CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fizziany

ANDAI KAU TAHU. (U)

 Close [Copy link]
Post time 11-12-2009 09:58 AM | Show all posts
kelakolah citer nie...
kalu free letak n3 lagi k...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-12-2009 04:57 PM | Show all posts
“Woi mangkuk! Kau jalan menonong aje ye!!!” Farid segera merapati Diana yang sedang menapak menuju ke kafe. Diana menghampiri deretan makanan yang tersedia di kafe itu. Lina masih belum pulang. Orang Kelantan. Tiket bas tak ada. Petang nanti baru basnya tiba.

Farid turut berkira2 mahu makan di kafe itu. Perut yang tidak lapar, tiba2 bertukar kebuluran sebaik terpandang deretan makanan yang enak.

“Lin mana?” soal Farid. Diana sudah mengambil pinggan kosong ditepi deretan makanan. Nasi dicedok ke pinggan. Farid menghulurkan pinggan kosongnya.

“Tolong cedok untuk aku jugak..” pinta Farid. Tanpa banyak soal, Diana menyendukkan nasi ke pinggan Farid.

“Tak sampai lagi. Raja mana?” soal Diana sambil memilih lauk. Suasana kafe mula hangat. Pelajar2 yang berpusu2 keluar dari kelas, sudah menghampiri kafe itu. Waktu makan tengahari sudah tiba.

“Dia pergi jumpa Pejabat Hal Ehwal Pelajar…jumpa Encik Nazri,” balas Farid. Diana mencebik.

“Sampai kelas pun tuang?” soal Diana menyindir.

“Macam tak biasa…” sindir Farid pula. Diana menjelirkan lidahnya. No komen!

“Kau nak minum air apa? Biar aku beli…kau pergi cop tempat. Kang penuh pulak seat kat kafe ni…” Farid menghulurkan pinggan nasinya kepada Diana. Diana angguk.

“Sirap limau..” ujar Diana. Farid angguk.

Benar.Kafe yang terletak di tengah2 kampus itu, paling popular berbanding kafe di jabatan lain. Selalu penuh! Diana menghampiri satu meja lalu duduk. Farid sudah menghilang untuk membeli air minuman.

Diana meletakkan beg sandangnya di sebelahnya. Makanan Farid di depannya direnung. Ada ikan sembilang goreng berlada, sayur kacang masak lemak dan sedikit ulam. Diana merenung makanannya pula.

Nasi putih, ikan sembilang goreng berlada juga, tapi disertai dengan sup sayur dan cendawan goreng. Diana meneliti saiz ikan di kedua-dua pinggan. Hmm…apsal ikan dia lagi besar dari ikan aku? Errr…Diana menoleh ke belakang, meninjau kelibat Farid. Hihihi….tak ada.

Pantas ikan di pinggannya ditukar dengan ikan di pinggan Farid. Tatkala mahu meletakkan ikannya ke pinggan Farid, tiba2 ekor ikan yang leper itu patah dua. Alamak! Ternganga Diana. Macam mana ni???

“Nah…” sejurus tangannya diangkat dari pinggan Farid, Farid sudah muncul dengan dua gelas air minuman. Terpana Diana seketika.

“Kenapa?” Farid segera menyoal apabila riak resah terukir di wajah Diana.

“Tak de apa2..tak de apa2..hehe..” segera Diana menggeleng. Farid terus bersiap2 hendak makan. Diana turut mula menyuap. Farid meneliti ikannya seketika. Ekor dia patah ke tadi? Musykilnya…..

Farid menjatuhkan pandang ke wajah Diana yang sedang sibuk meyuap makanan.

“Kau tukar ikan aku ye?”  Farid merenung ikan dipinggannya. Kemudian, pandangannya tumpah ke wajah Diana. Segera  Diana mengalihkan mukanya. Buat2 tak tahu. Farid merenung wajah Diana lagi.

“Kau tukar ikan aku ke? Aku tanya ni..” tegas suara Farid menyoal.

“Mana ada…” gumam Diana berbohong sambil menyuap makanan. Farid mencebik.

“Kalau tak tukar, bagusla. Sebab…ikan aku tu, aku dah ludah sikit…” selamba Farid menuturkan kata2 itu, lalu terus menikmati makanannya.

Erkk!!!Hendak tercekik Diana apabila mendengar kata2 Farid. Ludah??? Arkk!!!Air sirap limau cepat2 diambil lalu ditelan sebanyak mungkin. Farid mengulum senyum sambil melirik kea rah tingkah laku Diana. Huh…bukan susah nak buat budak ni mengaku…Hehehehe..

“Kenapa? Tercekik tulang ke?” soal Farid sambil tersenyum2 simpul. Diana segera menggeleng2. Lahabau Farid!!! Pengotor betul!!!

“Aku tipu je la….hahahah!!!!” serentak dengan itu tawa Farid berderai. Diana ternganga merenung Farid yang ketawa dengan nasi yang penuh dimulutnya. Aaaa….
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2009 04:57 PM | Show all posts
“Kau masuk chess tournament esok?” soal Farid yang masih berjalan beriringan dengan Diana. Jam masih awal. Dia punya waktu satu jam lagi sebelum kelas terakhirnya petang itu.

“Masuk. Kau?” soal Diana. Matanya melilau meninjau kesatu sudut di ruang pameran di depan pejabat hal ehwal pelajar.

“Masuk. So…esok kita jumpa la ya. Kalau hang lawan dengan aku, make sure hang kalah ya…” kata Farid lucu. Berbual dengan Diana, adakalanya, perkara yang tidak lucu, boleh menggelikan hatinya. Dia pun tidak tahu mengapa.

“Taik kau la. Aku takkan bagi peluang punya. Lawan tetap lawan…” balas Diana. Senyum diukir, membuatkan Farid senang melihatnya.

“Oh…baru aku teringat!!Boleh aku tanya sikit?” soal Diana. Matanya pantas merenung Farid. Renungan matanya yang tajam, seolah2 pedang yang terus menikam jantung Farid. Terpana Farid seketika.

“Apa dia?” Farid menggalas beg sandangnya yang hampir jatuh dari bahu. Diana senyum sambil mengatur langkah menuju ke asramanya.

“Hari tu, kau ada bagi aku nombor telefon. Kau cakap…kau bagi nombor tu kat aku, sebab aku classified. So..soalannya, apa maknanya ‘classified’ tu?” soal Diana sambil merenung ke wajah Farid.

“Errr…” terbang seluruh kekuatan Farid. Suaranya tenggelam. Farid merenung Diana didepannya yang masih menanti jawapan darinya. Macammana aku nak bagitau? Takkan budak ni tak paham2 lagi? Classified tu, maknanya istimewa la…Tapi..takkan nak cakap kat dia yang dia istimewa…Nanti dia cakap aku desperate nak kat dia pulak…aduh…
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2009 04:58 PM | Show all posts
Farid mengelap dahinya yang tidak berpeluh. Apa aku nak jawab ni…

“Cepatla. Apa maksudnya?” Diana sudah berhenti berjalan. Dia memandang Farid lagi. Farid duduk di bangku yang terletak di tepi jalan. Diana enggan duduk, sebaliknya merenung Farid menanti jawapan.

“Err…classified….maksudnya, classifiedla,” jawapan paling bijak diberi. Diana mendengus.

“Jawab macam tu, pak cik tukang kebun pun boleh jawab..” marah Diana seraya duduk di sebelah Farid. Farid menggaru2 kepalanya yang tidak gatal.

“Ala…classified tu…” Farid menjeling kea rah Diana yang masih memerhatikannya. Wajah Diana serius. Alamak…garang pulak muka mak cik ni…

“Classified tu, maknanya terpilih…” lancer saja jawapan Farid.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2009 04:58 PM | Show all posts
“Terpilih? Apa yang terpilih?” Diana kurang jelas. Bengongnya pompuan ni….Farid menggaru lagi kepalanya. Isk!

“Maknanya…kau ni, orang yang terpilih la…sebab tu aku bagi kau nombor telefon tu..” kata Farid berterus terang.

“Oooo…” melopong mulut Diana. Dia terangguk2. Diana bangun, mahu masuk ke asramanya. Diana tersengih sendirian. Aku terpilih? Hehehe…terpilih…tapi, malangnya aku dah terhilangkan nombor tu….hihihi…

“Aku masuk dulu…jumpa esok,” Diana melambai kea rah Farid. Dia masih tersengih sendirian. Kalaulah Farid tahu….mampus aku!

Farid angguk, senyum. Pandangannya masih tertancap pada kelibat Diana yang melangkah meninggalkannya. Farid mengulum senyum. Hatinya senang. Tidak tahu mengapa.

Sebaik melihat mata pelajar2 perempuan lain yang memandang kehairanan kepadanya yang masih bertenggek di depan asrama perempuan,  Farid cepat2 mengatur langkah meninggalkan perkarangan asrama perempuan itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2009 04:59 PM | Show all posts
Farid merenung kedudukan carta pemain2 chess yang baru ditampal. Dia tersenyum lebar bila namanya sudahpun berada di dalam carta pada kedudukan kelima. Matanya beralih kepada nama Diana yang sedang berada di tangga ke tiga.

Hmm…lambat lagi nak kejar Diana ni…Farid mengurut2 dagunya yang licin. Dia membandingkan markahnya dan markah Diana. Bezanya agak ketara. Tanpa pengetahuan Diana, dia menyertai tournament setiap hari Jumaat tanpa gagal sekalipun. Disebabkan itulah, setiap kemenangan menyumbang kepada peningkatan markahnya.

Paappp!!!Bahunya ditepuk secara tiba2 dari belakang. Lahabau!!!Sapa ni…Pantas Farid menoleh. Raja merangkul bahunya sambil merenung notis carta di papan kenyataan.

“Kau tengok apa ni?” Raja masih membaca satu persatu notis itu.

“Ini…aku tengah kira markah aku ni..” balas Farid.

“Sejak bila kau concern sangat pasal benda2 ni?’ soal Raja. Farid di sisinya direnung. Farid mula mmenapak meninggalkan papan kenyataan itu.

“Sejak aku rasa seronok kat kelab ni..” balas Farid. Raja masih mengekorinya.

“Bukan sejak kau kenal Diana?” Raja mengulum senyum. Wajah Farid dipandangnya.

“Apalah kau ni..” Farid tersenyum meleret dengan usikan tidak rasmi Raja itu.

“Hey kawan…aku taula. Kau dah suka dengan Diana kan?” Raja masih meneka. Farid tersengih lagi. Entah kenapa, bibirnya sudah tidak tahu hendak memberhentikan senyuman yang terukir di bibirnya.

“Mana ada. Dia dengan aku kawan je la. Just friend!” tegas Farid.

“Ye ke…aku tengok, bila kau bercakap dengan dia, macam dah tak pedulikan orang lain lagi. Muka kau pun, berseri2 bila kau bercakap dengan dia.,” Raja masih tidak mahu mengalah.

“Ye ke?” Farid kini sudah terjerat. Mukanya serius merenung Raja.

“Iyalah kawan!!! Aku cakap macam ni pun, sebab aku selalu tengok kau bercakap dengan Diana..” Raja menepuk bahu Farid. Farid masih tersenyum. Hii…mulut…tak reti nak masam ke? Farid menampar2 pipinya.

“Isk…tak mungkinlah! Dia dan aku Cuma kawan! Kalaupun betul apa yang kau tengok tu, mungkin sebab aku rasa selesa dan senang bila berkawan dengan dia..” kata Farid lagi.

“Sukahati kaulah Farid..” Raja tersengih. Dia menggeleng2 sambil tersenyum.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-12-2009 05:00 PM | Show all posts
Sabtu. Pertandingan catur terbuka sedang berlangsung di dewan Kelab Catur. Segenap ruang di dewan kelab itu dipenuhi dengan puluhan pelajar2 yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan pertandingan itu. Selebihnya, menjadi pemerhati atau penyokong kepada rakan2 mereka.

Diana merenung papan kenyataan di depannya. Mulutnya melopong membaca satu persatu nama yang tersenarai di dalam carta baru. Sesekali kepalanya digaru2.

Bila pulak mamat ni masuk carta? Tau2 dah nak potong aku…Kalau hari ni dia menang banyak, gerenti dia boleh kalahkan akula. Ini tak boleh jadi!!

Diana berpaling dari papan kenyataan. Lina yang bersama Mastura sedang seronok menyokong Akmal yang sedang bermain catur dengan lawannya. Mata Diana mencari kelibat Farid.

Dia mesti ada kat sini!!! Diana mengatur langkah. Dari satu meja, ke satu meja, dia mencari Farid. Di satu sudut, pencariannya berakhir bila dia terlihat Farid sedang khusyuk berlawan catur dengan seorang pelajar lain.
               
Kaki dihayun laju. Sebaik menghampiri Farid, Diana sengaja menarik kerusi lalu duduk di belakang Farid.

“Banyak menang bang….” Sengaja suaranya dilunakkan dan dihembus ke telinga Farid.

“Ahh!!!” Farid yang sedikit terperanjat, segera menoleh ke belakang. Pantas Diana senyum manis. Farid melopong.

“Kau???Aku ingat awek mana tadi…” Farid kembali menghalakan fokusnya kepada permainan. Diana turut diam menunggu Farid habis bermain.

Tidak sampai 2 minit, Farid sudah mengakhiri permainan itu dengan kemenangan di pihaknya. Farid tersenyum ceria apabila bersalaman dengan lawannya.

“Haa..nak apa?” Farid segera bertanya sebaik dia usai bermain. Diana menarik nafas berat.

“Kau main sorang2 ya? Kenapa tak ajak aku sekali? Bila kau main? Tau2..aku tengok nama kau dah ada dalam carta..” bertubi2 Farid diasak dengan pertanyaan.

“Ish..kau ni. Satu2 la tanya. Gelojoh betul…” Farid mengomel sambil berjalan beriringan dengan Diana menuju ke satu sudut. Kerusi diambil lalu mereka berdua duduk sambil memerhatikan pelajar2 lain bermain catur.

“Takdela…Cuak gak aku bila kau main sorang2. Mana aci macam ni…” rungut Diana.

“Ala..kau tu dah terrer. Tak payah selalu datang sini asah skill pun. Sebab tu aku tak ajak kau…” balas Farid. Diana mencebik. Whatever….

“Berapa game kau main hari ni?” soal Farid.

“3..” Diana menjawab pendek.

“Menang?” soal  Farid lagi. Diana angguk.

“1 kalah..” balas nya lagi. Farid menjungkit keningnya. Not bad!

“Result keluar esok. Jom kita pekena teh tarik kat kedai Kama..” Farid memandang Diana di sebelahnya.

“Tu?” Diana menunjuk kea rah Lina dan Mastura yang sedang sibuk berbual dengan beberapa orang pelajar.

“Tak nak ajak?” Diana menyoal.

“Arrr…”Farid ternganga seketika sambil berfikir.

“Tinggallah! Aku tak ada mood nak bersembang dengan ramai orang hari ni…” kata Farid.

Diana merenung wajah Farid. Biar benar….

“Ok. Jom..” beg disangkut ke bahu.Farid tersengih gembira. Yea!!!Dating!!! Cepat2 begnya dicapai. Langkah diatur laju meninggalkan dewan kelab catur itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2009 05:02 PM | Show all posts
“Aku nak tanya kau sikit..” Farid meletakkan begnya di kerusi sebelah. Diana sedang sibuk meneliti menu yang terpapar di papan iklan kedai itu.

“Tanya apa lagi? Kau ni memang suka interview aku..” Diana pandang Farid. Farid senyum.

“Bila kau nak kahwin?” soal Farid selamba.

“Soalan apa ni!!” berkerut dahi Diana mendengar.

“Yelah! Kau cakap umur kau dah 25. Biasanya, time2 macam ni, orang perempuan lain sibuk mencari teman lelaki. Kau? Tak berminat?” soal Farid lagi.

“Kau ni kena demam denggi ke…” Diana kurang senang bila diaju soalan begitu. Sungguh! Dia tidak mahu mendengar perkataan kahwin itu.

“Aku tanya ja…” risau hati Farid bila melihat wajah Diana yang berubah bila diaju soalan tak berjenis itu.

“Aku tak nak kahwin..” balas Diana pendek. Pelayan restoran sedang menuju kea rah mereka. Masing2 senyap seketika, memberi laluan pekerja restoran meletakkan makanan dan teh tarik yang dipinta di meja.

“Kenapa?”  Pekerja restoran telahpun beredar. Diana terus menghirup teh tariknya.

“Kalau tak kahwin tak boleh ke?” rimasnya!!!

“Bukan tak boleh…Tapi, pelik,” balas Farid. Tangan laju menyuap roti canai ke mulut.

“Kau pernah baca sajak yang ditulis oleh Dharmawijaya? Tajuknya, Pintaku Padamu…”soal Diana serius. Pantas, Farid menggeleng.

“Tak pernah!”

“Kalau kau baca sajak tu, kau tahu makna hidup. Hidup bukan semata untuk bercinta, Dunia bukan sekadar berlagu kecewa…” sambung Diana lagi.

“Wow…Ardiana Tahir pandai bersajak beb!!!” Farid bertepuk tangan. Diana ternganga melihat Farid bertepuk tangan untuknya.

“Ceh!!!Itu antara bait2 sajak tu la!! Aku ulang semula untuk kau saja..” ulas Diana. Farid senyum lagi. Namun, senyumnya tidak semanis sebelum ini. Perasaan tawar bermukim sedikit di hatinya.

Farid merenung Diana di hadapannya yang khusyuk makan. Besar sangatkah pengaruh sajak itu pada dia? Betul2 ke dia tak nak kahwin? Kalau betul…aku la yang melopong. Tapi..aku ni..kenapa ni….

Hatinya gusar dengan keadaan itu. Farid renung Diana lagi. Kunyahannya perlahan.

“Kau kenapa?” soal Diana apabila melihat Farid hanya merenungnya.

“Saja renung kau..”

“Ada taik mata bertepek kat mata aku ke?” soal Diana. Farid terketawa. Ketawa pun boleh ‘ter..’

“Taklah. Aku saja ja..” tegas Farid.

“Hmm..” Diana mencebik.

“Tapi…” Farid masih tidak berpuas hati. Diana mendongak. Apalagi mamat ni…

“Betul ke kau tak nak kahwin?” soalnya sekali lagi.

“Iye…” Diana terus mengangguk. Nafas Farid seakan terhenti. Punah mimpi aku!!!

“Ele..sekarang ni boleh la kau cakap macam tu. Sebab, kau belum jumpa someone yang kau suka. Tapi, aku percaya, suatu hari nanti…bila kau dah jumpa the right man, kau akan tukar fikiran..” Farid bertegas.

“Suka hati kaulah nak cakap apa…” Diana sudah malas hendak bertegang leher dengan Farid. Masing2 terdiam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-12-2009 05:07 PM | Show all posts
sambung esok la pulak!
aku nak pi tido jap...
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2009 05:08 PM | Show all posts
kelakar la dia orang nih
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2009 09:03 AM | Show all posts
thanks...
kita suka...kita suka... :pompom:
kalu free letak lagi k...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2009 11:04 AM | Show all posts
111# shahrinas
Seronok baca cerita ni.. kelakar.. boleh saya tersenyum sorang2 kat depan PC ni..
Nak n3 lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2009 10:32 PM | Show all posts
Chaiyok chaiyok fizz ... kelakar lah c diana and farid ni  ketawa sorang dpn pc ni

Fizz tu si Ifah nak buat perjumpaan ko x mo ikut sama ke????

Klu ko free meh lah ikut sama kita kenal2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2009 01:52 PM | Show all posts
perjumpaan?
boleh!!aku nak ikut!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2009 01:56 PM | Show all posts
Diana, Lina, Shila dan Mimi makan bersama2 tengahari itu. Selepas habis kelas, masing2 menuju ke bilik dengan bungkusan makanan yang dibeli di cafeteria. Petang Jumaat itu, masing2 tidak mempunyai kelas. Waktu2 begini dihabiskan dengan makan bersama2 dan bersembang.

“Tournament chess dah habis kan?” soal Shila sambil memandang Diana dan Lina. Keduanya angguk saja.

“Sapa juara?” soal Shila lagi berminat.

“Duratul Ain…Dia budak otai kat situ. Dari tahun satu lagi dia memang orang kuat kelab tu,” balas Diana.

“Oo..habis, kau dapat nombor berapa? Lina cakap kau terrer jugak,” soal Shila lagi sambil menyuap ikan ke mulut.

Diana dan Lina saling berpandangan, kemudian tersenyum.

“Aku nombor tiga…takat tu je aku boleh pergi. Lebih dari tu, dah tak boleh. Kalau aku extend satu tahun lagi study kat sini…aku rasa baru boleh..” balas Diana sambil mengulum senyum.

“Kau gila! Orang lain semua tak sabar2 nak habiskan study…kau pulak bukan main seronok asyik nak mengulang kelas..” gumam Shila lagi. Diana terkikih ketawa.

“Alang2 korang punya chess dah habis, jomlah join SRC..” ajak Shila tiba2. SRC adalah singkatan dari ‘Student’s Representative Council’ atau dalam Bahasa Melayunya…MPP(Majlis Perwakilan Pelajar).

“Ada apa? Election kan dah lepas..” Lina menyahut. Segera dia terbayangkan bagaimana Shila meminta pertolongannya dan Diana untuk menggantung poster2 calon2 MPP yang bakal bertanding. Sampai senget bahu2 mereka menyangkut banner di pokok2 sekitar kampus.

“La..aku taula. Yang aku ajak korang ni…join committee Humanitarian Mission atau Misi Kemanusiaan. Diorang tengah nak rekrut orang baru sebab kakitangan tak cukup…” kata Shila.

“Untuk apa?” soal Mimi yang baru menghabiskan makanannya. Bekas polisterin ditutup. Tangannya masih bersisa makanan, dibiarkan sambil menunggu rakan2nya yang lain menghabiskan makanan.

“Ala..korang tak baca paper ke..Sekarang kan isu Palestin naik balik. Dulu, masa Afghanistan kena serang dengan US, kami ada buat pelbagai ceramah umum dan kutipan dana untuk disalurkan ke dana bantuan antarabangsa. Kali ni, senior2 dulu, ramai dah grad. So, untuk lancarkan projek baru ni, kami nak rekrut orang baru…” panjang lebar ulasan Shila.

Diana , Lina dan Mimi terlopong dengan penerangan Shila. Sungguh, Shila memang diketahui antara pelajar yang aktif dalam MPP. Sebelum inipun, mereka tidak ambil peduli apa aktiviti MPP. Yang menjadi perhatian mereka, Cuma aktiviti2 kelab2 yang menyeronokkan bagi mereka.

“Takpela.Korang tak faham apa aku cakap ni…it’s ok. Kalau nak penerangan lebih lanjut, malam Isnin nanti, kat Dewan Utama kami ada buat ceramah umum mengenai isu Palestin ni. Kitorang import speaker dari macam2 agensi. Mostly, dari UIA. Dr. Chandra Muzaffar pun ada. So, kalau tak pergi, rugi…” kata Shila lagi.

Diana, Lina dan Mimi melopong lagi.  Masing2 terdiam merenung Shila.

“Haa..apalagi, tak nak basuh tangan ke? Tangan macam ni, kalau pergi umah mak mertua, tobat dia tak nak salam dengan korang..” Shila menutup bekas polisterinnya lalu bingkas bangun. Dia mahu menuju ke bilik air untuk membasuh tangan dan membuang sampah.

Diana, Lina dan Mimi cepat2 bangun. Bekas polisterin yang kini Cuma tinggal sisa makanan segera dicapai. Keempat2 mereka berbondong2 menuju ke bilik air.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2009 02:15 PM | Show all posts
Diana segera mengangkat telefon bimbitnya yang kuat berdering.

“Di kat bilik lagi..” seakan tahu soalan abangnya, Diana segera bersuara sebaik talian dijawab.

“Cepatlah turun! Abang dah ada kat bawah…” kata  Daniel.

“Hmmph..” talian diputuskan. Diana segera menggalas beg LV nya  

“Kau balik rumah ke?” di tengah jalan, dia di sapa Mimi yang baru keluar dari bilik air.
Diana angguk saja. Tiap2 minggu, jika tiada aktiviti, itulah rutinnya. Dijemput pulang oleh abangnya.

“Kirim salam kat abang kau..” Mimi senyum mengekek. Diana sengih.

“Iyalah…” langkah terus diatur.

Di depan perhentian bas, Diana sudah ternampak Sorento milik abangnya. Segera pintu kereta dibuka.

Tanpa banyak suara, kereta terus bergerak. Diana memeluk beg sandangnya sambil melemparkan pandangannya ke tingkap kereta. Melihat deretan pemandangan  di luar tingkap.


“Di dah makan ke belum?” soal abangnya.

“Belum. Ibu masak apa hari ni?” soal Diana.

“ Laksa Sarawak..” balas Daniel pendek.

“Aduh..lapar!!!” segera Diana terbayangkan kelazatan laksa Sarawak buatan air tangan ibunya. Hmm..Daniel tersenyum simpul. Diana mengalih pandangan ke luar tingkap. Melihat deretan pelajar2 yang sedang beratur menunggu  di perhentian bas kawasan asrama lelaki, segera matanya terpaku pada satu kelibat manusia.

Farid sedang duduk di tempat menunggu bas bersama Raja. Mungkin Farid tidak perasankannya lantaran kereta yang dipandu abangnya agak laju.
Kemana dia nak pergi? Hati Diana tertanya2 sendirian.  Tanpa disedarinya, bibirnya mengukir senyum.

“Tengok apa sampai senyum melintang tu?” Daniel menoleh seimbas lalu meneliti raut wajah Diana.

“Ah?? Err..takde apa2..” wajah Diana merona pucat. Pantas dia menafikan apa yang dilihatnya. Tidak mahu abangnya perasan apa yang terfikir difikirannya. Kalau abangnya mendapat tahu apa yang terkandung difikirannya ketika itu, mahu dia dibunuh tika itu!

Diana menunduk. Bungkam seketika. Bagai tersedar nasib diri, Diana menghitung silapnya dahulu. Dia sedar, segala2nya berpunca dari kebodohannya dahulu. Kerana peristiwa lampau, ibu, ayah dan abangnya bersikap begitu pessimis terhadap apa saja keputusannya. Dan Diana tidak sekali2 menyalahkan keluarganya. Dia sedar, dia yang silap.

Diana angkat wajahnya, merenung tingkap kereta. Farid!!Satu keluhan dilepaskan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-12-2009 02:16 PM | Show all posts
Daniel memasang telinganya sebaik melihat adiknya mengeluh. Entah apa yang dikeluhnya itu? Mengapa dia tidak mahu bercerita kepadanya? Apa yang membuat impresi wajahnya berubah dalam masa 5 saat? Mula2 dia tersenyum, kemudian, cepat2 wajahnya bertukar masam kelat.

Ada masalahkah? Kenapa mulutnya senyap saja hari ini? Takkan sebab tak makan lagi, maka dia jadi lemah untuk bersuara?

“Di okay ke?” soal Daniel lagi bagi mendapatkan kepastian. Diana segera menoleh. Pantas, dia mengangguk.

“Okay..” sedikit hairan dengan soalan abangnya.

“Kalau ada masalah, cakap dengan abang..” tegas nada Daniel.

“Di okay la. Jumpa laksa Sarawak kat rumah nanti, hilanglah masam kat muka ni..” balas
Diana. Daniel angguk. Percaya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2009 02:16 PM | Show all posts
Diana mengemaskan buku2 di rak kecil berwarna putih di dalam biliknya. Jam sudah menunjukkan pukul 12 malam. Ayah dan ibu sudah tidur. Abangnya? Entahlah. Tadi dia masih lagi bersantai dihalaman rumah di depan kolam ikan.

Diana menarik nafas berat. Farid! Ingatannya segera melayang ke wajah Farid. Teringatkan saat2 dia bersama Farid. Kenapa lelaki itu begitu tulus? Bersama dengan lelaki itu, tak pernah sekalipun dia berasa kekok. Dia rasa sangat selesa.

Farid dan Hadi jauh sangat bezanya. Jurangnya bagai langit dengan bumi. Hadi, terlalu mengongkong. Diana mengeluh lagi. Buku ditangan direnung. Perlahan2 dia menyusun di rak buku.

Mengapa harus aku membandingkan Farid dengan Hadi? Mengapa? Bukankah Farid Cuma kawan biasa? Apa jua karektornya tak ada kaitan dengan hidup dan mati aku…
Mengapa?

Aku sukakan Farid kah? Tapi, dia sukakan aku ke? Diana bingung. Apa perasaan aku sebenarnya ni? Bingungnya…

Buku dikemaskan secepat mungkin. Diana bangun, keluar dari bilik tidurnya. Langsir jendela kaca tingkat atas banglo itu dijengah. Ya, abang masih ada disitu. Cepat2 Diana melangkah menuju ke luar rumah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2009 02:17 PM | Show all posts
“I’ll call you tomorrow..” cepat2 Daniel memutuskan talian bila Diana sudah melabuhkan punggungnya di kerusi yang berhadapan dengannya. Telefon diletakkan di atas meja.

“Kak Ayu?” soal Diana. Daniel angguk. Diana yang berT-shirt dan berseluar separuh lutut dipandang.

“Kenapa tak tidur lagi?” soal Daniel sambil menyelimutkan lutut Diana yang bogel. Bimbang kalau2 adiknya kesejukan dipeluk dingin malam.

“Tak boleh tidur..”balas Diana pendek. Selendang dari India diselimutkan ke bahunya. Daniel dipandang kosong.

“Kenapa?”

“Entahlah! Otak dah biol..”sahut Diana malas.

“Makan ubatlah!” seloroh Daniel sambil tersengih. Diana mencebik.

“Kenapa ni..” pujuk Daniel lembut bila wajah si adik sudah masam kelat. Buat seketika, Diana terdiam. Dia menarik nafas dalam2. Wajah Daniel kemudian direnung.

“Di ada problem la bang..” matanya menyorot memohon pengertian.

“Apa problemnya…” Daniel mendengar penuh empati.

“Entahlah bang. Susah nak cakap. Di pun tak tahu apa yang berlaku sekarang. Di bingung. Di takut…” kata Diana.

Daniel hanya diam, membiarkan Diana meneruskan kata2nya.

“Ada sorang kawan Di. Nama dia Farid…”

“Di suka kat dia?” segera Daniel memintas percakapan Diana. Diana terpana.

“Bukan macam tu bang…”

“Habis, kalau Di tak suka pada dia, kenapa perlu sebut nama dia? Takkan dalam ramai2 kawan lelaki, nama dia seorang yang Di sebut? He must be someone different from the others sampaikan nama dia yang Di sebut..” Daniel merenung tajam ke arah Diana.

Diana bungkam. Serba salah dibuatnya.

“Itulah masalahnya bang. Di tak suka dia. Tapi, Di tak tahu kenapa Di asyik teringatkan dia. Di tak nak suka dia. Lagipun, dia lagi muda dari Di…Di takut. Di tak faham apa yang berlaku sekarang..” keluh Diana.

“Jauhkan diri dari dia. Settle masalah!” komen Daniel. Pantas Diana mengangkat wajahnya memandang Daniel. Jauhkan diri dari Farid? Bolehkah aku?

“Tapi bang..” suaranya tersangkut di tekak.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2009 08:53 AM | Show all posts
ish! memang saja tau wat suspen...
kalu free letak n3 lagi k...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 05:51 AM GMT+8 , Processed in 0.066373 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list