CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fizziany

ANDAI KAU TAHU. (U)

 Close [Copy link]
Post time 4-12-2009 01:46 PM | Show all posts
hihihi...cam bebudak...
nak n3 lagi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-12-2009 10:23 PM | Show all posts
Tengahari itu, semua peserta aktiviti pendakian Batangkali terpaksa memakan nasi lembik yang berbau hangit. Diana yang duduk bersama-sama Kak Zuraini dan Kak Norli, memandang sesame mereka.

“Nasib baik lauk okay…” Mastura tiba2 bersuara. Mereka akur.

“Kesiannya…ini semua salah saya…” ujar Diana kesal.

“Takpe. Hari first memang macam tu…kita tak tahu nak agak lagi..” kata Kak Zuraini memujuk. Diana meneliti satu persatu wajah peserta2 aktiviti itu yang makan dengan lahap.

“Ini bubur ke nasi ni?” salah seorang peserta lelaki ketawa sambil menyuap nasi ke mulutnya. Diana segera menoleh.

“Makan jela. Kat Somalia tu, orang kebulur tak makan….”Farid yang berada tidak jauh dari situ menyampuk. Derai tawa kedengaran. Diana terdiam, merenung Farid yang makan dengan lahapnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2009 10:24 PM | Show all posts
“Diana orang mana?” soal Iskandar yang berjalan seiringan dengan Diana. Di depan, Lina berjalan dengan Mastura. Dibelakang mereka, Farid berjalan dengan Raja.

“Orang sini ja. Abang?” soal Diana.

“Abang orang Kedah…” balas Iskandar.

“Oo..orang utara…Haa…budak tu pun orang utara jugak…” kata Diana sambil menunjukkan kea rah Farid di belakang mereka. Farid mencemuh di dalam hati.

“Diana orang sini, tapi abang tengok Diana biasa aje dengan hutan. Jumpa pacat pun Diana tak takut…Dah biasa ka?” soal Iskandar. Diana senyum.

“Dulu…masa kecik, pernah tinggal kat kampung dengan nenek,” balas Diana.

“Oo..patutlah.Kalau tak join kelab atau main chess, Diana suka buat apa?” soal Iskandar lagi.

“Ntah…tengok wayang kot..” balas Diana sambil menjungkit bahu.

“Keluar tengok wayang dengan siapa? Boyfriend?” soal Iskandar lagi sambil meneruskan perjalanan mereka di dalam hutan Batangkali itu.

Serentak dengan itu, Diana , Lina dan Mastura ketawa mengekek.Farid, Raja dan Iskandar kehairanan.

Lina menoleh ke belakang, memandang Diana.

“Mana ada abang!!Kami keluar sesame kami ja,” balas Diana.Iskandar senyum. Ada peluang!!!!Matanya cerah.

“Cerita apa Diana suka tengok?” soal Iskandar lagi.

“Diana!!” Farid tiba2 sahaja memanggil Diana dari belakang. Pantas Diana menoleh.

“Jom tengok wayang!!” Farid bersuara serius sambil memandang Diana yang masih berjalan.

Melopong mulut Diana. Iskandar di sebelahnya tiba2 menyampuk.
“Haa..kalau nak keluar dengan Diana, kena dapat kebenaran dari aku dulu!!!Dia ni adik angkat aku!!” kata Iskandar tiba2.

Diana terkesima. Iskandar dan Farid dipandang silih berganti. Farid masih serius riak mukanya.Iskandar pula tersenyum2 sambil berjalan. Diana pandang Lina dan Mastura yang berjalan di depannya tanpa menoleh ke belakang.

“Bila pulak Diana jadi adik hang Is?” Farid tiba2 menyindir.

“Nih!!!Dari saat nilah!!” balas Iskandar pula. Diana telan air liur. Ditolehnya kea rah Farid. Gila! Dia ni gila kea pa? Lepas makan nasi hangus aku tu, semua dah jadi gila?

“Kau ajak aku betul2 ke ni Farid?” soal Diana sekali lagi. Raja di sebelahnya Cuma tersenyum2.

“Betul2 lah! Kau sebut ja kat mana…Pavillion, Mid-Valley atau KLCC..” balas Farid sambil menyeluk kocek baju sejuknya.Matanya masih tertancap pada wajah Diana.

Diana bungkam.

“Mintak izin dari aku dulu ya!!!Dia ni adik aku…Mintak izin cepat!!” kata Iskandar. Tersengih2 Iskandar. Diana pelik dengan perangai Iskandar. Takkan orang tua buat perangai macam ni? Buruknya kelaku!!!

Diana cepat2 meninggalkan mereka. Langkahnya dilajukan menuju ke tengah2 antara Lina dan Mastura.

“Kenapa?”soal Lina. Diana terkedu. Diam. Dia hanya mampu mengunci mulutnya. Takut dia melihat wajah Farid dan Iskandar sebentar tadi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-12-2009 10:24 PM | Show all posts
“Diana orang mana?” soal Iskandar yang berjalan seiringan dengan Diana. Di depan, Lina berjalan dengan Mastura. Dibelakang mereka, Farid berjalan dengan Raja.

“Orang sini ja. Abang?” soal Diana.

“Abang orang Kedah…” balas Iskandar.

“Oo..orang utara…Haa…budak tu pun orang utara jugak…” kata Diana sambil menunjukkan kea rah Farid di belakang mereka. Farid mencemuh di dalam hati.

“Diana orang sini, tapi abang tengok Diana biasa aje dengan hutan. Jumpa pacat pun Diana tak takut…Dah biasa ka?” soal Iskandar. Diana senyum.

“Dulu…masa kecik, pernah tinggal kat kampung dengan nenek,” balas Diana.

“Oo..patutlah.Kalau tak join kelab atau main chess, Diana suka buat apa?” soal Iskandar lagi.

“Ntah…tengok wayang kot..” balas Diana sambil menjungkit bahu.

“Keluar tengok wayang dengan siapa? Boyfriend?” soal Iskandar lagi sambil meneruskan perjalanan mereka di dalam hutan Batangkali itu.

Serentak dengan itu, Diana , Lina dan Mastura ketawa mengekek.Farid, Raja dan Iskandar kehairanan.

Lina menoleh ke belakang, memandang Diana.

“Mana ada abang!!Kami keluar sesame kami ja,” balas Diana.Iskandar senyum. Ada peluang!!!!Matanya cerah.

“Cerita apa Diana suka tengok?” soal Iskandar lagi.

“Diana!!” Farid tiba2 sahaja memanggil Diana dari belakang. Pantas Diana menoleh.

“Jom tengok wayang!!” Farid bersuara serius sambil memandang Diana yang masih berjalan.

Melopong mulut Diana. Iskandar di sebelahnya tiba2 menyampuk.
“Haa..kalau nak keluar dengan Diana, kena dapat kebenaran dari aku dulu!!!Dia ni adik angkat aku!!” kata Iskandar tiba2.

Diana terkesima. Iskandar dan Farid dipandang silih berganti. Farid masih serius riak mukanya.Iskandar pula tersenyum2 sambil berjalan. Diana pandang Lina dan Mastura yang berjalan di depannya tanpa menoleh ke belakang.

“Bila pulak Diana jadi adik hang Is?” Farid tiba2 menyindir.

“Nih!!!Dari saat nilah!!” balas Iskandar pula. Diana telan air liur. Ditolehnya kea rah Farid. Gila! Dia ni gila kea pa? Lepas makan nasi hangus aku tu, semua dah jadi gila?

“Kau ajak aku betul2 ke ni Farid?” soal Diana sekali lagi. Raja di sebelahnya Cuma tersenyum2.

“Betul2 lah! Kau sebut ja kat mana…Pavillion, Mid-Valley atau KLCC..” balas Farid sambil menyeluk kocek baju sejuknya.Matanya masih tertancap pada wajah Diana.

Diana bungkam.

“Mintak izin dari aku dulu ya!!!Dia ni adik aku…Mintak izin cepat!!” kata Iskandar. Tersengih2 Iskandar. Diana pelik dengan perangai Iskandar. Takkan orang tua buat perangai macam ni? Buruknya kelaku!!!

Diana cepat2 meninggalkan mereka. Langkahnya dilajukan menuju ke tengah2 antara Lina dan Mastura.

“Kenapa?”soal Lina. Diana terkedu. Diam. Dia hanya mampu mengunci mulutnya. Takut dia melihat wajah Farid dan Iskandar sebentar tadi.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2009 05:11 PM | Show all posts
sambung lagi..

dapat main catur, selalunya mesti pegang kepala... asyik berfikir
nak selamatkan queen...
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2009 11:04 PM | Show all posts
Fizz smlam gi Sales Alaf 21 Shah Alam ...
jumpa Bikash, Aleeya, Ramli, Wan dan Aisya sofea...... dan jeng jeng jeng jumpa muzri penulisan2u borak lama dgn dia .....ha ha ha ha psst....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-12-2009 10:58 AM | Show all posts
nie mesti kes cemburu nie...hihihi...
x sabo nak tau n3...
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2009 11:10 AM | Show all posts
sambung lah byk2 sikit....
best...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2009 07:03 PM | Show all posts
suka karekter Diana

sambung lagi fizz
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2009 08:23 PM | Show all posts
sori..aku nak sambung ari tu, tapi server down...
mlm ni aku sambung....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2009 08:24 PM | Show all posts
Perkampungan orang asli yang mereka lawati begitu mesra. Deretan kanak2 orang asli mengerumuni mereka tatkala mereka mengagihkan jeli dan gula2. Diana dikerumuni kanak2 sebaik dia mula membuka jeli.Kelam kabut dia mengagihkan jeli kepada kanak2 tersebut.

“Mai aku tolong..” Farid tiba2 duduk di sebelahnya sambil membantunya membuka beberapa bungkusan gula2 lagi. Diana senyum kepada kanak2 itu.

“Aku heran betul…apa yang diorang makan, sampai nama anak pun diorang tak ingat..” kata Farid tiba2.

“Siapa?” soal Diana.

“Tu…pak cik yang duduk kat serambi rumah tu…”Farid menunjukkan kea rah seorang lelaki dalam usia awal 40-an yang tidak berbaju sambil memerhatikan anak2nya bermain di sekitar rumah tanpa kasut atau selipar.

“Aku tanya dia…ni semua anak ka, dia jawab ya. Aku tanya dia, ada berapa orang anak, dia jawab sembilan. Lepas tu, aku tanya dia, yang dok kat depan dia tu, nama apa…lepas tu…dia fikir2…lepas tu dia geleng, dia cakap tak ingat…”Farid dan Diana  ketawa kecil.

“Kau tengok budak ni…yang dukung adik dia ni..aku tanya dia jap…” kata Farid sambil menghampiri seorang kanak-kanak perempuan yang kurus yang sedang mendukung adiknya barangkali. Saiz adiknya sahaja sudah separuh dari saiz badannya. Diana menggeleng2kan kepalanya. Larat ke budak ni dukung adik dia?

“Hai…ni adik ke?” soal Farid sambil mengusap2 kepala budak yang didukung tanpa baju itu. Budak perempuan itu angguk. Diana mendekati mereka lalu duduk di batang kelapa bersebelahan Farid.

“Mak mana dik?” soal Diana.

“Pergi hutan..” balasnya pendek. Diana dan Farid dipandangnya silih berganti.

“Pergi hutan buat apa?” soal Diana lagi.

“Cari buah salak dengan petai,” balas kanak2 perempuan itu. Diana dan Farid berpandangan. Iskandar dan beberapa ahli jawatankuasa tertinggi aktiviti itu sedang berbincang sesuatu di rumah Tok Batin. Kesempatan itu, digunakan oleh semua peserta2 aktiviti itu untuk beramah mesra dengan orang asli kampung itu.

“Ayah mana?” soal Diana lagi.

“Ayah kat rumah..” balas kanak2 perempuan itu. Bulat mata Diana.

“Kat rumah? Ayah buat apa?” soal Diana lagi.Ibunya dihutan, ayahnya dirumah pulak?

“Tu…”tunjuk budak itu kepada seorang lelaki yang sedang duduk sambil menghisap rokok daun di serambi rumah. Sebentar kemudian, lelaki itu mundar mandir di halaman rumahnya sambil memerhatikan ayam2nya yang berada di dalam sangkar.

Diana pandang Farid. Farid pandang Diana.

“Apa???” Farid jelak dengan pandangan itu.Bagai dapat membaca fikiran Diana.

“Mak dia pergi hutan…ayah dia boleh dok rilek je kat rumah…Zaman sekarang dah tunggang terbaliklah!!!” kata Diana. Farid mendengus.

“Eh…mana tau semalam ayah dia dah pergi hutan. So, hari ni ayah dia sakit perut ke…cirit birit ke..sebab tu dia dok rumah hari ni. Ko suka2 main tuduh..” kata Farid cuba mempertahankan kenyataan yang terbentang di depannya.

“Eleh…orang lelaki. Semua sama!!!Kot ye pun sakit perut …tak payahlah biar bini pergi hutan buat kerja berat…” Diana menjuihkan bibirnya. Sebungkus jeli terus dihulurkan kepada kanak2 perempuan itu. Sekejap saja, budak itu hilang ke dalam rumah.

“Kau jangan nak menyamakan semua orang…” sangkal Farid. Diana menjuihkan bibirnya lagi. Malas hendak bertengkar.

“Kau adik angkat Iskandar ke?” soal Farid tiba2. Pantas Diana menoleh kea rah Farid.

“Taik kau!Mana ada! Dia saja aje tu..” kata Diana.

“Aku tengok dia macam betul2 nakkan kau. Mula2 buat adik angkat dulu…lepas tu…berangkat2 la pulak..” kata Farid. Diana bangun menghampiri Lina dan Mastura.Farid bangun mengekorinya.

“Alah..orang gila macam tu…tak payah layan sangatlah!” Diana buat muka selamba.Farid yang ditinggalkan, terkulat2 merenung pemergian Diana.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2009 08:25 PM | Show all posts
Bas mula hendak bergerak meninggalkan kem Batangkali tengahari itu. Semua peserta sudah duduk di tempat duduk masing2. Diana duduk bersebelahan dengan Lina.

“Nah, buat alas perut kalau lapar..” entah dari mana, tiba2 Iskandar muncul sambil menghulurkan sebungkus snek kepada Diana. Iskandar senyum bila Diana menerimanya. Iskandar kembali duduk  ditempatnya. Diana dan Lina berpandangan.

“Abang Is tu macam minat kat kaulah Di..” bisik Lina. Bungkusan snek itu dibuka.

“Lantak dialah. Nah, rezeki jangan ditolak..” Diana menghulurkan snek kepada Lina. Dengan pantas Lina turut memakan snek yang berada di tangan Diana.Lina terintai2 Iskandar yang sedang duduk bersembang dengan seorang kawannya di belakang mereka.

“Kau suka dia?” soal Lina. Diana renung Lina.

“Lin…apa kau ni???Jangan pernah tanya aku pasal hati dan perasaan ni..aku tak suka…Dia suka aku ke, benci aku ke..lantak dia..” Diana terus menyumbat snek ke dalam mulutnya.Lina merenung Diana. Hii…hati kering!!!

Dari jauh, Farid sedang memerhati dari belakang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2009 08:25 PM | Show all posts
Farid dan Diana sudah berjanji untuk berlawan catur dengan Akmal dan Sarah hari ini. Akmal dan Sarah masing2 sudah mengungguli carta. Dua2 pun merupakan senior kelab itu.

Sarah dan Akmal duduk berhadapan dengan Diana dan Farid. Permainan dimulakan. Diana yang tidak bermain, hanya melihat Farid bermain bersama Sarah. Akmal disebelah Sarah asyik menghasut Sarah agar Sarah kalah agar mata terkumpul  Sarah tidak bertambah.

“Bawak kuda kau ke sini…”kata Akmal. Sarah mencebik.

“Diamlah kau. Jap lagi, kalau ikut kata kau, kalah aku…Nasihat tak boleh pakai..” Akmal ketawa terbahak2 mendengar Sarah membebel.Farid masih merenung buah caturnya. Dagunya yang bersih diurut2.

“Jalan je bishop tu..” saran Diana apabila melihat Farid sudah ketandusan idea. Farid menoleh.

“Boleh ke?” soal Farid sambil memegang buah caturnya.

“Boleh….Jalan ja…”balas Diana.sarah melihat kedua-duanya sambil tersengih.

“ooo…korang berdua berpakat ya?” soal Sarah.Diana dan Farid memandang Sarah serentak.

“Ya..pakatlah ni…” jawab Diana sambil tersenyum. Sesekali, menyokong budak baru sepertinya untuk naik dalam carta, tidak salah. Sarah dan Akmal sudah berada terlalu lama dalam carta.

“Pakatan apa ni?Pakatan rakyat?” Sarah dan Akmal ketawa kecil. Diana dan Farid senyum, memandang satu sama lain.

“Dak aih…ini pakatan UMNO…melayu, cina India, benggali ..Orang asli..semua ada..”balas Farid dalam nada bergurau.

“Nah…check!!” Sarah telahpun meletakkan satu askarnya di depan.Akmal dan Sarah ketawa sambil menunggu tindakbalas dari Farid. Farid pandang Diana.Diana pandang Farid.

“Aku rasa dia tak nampak queen ni…”bisik Farid pada Diana. Mata Diana buntang melihat kedudukan catur Farid. Lengan Farid dipaut kuat2 sambil menutup mulutnya menahan tawa. Farid terpana melihat lengannya tiba2 dipaut gadis itu.

“Betul2!!!Jalan….jalan…biar habis game ni…ko boleh terus masuk carta…hihihi” Diana sudah tidak dapat menahan tawa. Pautan dilengan Farid dileraikan. Farid senyum simpul.

“Nah…check-mate!!!”Farid menggerakkan Queennya kehadapan King milik Sarah. Sarah meneliti kedudukan caturnya. Tidak ada jalan keluar lagi!!!Sarah ternganga.

“Alahai….kalah aku….” Sarah meraup wajahnya. Akmal disebelahnya meneliti catur Farid, kemudian ketawa kuat.

“Hahhaa…Kalah!Kalah!”Ejeknya pada Sarah. Sarah menendang lutut Akmal yang sedang ketawa.

“Diam!!!” marah Sarah. Namun, kemarahan Sarah menambahkan kelucuan dihati Akmal.

“Menang jugak pakatan kita!!!” Farid mengangkat tapak tangannya lalu Diana menepuk tapak tangan Farid.

“Ala..kawan punya hal…aku tolong punya,” Diana senyum simpul merenung Farid.

“Lain kali aku tolong kau pulak…thanks sebab bantu aku masuk dalam carta..” ujar Farid. Diana senyum.

“Tak payah susah2 terima kasih. Belanja aku makan aje..”Diana sengih. Farid memandang Diana. Pucuk dicita ulam yang datang!!!!

“Orait!!!Jom!!!” cepat2 Farid bangun sambil menggalas beg sandangnya. Diana terpinga2.

“Kemana?” soalnya kehairanan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2009 08:26 PM | Show all posts
Diana dan Farid merenung isi pasaraya Jepun yang besar itu. Makanan yang dipesan belum sampai.

“Kau pernah datang sini?” soal Farid. Diana geleng.

“Kata orang KL…takkan sini pun tak pernah datang…”Farid pelik.

“Aku bukan kaki jalan…”balas Diana.

“Selalunya, kau pergi jalan2 dengan siapa?” soal Farid sambil meninjau2 ke arah kaunter. Bila makanan nak sampai ni…servis lembab pulak hari ni….

“Dengan family aku…” balas Diana.

“Boyfriend?” soal Farid.

“Gila pa hang nih…” begitu jawapan Diana.Farid sengih.

“Takkan hang tak ada boyfriend? Nak kata tak ada orang nak…aku tengok hang ada ciri2 wanita idaman semua lelaki…” kata Farid cuba memancing. Manalah tahu…kot2 dapat Ikan Jerung…

“Aku tak minat…” balas Diana.

“Tak minat? Tak minat lelaki? Hang ni lesby ka?” soal Farid dalam loghat utaranya.

“Aku hempuk jugak budak ni dengan pasu bunga ni…” Diana menjegil kearah  Farid. Farid ketawa mengekek.

“Aku tak minat bercintalah..” balas Diana. Melopong Farid mendengarnya.

“Kenapa?” soal Farid. Diana diam sahaja, membiarkan soalan itu tak berjawab.

“Ada peristiwa hitam ka?” duga Farid. Cepat2 Diana menoleh memandang Farid. Dia ni memang suka meneka2 entah apa2!!!! Berderau darah Diana.

“Peristiwa hitam apa pulak….tak ada apa2 lah…” balas Diana sambil diam. Wajahnya sedikit berubah. Diana sempat menjeling Farid di hadapannya yang masih tersenyum merenungnya. Bimbang riak wajahnya dikesan Farid.  Farid merenung Diana. Dia ni…pandai berahsia rupanya….

“ Takkan tak nak cerita dengan aku?  Kitakan kawan..” pujuk Farid. Diana renung Farid.  Makanan yang dipesan tiba2 datang.  Konsentrasi mereka diganggu oleh kehadiran pelayan restoran makanan barat itu.  Selesai, pelayan itu beredar.

“Hmm…ceritalah…Takkan nak simpan sorang2 dalam hati..”pujuk Farid lagi.Diana merenung Farid didepannya. Aku bukannya dah lama sangat berkawan dengan budak ni…kenal pun tak sampai 6 bulan…tapi…kenapa aku rasa macam dah terlalu percaya dengan dia???Aku bukan suka cerita rahsia aku kat orang…even dengan abang aku pun, aku kadang2 bertapis…kenapa aku perlu cerita kat budak ni??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2009 08:27 PM | Show all posts
“Kalau tak nak cerita tak apa. Aku cuma nak ringankan beban hati kau…” Adoii…ayat ni yang buat aku lemah ni…Diana menarik nafas resah. Garpu dan pisau diambil, daging ditaram sekuat hatinya. Daging steak dengan American sos disumbat kemulut dan dikunyah kuat2.

Farid tersenyum kecil.

Marah ke budak ni dengan aku??? Ikut suka kaulah labu….Farid geleng kepala.

“Kau pernah kena dumbed tak?” soal Farid tiba2 sambil menyuap makanan ke mulut. Terjegil mata Diana mendengar.

“Kena dumbed?” soal Diana hairan. Wajah Farid direnung dalam2. Riak wajahnya serius. Tiada tanda bergurau.

“Kena tinggal dengan kekasih kita…” ujar Farid memberi penjelasan. Diana memasang telinga. Nampaknya, dia nak bukak riwayat hidup dia kat sini…

“Aku pernah…” kata Farid perlahan. Haaa???Terjegil mata Diana.Nak ketawa pun ada…Tapi, cepat2 disimpan tawanya. Nanti terasa hati pulak mamat nih!!!

“Bila?” soal Diana pura2 simpati. Aku nak ketawa sebenarnya!!!Kikikiki…

“Mmm…4 bulan lepas,” balas Farid.

“Kenapa?” soal Diana sambil menguyah makanan. Sedap jugak steak ni…

“Dia kat oversea. Dia dah kerja. Ala..biasalah. Percintaan jarak jauh, memang macam ni. Tapi, mungkin silap aku jugak kot…sebab aku tak contact dia selalu dulu..”kata Farid perlahan.

“Dia dah kerja? Umur dia berapa?” soal Diana.

“Dia…tua dari aku 3 tahun..” balas Farid.Terjungkit kening Diana.

“Kenal kat mana?” soal Diana.

“Kenal masa aku sekolah menengah dulu…Aku dengar, dia dah ada orang lain sekarang..”kata Farid.

“Umur kau berapa?” soal Diana.

“22,” Farid pandang  Diana. Diana melopong.

“Laa…rupanya kau lagi muda dari aku..” kata Diana. Farid pula yang kehairanan.

“Umur kau berapa?Macammana kita boleh sekelas?” soal Farid.

“25. Aku baru je sambung pengajian aku. Tahun lepas, setahun aku off study sebab ikut parents aku pergi oversea. Lepas tu, aku ada repeat paper. So, baru tahun ni..aku sambung balik..”balas Diana. Ternganga Farid.

“Laa…kenapa kau tak sambung study kat oversea je?” soal Farid lagi.

“Malas!!!” senangnya jawapan dia…Farid ternganga.

Masing2 meneruskan makan.Sesekali Farid angkat muka, memandang Diana didepannya, kemudian menggeleng2kan kepalanya.

“Kau sedih tak masa dia tinggalkan kau dulu?Macammana dia tinggalkan kau?” soal Diana bertalu2.

Eh..ada lagi soalan…Farid menguntum senyum.

“Mula2 tu sedih la jugak. Yela kan, kena tinggal. Tapi, lama2…biasa je. Dia call aku satu hari, dia kata dia mintak putus. Dia cakap kami tak boleh bersama lagi. Itu je..” kata Farid.

“Kau tak pujuk dia?” soal Diana.

“Nak pujuk apa…dia cakap dia dah malas nak tunggu aku. Maklumlah, aku ni study lagi. Mana ada stable income..So, aku fahamlah maksud dia…dia dah tak nak aku lagi..”kata Farid pula.

“Macammana kau kenal dia?” soal Diana pula.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2009 08:27 PM | Show all posts
“Kat restoran. Dia tolong bayarkan aku punya makanan..” kata Farid. Serentak dengan itu, berhamburan tawa Diana.

“Dia bayarkan makanan kau?Kenapa kau tak bayar sendiri?” soal Diana sambil ketawa.

“Aku tak cukup duit masa tu…baru nak pinjam duit kat member aku…tup2 pelayan tu cakap, dia dah bayar untuk aku..” balas Farid.

“Argghh…malunya!!!Aku pun pernah jugak tiba2 time nak bayar, then baru sedar tak ada duit…”kata Diana yang mula rancak bercerita.

“Lepas tu?” soal Farid berminat.

“Masa tu, aku form 5..aku jadi ketua asrama. So, sebagai ketua asrama…biasalah..kadang2 kita kena ikut hantar budak sakit ke hospital dengan warden. Satu hari, aku ikut warden aku hantar budak ke hospital. Masa tu, dia pengsan tiba2. Aku tak sempat nak capai apa pun masa tu. Warden aku suruh aku ikut aje dia. So..aku pun ikutla dengan pakai selipar jamban. Then…bila sampai kat hospital tu…budak tu gastric. Nak tunggu time makan tengahari, lambat lagi. Masa tu pukul 10 lebih. So, aku tanya dia…dia lapar tak…dia kata, lapar. Aku bagitau dia…okay, takpe, nanti akak pergi beli nasi. Aku melilau cari warden aku, tapi tak jumpa. Then, aku nampak perse budak tu dalam beg dia. Aku pun ambillah purse tu…” tercungap2 Diana bercerita.

“Then?” Farid semakin berminat.

“Aku pun pergilah kedai makan kat depan hospital tu. Pilih2 lauk…sekali bila nak bayar…aku tengok..duit tak cukup daa….malunya tak terkira toksah cakap la..” kata Diana sambil tersenyum2.

“Habis, kau bayar tak?” soal Farid.

“Bayar apanya…aku cakap kat akak kedai makan tu, kejap ye kak…duit saya tertinggal kat dalam hospital…lepas tu, aku blah…tak datang2 dah!!” kata Diana. Farid ketawa gelihati sambil mengeleng2kan kepalanya.

“Boleh tahan kau ya..” Farid masih ketawa lagi. Diana turut ketawa.

“Aku bayar jap…” Farid bangun hendak ke kaunter.Cepat2 Diana ikut.

“Aku bayar aku punya!!!” kata Diana tegas.

“Kata aku belanja tadi…” rungut Farid.

“Aku tak suka orang belanja aku. Aku makan..aku bayar…” jawab Diana.

“Kenapa?” aneh budak ni….

“Aku tak suka berhutang budi dengan orang…”balas Diana. Kaunter sudah berada di depan mereka. Masing2 mengeluarkan duit sendiri.

“Alaa..kalau berhutang budi sekalipun…balas je la dengan body..”Farid senyum2 simpul. Sekadar mengusik.

Kukkk!!!!Serentak dengan itu, satu luku hinggap di kepala Farid. Terpijat2 Farid menahan sakit sambil menggosok2 rambutnya.

“Sial kau Di!!!!Kau luku aku…”Farid sudah marah. Dia sudah mengangkat tangannya hendak meluku kembali kepala Diana. Cepat2 Diana berlari –lari anak sambil Farid mengejarnya.

“Woi..jangan larila..Kau ingat ni novel Hindustan ke..ada lari2…”Farid menarik beg sandang Diana.Diana ketawa.

Kedua2nya berjalan seiring sambil menjamu mata dengan pemandangan pasaraya yang besar itu. Sesekali, rasa terbuai dengan muzik latar pasaraya itu. Lagu “Sealed with a Kiss”

“Rasa macam tak percaya pulak kau dulu ketua asrama..” Farid tersengih.

“Kenapa? Tak percaya?” Diana mengajuk gaya pertuturan Azlee Senario.Farid senyum sambil menyeluk kocek seluarnya.

“Nampak garang macam mak tiri…tapi, kau caring jugak ya..”kata Farid.

“Caring apa?” Diana pelik.

“Yela…budak asrama kau sakit. Kau ada hati jugak nak tanya dia..lapar ke tak. Lepas tu, nak pulak pergi belikan dia nasi…kalau aku…aku sekadar ikut warden sajalah. Dia lapar ke kebulur ke…itu masalah dia..”kata Farid.

“Hahaha…kau tau tak..lepas tu, budak tu tiba2 nak ambik aku jadi kakak angkat..” kata Diana. Farid senyum. Memang padan pun!!!

Diana berhenti berjalan. Farid dipandangnya. Farid yang tak mengerti merenung Diana. Apahal??? Diana menelek jam di tangannya. Bulat matanya.Sudah jam 7.30 malam!!!!

“Ya Allah!!!Burn Maghrib nanti!!!Jom balik ah!!!” Diana cepat2 menapak ke pintu keluar pasaraya itu. Farid yang baru tersedar cepat2 membuntuti Diana. Bersembang sampai tak sedar waktu berputar…

“Esok aku nak ajak kau pergi karaoke. Kau nak ikut tak?” soal Farid tatkala menunggu bas.Diana terdiam berfikir.

“Nanti malam ni aku fikir…”balasnya pendek. Bas sudah pun datang.Kedua2nya berebut2 memanjat tangga bas.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-12-2009 08:28 PM | Show all posts
“Kau pergi mana tadi?” soal Lina sambil merebahkan badannya di atas katil Diana. Diana yang baru sudah mandi, mengeringkan rambutnya dengan tuala.Baju pijamanya berwarna pink terang dengan corak kartun nampak comel ditubuhnya.

“Jusco” balas Diana pendek.

“Dengan Farid? Lamanya…” kata Lina hairan. Diana ni, jarang nak baik dengan budak lelaki. Apatah lagi, nak keluar berdua.

“Kitorang kan bestfriend.Kau jangan fikir bukan2lah!!Aku waras lagi..” kata Diana sambil menyikat rambutnya. Lina menjuihkan bibirnya. Percaya kata2 Diana. Setahunya, Diana memang benar2 tidak berminat pada sebarang hubungan. Keluarganya begitu mengawal soal hubungan serius seperti itu.

“Esok aku nak pergi karaoke dengan dia. Kau nak ikut?” soal Diana sambil menyembur pewangi ke lehernya yang jinjang.

“Karaoke? Eh, nak!!” Lina tersengih. Diana angguk.

“Lepas kelas, kita pergi,” kata Diana sambil menghumbankan tubuhnya ke atas katil bujang asramanya. Lina di sebelahnya sengih cuma.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2009 08:28 PM | Show all posts
“Duit kita tong-tonglah!!!” kata Farid kepada Lina , Diana dan Raja di kaunter bayaran pusat karaoke itu.

“Tak ada hallah..”Diana meneliti segenap ruang pusat karaoke itu. Seorang pelayan datang, lalu menunjukkan jalan ke bilik yang ditempah oleh mereka. Pintu bilik dibuka. Diana ternganga. Raja , Lina dan Farid sudah masuk lalu meletakkan beg masing2.Sofa berwarna hitam gelap, dengan dinding bercat hijau muda, set karaoke yang besar…bersih..!!!

“Apahal mulut kau ternganga macam tu?” soal Farid bila melihat Diana masih memerhati segenap ruang bilik itu.

“Serius!!!Aku tak pernah karaoke!!Inilah first time aku karaoke. Aku bayangkan karaoke tu macam tempat gelap…busuk…kotor..” kata Diana sambil melabuhkan punggungnya ke sofa mewah itu.

“Ada jugak yang macam tu. Yang itu, dipanggil karaoke jamban!!Bilik dia kecik je..kalau kita berempat masuk, memang terpaksa jadi sardine. Aku ajak korang , mestilah tempat yang okay je aku bawak…” kata Farid.
       
“Walaupun nama aku Raja, tapi aku cuma Raja kapoor aja. Dia ni, Raja karaoke…,” sampuk Raja. Mereka senyum.

“Korang nak minum apa?Aku ambilkan..” soal Raja yang sudah berada di pintu bilik karaoke mereka. Diana memandang Lina.

“Boleh minum2?” soal Diana. Lina dan Farid ketawa.

“Kesiannya aku budak ni…” Farid menggelengkan kepalanya.

“Ice Lemon Tea..”pinta Lina.

“Teh ais ada?” soal Diana.Sekali lagi Diana ditertawakan.

“Mana ada!!Soft drink sajalah!!Kalau hot drink, kau boleh minta hot coffee atau jasmine tea. Itu aje,” Raja sudah kasihan melihat Diana yang terkebil2.

“Korang pun satulah…menu tak bentang depan aku…mana aku tau. Bagi aku Ice Lemon Tea jugaklah!!!Susah betul nak menyanyi. Senang2..aku beli je set karaoke ni kat rumah aku..nyanyi sorang2!!!” Diana sudah marah. Beg sandangnya di keluarkan dari bahu. Raja sudah menghilang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2009 08:29 PM | Show all posts
Dari satu lagu, ke satu lagu…penyanyi silih berganti. Masa beredar.Farid menelek jam ditangannya. Lambatnya nak tunggu habis 4 jam!!!Raja sudah menguap bosan.
“Aku dah tak tahu nak nyanyi lagu apa lagi…” kata Raja sambil meneguk kopi didepannya.Snek dikunyah lambat2.
       
“Aku pun…dah tak larat dah…” sampuk Lina.

“Kau bukan menyanyi Lin…kau bersyair..”kata Farid. Lina menjeling kea rah Farid sekaligus Farid ketawa. Serius! Lina menyanyi seperti bersyair…mendayu semacam…walaupun lagu itu adalah lagu rancak! Pecah perut Farid dan Raja mentertawakan Lina sebentar tadi. Cuma Diana saja yang belum menyanyi. Bila disuruh, nantilah dulu…katanya….

“Kita berduet nak Di?” soal Farid sambil memilih lagu.

“Lagu apa? Jangan lagu Negaraku pulak..” ngomel  Diana.

“Lagu slow2 ni saja…kau nyanyi sebaris, aku nyanyi sebaris…” kata Farid. Diana melihat kearah skrin TV. Lagu apa dia pilih ni….

“Okey…ready..aku start dulu…”kata Farid.

“Kalau suara aku tak sedap?” soal Diana gusar.

“Hentam sajalah…”kata Farid. Muzik sudah kedengaran. Diana tahu lagu itu. Lagu lama.

“Tiada secantik bahasamu, kugubah lalu menjadi lagu…”Farid sudah bermula.

Diana memandang Farid sambil menyambung nyanyian. Macam yang sudah dipersetujui…dia sebaris, Farid  sebaris…

“Tidak setanding paras, wajahmu itu menjadi rindu…
Andainya bulan retak seribu, bayangmu ada di mana-mana,
Jika kaca berderai, luka tersusuk seluruh jiwa…
Kita pun diibaratkan kasih suci yang bahagia
Aku turut merasakan…mahligai yang jadi nyata bersamamu
Pertama dan kaulah selamanya
Riwayat yang menghikayat cinta
Kasih jangan biarkan kata yang nista membakar kita
Kata janji bukan ukuran
Hanya sejati dalam diri
Kuburkan aku dihatimu
Demi cinta sebelum mati
Sejauh manapun terpisah
Kau dihatiku dan ku sama
Dalam tidur dalam terjaga
Kuucapkan salam sejahtera”

Diana memandang Farid yang sedang serius memandangnya.Raja dan Lina memandang kedua-duanya. Suasana sunyi sepi seketika. Diana pandang Lina dan Raja.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2009 08:30 PM | Show all posts
“Air liur aku bersembur kat muka kau ke?” soal Diana sambil memandang Lina. Melopong mulut Lina. Cepat2 dia menggeleng.

“Takde2…” cepat2 Lina dan Raja membetulkan duduk mereka. Diana meletakkan mikrofon ke meja.

“Boleh tahan…kata suara tak sedap..” puji Farid.

“Well….saja simpan suara..” Diana menjungkit bahunya. Lina tersengih.Raja mengambil mikrofon pula.

“Okeh…ini lagu favorite aku. Korang dengar haa….aku nyanyi khas untuk korang..” Raja menekan2 punat memilih lagu. Farid, Lina dan Diana focus kepada skrin. Mahu melihat lagu pilihan Raja.

“Nah…ini dia..Yen Thailevva!!!” jerit Raja.

“Lagu tamil??????!!!!” Toingggg!!!!Farid sudah tertonggeng. Diana sudah jatuh sofa dan Lina sudah muntah. Terperanjat ketiga2nya. Raja sengih.

“Perpaduan maaa….kata satu Malaysia!!!” dan Raja terus menyanyi hingga waktu habis.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 10:08 AM GMT+8 , Processed in 0.196864 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list