CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: azredclaw66

CERITA MISTIK CATATAN MERAPU AZRED

[Copy link]
Post time 14-1-2010 05:22 PM | Show all posts
fuyooooo gila babas Along merempit di rumah pakcik Azred nih

Pakcik saya suker! saya suker! saya suker citer pakcik nih!!! :pompom:

Teruskan usaha pakcik, saya pembaca tegar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2010 05:24 PM | Show all posts
Dah, Along nak pi sambung buat kerja... dari tadi dok menatap PC baca e-novel pakcik nih.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2010 07:17 PM | Show all posts
Thanx Naqitira, Naza81, Pu3 and EyeAlong.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2010 10:48 AM | Show all posts
aiya, pepagi lagi saya dah bukak benang nih kot2 ada citer baru tapi....

pakcik Azred busy ker????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2010 12:45 PM | Show all posts
“Assalamualaikum! Hamid!” laung Lebai Kassim. Suaranya sedikit bergetar...
Setelah memberi salam beberapa kali, sesusuk tubuh muncul di ambang pintu dengan sebatang dian di tangan.
“Ni apa ramai-ramai ni?” kata Hamid Dukun dengan garangnya. Wajahnya masam mencuka.
“Hamid, kami datang ni nak berbincang dengan kamu. Boleh kami naik ke rumah?” jawab Lebai Kasim. Dia bergerak menghampiri Hamid Dukun.
“Tak payah! Aku tahu kami semua datang ni nak ganggu aku! Nak kacau periuk nasi aku! Kenapa kacau aku? Aku tak kacau kamu pun! Tu ha! Orang luar pun berani datang nak cabar aku! Kamu tak kenal aku siapa! Hamid Dukun pantang dicabar!” katanya sambil menutup pintunya.
“Kurang ajar! Sudahlah menumpang tempat orang, berani pula membuat onar!” kata Lebai Kassim melepaskan kemarahannya. Dia malu tetamunya diperlakukan sedemikian.
“Sabar Lebai, serahkan pada saya. Dia ni dah tak boleh bertolak ansur lagi.” Kata Dr. Salam sambil melangkah menghampiri rumah usang itu. Baru beberapa langkah Dr. Salam menapak, tiba-tiba muncul satu bebola api merah dari dinding rumah itu. Bebola api itu menuju laju kepada Dr. Salam tetapi sempat dielakkannya.
“Allahuakbar!” tempik Dr. Salam dan dengan pantas dia membuat gerakan jurus Jibril. Pukulan jurusnya membuat bola api itu terpantul jauh dan hancur berderai di udara.
“Celaka! Hebat juga kamu ye! Tunggu habuan kamu!” terdengar tempikan Hamid Dukun dari dalam rumah.
Dr. Salam memberi isyarat supaya mereka yang lainnya beredar jauh dan mendiamkan diri.
Dr. Salam memeluk tubuhnya dan merenung tajam ke arah rumah usang itu. Matanya seperti mengeluarkan sinar kebiru-biruan. Keadaan sekeliling begitu sunyi sekali malah seekor cengkerik pun tidak berbunyi.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2010 12:50 PM | Show all posts
:pompom::pompom::pompom::pompom::pompom:

yeay yeayy!!!..ade citer lagi

chaiyorkk chaiyorkk

:pompom::pompom::pompom::pompom::pompom:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2010 12:53 PM | Show all posts
Post Last Edit by pu3_fiona at 15-1-2010 12:54

andaian rumah tersebut macam ni


eeee ....




Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2010 02:28 PM | Show all posts
yeay! yeay! ada sambungan citer.... tak sia2 masuk balik benang pakcik azred petang jemaat nih...   

TQ pakcik!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2010 02:31 PM | Show all posts
gambar pu3 menambah keseraman citer pakcik la...

pakcik sambung lagik!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2010 03:08 PM | Show all posts
go azred go..:pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2010 11:06 PM | Show all posts
pesal gambar tu macam ada 'sesuatu'?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2010 11:52 PM | Show all posts
Maaf, baru balik bertapa hehe....esok den sambung yo...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2010 09:59 AM | Show all posts
"Auuummmmm!"
Tiba-tiba terdengar bunyi seperti ngauman harimau begitu kuat sekali. Rumah kecil itu bergegar seperti ditiup ribut. Aneh sekali kerana tidak ada angin yang bertiup ketika itu.
Kabus kemerahan kelihatan keluar dari setiap inci rumah itu dan mula melitupinya. Dr. Salam masih dalam posisinya. Sedikit demi sedikit dari celah kabus itu muncul satu lembaga hitam yang tingginya melebihi paras bumbung rumah itu. Wajahnya yang bengis menyerupai seekor kambing gurun manakala tubuhnya seperti manusia tanpa secebis pakaian pun. Bau yang busuk seperti bangkai mencemari suasana. Jarak lembaga itu dengan Dr. Salam hanyalah lebihkurang dua puluh kaki sahaja. Hadi gelisah kerana tidak dibenarkan membantu. Peluh merenek-renek turun dari dahinya.
"Alamak! Macamana ni? Takkan nak biar abah seorang macam ni?" bisik hatinya yang tidak keruan.
Lembaga besar kelihatan seperti sedang mengeliat umpamanya baru bebas dari kurungan yang sempit. Dalam kegelapan itu, warna tubuhnya bertukar menjadi kemerahan pula. Suasana sekitar menjadi dingin sekali mencengkam ke tulang hitam.
Beberapa kali makhluk itu kelihatan cuba untuk menerkam ke arah Dr. Salam tetapi ia tidak dapat melangkah. Hanya jangkauan tangannya yang besar dan berkuku panjang hampir mengenai Dr. Salam. Dalam keadaan gawat itu, kesemua yang ada tercengang melihat tubuh Dr. Salam seperti membesar dan meninggi sehingga kepalanya hilang dalam kegelapan langit malam. Tangannya yang besar turun mengaut lembaga yang seperti terpaku itu dan digenggamnya dengan kuat seperti mengenggam seekor kumbang lagaknya. Semuanya itu berlaku dengan begitu pantas sekali.
Beberapa ketika kemudian, terdengar pekikan suara Hamid Dukun dari dalam rumahnya. Dr. Salam kembali seperti asal. Dia memberi isyarat kepada yang lainnya untuk masuk ke dalam rumah itu. Setealah pintu dibuka, kelihatan Hamid Dukun sedang menggeletak seperti kepanasan yang amat sangat dengan tubuhnya menjadi kebiru-biruan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2010 09:28 PM | Show all posts
nakkkkk lg...sambung lh cpt angkel
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2010 04:53 PM | Show all posts
saspen!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2010 06:14 PM | Show all posts
“Ya Allah! Apahal ni?” kata Lebai Kassim sambil mendekati Hamid Dukun.
“Dia dimakan sumpahnya sendiri.” Kata Dr. Salam sambil duduk bersila menghadap tubuh Hamid Dukun. Masing-masing terpaku melihatkan keadaan penjahat itu yang sangat memilukan.
“Apa yang kita nak buat?” tanya Lebai Kassim lagi dengan cemas.
“Terpulang kepada dia.” Balas Dr. Salam. Mereka yang lain terdiam seketika.
“Hamid! Syaitan dalam badan kamu belum keluar lagi. Kawan kamu tu sedang kesakitan sepertimana yang kamu rasa sekarang. Kamu mahu begini sampai mati atau kamu nak bertaubat?” tanya Dr. Salam.
Hamid Dukun kelihatan terkial-kial hendak menjawab tetapi tiada suara yang keluar dari kerongkongannya.
Airmatanya berderai-derai turun membasahi pipinya. Matanya kelihatan sayu memandang Dr. Salam dan yang lainnya seolah-olah minta ditolong.
“Saya faham kamu ingin bertaubat. InsyaAllah akan saya usahakan mengeluarkan syaitan itu dari tubuh kamu.” Kata Dr. Salam sambil mengemaskan silanya.
Dr. Salam membuat isyarat seperti merentap sesuatu dari tubuh Hamid Dukun. Setiap kali direntapnya, tubuh Hamid terangkat-angkat dan wajahnya berkerut menahan kesakitan.
“Allahu Haq!” tempik Dr. Salam dengan satu rentapan yang pantas dan dia seperti mencampakkan sesuatu keluar dari situ.
“Argghh!” jerit Hamid Dukun sambil menutup wajahnya dengan kedua belah tangan.
“Hamid! Mengucaplah!” kata Dr. Salam. Hamid mengangguk-angguk perlahan.
Dr. Salam membuat isyarat sapuan ke seluruh tubuh Hamid Dukun dan seketika kemudian, tubuh yang kebiru-biruan pulih seperti sediakala.
“Alhamdulillah!” kata Lebai Kassim dan disambut oleh mereka yang lain.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2010 10:25 PM | Show all posts
huhu ... best neh ... bila nak kuar novelnya uncle ..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2010 07:06 PM | Show all posts
salam neceolite; novel apekebende kalau yang hari ni pun tak sompek buek.....thanx.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2010 10:44 PM | Show all posts
salam neceolite; novel apekebende kalau yang hari ni pun tak sompek buek.....thanx.
azredclaw66 Post at 19-1-2010 19:06


ouh igtkan benda dah lama karang pastu copy paste ja ... rupa2nya ari2 perah otak buat jalan cerita baru ... bagus .. teruskan usaha .. kami sedia menanti utk membaca
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2010 12:16 AM | Show all posts
Hamid Dukun tiba-tiba bangun mengesot kepada Dr. Salam dan sujud seperti menyembah.
“Terima kasih tuan!” katanya. Dengan segera pula Dr. Salam memapahnya bangun perlahan-lahan.
“Jangan menyembah manusia macam tu. Allah sahaja yang berhak disembah.”
Dengan airmata yang berlinangan, Hamid meminta maaf daripada semua yang ada di situ.
“Hamid, aku nak tanya pada kamu. Benarkah kamu yang membunuh orang-orang kampung ini?” tanya Lebai Kassim dengan tegas.
Hamid Dukun terduduk sambil menangis teresak-esak. Airmatanya jatuh membasahi tikar usang yang sudah luntur warnanya.
“Ampunkan saya Lebai! Saya tak tahu apa yang saya lakukan. Saya cuma mahu dihormati dan ....saya mahu.... kaya. Tak sangka..... ini pulak yang jadi.” Katanya tersekat-sekat.
“Kamu amalkan ilmu sesat. Kamu buat perjanjian dengan syaitan. Syirik hukumnya. Apatah lagi membunuh.” Kata Dr. Salam sambil menggeleng-gelengkan kepalanya, kesal.
“Ampunkan saya, tuan-tuan. Saya nak pergi dari sini.” Kata Hamid Dukun dengan nada memohon simpati.
“Aku tak dapat buat apa-apa. Aku dah hantar orang panggil polis. Yang bersalah mesti dihukum.” Kata Lebai Kassim. Wajah Hamid bertukar pucat dan seketika kemudian terus rebah pengsan. Dia pulih beberapa minit sebelum polis tiba. Hamid Dukun dibawa pergi untuk diadili.
“Benar, Hamid dikuasai syaitan ganas itu. Pada masa-masa tertentu tubuhnya akan berubah mengikut kehendak syaitan laknat itu yang sentiasa kelaparan. Semoga dia benar-benar bertaubat.” Kata Dr. Salam ketika melangkah keluar dari rumah usang itu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 05:08 AM GMT+8 , Processed in 0.070937 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list