CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hayrin86

Perkara2 tipikal sebelum Piala Dunia....?

[Copy link]
 Author| Post time 30-3-2011 10:23 AM | Show all posts

Kita harus realistik: Rajagobal

Oleh Syed Riduan Ahmad
smriduan@nstp.com.my
2011/03/30
RAJAGOBAL (tengah) menyifatkan pemain negara yang menjuarai Piala Suzuki tahun lalu masih muda dan perjalanan masih jauh ke Piala Dunia.



Skuad Harimau Malaya masih muda, perlu muncul gergasi Asia dulu

DEBARAN buat dua pengendali - K Rajagobal dan Ong Kim Swee - akan berakhir apabila undian pusingan kelayakan Piala Dunia 2014 dan Olimpik 2012 dilakukan di ibu pejabat Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), hari ini.

Skuad Piala Dunia kendalian Rajagobal akan diundi bertemu salah satu daripada pasukan berikut - Afghanistan, Kemboja, Nepal, Bangladesh, Sri Lanka, Vietnam, Mongolia, Pakistan, Palestin, Timor-Leste, Macau, Taiwan, Myanmar, Filipina atau Laos.


Bagi Kim Swee, cabaran lebih besar menunggu skuad Olimpik apabila bakal diundi bertemu salah satu daripada 12 pasukan terbaik Asia - Korea Selatan, Australia, China, Jepun, Iraq, Bahrain, Qatar, Arab Saudi, Korea Selatan, Syria, Lubnan atau Uzbekistan.

Bagi Rajagobal, walaupun reputasi dan harapan diletakkan ke atas skuad kendaliannya cukup tinggi, dia mahu terus berpijak di bumi nyata dengan hanya meletakkan sasaran ke Piala Asia 2015 sebagai sasaran utamanya.

“Saya tahu ramai yang mula mengimpikan Malaysia beraksi di Piala Dunia selepas menang Sukan Sea dan Piala AFF, tetapi kita harus realistik dalam meletakkan sasaran,” kata Rajagobal. “Saya tidak kata pasukan negara tidak mampu layak, tetapi hanya sasarannya perlu realistik.

“Untuk beraksi di Piala Dunia, kita perlu membuktikan kejaguhan kita di peringkat Asia terlebih dulu. Barisan pemain negara yang menjuarai Piala AFF tahun lalu sebenarnya masih muda dan perjalanan mereka masih jauh.


Bagi Kim Swee pula, dia hanya akan melakukan sebaik mungkin untuk melepasi pusingan kedua kelayakan nanti.

“Apa pun keputusan undian, lawan negara tetap pasukan terbaik Asia,” kata Kim Swee. “Apa yang boleh saya lakukan ialah merancang persiapan dengan rapi bagi menghadapi pasukan ini. Baik Jepun, Australia atau Korea, pendekatan berbeza perlu diambil sekiranya mahu mengatasi mereka.”
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-4-2011 08:57 AM | Show all posts
yg dok cite siaran waktu perdana tergugat sume nih..dah tau ke time bola sok main pukol brape?
MetalFire Post at 17-11-2009 10:23

Difahamkan, untuk 2014 akan datang, kejohanan berkenaan akan berlangsung sehingga pagi sebab ia diadakan di benua Amerika, di Brazil. Kena tido awal malam kalau nak tgk bola live.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2013 09:07 AM | Show all posts
hayrin86 posted on 13-4-2011 08:57 AM
Difahamkan, untuk 2014 akan datang, kejohanan berkenaan akan berlangsung sehingga pagi sebab ia di ...

Rancangan-rancangan waktu perdana pun tetap tergugat lantaran ramai yang tido awal malam dulu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2013 12:53 PM | Show all posts
12 bulan dari sekarang, Piala Dunia yang akan berlangsung di Brazil tahun depan bakal bertembung dengan Ramadan tahun yang sama juga.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-10-2013 09:19 AM | Show all posts

FIFA terima 4.5 juta permintaan tiket Piala Dunia Brazil

RIO DE JANEIRO: Lebih 4.5 juta permintaan tiket untuk menyaksikan Piala Dunia Brazil diterima, seminggu sebelum tempohnya berakhir 10 Oktober ini, kata Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) hari ini.

“Ia adalah satu permintaan yang amat memuaskan dan sekali gus menunjukkan minat yang tinggi terhadap Piala Dunia ke-20 FIFA tahun depan di negara yang menjuarai lima kejuaraan dunia," kata pengarah pemasaran FIFA, Thierry Weil dalam satu kenyataan.

FIFA berkata, hampir tiga suku daripada permintaan tiket adalah dari negara tuan rumah yang berjumlah 3.4 juta tiket.

Peminat dari Argentina memperoleh 223,686 tiket manakala 175,122 tiket lagi dari Amerika Syarikat.

Permintaan tiket datangnya dari lebih 200 negara, demikian menurut FIFA. - AFP


P/S: Musim Piala Dunia nanti pelbagai rancangan yang biasa tayang sehari-hari terutama rancangan realiti hiburan dan keagamaan gerenti tak laku punya!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2013 12:28 PM | Show all posts

Astro Siar Perlawanan Piala Dunia FIFA 2014 Brazil

Stadium Astro akan menyediakan rangkaian siaran sukan terbaik sepanjang tahun 2014 khas untuk para pelanggan Sports Pack Astro . Pastinya acara sukan yang paling dinantikan iaitu Piala Dunia FIFA 2014 Brazil™ yang akan bermula daripada 12 Jun sehingga 13 Julai 2014 ini akan menggungguli pek ini. Astro selaku penyiar rasmi di Malaysia untuk Piala Dunia FIFA 2014 Brazil™ akan membawakan liputan penuh kesemua 64 perlawanan secara langsung dalam format definisi tinggi (HD) dan juga definisi standard (SD).
Henry Tan, Ketua Pegawai Operasi Astro berkata:
“Tahun 2014 akan menjadi satu tahun yang bermakna buat para peminat sukan. Stadium Astro akan membawakan para peminat sukan di Malaysia merentasi arena sukan di serata dunia bagi merasai pengalaman dan keseronokan liga bola sepak bertaraf dunia, perlumbaan F1 dan Moto GP, golf, tenis, badminton dan pelbagai lagi. Stadium Astro pastinya merupakan pusat liputan secara langsung kesemua bidang sukan dengan kandungan sukan tempatan dan antarabangsa melalui 14 saluran, empat daripadanya dalam format HD”.
“Astro akan menyiarkan acara terbesar di dunia iaitu Piala Dunia FIFA 2014 Brazil™ melalui 10 saluran khusus dalam format HD dan SD, juga dalam Bahasa Malaysia di saluran Astro Arena. Buat pertama kalinya Piala Dunia bukan sahaja boleh ditonton melalui kaca televisyen di rumah anda, malah turut boleh ditonton melalui komputer riba, tablet dan juga telefon pintar pada bila-bila masa dan di mana jua melalui perkhidmatan Astro On-The-Go (AOTG). Kami mengetahui minat rakyat Malaysia terhadap sukan bola sepak dan ia terbukti semasa Piala Dunia FIFA 2010 Afrika Selatan™ yang mencatatkan sehingga 7.5 juta jumlah tontonan. Sebagai penghargaan istimewa buat para pelanggan setia kami, semua pelanggan Sports Pack yang aktif sebelum 1 April 2014 akan dapat menyaksikan kesemua perlawanan Piala Dunia dan mempunyai akses untuk perkhidmatan AOTG.”
Di samping itu, sebagai tambahan khas buat pelanggan saluran sukan, mereka boleh memuat turun Aplikasi Piala Dunia Stadium Astro untuk mendapatkan siaran secara langsung perlawanan Piala Dunia FIFA 2014 Brazil™. Ia akan turut dilengkapi dengan sudut kamera yang berbeza dalam setiap perlawanan, ulang tayang segera untuk setiap jaringan gol, pra dan pasca analisis tentang perlawanan juga statistik pemain dan pasukan.
Bermula 1 April 2014, para pelanggan NJOI dan pelanggan yang tidak melanggani saluran sukan turut dapat menyaksikan kesemua 64 perlawanan Piala Dunia FIFA 2014 Brazil™ secara langsung dengan pembelian pas khas. Rakyat Malaysia yang mendaftar untuk AOTG juga boleh menikmati sebanyak 30 perlawanan secara lansung dan lima perlawanan tertunda Piala Dunia FIFA 2014 Brazil™ melalui telefon bimbit mereka. Buat pertama kalinya, Piala Dunia FIFA 2014 Brazil™ yang merupakan siaran eksklusif di Astro boleh didapati melalui perkhidmatan AOTG Pay Per View (bayaran untuk setiap tontonan).
Selain daripada acara sukan Piala Dunia FIFA 2014 Brazil™, Stadium Astro akan turut membariskan rangkaian acara sukan perdana yang akan berlangsung pada tahun hadapan seperti Piala Thomas, Barclays Premier League, UEFA Champions League, Sukan Asia dan Sukan Komanwel khusus untuk 3.7 juta pelanggan Astro.
Untuk sebarang maklumat lanjut atau ingin melanggan Astro, sila layari www.astro.com.my atau hubungi 1 300 82 3838.



Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-1-2014 04:54 PM | Show all posts

Pengalaman guru paling dekat bantu meniti cabaran 2014

Oleh Meor Rahman


SELAMAT tahun baharu. Tahun yang penuh dengan cabaran dan  dugaan. Itu sudah pasti.
Tahun 2013 telah meninggalkan banyak peristiwa suka dan duka baik untuk dunia  sukan kita mahupun buat diri penulis sendiri.

Pengalaman yang kita lalui sepanjang tahun lalu mengajar kita lebih mengenali  erti dan matlamat dalam kehidupan ini yang bersifat sementara.

Pengalaman juga mengajar kita lebih matang menilai siapa kawan dan siapa  lawan.

Tahun ini juga adalah tahun kemeriahan buat arena sukan antarabangsa.

Pusingan akhir Piala Dunia di Rio, Brazil adalah kemuncak segala-galanya pada  bulan Jun ini.

Bahangnya sudah semakin dirasai. Biarpun Malaysia tidak mempunyai wakil ke  Rio, ia tidak sesekali merencatkan kemeriahan di negara ini.

Piala Dunia bukan sekadar dilihat sebagai medan pertempuran kuasa-kuasa bola  sepak, tetapi ia adalah 'lombong' menggali segala keuntungan.

Ibarat emas yang tinggi nilainya, Piala Dunia datang sekali dalam tempoh  empat tahun.

Apa sahaja yang berkaitan dengan Piala Dunia adalah pendapatan. Jersi, but,  poster, gelang, permainan video, malah hingga ke football fantasy - semuanya  adalah bisnes yang menguntungkan.

Selain Piala Dunia, tahun ini juga adalah medan ujian besar buat atlet-atlet  negara ke pusingan akhir hoki Piala Dunia di Belanda, Sukan Asia di Incheon,  Korea Selatan, Sukan Komanwel di Glassgow, Scotland dan Piala Thomas di Delhi,  India.

Banyak lagi deretan kejohanan-kejohanan antarabangsa yang menanti, tidak  termasuk Sukan Malaysia (Sukma) di mana Perlis menjadi tuan rumah pada tahun  ini.

Liga Malaysia tidak kurang hebatnya yang pasti menjanjikan lebih banyak  hiburan bola sepak.

Bagi penulis, apa yang menjadi tumpuan ialah pelaksanaan Pelan Pembangunan  Bola Sepak Negara yang dijadual dalam tempoh terdekat.

Inilah sejarah yang bakal terpahat. Segala idea dan permasalahan bola sepak  negara telah melalui perdebatan.

Hasilnya didebat lagi sebelum ditapis menjadi inti yang akan mendoktrinkan  asas bola sepak di negara ini yang tujuannya untuk melahirkan seramai mungkin  jaguh untuk negara dan pasaran antarabangsa umumnya.

Jika pelan ini mengikut perancangan maka, tidak akan ada lagi isu keciciran  bakat walaupun jangkaan halangan utama akan datang daripada ibubapa dan keadaan  prasarana yang ada sekarang.

Namun, ia bukan satu masalah besar kerana sudah ada pendekatan yang dirancang  bagi membantu ibubapa memahami dengan jelas.

Inilah cabaran besar buat warga Malaysia. Inilah tujuan Akademi Bola Sepak  Malaysia dibina di Gambang, Pahang.

Institusi bola sepak yang menyediakan serba serbi keperluan pemain bola sepak  profesional tanpa mengetepikan kepentingan akademik dan sahsiah diri.

Bak kata Pengarah Program Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara, Lim Tiong Kim:  ''Pada usia seawal 7 hingga 9 tahun, biarkan mereka mengenali bola sepak - makan  dan tidur bersama bola sepak.

''Sepuluh tahun hingga 12 tahun ajarkan mereka mengenali teknik dan kemahiran  individu dan pada usia 13 hingga 17 tahun mereka diajar tentang sains sukan  hinggalah kepada taktikal dalam bola sepak. Selepas itu mereka sudah bersedia  untuk ke era profesional. Inilah yang dilakukan oleh Bayern Munich dan  kelab-kelab Eropah.''

Ada benar kata bekas jurulatih skuad bawah 19 tahun Bayern Munich ini.

Kepada Tiong Kim syabas dan selamat berjuang.

Di sini juga adalah hentian noktah terakhir daripada penulis.

Malaysia Boleh untuk sekian akhirnya daripada saya.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-1-2014 11:12 AM | Show all posts

Liga M 2014 banyak berehat?

Oleh ABDUL HAFIZ  AHMAD
hafiz.ahmad@utusan.com.my




KUALA LUMPUR - Tiga peristiwa penting sepanjang 2014  bakal menjadi pertimbangan utama Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT)  Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) apabila bersidang hari ini dalam  memuktamadkan jadual perlawanan Liga Malaysia musim ini.

Puasa Ramadan, pusingan akhir Piala Dunia Ke-20 dan Sukan Asia Ke-17 di  Incheon akan lebih memanjangkan tempoh Liga M musim 2014 dengan beberapa aksi  Liga Super, Perdana, Piala FA dan Malaysia perlu direhatkan seketika dan  tarikhnya dipinda.

Secara kebetulan, 1 Ramadan 1435 Hijrah, tahun ini bakal disambut umat Islam  seluruh dunia pada 28 Jun, 16 hari selepas tirai Piala Dunia 2014 disingkap di  Arena Sao Paulo, Brazil yang menemukan tuan rumah dengan Croatia tanggal 12 Jun.

Mengikut tradisinya seperti tahun-tahun terdahulu, aksi Liga M turut bakal  berehat lebih sebulan sepanjang Ramadan termasuk sempena Piala Dunia yang  pastinya sudah mencuri tumpuan dan minat peminat bola sepak tempatan (menerusi  siaran langsung televisyen).

Perlawanan akhir Piala Dunia di Stadium Maracana, Rio de Janeiro dijadual  pada 13 Julai sementara umat Islam dijangka menyambut Hari Raya Aidilfitri pada  28 Julai malah lima hari sebelumnya, bermula pula Sukan Komanwel XX di Glasgow.

Ketika Liga Super dan Perdana kian berpenghujung dan Piala Malaysia  mendekati, FAM pasti perlu menangguhkan lagi aksinya bagi memberikan laluan  persiapan skuad bawah 23 tahun negara (Harimau Muda A dan tiga pemain senior) ke  Sukan Asia Incheon dari 19 September hingga 4 Oktober.

Ketika dirujuk kepada Pengerusi JKPT yang juga Naib Presiden FAM, Datuk Seri  Afandi Hamzah semalam, katanya: "Kami akan mengambil kira kesemua keadaan itu  dalam menentukan perjalanan Liga M. Tunggulah keputusannya selepas mesyuarat  (hari ini).

"Saya tidak pasti sama ada kita perlu rehatkan liga atau tidak (disebabkan  ketiga-tiga peristiwa dan kejohanan tersebut). Kami akan cuba semak semula  (jadual jika didapati bertindan, termasuk penyertaan Selangor dan Kelantan dalam  Piala AFC 2014).''

Afandi turut tidak menolak kemungkinan menjadikan kes lima pemain Kuala  Lumpur yang sudah digantung seumur hidup dan tujuh lagi yang masih dibicarakan  Jawatankuasa Tatatertib (JTT) FAM atas kes mengatur keputusan Liga Perdana 2013,  sebagai salah satu agenda JKPT, hari ini.

JKPT juga perlu menyentuh dan memastikan isu, nasib dan status kesemua pemain  berkenaan yang ada di antaranya mungkin sudah didaftarkan pasukan tertentu Liga  M (termasuk Liga FAM) bagi musim 2014.

Lima yang sudah digantung seumur hidup daripada kegiatan bola sepak selain  didenda RM20,000 seorang oleh JTT pada 20 November lalu ialah Phoo Kai Lun,  Jeremy Danker, Hafizi Roslee, Khairul Anuar Shafie dan Fadhlullah Yunsifar.

Tujuh lagi, Azizon Abdul Kadir, Benedict Martin, Syazwan Mohamed Rani,  Mugilan Kartik Jaya Gobi, Muhammad Azwan Jatin, Sivaraj Sadubathi dan Mohamad  Amirul Asraf Mohd. Noor, hanya akan mengetahui nasib mereka, Selasa ini.


P/S: Kalau benar ia berlaku, baguslah sebab pemain bola pun dapat tonton Piala Dunia secara langsung.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-1-2014 10:16 AM | Show all posts

MPB lancar kempen ‘Riuh Di Brazil’

      
Mahfar (kanan) mengiringi  Khairy    (dua dari kanan) melancarkan 'Riuh Di Brazil' Kempen Piala Dunia 2014 Media Prima di Sri Pentas, semalam.

Pelbagai rancangan TV menarik disediakan bermula hari ini hingga ke final Piala Dunia



Kuala Lumpur: Piala Dunia yang bakal berlangsung di Brazil pertengahan tahun ini semakin terasa kehangatannya apabila Media Prima Berhad (MPB) melancarkan kempen Riuh Di Brazil, semalam.

    Kempen yang dirasmikan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar itu bakal menyediakan pelbagai rancangan menarik dari rangkaian televisyen Media Prima - TV3, ntv7, TV9 dan 8TV - bermula hari ini hingga ke final kejohanan.      

Selain itu, rangkaian media cetak - BH, Harian Metro dan New Straits Times - juga akan menyajikan liputan meluas menjelang pusingan akhir, persiapan pasukan yang layak ke final selain berita terkini mengenai temasya itu.      

32 negara bakal beraksi

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima, Ahmad Izham Omar, berkata Media Prima, sebagai kumpulan media bersepadu yang terbesar di negara ini, amat berbesar hati dapat membawakan sebahagian bahang kemeriahan kejohanan berprestij ini melalui pelbagai program, liputan berita yang meluas, keputusan terkini dan banyak lagi yang berkaitan bola sepak.

    "Platform media bersepadu kami iaitu televisyen, radio, media cetak, digital dan media periklanan luar mempunyai potensi untuk memberikan capaian peminat bola sepak yang paling ramai di seluruh pelusuk negara," katanya semalam.      
   Yang turut hadir Pengarah Kumpulan BH, Mahfar Ali.

Malaysia persinggahan ke-56


    Sejumlah 32 negara bakal beraksi di Piala Dunia yang dijadual berlangsung dari 12 Jun hingga 13 Julai ini. Sepanyol muncul sebagai juara pada 2010 di Afrika Selatan.

  Di Petaling Jaya, Trofi Piala Dunia FIFA, tiba di Malaysia semalam dalam siri penjelajahan trofi itu selama sembilan bulan merangkumi 88 negara.


Trofi bola sepak paling berprestij itu tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang dengan pesawat khas, diiringi oleh Duta FIFA dan bekas penyerang Manchester United, Dwight Yorke dan Pengurus Bola Sepak Global, Coca-Cola, Annamaria Gazda.

Trofi berkenaan turut dibawa ke Seri Pentas, Bandar  Utama di sini sempena pelancaran  kempen ‘Riuh Di Brazil.’  

Malaysia adalah persinggahan ke-56 selepas Hanoi, Vietnam dalam siri penjelajahan sejauh 149,576.78km dari Rio de Janeiro, Brazil, yang bermula pada 12 September tahun lalu.

    Selepas Malaysia trofi itu akan singgah di Jakarta, Indonesia, Isnin ini.

    Trofi Piala Dunia itu berukuran 36.8 sentimeter tinggi dengan berat 6.18 kilogram dan ia diperbuat daripada emas 18 karat serta dihiasi dengan permata 'malachite' pada bahagian tapaknya.

    Peminat bola sepak tempatan sekali lagi berpeluang melihat dari dekat Trofi Piala Dunia itu yang akan dipamerkan di Dewan Tun Hussein Onn Dewan 1, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam, esok.

   Sementara itu, Pengarah Francais, Coca-Cola Far East Limited Malaysia, Agustinus Gunadharma dalam sidang media berkata peminat tempatan akan mendapat peluang untuk bergambar bersama trofi asli itu pada pameran itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2014 10:13 AM | Show all posts
  Hafiz Syed Abu Bakar (tengah) menyaksikan  gimik penyerahan bola sebagai rakan penaja World Cup Rock daripada Roshdy Hassan  (kanan) kepada Sean Shang Won pada Majlis Pelancaran kereta baru Kia Optima K5  di Kuala Lumpur, semalam.



KUALA LUMPUR - Demam Piala Dunia 2014 semakin terasa  apabila Naza Kia Malaysia dengan kerjasama Kia Motors Corporation yang merupakan  rakan rasmi kejohanan berprestij itu memanfaatkan kesempatan dengan melancarkan  'World Cup Rock', semalam.

Bersempena Piala Dunia yang akan berlangsung di Brazil pada 12 Jun hingga 13  Julai ini, pengedar rasmi kenderaan Kia itu akan menganjurkan pelbagai program  untuk penyertaan orang ramai dengan menawarkan hadiah menarik buat peminat tegar  bola sepak.

Sebanyak empat aktiviti bakal diadakan iaitu Mencari Rakan Fuleco,  pertandingan futsal, Jelajah Piala Dunia 2014 dan Bergembira bersama Kia  (menyaksikan perlawanan pada parti Piala Dunia Kia).

Aktiviti tersebut yang bermula pada Februari hingga Jun ini, juga akan  memilih 10 pemenang bertuah untuk menyertai 'World Cup Rock' yang berpeluang  memenangi tiket menyaksikan perlawanan Piala Dunia di Brazil.

Pemenang akan menerima tiket penerbangan, penginapan, menyaksikan perlawanan  Piala Dunia dan melancong di sekitar bandar Brazil. Pasukan yang muncul juara  futsal pula, akan mewakili Malaysia ke Futsal Dunia di Brazil.

Pengurus Besar Operasi Naza Kia Malaysia, Roshdy Hassan berkata, Kia sentiasa  aktif dalam memberi sokongan kepada sukan antarabangsa dengan turut menjadi  penaja utama kejohanan tenis Terbuka Australia.

"Kia juga menaja Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, Euro 2012 di  Poland-Ukraine dan yang terbaru Piala Dunia 2014 di Brazil," katanya di sini,  semalam.

Turut hadir pada majlis tersebut ada Ketua Pegawai Operasi Naza Kia Malaysia,  Hafiz Syed Abu Bakar dan Pengurus Pemasaran Kia Motor Corparation Regional di  Kuala Lumpur, Sean Shang Won.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2014 08:30 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2014 12:35 PM | Show all posts

RTM tampil hangatkan Piala Dunia 2014

RADIO Televisyen Malaysia (RTM) bakal menyiarkan siaran secara langsung  kempen Piala Dunia 2014.

Bertindak sebagai penyiar utama percuma sejak Piala Dunia 1974, RTM menerusi  tiga salurannya - TV1, TV2 dan TVi bakal menyajikan 35 perlawanan buat tontonan  rakyat Malaysia bermula 12 Jun depan.

Pengarah Pemasaran dan Promosi RTM, Mohd. Roffee Mohamad (gambar)  berkata, pihaknya tidak pernah ketinggalan dalam menyiarkan perlawanan kejohanan  berprestij dunia itu.

"Jadi tahun ini kami turut membawa kehangatan Piala Dunia 2014 dengan  menyiarkan 24 perlawanan secara langsung terus kepada penonton.

"Pemilihan perlawanan siaran langsung nanti akan membabitkan negara-negara  pilihan seperti Brazil, England, Argentina, Sepanyol, Perancis dan beberapa buah  negara lagi," katanya ketika sesi lawatan delegasi RTM ke Ibu Pejabat  Kosmo! di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur semalam.
Delegasi itu diketuai Ketua Pengarah Penyiaran RTM, Datuk Norhyati Ismail,  Timbalan Pengarah Seksyen Produksi TV, Norliza Ali serta Pengurus Saluran TV2,  Che Ronhana Che Omar.

Menurut Mohd. Roffee, penyiaran itu adalah inisiatif RTM bagi membantu rakyat  Malaysia yang tidak mampu memiliki siaran televisyen berbayar untuk turut sama  menikmati kemeriahan Piala Dunia.

Selain perlawanan secara langsung, pihak RTM turut membawakan 11 siaran  tertunda.

Bertemakan Rio to Malaysia, RTM turut menyediakan siaran ulangan Piala  Dunia 2014 setiap hari iaitu pada pukul 3 hingga 5 petang di TV1, 10 hingga 12  malam (TV2) dan 8 hingga 10 malam (TVi).

Pusingan awal Piala Dunia 2014 akan disiarkan menerusi TV1, namun siaran itu  akan beralih ke TV2 sepanjang bulan Ramadan.
"Siaran perlawanan itu terpaksa dialihkan kepada TV2 kerana TV1 akan memberi  ruang untuk program-program keagamaan," jelas Mohd. Roffee.


P/S: Buat yang tiada Astro, jom ramai-ramai serbu ke kedai mamak atau mana-mana tempat/venue yang dipasang skrin gergasi dan Astro sekali! Gerenti tak rugi punya!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2014 01:40 PM | Show all posts

MEF Cadang Majikan-Pekerja Tonton Siaran Tertunda Perlawanan Piala Dunia Sele..


PETALING JAYA: Majikan dan pekerja perlu menonton siaran tertunda perlawanan Piala Dunia bersama-sama di pejabat selepas waktu kerja, kata Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF).

Ini adalah lebih baik berbanding kakitangan akan memberitahu bahawa mereka 'sakit' pada musim demam bola sepak akan datang seperti yang berlaku pada masa lalu apabila perlawanan Piala Dunia berlaku pada waktu awal pagi, kata kumpulan itu.

Mencadangkan ini sebagai alternatif untuk mengelakkan penurunan produktiviti, Pengarah Eksekutif MEF , Datuk Shamsuddin Bardan berkata, majikan pastinya akan bersedia berhadapan dengan situasi peningkatan sijil perubatan (MC), penggunaan cuti tahunan dan ketidakhadiran semasa temasya sukan itu berlangsung.

"Majikan sudah biasa dengan keadaan itu setiap empat tahun sekali tetapi ini tidak memberi prospek yang baik bagi operasi syarikat serta produktiviti negara," katanya ketika dihubungi The Star pada Isnin.

Shamsuddin juga menyatakan bahawa menganjurkan siaran perlawanan selepas waktu kerja boleh meningkatkan hubungan antara majikan dan pekerja.

"Bukan sahaja pekerja yang suka menonton bola sepak tetapi juga majikan. Tetapi ada kerja yang perlu dilakukan dan seseorang perlu melakukan sesuatu untuk menjadikan semuanya berjalan dengan lancar," katanya.

Beliau menasihatkan pekerja untuk memilih masa yang lebih mudah serta akses alternatif lain untuk mengikuti kesemua 64 perlawanan bagi temasya bola sepak yang berlangsung selama sebulan itu.

"Oleh kerana kebanyakan perlawanan kali ini akan disiarkan secara langsung pada awal pagi, adalah lebih baik sekiranya mereka memilih untuk menonton perlawanan itu selepas waktu kerja mereka," katanya, mengingatkan kakitangan yang berjaga sehingga awal pagi dan kemudiannya pergi bekerja pada waktu pagi hanya akan menjejaskan kesihatan dan kerja mereka.

Piala Dunia FIFA 2014 akan diadakan di Brazil, bermula pada 12 Jun dengan negara tuan rumah bermain bersama Croatia pada pukul 4 pagi waktu Malaysia (13 Jun).

Perlawanan akhir pada Ahad, 13 Julai (pukul 3 pagi, 14 Julai, waktu Malaysia).

Dalam Piala Dunia lalu di Afrika Selatan, hasil kajian dalam talian The Star-Adidas menunjukkan bahawa 61% daripada responden di Malaysia, berkata mereka berjaga sehingga awal pagi untuk menonton perlawanan pada pukul 2.30 pagi, 32% hanya menonton perlawanan 7.30 malam dan 10 malam manakala 7% tidak menonton mana-mana perlawanan. Daripada mereka yang menonton perlawanan itu, 17% menonton semua perlawanan dan 37% hanya memilih perlawanan yang menarik

P/S: Tak payah siaran tertunda pun tak apa!
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2014 02:21 AM | Show all posts
WORLD CUP: Predict to win gadgets or a FREE trip to Thailand!
http://bit.ly/1ohhnex
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2014 08:21 PM | Show all posts








Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2014 09:32 PM | Show all posts










Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2014 12:17 AM | Show all posts
























Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 01:59 AM GMT+8 , Processed in 0.261253 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list