CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 31389|Reply: 39

PENULISAN2U - Lagi Novel Terbaru Dari Penulis Penulisan2u Bulan JUN

[Copy link]
Post time 23-3-2010 10:39 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by MUZRI at 22-6-2010 10:20

NOVEL YANG SUDAH BERADA DI PASARAN

Biarlah YM Berbicara - Hanni Ramsul ( Kaki Novel )
Baju Pengantin Mak Andam - Ariela Sahimi ( Kaki Novel )
Siapakah Di Hatiku - Adilla Tasha ( Kaki Novel )
Hot Gimmick - Shasfa Alyahya ( Kaki Novel )
Pergilah Air Mata - Hanni Ramsul ( Kaki Novel )
Sepupuku Suamiku - Lynn Allyna ( Kaki Novel )
Hadirmu Takdirku - Alina Haizar ( Kaki Novel )
Cermin - Hasrudi Jawawi ( Fajar Pakeer )  
Tak Mungkin Kuhindar - Ana Sofiya ( Fajar Pakeer )
Bini Aku Tomboy ke? -
Arisa Eriza ( Kaki Novel )
Jodoh Atau Cinta - Iman nizrina ( Kaki Novel )
Prince Charming - Ratu Bulan ( Fajar Pakeer )


Insyallah Lebih 15 Penulis dari penulisan2u akan keluar Novel Di pasaran pada tahun ini. Dengan kerjasama penulisan2u bersama penerbit, kami akan terus membantu penulis-penulis berbakat.

Teruskan menyokong penulis-penulis

TERBARU 2010:

Terbitan Fajar Pakeer

     



Terbitan Kaki Novel


          


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-3-2010 10:43 AM | Show all posts


Write place on the Web

2010/03/21

ROZANA SANI

Wan Mohd Muzri Ramli shows ROZANA SANI the Web way to help aspiring novelists
EVERY morning, Wan Mohd Muzri Ramli diligently checks his emails. He receives lots of them — from acquaintances and business associates to the occasional spam.

But the ones he looks forward to are from budding writers, who send in their material in the hopes of seeing it published. Muzri is a talent promoter.

He scouts for talented writers online.

Though not a writer himself, the Kelantan-born Muzri can spot a good story when he sees one.

Storytelling is an art Muzri can relate to.

He not only hails from a State known for its various forms of traditional storytelling but was exposed to the art of creative writing at a young age.


Muzri (bottom left) set up his free blog platform, Penulisan2u at www.penulisan2u.blogspot.com to encourage aspiring writers to post their work. His friend Norazam (top) concentrates on promoting short story writers and novelists.

His father was on the panel of judges for literary competitions throughout the State, which included the annual school-level pantun competition. Muzri set up his free blog platform, Penulisan2u (www.penulisan2u.blogspot.com) in 2006 to encourage aspiring writers to post their work. “Readers can comment on the writings which are in Malay.

However, some of the readers became fans and certain writers now have a following,” says Muzri. The 29-year-old business administration diploma holder decided to upgrade the site and invested in paid domain and server domain services in 2007.

With his close friend Norazam Zahari, he managed www.penulisan2u.net, www.penulisan2u.my and www.penulisan2u.com.my. “Our main site is www.penulisan2u.my which is being hosted for free by a company called Serverfreak.

I take care of the daily submission of stories, posting and maintenance of the portal.

“Norazam concentrates on promoting short story writers and novelists.

The service is free for writers while readers can subscribe to our email service that provides a weekly notification of new stories posted,” says Muzri. Reaching out To date, about 500 writers (locals and Singaporeans) have signed up at Penulisan2u with some 200 actively posting their works on a regular basis.

“Penulisan2U concentrates on novels and stories are posted by the chapter.

They mostly comprise love stories but other genres, such as thrillers and science fiction, are also included.

“There is no need for registration or passwords and the system is very user-friendly,” says Muzri, adding that vetting is done to ensure quality of content. “We use Google’s feedburner to send out new titles to our subscribers via email.” Muzri says there are 20,000 readers subscribing to the service.


Penulisan2u also has a presence on Facebook and has attracted fans from Singapore and Brunei.

“Every time there is a new story or a new chapter of a developing novel, an application on Facebook will highlight it,” says Muzri. Success stories Thanks to its popularity, Penulisan2u has entered into partnership with two key publishing houses: Kaki Novel and Fajar Pakeer. “Among the writers who have gained mileage through these partnerships are Hanni Ramsul, Areila Sahimi, Adilla Tasha, Shasfa Alyahya, Lynn Allyna and Alina Haizar.

Between them, they have seven novels and three are already out in the market through Kaki Novel.

The other five will be launched this year,” says Muzri. Fajar Pakeer is launching two novels at the Book Carnival in Putra World Trade Centre in Kuala Lumpur (ending March 28).

They are Cermin by Hasrudi Jawawi and Tak Mampu Ku Hindar by Ana Sofiya. “We sent five manuscripts to Fajar Pakeer for publishing and three have been approved.

The rest are being evaluated,” says Muzri. And what of the future? Muzri hopes to open a bookstore and set up his own publishing business.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2010 02:15 PM | Show all posts
cermin 2 cite seram ker??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-3-2010 02:37 PM | Show all posts
a`aa cita cinta seram. ada seram dan ada juga cinta di dalamnya. novel seram tentang sebuah cermin di sebuah banglo yg dibeli, kisah cinta antara 2 pasangan dalam harungi kehidupan misteri, bagaimana kasih sayang, cinta mereka dalam mengharungi kehidupan seram dan misteri
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2010 10:09 AM | Show all posts


Sebuah bala… sebuah malapetaka telah merantai Badrul Datuk Hamidi dan Sabrina ke alam rumah tangga. Badrul yang tidak dapat menerima kenyataan ini tegar menyakiti hati Sabrina yang tidak bersalah.Air matalah peneman setia Sabrina, di dalam sangkar emas keluarga Datuk Hamidi.Tanpa ketahuan mereka, rupa-rupanya bala tersebut adalah rancangan seseorang yang tidak senang dengan kebahagiaan Sabrina.

Hiduplah Badrul dengan salah sangkanya terhadap Sabrina dan Sabrina dengan kesedihan yang tidak berpenghujung.Mujurlah Datuk Hamidi tidak mudah melatah, tetap melayan Sabrina dengan baik.
Namun, lama-kelamaan benci Badrul mula berubah rindu… Sepanjang masa hanya wajah Sabrina yang melekat di ingatan, senyuman Sabrina yang menari-nari di mindanya. Tetapi, hatinya masih belum mempercayai Sabrina sepenuhnya. Masih ada syak yang melingkari sukmanya. Walaupun bencinya masih ada, perpisahan yang dipinta oleh Sabrina telah mencarik hatinya.

"Yang mana satu ya? Berapa orang calon yang awak ada? Awak ni kenapa? Nak sakitkan sangat hati saya ni, kenapa? Seronok ya, dapat permainkan perasaan saya? Dapat buat saya nampak macam orang bodoh? Awak ingat, selama ni, saya selalu diam. Saya selalu mengalah…awak boleh buat sesuka hati awak? Awak nak saya betul-betul benci kat awak ke? Okay. Awak dah berjaya. Tak suka awak buat saya macam ni! Tak suka, tahu tak?! Saya benci awak,"

"Kad kahwin awak. Kenapa suruh saya pilih? Pilihlah sendiri. Tak ada kena-mengena dengan saya. Kenapa awak cakap awak sayangkan saya, hah? Kenapa awak pujuk saya supaya balik pada awak, kalau awak cuma nak main-main? Saya ingat awak serius. Tapi, sekarang awak bagi saya kad ni? Untuk apa? Untuk tunjuk pada saya, awak berjaya sekali lagi lukakan hati saya? Awak memang jahat! Saya tak patut beri peluang pada awak. Saya memang bodoh! ,"


Akan kulepaskan jua air mata ini pergi… jauh… sejauhnya… sehingga sepasang mata ini tidak mampu ingat pada hangat titisannya dahulu.

Penulis : Hanni Ramsul
Penerbit : Kaki Novel
Semenanjung : RM28
Sabah/Sarawak : RM31
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2010 10:13 AM | Show all posts


Nana menyintai dalam diam sepupunya sendiri, Hisyam. Pertunangan Hisyam dengan kekasih hatinya, Hani telah meremukkan hati Nana lantaran dia tidak dapat menerima yang Hisyam akan menjadi milik orang lain. Namun, tanpa diduga, pertunangan Hisyam dan Hani terputus di tengah jalan pada hari-hari terakhir mereka akan diijabkabulkan kerana kecurangan Hani yang beralih arah kepada seorang lelaki yang bergelar ahli perniagaan. Untuk menutup rasa malu keluarga, Nana diminta menjadi pengganti Hani pada majlis pernikahan itu.

Alam perkahwinan yang dikecapi oleh Nana dan Hisyam menuju ke puncak bahagia. Mereka saling mencintai dan saling memerlukan antara satu sama lain. Akan tetapi, panas yang disangka hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari. Kebahagiaan yang dikecapi telah diduga dengan penderitaan yang bertimpa-timpa tanpa sempat ditepis satu per satu.

Johan, yang sedari dulu sangat mencintai Nana, berazam untuk memiliki Nana walaupun Nana sudah menjadi isteri orang. Pelbagai cara digunakannya untuk mendapatkan hati Nana yang keras itu.
Hani pula muncul kembali, menagih semula cinta Hisyam. Terbit sesalan di hatinya kerana terlalu tamak mengejar kekayaan sehingga memutuskan pertunangan dengan orang yang sangat dicintai. Kali ini Hani nekad untuk memastikan Hisyam berada di dalam genggamannya.

Malang bagi Nana yang kehilangan anak dan perkahwinannya. Titik hitam itu membuatkan Nana hilang kekuatan untuk hidup. Manakala hidup Hisyam pula menjadi tidak tentu arah apabila dia memilih untuk bersama dengan Hani. Dia kehilangan sinar di dalam hidupnya, dia kehilangan Nana….

Adakah Nana dan Hisyam dapat bersatu kembali? Adakah mereka dicipta untuk hidup bersama? Atau… adakah mereka ditakdirkan hanya untuk menjadi sepasang sepupu yang sejati?

Penulis : Lynn Allyna
Penerbit : Kaki Novel
Semenanjung  : RM 19
Sabah Dan Sarawak  : RM22
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-3-2010 10:14 AM | Show all posts


Percintaan yang terjalin di antara Hana dan Jeffery telah terjadi tanpa diduga. Perbezaan taraf hidup merupakan penyebab utama mereka terpisah dan dipisahkan. Masing-masing membawa diri dengan dendam yang membara di hati kerana menyangka cinta mereka telah dikhianati.

Hana telah memulakan hidup baharu dengan karier mencabar, menjadi buruan ramai peminat. Dia telah menukar nama dan identitinya lantas tidak lagi memandang ke belakang.

Jeffery pulang ke tanah air setelah tujuh tahun hidup di US. Dia dikejutkan dengan kehadiran seorang kanak-kanak yang mengakui dia sebagai papanya. Di mana mamanya? Kenapa Jeffery tidak tahu mengenai anak ini? Jeffery terpaksa mencari Hana demi memenuhi permintaan anak kecil itu.

Pertemuan semula di antara Jeffery dan Hana telah merobek luka lama, lalu membuka semula kisah silam… kisah kekejaman manusia memisahkan cinta demi nama dan harta!

Penulis : Alina haizar
Penerbit : Kaki Novel
Semenanjung : RM18
Sabah/Sarawak : RM21
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2010 10:16 AM | Show all posts


Cermin berbingkai kayu berukir motif flora itu ada di dalam bilik baru Dewi, mena...rik perhatiannya. Di antara bilik-bilik yang ada di dalam banglo usang yang... dibeli oleh ibunya itu, hanya bilik terakhir sahaja Dewi anggap cantik dan sesuai dengan jiwanya. Semenjak Dewi dan ibunya berpindah ke banglo usang di pinggir bukit itu, pelbagai kejadian misteri mula berlaku dalam hidup Dewi. Sesiapa yang menyebabkan hatinya tergores, insan itu akan menemui ajal. Awalnya, Dewi hanya menganggap apa yang berlaku hanyalah kebetulan.

Tetapi, selepas perkara yang sama berlaku berulang kali, adakah ia masih boleh dianggap kebetulan?

Apa yang ditakuti oleh Sem akhirnya terjadi. Siti, kawan baiknya sendiri menjadi mangsa sakit hati Dewi. Namun, Dewi juga teman baiknya. Sem dan Siti sama-sama sayangkan persahabatan mereka dengan Dewi. Lalu, Sem meminta tolong Hasrul yang mahir dalan hal-hal dunia mistik.

Selepas Hasrul mengkaji latar belakang banglo yang didiami oleh Dewi, rupanya banglo itu banyak menyimpan sejarah mistik. Cermin di dalam bilik Dewi adalah cermin Sri Muka yang mana jika dipuja, ia bisa menunaikan segala pemintaan si pemujanya dan akan mengundang padah pada si pemuja jika tidak menuruti kehendak cermin itu.

Adakah Dewi telah memuja cermin Sri Muka itu? Jika ya, apakah cermin itu mampu dimusnahkah demi menghapuskan sumpahan cermin itu? Dan Andy, lelaki yang menyayangi Dewi namun menggores luka di hati itu, ke manakah hilangnya? Adakah kehilangan Andy disebabkan sumpahan cermin Sri Muka atau akibat putus cinta?

Semuanya bakal terjawab di dalam novel CERMIN yang sarat dengan kisah misteri, semangat setiakawan dan keikhlasan cinta.

Novel gabungan antara unsur seram dan Cinta. Lain dari yang lain.

Bagi mereka yang berada di Kuala Lumpur. Temui Penulis pada 28/3/2010 Di Pesta Buku Antarabangsa

Penulis : Hasrudi Jawawi
Penerbit : Fajar Pakeer
Semenanjung : RM18.90
Sabah/Sarawak : RM21.90
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2010 11:06 AM | Show all posts
Biarlah YM Berbicara - Hanni Ramsul ( Kaki Novel ) -
Baju Pengantin Mak Andam - Ariela Sahimi ( Kaki Novel )
Pergilah Air Mata - Hanni Ramsul ( Kaki Novel )
Sepupuku Suamiku - Lynn Allyna ( Kaki Novel )
Hadirmu Takdirku - Alina Haizar ( Kaki Novel )
semua novel ni midar dh beli & baca....not bad utk penulis baru..


Siapakah Di Hatiku - Adilla Tasha ( Kaki Novel )
yg ni mmg nk beli masa BF

Hot Gimmick - Shasfa Alyahya ( Kaki Novel )
dh ader... tp x sempat nk baca lg

Tak Mungkin Kuhindar - Ana Sofiya ( Fajar Pakeer )
yg ni mmg ditunggu2..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2010 11:42 AM | Show all posts
terus menyokong penulis2. Nanti kami comfirm dlu dgn penerbit. tak mungkin kuhindar akan sempat tak 27, 28 di pesta buku.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2010 05:42 PM | Show all posts


Pertemuan pertama memberi impak yang berbeza kepada dua insan. Maria malu mengenang, sedang Hisyam mahu mendekat. Maria semakin resah apabila Hisyam terus-terusan mendesak. Dalam benci ada rindu. Bijak Hisyam memujuk, mereka akhirnya disatukan.  

Salina hadir menjadi duri dalam daging. Bagi Hisyam, gadis itu ialah sahabatnya yang terbaik. Insan paling dipercayai. Namun, dalam diam, Salina meracuni hubungan mereka. Salina ada agenda yang tersendiri.

Semakin hari, semakin nipis rasa percaya Maria terhadap Hisyam. Namun, dia tidak mungkin menghindar rasa kasih yang sudah menebal. Demi menunaikan permintaan Maria, Hisyam tega melamar Salina walau ada luka di hati.   

Sanggupkah Hisyam menduakan Maria yang pernah dicintai sepenuh hati? Dan, Maria, mampukah membiarkan suami tersayang jatuh ke tangan Salina? Atau, Mariakah orang ketiga yang tidak lagi diperlukan kehadirannya oleh Hisyam?

Penulis : Ana sofiya
Penerbit : Fajar Pakeer
Semenanjung : RM 22.90
Sabah/ Sarawak : RM 25.90

Bagi pembaca yang ingin membaca dan menilai novel ini. Boleh membaca bab 1-25 di penulisan2u http://www.penulisan2u.my/tag/tak-mampu-ku-hindari/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-3-2010 11:42 AM | Show all posts
CERMIN - Hasrudi Jawawi
TAK MUNGKIN KUHINDAR - Ana Sofiya



Penulis akan berada di pesta buku antarabangsa pada 28/3/2010 di Gerai Fajar Pakeer. Dewan Tun Razak 3, PWTC
Booth FP: C15A , C13, C14, C15, C15B
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-3-2010 09:41 AM | Show all posts
Post Last Edit by MUZRI at 27-3-2010 09:43

CARTA BESTSELLER MPH MINGGU NIH. http://www.mphonline.com/books/bestseller.aspx

No 1. - SEPUPUKU SUAMIKU
No 2 - BAJU PENGANTIN MAK ANDAM
No 3 - XXXXX
No 4 - XXXXX
No 5 - PERGILAH AIR MATA
No 6 - XXXX
No 7 - BIARLAH YM BERBICARA
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2010 08:56 AM | Show all posts
dah beli
Biarlah YM Berbicara - Hanni Ramsul ( Kaki Novel )
Baju Pengantin Mak Andam - Ariela Sahimi ( Kaki Novel )
Siapakah Di Hatiku - Adilla Tasha ( Kaki Novel )
Pergilah Air Mata - Hanni Ramsul ( Kaki Novel )
Sepupuku Suamiku - Lynn Allyna ( Kaki Novel )
Tak Mungkin Kuhindar - Ana Sofiya ( Fajar Pakeer )
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2010 06:25 PM | Show all posts
Thank zafran. terus menyokong penulis-penulis penulisan2u.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2010 08:27 AM | Show all posts
abg muzri...

cerpen2 yg menarik kt penulisan2U tu..
xnak dibukukan ker?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-4-2010 10:55 AM | Show all posts
Insyallah. dalam proses perbincangan lagi dengan penerbit. kalau ada permintaan insyallah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2010 01:24 PM | Show all posts


Seorang Hawa yang berperwatakan seperti Adam, mencari erti sebenar fitrah semula jadinya. Sofi Zarill Muhammad yang lebih selesa membahasakan dirinya sebagai Zack dan berpenampilan seperti lelaki: rambut pendek, cap, t-shirt dan seluar jean.

Perjalanan hidupnya bermula apabila dia ketandusan seorang diri di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur. Nasibnya baik apabila bertemu dengan Abang Din, pelayan di sebuah kedai makan yang sudi membantunya sementara mendapatkan bantuan. Menumpang sementara di rumah Abang Din di "Sting Garden" (setinggan) membuahkan suatu perasaan yang selama ini tidak pernah terdetik di hatinya tatkala dia bersama kaum Adam. Bagaikan ada arus eletrik yang menjalar di segenap urat sarafnya tatkala berdekatan dengan Abang Din. Malah, Abang Din turut sama merasainya, hingga menimbulkan kekeliruan di hati lelaki itu. "Ish, takkan aku ni gay kut?"

Pulang semula ke pangkuan keluarga dan menguruskan butik sendiri, membuahkan rindu dendam yang tidak tertanggung terhadap Abang Din, hinggakan Azim disangkakan Abang Din. Zack mula keliru dengan pendiriannya sebagai seorang yang macho. "Aku ni dah jatuh cinta ke?"

Bimbangkan perlakuannya yang agak kelelakian itu, membuatkan mama Zack (Datin Mas @ Datin Gold) ingin menjodohkan Zack dengan Azim, teman sepermainannya sedari kecil lagi. Namun Azim dipandang tak ubah seperti sahabat karibnya dan tiada langsung sebarang "feeling" terhadap Azim. Tambahan pula Azim adalah playboy tersohor dengan ayat-ayat jiwanya yang mampu mencairkan hati setiap wanita, kecuali Zack. "Aku dengan kau, Zack? No way, beb!"

Payah ni! Tomboy dan playboy…. Bagaimanakah kesudahan perjalanan hidup Zack? Dapatkah dia mencari fitrah semula jadinya? Dapatkah dia melepaskan rindu dendamnya pada Abang Din? Bagaimana pula dengan Abang Din? Sampai bila dia dikepung dengan kekeliruan? Azim pula? Sampai bila dia akan menjadi playboy tersohor?
Segala persoalan bisa terjawab di dalam… BINI AKU NI TOMBOY KE?

Penulis : Arisa Eriza
Penerbit : Kaki Novel
Semenanjung : RM19
Sabah/Sarawak : RM22
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2010 02:44 PM | Show all posts
Post Last Edit by MUZRI at 27-5-2010 14:47

Sepupuku Suamiku No 1 carta bestseller MPH Bookstore bulan Mac

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2010 02:47 PM | Show all posts
BINI AKU TOMBOY KE?  NO 1 CARTA BESTSELLER MPH BULAN MEI

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 02:37 PM GMT+8 , Processed in 0.070338 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list