View: 3810|Reply: 3
|
Berita@MKST : Kapal Udara Terbesar dunia
[Copy link]
|
|
Kapal udara terbesar dunia
kapal udara Bullet 580 yang diletakkan di Garrett Coliseum, Montgomery, Amerika Syarikat (AS) pada Rabu lalu.
MONTGOMERY, Amerika Syarikat (AS) - Kapal udara terbesar di dunia yang dinamakan sebagai Bullet 580 akan menjalani ujian penerbangan pada musim panas ini.
Kapal udara sepanjang 71.62 meter dan berdiameter 19.18 meter itudibina oleh syarikat E-Green Technologies dengan menggunakan sejenisbahan nipis tetapi 10 kali ganda lebih kukuh berbanding besi.
"Ia cukup perlahan untuk menikmati pemandangan dari udara, bolehmembawa kargo sehingga berat 907 kilogram pada ketinggian 6,000 meterdan boleh dikawal dengan menggunakan alat kawalan jauh ataudikendalikan oleh seorang krew," kata Ketua Pegawai Eksekutif E-GreenTechnologies, Mike Lawson.
Kapal udara itu berharga AS$7.8 juta (RM25.7 juta) dan dibekalkanoleh tujuh beg berisi gas helium dan bergerak pada kelajuan 56kilometer sejam.
Kapal itu akan melakukan misi mengukur kelembapan bumi dengankerjasama Universiti Old Dominion dan Pentadbiran Aeronautik danAngkasa Lepas Kebangsaan milik AS. - Agensi |
|
|
|
|
|
|
|
lepas nie bolehla melancong di udara |
|
|
|
|
|
|
|
mcamm roper fullyInflated kondomm 4 nigga |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|