde kena mengena ngan sejarah tuh kut
plastic_flower Post at 4-10-2009 21:09


Kalu gitu kebetulan ar...
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2009 12:35 PM | Show all posts
Sesapa orang Kelate? Bila nama Pantai Cinta Birahi ubah jadik nama Pantai Cahaya Bulan? Kebetulan plak nama raja Tamraling ni maksudnya Cahaya Bulan....
genot Post at 3-10-2009 23:22



Dekat dengan Chaiya (Cahaya) Kat Thailand
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2009 07:59 PM | Show all posts
banyak nama2 melayu yg di'thai'kan mcm bukit tar jadi ban buketa, bukit jadi phuket, senggora jadi songkhla, menara jadi narathiwat, sungai golok jadi sungei kolok, sungai padi jadi sungei padi,
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2009 09:22 AM | Show all posts
banyak nama2 melayu yg di'thai'kan mcm bukit tar jadi ban buketa, bukit jadi phuket, senggora jadi songkhla, menara jadi narathiwat, sungai golok jadi sungei kolok, sungai padi jadi sungei padi,
sekngucing Post at 5-10-2009 19:59



 Wilayah Cahaya jadi Chaiya dekat dengan wilayah Trang yg berasal daripada sebutan Terang(cerah).
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2009 07:46 PM | Show all posts
lagu jamal  pasal seri langkat tu pon ada kene mengena dgn sri lanka ker?
super_nova Post at 30-9-2009 23:16


seri langkat tu berkenaan kerajaan kesultanan LANGKAT, SUMATERA. xde kena mengena dengan sri lanka.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2009 10:31 PM | Show all posts
thai ni kalau bleh mereka nak buddhakan sekali org2 melayu islam kat selatan thai, thaikan sekali bahasa2 dema, thaikan sekali budaya2 dema biar jadi 100% tahiland. ni mcm satu paksaan atau genocide secara slow
-dlm sejarah bangsa dunia, yg kuat dan berkuasa akan cuba padamkan sebanyak boleh kesan bekas2 musuh atau sejarah yg tidak disukai mereka
-indonesia, thailand, cambodia semua nak menjadikan kaum2 di negara mereka menjadi satu bangsa
-aku rasa hanya bangsa melayu saja yg tak pernah memaksa kaum2 lain dimelayulkan ddan diislamkan, kiat ni lemah lembut, tp kaum2 lain tak pernah bersyukur

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:29 AM GMT+8 , Processed in 0.083080 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list