CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 19111|Reply: 52

Raja Temenggung Muar

[Copy link]
Post time 27-4-2010 12:53 PM | Show all posts |Read mode
Aku rase belum ada thread pasal ni, so aku bukak supaya kita boleh tukar2 info.

Dari apa yang aku paham, Muar dalam zaman pemerintahan Sultan Mahmud mangkat dijulang, merupakan satu kawasan 'autonomy' bagi empayar Johor riau.

Pada Hujung 1690an, Sultan Ibrahim 1, Ayahanda Sultan Mahmud mangkat dijulang, telah berkahwin dgn adinda kepada Bendahara Tun Habib & Datuk Pasir Diraja Tun Sayid Jaafar.
Oleh yang demikian, Sultan Ibrahim telah mengurniakan kawasan Muar, kepada Datuk Pasir Diraja Tun Sayid Jaafar untuk diperintah, dan diberi gelaran Raja Temenggung Muar.

Daripada tahun 1690an Raja Temenggung Muar telah memerintah Muar dengan izin Sultan Johor yg besemayam di Kota Tinggi mahupun di Riau-Lingga.

Namun setelah Perjanjian Inggeris-belanda 1824, yang telah memecahkan empayar Johor-Riau, di mana British Mengiktiraf Sultan Hussien sebagai Sultan,manakala Belanda mengiktiraf Sultan Abdul Rahman sbgai Sultan.

Anakanda Sultan Hussin , Sultan Ali tidak diiktiraf oleh British sebagai Sultan, namun pada 1855, British telah menandatangai perjanjian dgn Sultan Ali, dimana Sultan Ali diiktiraf sebagai Sultan Johor, tetapi perlu memberikan kawasan jajahan Johor selain Muar kepada Temengung Ibrahim, dan keturunan Sultan Ali hanya boleh memerintah di Muar sahaja.

Sultan Ali selepas itu terus mewakilkan Raja Temenggung Muar untuk melaksanakan urusan pentadbiran.


Selepas kemangkatan Sultan Ali, berlaku perebutan kuasa ke atas pemerintahan Muar antara anakanda2 Sultan Ali, Tengku Alam  & Tengku Mahmod.Maka berlaku lah perang Jementah. Tengku Alam yg turut disokong Raja Temenggung Muar, telah menyerang Jementah mengakibatkan penduduk Jementah meminta bantuan Temenggung Abu Bakar dan British.

Atas sokongan & Campurtangan British, di dalam Perang Saudara Jementah, Temenggung Abu Bakar telah menang, dah sekaligus menghapuskan kekuasan Raja Temenggung Muar di Muar dan menamatkan tuntutan ke atas wilayah Muar oleh Tengku Alam.


Jawatan, Raja Temengung Muar telah dihapuskan oleh British pada 1902.

Raja Temenggung Muar yang terakhir ialah Wan Abdul Rahman, Raja Temenggung Muar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2010 05:27 PM | Show all posts
Andaikata jemntah hnya minta bantuan temenggong abu bakar sj, tnpa kekuatan british...mgkn kah mereka akn menang..?

Klu mereka tewas, dn anak2 sultan ali buat truce...mgkn keadaan
negeri jhr berubah dgn jemntah dn muar berada di luar jajahan jhr.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2010 09:08 PM | Show all posts
kenapa british hapuskn jawatan tu sedangkn Muar adalah hak mutlak temenggung.. negeri Muar adalah milik temenggung..

cuba cr serita pasal negeri Muar djadikn maskahwin oleh kerabat Johor..

n cuba korek kisah temenggung yg melatak jawatan sbb xsanggup jd pembelot antara kerabat..
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2010 09:50 PM | Show all posts
owh,,,sultan nie laa yg hensem tue kan?
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 08:11 AM | Show all posts
hmm... adakah keturunan temenggung ini antara pihak2 yang menuntut takhta sekarang?
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 08:49 AM | Show all posts
info tak cukup ... ni kena google lagi lah ni, to find out more
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-4-2010 09:37 AM | Show all posts
hidup muor.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 10:19 AM | Show all posts
Tengku Ali @ Sultan Ali Iskandar Shah ibni Hussein Muazzam Shah (Sultan Johor/ Muar)




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2010 10:27 AM | Show all posts
wiki kata...
Nevertheless, there was no major hostility as a result of the division of loyalty between the royalty and the nobility.[11] In the same year, an English merchant, W.H. Read, controlled Sultan Ali's royal seal in exchange for a promise to liquidate his debts. Read had been an active supporter of Sultan Ali's claims for recognition as the legitimate ruler of Johor and the states' revenue, with the Temenggong as his vassal.[12] As a result of economic and political pressure from these traders, the Governor did consider granting a formal recognition to Sultan Ali as the legitimate ruler of Johor, but in the process, he received a strong protest from the Temenggong and his young son, Abu Bakar.[13]
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 10:31 AM | Show all posts
owh,,,sultan nie laa yg hensem tue kan?
lieliey Post at 27-4-2010 21:50



Tengku Ali
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 03:50 PM | Show all posts
Tengku Ali @ Sultan Ali Iskandar Shah ibni Hussein Muazzam Shah (Sultan Johor/ Muar)
HangPC2 Post at 28-4-2010 10:19



   



hensemnye abang ali.....hakhak...
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 04:18 PM | Show all posts
takde gambar real ke?.. gambar katun gitu dikatanya hensem..
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 04:53 PM | Show all posts
mase sultan ali ninggal... siap tabur emas...
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 05:05 PM | Show all posts
Reply 13# muor76

sape yang tabur wehh... uikss membazir jekkata banyak hutang, emas sape pulak yg ditabur?
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 05:10 PM | Show all posts
'PERANG JEMENTAH' merupaKan satu lagi peristiwa atau tragedi terpenting pernah berlaku di bumi Jementah. Daripada sumber-sumber diperolehi jelas menunjukan bahawa Perang Jementah yang berlaku dalam tahun 1879. Tragedi berdarah tersebut menjadi yang begitu penting kerana:
Perang adalah perang saudara pertama berlaku di negeri Johor.
Perang ini telah melibatkan puluhan pahlawan dan pendekar yang handal.
Tamatnya perang ini merupakan satu daripada faktor pembukaan Muar (Bandar Maharani).
Perang ini membawa beberapa kesan penting dalam sejarah Johor khususnya mulai tahun 1880 iaitu setahun selepas tamatnya perang, 'Kesang' menjadi jajahan Johor hingga ke hari ini.
Melalui perang ini, Mohammed Salleh bin Perang yang memegang jawatan Dato' Bentara Luar, salah seorang daripada elit lohor moden telah memperlihatkan kecekapannya dalam mengepalai angkatan perang.
Meletus perang Jementah pada 25 Oktober 1879 adalah disebabkan oleh 'Sekeping Kertas' yang merupakan wasiat Yang Maha Mulia Sultan Iskandar Ali, Yang Dipertuan Negeri Kesang. Beberapa jam sebelum mangkat, Sultan Ali telah mewasiatkan penggantinya iaitu Yang Maha Mulia Tengku Mahmood yang berumur 11 tahun, putera Almarhum Sultan dan isteri ketiganya iaitu orang kebanyakan.

Perlantikan melalui wasiat ini telah ditentang oleh Tengku Alam, putera sulong baginda dari isteri tuanya. Tengu Alam yang tidak berpengaruh itu telah membantah tindakan Kolonel Archibald AAnson, Pemangku Gabenor yang meletakkan jajahan Kesang di bawah pentadbiran Duli Yang Maha Mulia Maharaja Abu Bakar buat sementara waktu.

Tindakan awal yang dilakukan oleh Tengku Alam ialah menyuruh dua orang saudara sepupunya Tengku Nong dan Tengku Mat menghasut penduduk-penduduk sekitar kawasan Kesang supaya menyebelahi pihaknya. Tengku Mat dan Tengku Nong termakan dengan janji-janji manis Tengku Alam telah berjaya mempengaruhi segelintir orang-orang tempatan dan beberapa orang Panglima Melayu yang handal.

Diantara Panglima-panglima yang handal itu ialah:

Panglima Besar Layot.
Panglima Besar Salim.
Panglima Besar Kadir.
Panglima Besar Tok Siban.
Panlima Besar Sancu.
Raja Berambut Panjang.
Wan Daud.
Wan Abas.
Atas persetujuan Tengku Alam Panglima Besar Sancu dilantik menjadi 'Kepala Perang'. Kononnya kesemua pahlawan Melayu tersebut mempunyai ilmu Kebal.

Perang Jementah bermula apabila angkatan Tengku Nong menyerang Kesang, Pertempuran awal dipercayai berlaku di Relau dan Air Kertau. Di kedua-dua tempat itu angkatan Tengku Nong tidak mendapat tentangan hebat justeru itu timbullah rasa bongkak dan angkuh di kalangan pengikut-pengikut Tengku Nong.

Pada 25 Oktober 1879 angkatan Tengku Nong disertai oleh Panglima Besar Sancu telah menyerang Jementah dalam jajahan Muar Kiri. Pada masa itu Jementah merupakan sebuah kampung yang penuh dengan dusun buah-buahan dan sawah padi. Dalam pertempuran di Jementah inilah Panglima Besar Sancu telah bertindak liar. Selain merampas harta benda penduduk-penduduk di situ, mereka juga membakar beberapa buah rumah. Mujurlah Penghulu Jementah sempat melarikan diri dan terus membuat aduan kepada pihak pemerintah di Johor.

Kemenangan dalam pertempuran di Jementah itu telah mendorong Tengku Nong mengisytiharkan dirinya sebagai Raja Muda sementara Wan Daud diisytiharkan sebagai Temnggong Paduka Tuan. Kesannya, pemerintah Johor lantas mengirimkan sebuah angkatan perang diketuai oleh Ungku Ahmad iaitu saudara sepupu kepada Duli Yang Maha Mulia Baginda Maharaja Johor ke Jementah.

Kepintaran Ungku Ahmad dalam tipu muslihat perang telah menyebabkan beberapa buah kubu musuh dalam kawasan Lubuk Bandan ditawan. Tengku Nong dan Panglima Sancu beserta pengikut-pengikut mereka berundur ke hulu sungai Jementah berhampiran dengan kaki Gunung Ledang. Di satu tempat bernama Kampung Lela mereka telah mendirikan sebuah kubu berbentengkan tanah. Sementara itu, pada 2 Disember 1879 Dato' Bentara Luar iaitu Dato' Mohammed Salleh bin Perang telah dihantar oleh kerajaan Johor untuk membantu Ungku Ahmad dan Encik Esa yang sedang bertahan di sebuah kubu dalam jajahan Jementah.

Dato' Mohammed Salleh bin Perang telah membawa sebanyak 400 laras senapang jenis Senader dan meriam bersama. Memandangkan pertahanan musuh masih kuat, Tengku Ahmad dan Dato' Bentara Luar telah membuat satu strategi untuk menyerang kubu-kubu musuh. Empat buah pasukan telah dibentuk dan setiap pasukan mengandungi 100 orang.

Panglima Besar Esa memimpin pasukan pertama.
Panglima Kiri Awang memimpin pasukan kedua.
Panglima Besar Yusuf memimpin pasukan ketiga.
Panglima Dalam Lamit memimpin pasukan keempat.

Kira-kira dua belas hari selepas pembentukan pasukan perang itu, angkatan perang Dato' Bentara Luar pun sampai di satu tempat bernama Dusun Dedap. Di Dusun Dedap dan di kawasan sekitarnya beberapa kubu dan benteng telah dibina. Yang anehnya kubu-kubu dari kedua-dua pihak yang terlibat dalam peperangan itu terletak berhampiran antara satu sama lain.

Menurut Haji Hassan bin Putih, sekurang-kurangnya lima buah kubu telah dibina oleh pengikut-pengikut Dato' Bentara Luar dan pihak Tengku Nong di kawasan sekitar Dusun Dedap. Tiap-tiap kubu itu mempunyai namanya sendiri. Di antara kubu-kubu yang penting ialah Kubu Dedap, Kubu Lubuk Bandan, Kubu Sungai Siput, Kubu Macang Padang dan Kubu Raja Lela. Kononnya di salah sebuah kubu kepunyaan Tengku Nong sebuah meriam bernama 'Gegak Gempita' telah diletakkan di atas sebatang dahan pokok Dedap.

Haji Hassan bercerita lagi, bahawa satu peristiwa ganjil telah berlaku sebelum Kubu Dedap yang termasyhur itu dibina. Manaf Khatib, orang yang ditugaskan membersihkan kawasan sekeliling dusun dedap itu telah jatuh pengsan sebaik saja beliau memulakan kerja menebang anak-anak pokok hutan. Pada waktu itu hujan panas turun berderai. Hanya setelah campur tangan seorang Pawang barulah kerja membersihkan kawasan disitu dapat diteruskan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 05:11 PM | Show all posts
Continue....
Haji Yahya bin Kubu pula mengaku bahawa datuknya Pawang Abib turut terlibat dalam pembinaan Kubu Dedap itu. Kononnya semasa Kubu itu dibina beberapa peristiwa ganjil telah berlaku antaranya dengan semena-mena hujan panas turun berderai diikuti dengan tiupan angin kencang. Pada sebelah malamnya pula bunyi burung-burung hutan dan binatang-binatang liar bertalu-talu hingga ke waktu subuh. Kubu Dedap tempat pertahanan orang-orang Dato' Bentara luasnya 40 kaki dan bentengnya dibuat daripada tanah setinggi dua belas kaki.

Semasa membina Kubu Dedap itulah, orang-orang Tengku Nong dan Panglima Sancu telah membuat serangan secara mengejut ke atas pengikut-pengikut Dato' Bentara Luar. Tektik pukul curi itu telah menyebabkan tiga orang pengikut Dato' Bentara Luar terkorban sementara enam orang mendapat cedera.

Pada pertengahan bulan Disember 1879 pengikut-pengikut Dato' Bentara Luar berjaya menawan sebuah kubu musuh di Padang Juling. Mengikut catatan Encik Daud bin Sulaiman, seorang ahli sejarah di Batu Pahat, Johor bahawa semasa bertahan di kubu Padang Juling Dato' Bentara Luar telah menyusun satu rancangan yang rapi dan lengkap bertujuan untuk menamatkan Perang Jementah dengan segera. Beliau telah memerintahkan seratus orang menebang pokok buluh dan setiap orang dikehendaki mengikat buluh-buluh itu menjadi seberkas.

Pada keesokan harinya, tiga ratus orang Dato' Bentara Luar 'berpura-pura' menyerang kubu Tengku Nong dan Panglima Sancu. Dan semasa serangan olok-olok itu dibuat, Dato' Bentara Luar menyuruh enam puluh orang pengikutnya membuat satu jalan pintas menuju ke arah kubu musuh.

Empat buah meriam dipasang dengan arah muncungnya dihalakan ke arah kubu musuh. Panglima Besar Yusuf dan Panglima Kiri Awang merangkak perlahan-perlahan mengambil tempat berhampiran pagar kubu musuh. Panglima Lamit bersama orang-orangnya mengangkut berkas-berkas buluh itu sementara Dato' Bentara Luar dan Panglima Esa disertai oleh lima orang pengikutnya membuat benteng.

Kebetulan pada malam itu hujan turun dengan lebatnya. Ini memudahkan lagi kerja Dato' Bentara Luar. Menjelang pagi Dato' Bentara Luar mengarahkan semua meriam dan senapang ditembak secara serentak. Serangan mengejut waktu subuh itu menyebabkan orang-orang Tengku Nong dan Panglima Besar Sancu dalam kubu menjadi kelam kabut. Kebanyakan mereka sedang tidur nyenyak ketika itu.

Pihak musuh yang mulai panik lantas memukul gendang dengan tujuan menaikan semangat mereka. Mereka sempat juga membalas tembakan dengan secara membuta-tuli. Ekoran daripada serangan pada waktu subuh itulah akhirnya membawa kepada tamatnya Perang Jementah pada 30 Disember l879.

Perang saudara itu berlaku dengan kemenangan di pihak Dato' Bentara Luar. Tengku Nong dapat ditawan dekat Gunung Ledang kira-kira sehari perjalanan dari Cohong. Wan Daud pula diberkas setengah jam selepas Tengku Nong ditangkap. Turut diberkas pada hari itu ialah ketua-ketua pemberontakan iaitu Tengku Mat, Panglima Besar Sancu, Panglima Besar Layot dan Raja Berambut Panjang.

Panglima Sarip, seorang lagi panglima yang handal ditugaskan untuk mengawal keselamatan Tengku Mat semasa diberkas cuba melawan tetapi telah ditembak oleh Panglima Perang Awang. Manakala saki baki musuh terus diburu.

Pak Yusuf bin Kamit atau dikenali dengan panggilan Pak Osop berasal dari Muar dan sudah menetap lebih 40 tahun di Segamat mendakwa bahawa pembukaan beberapa penempatan dan kampung di Segamat ada kaitan dengan tamatnya Perang Jementah.

Menurut Pak Osop menjelang tamatnya Perang Jementah, ramai pengikut Tengku Nong dan Panglima Sancu telah melarikan diri. Mereka seolah-olah sudah terasa kemenangan akan berada di pihak Dato' bentara Luar dan Ungku Ahmad. Malah ramai daripada pengikut Tengku Nong dan Panglima Sancu mulai insaf. Mereka sedar perjuangan mereka adalah sia-sia belaka. Menentang Dato' Bentara Luar dan Ungku Ahmad samalah seperti menentang Duli Yang Maha Mulia Maharaja Abu Bakar.

Justeru itu ramai daripada mereka tanpa mematuhi arahan ketua-ketua mereka lantas melarikan diri ke Segamat menaiki perahu menghilir Sungai Legeh dan Sungai Muar dan terus ke Segamat. Dipercayai mereka merupakan pendatang-pendatang awal yang membuka beberapa buah kampung di daerah Segamat.

Di Segamat tempat yang didatangi oleh orang-orang Tengku Nong dan Panglima Besar Sancu itu dipercayai kebanyakannya berhampiran dengan sungai. Mengikut kajian sekurang-kurangnya sepuluh buah kampung atau kawasan telah dibuka oleh orang-orang Tengku Nong dan Panglima Besar Sancu. Kampung-kampung tersebut ialah:

Kampung Pogoh.
Kampung Alai.
Kampung Lubuk Batu.
Kampung Paya Dalam.
Kampung Ulu Gemereh.
Kampung Batu Badak.
Kawasan berhampiran Danau Lanjut.
Kawasan berhampiran Danau Kongkong.
Kawasan berhampiran Tcbing Tinggi.
Kampung Tenang.
Mengikut Pak Osop lagi, di Kampung Paya Dalam, empat kilometer dari Bandar Segamat, dua buah kubur yang masih dapat dilihat hingga sekarang dipercayai adalah kubur-kubur pengikut-pengikut Panglima Besar Sancu yang melarikan diri itu dan kemungkinan mati di Kampung Paya Dalam. Di Kampung Paya Dalam juga terdapat kesan peninggalan Perang Jementah seperti kubu-kubu dan benteng-benteng.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2010 05:15 PM | Show all posts
Reply 14# nazurah
jap aku carik balik berite nyer yerkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2010 05:22 PM | Show all posts
all along the route as the procesion wended its way to the mosque the mourners threw thousands of gold leaves
in the air, worth a great sum of mpney and neatly wrapped in paper
and rice so that the sultan's subjects might pick them up as souvenirs
several malays, however, went abaout with their umbrellas inverted like a bowl
to collect the gold leaves as they came falling to the ground
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2010 08:59 PM | Show all posts
hmm... adakah keturunan temenggung ini antara pihak2 yang menuntut takhta sekarang?
nazurah Post at 28-4-2010 08:11


byk yg mnuntut takhta.. rasanye, temenggung xtuntut takhta tp tuntut kenaikn elaun/pencen yg skrg ni nilai xsmpi rm100 sbln.. yg byk tuntut takhta dr kalangan tengku & ungku yg diorg pun xarif sgt dgn salasilah diorg..
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2010 11:12 PM | Show all posts
Reply 19# harungemang

siapa lagi yang dapat elaun ekk? best betul idup...sorry la kalau agak keterlaluan, kalau aku la malu nak tuntut walaupun satu sen sebab tak beri sumbangan pada rakyat.... bak kata abang aku, kita tak boleh pergi klinik wakaf tu sebab itu hak orang yang daif, orang yang mampu pi klinik lain jangan amik hak orang...

member aku ada sorg tapi dia x mintak elaun la.. tp tunggu harta pusaka kena pecah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 04:14 AM GMT+8 , Processed in 0.264659 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list