CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 34091|Reply: 56

sungai ganges yg suci dah bertoksik!!

[Copy link]
Post time 5-2-2010 07:05 AM | Show all posts |Read mode
Sungai suci yang toksik
Sungai Gangga yang dipercayai mampu membasuh dosa penganut agama Hindu kini dicemari dengan sisa industri dan bahan buangan penduduk di tebingnya.





BAGI penganut agama Hindu di India, Sungai Gangga yang dianggap suci sentiasa bebas daripada sebarang kekotoran. Namun hakikatnya ia kini sedang berdepan dengan krisis pencemaran paling menakutkan.

Hakikatnya, Sungai Gangga dicemari sisa toksik, air kumbahan manusia, sampah sarap dan bahan buangan kilang.
Kepercayaan bahawa sungai tersebut mampu membersihkan dosa membuatkan jutaan orang datang berpusu-pusu melalui pekan Haridwar untuk sampai ke tebing sungai itu, seterusnya melangkah ke dalam airnya.

Setiap tahun, jutaan penganut Hindu itu tidak mahu melepaskan peluang menyertai festival mandi Kumbh Mela yang berlangsung selama tiga bulan.

Di sebalik keghairahan yang didorong oleh ritual kepercayaan tersebut, kebimbangan terhadap pencemaran di sungai sepanjang 2,500 kilometer (km) itu semakin teruk.

Malah, bandar Kanpur yang terletak 800 km ke hilir Haridwar kini merupakan salah sebuah tapak yang paling dahsyat terjejas akibat pencemaran yang semakin berleluasa.

Hampir setiap hari, kilang-kilang yang beroperasi di bandar industri itu mengeluarkan berjuta-juta liter sisa kumbahan yang menyebabkan air sungai hilang nilai semula jadinya.

"Situasi itu sekarang amat teruk dan kritikal," kata D.K. Sundd, Pengarah Eksekutif Yayasan Sankat Mochan, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang berperanan membersihkan sungai tersebut.

"Masalah paling teruk berlaku di Kanpur. Penduduk di sana menghasilkan hampir setengah daripada jumlah sisa kumbahan dan bahan buangan industri jika dibandingkan dengan aliran air segar di Sungai Gangga," jelasnya lagi.



DI sebalik pencemaran Sungai Gangga jutaan penganut agama Hindu
tetap mandi di sungai itu setiap tahun untuk menyucikan diri daripada dosa.

Tambahnya, kebanyakan penduduk yang tinggal berhampiran sungai dari pergunungan Himalaya hingga ke Teluk Bengal di Bangladesh, berhadapan dengan masalah kemudahan rawatan sisa kumbahan.

"Keadaan itu menyebabkan fungsi Sungai Gangga disalah guna sebagai tempat membuang sisa bahan mentah sejak bertahun yang lalu," kata Sundd.

Berhampiran dengan salah satu kuil Hindu di Kanpur, sisa kumbahan air tempatan melimpah keluar dari luar longkang besar, bercampur dengan buih-buih putih dan mengalir ke dalam sungai sekali gus memburukkan lagi keadaan.

Sejak berabad lalu, air Sungai Gangga begitu tinggi disanjung lantaran dipercayai dapat menghapus dosa penganut agama Hindu. Kewujudannya melengkapkan ritual wajib bagi agama itu.

Daripada saat kelahiran seseorang sehingga berlakunya kematian, air sungai itulah yang digunakan. Contohnya setelah seseorang penganut Hindu meninggal dunia, abu mayat mereka yang dibakar akan dibuang ke dalam sungai tersebut.

Penganut yang taat seperti Ram Sharma yang sering berendam di dalam sungai pada awal pagi menjadi bukti bahawa ramai rakyat India berpegang teguh kepada kepercayaan berbanding sains.

"Bagaimana anda boleh mengatakan bahawa air sungai ini kotor?" bentak Sharma dalam nada tegas.

"Bagi kami air sungai ini sangat suci," tambahnya sambil meraup air berwarna kehitaman itu dengan tangan lantas dihirup dengan pantas.



WALAUPUN warna air Sungai Gangga keruh atau kehitaman, lelaki ini yakin meminumnya.

Tidak jauh dari tebing sungai pula, Mahinder Pal Singh menanggalkan seluarnya dan berlutut di dalam air sambil berdoa.
"Anda tidak akan dapat berjumpa dengan air yang mampu memberi ketenangan di mana-mana pun di atas sana," ujarnya dengan bangga.

Di Kanpur, salah satu cabaran mengancam sungai itu ialah industri berasaskan kulit. Kilang-kilangnya menggaji sekitar 50,000 pekerja dengan lebih 400 tan bahan kimia digunakan seperti sebatian toksik kromium.

Walaupun pihak pengurusan kilang perlu merawat sisa buangan dan kumbahan air sebelum memindahkannya ke loji rawatan, aktivis alam sekitar tetap menuduh mereka menyalurkan sisa tersebut terus ke dalam Sungai Gangga.

Pengarah Super Tannery Ltd., Imran Siddiqiu berkata tidak adil jika perniagaan berasaskan kulit sahaja dituduh kerana ia merupakan pendapatan utama dan menguntungkan bandar itu.

"Orang hanya tahu menyalahkan kami walaupun ia tidak benar sama sekali. Hanya dua peratus daripada jumlah keseluruhan sisa buangan datang dari industri ini," ujar Imran.



SISA toksik dari kilang-kilang berdekatan seperti kilang memproses
produk berasaskan kulit dibuang terus ke dalam Sungai Gangga.

Kemudahan rawatan bahan cecair buangan di Jajmau dan hab perniagaan kulit di Kanpur mempunyai kapasiti untuk merawat sembilan juta liter air sehari bagi industri sisa kumbahan.

"Tiada siapa yang tahu berapa banyak sisa kumbahan air yang dihasilkan tetapi semua orang menerima bahawa industri kulit menghasilkan lebih daripada sembilan juta liter sehari. Mungkin antara 20 hingga 30 juta liter," kata Ajay Kanujia, pegawai kimia di loji rawatan Jajmau.

Kerajaan telah membelanjakan lebih daripada AS$160 juta (RM546 juta) untuk membersihkan sungai sejak memulakan Pelan Bertindak Gangga pada 1985, namun tahap bakteria yang terdapat di dalam air masih lagi tinggi.

Pada Februari tahun lalu, pihak kerajaan bertindak menubuhkan National Ganga River Basin Authority untuk mengawal usaha pemuliharaan dan Disember lalu, Bank Dunia mengumumkan pinjaman AS$1 juta bilion (RM3.41 bilion) untuk menyokong usaha membersihkan sungai tersebut. - AFP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2010 07:12 AM | Show all posts
Geli aku.............
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2010 07:19 AM | Show all posts
hindraf tak nak buat demo ke
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2010 07:36 AM | Show all posts
sg tepi batu caves tuh pn dia leh mandi.....kotornya ya amat....tapi nak buat mcm mana...kepercayaan lagi kuat dari segalanya....ckp la apa pn..mayat terapung lalu depan diorang pn buat tak kisah jek
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2010 07:52 AM | Show all posts
loya tekak aku baca artikel nih pepagi
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2010 08:18 AM | Show all posts
5# fariepari


eeeeeeeeee....geli
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-2-2010 08:51 AM | Show all posts
astagfirullah..
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2010 09:37 AM | Show all posts
yuckksss! nak terkluar balik sarapan aku
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2010 09:45 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2010 09:49 AM | Show all posts
adeehhh....sok lusa mamposs pasal sg neh udah lew..
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2010 10:00 AM | Show all posts
Eee...kotor arr.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2010 10:03 AM | Show all posts
sungai ganges ni ranking top5 sungai yg paling kotor kt dunia, bakteria dalam air dia pun beratus kali ganda lagi tinggi dari tahap selamat utk diminum ,,:kant:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2010 02:05 AM | Show all posts
penah tengok kt nat geo pasal sungai neh..mmg kotor tp dah dorang kata
sungai neh suci,biarlah....
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2010 09:39 AM | Show all posts
Diaorang ada buat survey tak kadar penyakit yang menimpa pilgrims tu?
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2010 05:39 PM | Show all posts
Sungai suci yang toksik
Sungai Gangga yang dipercayai mampu membasuh dosa penganut agama Hindu kini dicemari dengan sisa industri dan bahan buangan penduduk di tebingnya.


http://www.kosmo.com ...
amazed Post at 5-2-2010 07:05


hmmmmm.....
terlalu mengangung2kn amalan spiritual yg ntah ape2 ntah 2....
effect chemical 2 myb xkan nmpak rite afta diorang minum o mndi o wateva kat sungai 2.....tp jgka pnjg????

dh nmpak air sg 2 kaler itam pekat pon masih nk denied yg air 2 kotor.....
igtkn mata ati jer da buta.....
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2010 10:59 PM | Show all posts
Diaorang ada buat survey tak kadar penyakit yang menimpa pilgrims tu?


mmg ada pasal penyakit kt org yg tinggal kat sekitar sungai ni.. bole cek kat wikipedia,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2010 01:11 PM | Show all posts
apsal diorg pengotor sgt???
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2010 04:06 PM | Show all posts


naper semua thread kat sini wat aku rase nak muntah...

kekekeke

no offence...

tpi bukan ker kat sungai neh jugak dorg bakar n buang abu mayat dlm sungai nehh??
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2010 01:37 PM | Show all posts
orang india kat situ ignorance..apabila ahli sains iaitu dari kalangan diorang sendiri cakap sungai ni dah tercemar,mereka patut berhenti membuang mayat,sampah,mandi kat situ, orang lain xmau dengar,diorang akan balas balik dan cakap,"adakah kamu cuba mengatakan bahawa sungai suci ini boleh tercemar?".jadi agak susah utk menasihat mereka sebab berlaku pertembungan kepercayaan agama dan sains.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2010 04:52 PM | Show all posts
patut laa..kulit keling ni banyak brkurap...:pompom:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:59 AM GMT+8 , Processed in 0.071933 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list