CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Medusa

Public Gold..ok ke tak?

[Copy link]
Post time 12-11-2010 09:23 PM | Show all posts
Post Last Edit by tuna_sandwic at 13-11-2010 18:30

saya cuma nak berkongsi pengalaman yg sedikit tak sampai berapa bulan

kalau nak kata beli emas rugi , bagi saya itu pendapat yg salah...
kalau nak kata beli emas untung besar, itu juga pendapat yg kurang tepat...

saya nak kongsi sebagai seorang pengguna yg peringkat zero.. bukan ejen dan takde kaitan dgn ejen

emas ni apa yg saya lihat, dia tak berikan untung besar dlm tempoh singkat.... jadi orang2 yg nak cepat kaya dan mudah percaya dan suka sangat dgn benda2 cepat kaya, untung besar, untung berganda2.... mmg la tak akan dapat apa yg diimpikan dan diceritakan tu

tak dinafikan, ejen2 ni mmg akan cuba sedaya upaya utk menarik perhatian pelanggan... konsep dia sama mcm dia jual barang biasa kat customer... sama mcm saya promote business saya kat orang, mesti la nak tulis yg baik2... takde orang berniaga nak tulis yg buruk2 pasal diri dan bisnes mereka

apa yg saya suka tekankan di sini, nak beli emas, JANGAN BERSIKAP TAMAK... kalau tamak... mati la awak
mmg la target mereka satu orang 1kg emas... tapi tak semua layak buat begitu

saya pandang ke depan, emas ni masa akan datang pun tetap ada... mahal atau murah, ia sesuai dgn keadaan semasa... hanya Tuhan yg beri rezeki siapa yg dapat siapa yg tidak

saya dah cuba 2 perkara sebab saya nak tau apa ke bende nya yg ejen2 emas ni dok sibuk promote pasal emas:
1. urusan mendagangkan emas menggunakan gold bar dan dinar
- tak dinafikan, ada untung sikit... beli 1hb, nilai tu naik pada minggu ketiga... naik tak byk sekitar rm50++ je
2. urusan mendagangkan emas menggunakan barang kemas
- disebabkan emas keturunan atau dah beli lama, nilai mmg berganda2...contohnya: beli dgn nilai rm80, dapat nilai rm300... dalam tempoh 6 tahun... tak byk pun

bagi saya, urusan jual beli emas ini kena ada ilmu sedikit dan kena ada wawasan... kena tahu hala tuju kenapa beli emas dan kenapa nak jual emas yg dimiliki... lepas tu, kalau dah jual atau pajak emas... duit tu bukan utk joli katak... oleh itu, orang yg joli katak mmg akan kembali papa kedana...

saya suka berurusan dgn emas sbb saya seorang yg berniaga... dalam urusan perniagaan, saya memerlukan modal. oleh itu, dengan adanya urusan jual beli emas, saya dapat mengelakkan riba dari pinjaman bank. tetapi duit pajakan emas itu saya kena kawal selia dgn sehabis baik. setakat ni saya tak pernah buat loan bank utk urusan saya. alhamdulillah, beban hutang pun tak ada.

saya nasihatkan orang2 yg nak beli emas, elakkan beli dgn kad kredit atau pinjaman bank...sebab tu saya cakap, JANGAN TAMAK dalam membeli emas... apabila tamak menguasai diri, kita tak tengok duit tu kita ambil dan kita terima dari mana... jangan pandang rendah pada diri sendiri kalau tak mampu beli emas sampai berkilo2 mcm jiran sebelah....

satu je kekurangan emas ni, kita tak de kemahiran utk jadikan ia untuk kegunaan seharian. takkan la setiap kali org bagi dinar atau dirham, kita nak test dalam balang air tu. pastu takkan la kita main terima jer, entah2 org dah tipu emas tu jadi emas low quality ke, berat kurang ke, nilai persen kurang ke.. kita tak tau kan..
kalau ada cara utk jual beli barang dgn menukar guna dinar dan dirham, saya tak akan tolak kerana bagi saya itu satu perkara yg baik.

sekadar pandangan cetek saya. saya masih lagi belajar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2010 11:36 PM | Show all posts
saya cuma nak berkongsi pengalaman yg sedikit tak sampai berapa bulan

kalau nak kata beli emas ru ...
tuna_sandwic Post at 12-11-2010 21:23


well said tuna!

setakat ni, saya xpenah lak dgr ejen cuba 'sembunyikan' info yg emas ni utk simpanan
saya pun slalu jek dok bgtau emas ni utk simpanan, bukannya beli ari ni, jual esok
konsep sama cam beli barang kemas juga\
bezanya gold bar ni takleh pakai
risiko utk kena ragut @ kualiti emas turun/terhakis (various factors cam pki gelang dgn jam, tercalar etc) tu rendah
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2010 10:35 AM | Show all posts
kalau tak paham pasal spread, tak payahlah tuduh sembarangan....

jual beli semua barang musti ada spread atau untung, sebab tu lah orang berniaga....nak untung, ...takkan nak buat sebagai public service je...

sama gak macam jual beli rumah...kalau beli rumah 10 tahun dulu rm200k, sekarang jual dapat rm400k..dah untung lah rm200k...lepas tu beli lagi rumah lain, harga lebih kurang camtu gak...takkan lah sebab harga rumah sekarang dah rm400k, ko kata ko menipu pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2010 10:42 AM | Show all posts
saya prefer pelaburan emas public bank dan maybank bukan physical gold...
next, saya nak bukak akaun gold kat kuwait FH....
nak try tiga-tiga, supaya boleh compare...

lebih selamat untuk simpanan, tak ada lah risiko kena rompak ke...
tapi ada gak ambil public gold dan pamp suisse, sebagai token je...
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2010 10:11 PM | Show all posts
baca..baca dan baca..
byk info kat tenet ni pasal emas...
jgn duk harap agen je yg explain.kdg2 agen tu pun bukan paham sgt...
kita yg tak cukup ilmu jgn plak duk kata org lain menipu...kdg2 org cakap dah betul.kita yg kurang paham pastu wat tindakan yg merugikan..
emas ni menguntungkan  sbg investment jangka panjang..sbg contoh...8 thn lepas saya ada beli gelang dan rantai tgn berharga RM2500...skrg ni bila cek..nilai dia dah cecah 10K lebih..kalau saya simpan wang tunai agak2 blh cecah nilai tu tak? kompom x dapatnyer...
KAlau nak keuntungan jangka pendek..kena berniaga la dgn emas yg kita ada tu..gadai..beli emas, then jual..ada cycle2 yg kita kena ikut so kita tak rugi...
Macit2 peniaga kat KElantan dah berzaman duk amal benda ni...kita jer yg baru nak terhegeh2 dgn emas ni..sbb tu depa walaupun jual sayur tepi jalan..tapi rantai sampai 3-4 urat kat leher..gelang sampai siku...simpanan emas depa ntah2 kalah simpanan org2 makan gaji...
So..sblm venture dalam sesuatu perkara..cari ilmunya dulu sampai muntah..baru join..
PAtut la Melayu senang kena tipu dgn MLM..sbb duk percaya je apa org cakap tanpa ada ilmu yg cukup ttg sesuatu perkara tu...maklumat dihujung jari...cari jgn tak cari..
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2010 08:59 PM | Show all posts
Reply 85# peachRose


masa tu hrga emas segram dlm 30++ or 40++ je kan.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-11-2010 09:29 PM | Show all posts
Reply  peachRose


masa tu hrga emas segram dlm 30++ or 40++ je kan.....
220796 Post at 14-11-2010 20:59


rasanya la...tak ingat plak..tapi kalau buat kiraan...purata setahun nilai emas naik 25%..mmg dapat nilai tu....paling tinggi saham bank rakyat/koperasi felda = 15%..kalau duit simpanan tak sampai 5 %...so kita blh pikir sdri la..
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2010 10:10 PM | Show all posts
Post Last Edit by faizbhr at 15-11-2010 08:02

salam semua,

TQ di atas info dan pandangan2 tuan/puan di sini..
-Ingin saya berkongsi pendapat mengenai emas serba ringkas..
1. Emas adalah salah satu cabang pelaburan di m'sia. Invest emas adalah pelaburan jangka sederhana & panjang.

2. byk syarikat yg dh jual emas diM'sia, so mereka ada spread harga untuk biz masing2.

3. Beli jan10, jual Nov10 : Beli&jual emas dalam setahun mmg boleh dapat untung. Kenaikan harga emas tahun ini pun sekitar 20%-27%. klau nk melabur emas beli awal tahun jual hujung tahun mmg tak digalakkan kecuali individu tersebut dah target nk untung sekitar beberapa sen je. Sy mula beli emas masa harga RM85/g tahun 2008 sekarang tahun 2010 RM150/g.. dalam 2 tahun untung saya RM65/g = 76%.

4. TQ pada tuna_sandwich pengalaman yang dikongsi. Mcm yg saya ckp emas adalah satu cbg pelaburan di M'sia. ASB pun bagus, Mutual pun bagus, simpan bank pun bagus & main saham pun bagus. tapi beza antara pelaburan2 ini ialah RISIKO. siapa yang berani ambil risiko boleh buat byk untung tapi kalau xberani simpan dlm bank je la tapi untung berape % jer..

5. untuk makluman, ajen2 di PG hanya dapat komisyen 1.5%-2.0% jer. bukan byk manapun. Tapi setiap perniagaan mesti ada strategi.. dgn strategi inilah utk menambahkan keuntungan. Tapi saya rasa takde ajen yg menipu, klau adepun kita sebagai pengguna perlu ada ilmu yg cukup sebelum ditipu. Biasanya org yg xde ilmu dan fokus nk cepat kaya shj yg selalu kena tipu.. hehehe... So sy cadangkan bacalah artikel2 mengenai emas dari blog2 di msia atau luar negara. sbg contoh kita ada jutawanemas.com pelopor artikel emas dlm bahasa melayu. Malas nk baca boleh dtg seminar emas yg selalu diadakan di Public gold.

6. Tapi bagi saya, matlamat utama promosi pelaburan emas ini ialah untuk meramaikan lagi orang m'sia memiliki emas. klau kita baca artikel/berita luar negara ramai daripada mereka dah bertukar untuk memiliki emas sebagai simpanan kerana harga emas adalah stabil.

7. Terima kasih kepada semua sbb dah lama ruangan ni takde org nk masuk.. tapi ape yg saya nak sarankan setiap pelaburan yang kita nak buat perlu ada ilmu yg cukup dan jgn hanya ikut2 org. Dalam internet byk artikel yg terangkan mengenai emas & dikedai2 buku pun ada. So bacalah, tak rugi jika memiliki ilmu.

8. Akhir sekali, TQ atas pendapat tuna_sandwich, cmf comei, freebird, peachrose & lain2. Jika pendapat saya ni ada kekurangan minta ditanya, insyaAllah saya cuba beri jawapan yg lebih tepat..

TQVM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2010 12:11 PM | Show all posts
Reply 88# faizbhr


i like your post..
byk info dpt gak ni..

thanx
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2010 04:10 PM | Show all posts
Reply 89# airolnizam

TQ bro... klau ada yg tak pasti mengenai invest dlm emas ni.. jgn segan2 nk tanya.. ok
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2010 06:04 PM | Show all posts
Saya amat tertarik dengan iklan membeli dinar emas ini. Sehinggakan saya telah pun membelinya untuk  ...
tempur Post at 11-11-2010 12:47 PM


wah.... tak terpikir langsung aku pasal ni.. tapi memang tepat sangat2....
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2010 06:11 PM | Show all posts
jual beli bender yg selalu harga tak stabil ni,payah gak.. lebih2 lagi bila da jual, pastu nak beli lagi.. padahal da mahal dari yg masa mula2 beli.. tak macam bisnes jual barang yg kebiasaan.. bila kita da jual, untung yg ada tu, kita leh tambah utk tambahkan kuantiti barang yg kita jual tu.. sebab barang yg kita nak jualkan tu,harga dia tak berubah2 macam harga emas..sama la tu konsep macam yg tempur cakapkan tue.. kalau macam tu,sampai bila nak merasa duit untung dia? abis penat pusing2 modal je la -.-
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2010 10:59 PM | Show all posts
Post Last Edit by faizbhr at 15-11-2010 23:09

Reply 92# stfunewbiez

Pelaburan emas ni boleh diibaratkan seperti pelaburan hartanah... Sbb tu saya kata ini adalah pelaburan jangka sederhana
& panjang. Mcm kita beli rumah, klau tahun 1990 rumah teres di area shah alam boleh dapat dalam harga RM150K,
tapi bila tahun 2010 harga rumah disitu jadi RM1/2juta.. so bila jual rumah tu dan nak beli lagi rumah di area yg sama mestilah kita beli dgn harga semasa. So untuk nak merasa untungnya kena lah tunggu dalam 5-10 tahun lagi..

Samalah mcm berniaga emas, kita kena tunggu jangka masa yg tertentu untuk merasa keuntungannya. Tapi jika dgn strategi yg betul, kita boleh tambah keuntungan lagi... bukan mcm niaga goreng pisang.. modal sama setiap hari, tapi untung mungkin berbeza2.. lagi satu kita kene faham risiko setiap pelaburan yg kita ceburi...

* Tuan2 yang hendak mengetahui lebih mendalam mengenai kehebatan emas, dijemput datang ke seminar pelaburan emas percuma oleh En Shukor. Maklumat lanjut boleh layari www.publicgold.com.my
Seminar : Financial Justice (Gold, Dinar & U) akan diadakan pada 4 Disember 2010. panel2 pakar akan menerangkan mengenai kehebatan emas. maklumat lanjut boleh layari www.faizbhr.blogspot.com.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2010 10:19 AM | Show all posts
Reply 93# faizbhr


faiz..u stay kt manerr??
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2010 02:18 PM | Show all posts
Reply 94# airolnizam

saya stay di kuala s'gor kerja di petaling jaya....
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2010 10:18 PM | Show all posts
ada tak sesapa yg jual pure gold seberat 1 kg?
tuna tgh mencari sbb pakcik nak buat brg kemas
takkan haku nak mengangkut gold bar seketul2 sampai 1 kg masuk flight kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2010 11:57 PM | Show all posts
kalau nk jual balik emas tu ada susut nilai jugak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2010 07:59 AM | Show all posts
Reply 96# tuna_sandwic

Tuna, PG ada jual pure gold 1kg seketul...
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2010 08:03 AM | Show all posts
Reply 97# neeria

Ye Neeria, emas ada susut nilai / spread jual beli.. Klau di PG spread hanya 4-6% shj. berbanding kedai emas mcm poh kong, habib dll spread harga dalam 15-20%..
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2010 01:34 PM | Show all posts
Reply 99# faizbhr


   ooo sikit je la susut nilai.. PG ni jual emas je ke? ker dia simpan emas sekali.. sori kalau dah ada post, malas nk belek
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:11 AM GMT+8 , Processed in 0.576187 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list