CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Balai / Kuarters Polis Berhantu

  [Copy link]
 Author| Post time 31-5-2010 03:03 PM | Show all posts
kat donia yang fana nehh
buleh laaa lepas..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2010 03:09 PM | Show all posts
laki dia dah t'lps.. mst laki dia mimpi ngeri tiap2 mlm sambil tido sblh bini br...
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2010 03:17 PM | Show all posts
rasenya laki dia dah tak kesah kut..dia boleh bakar isteri dan kawen, mesti dah psiko tahap dewa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2010 03:21 PM | Show all posts
harus tak ingat apa
syok dapat berbini lagi
(kot laaa jadik dgn awek tuh)
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2010 03:24 PM | Show all posts
nasib baik la IPD ni bukan kat area2 Muar...kalau tak aku rasa mau jer si Muar76 tu gi 'melawat' kat IPD tu....
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2010 03:25 PM | Show all posts
biarlah roh arwah menghantui mamat tu
entah2 dah sewel mamat ni sbb kena kacau roh arwah
jgn harap nk idup tenang ngan bini baru
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 31-5-2010 03:35 PM | Show all posts
Permainan seram Hijab
Oleh MURSHID EUNOS
murshid@hmetro.com.my
2010/05/30

HUJUNG tahun lalu, pernah sekali pelakon terkenal yang juga pengarah muda, Mohd Pierre Andre Nazarul Andre memberitahu keinginannya untuk kembali aktif pertengahan 2010.

Namun selepas Selebriti berpeluang sendiri meninjau ke lokasi pembikinan Hijab di Kluang, Johor minggu lalu, hasrat Pierre itu bukan lagi omong kosong! Ternyata, filem yang diterbitkan syarikat baru, YB Pictures Sdn Bhd yang menyaksikan Pierre sebagai pelakon utama serta Maimon Mutalib, Nasrizal Ngasri, Rozie Rashid dan pendatang baru, Nur Fathia Abdul Latiff itu masih kekal pada paksi seram dan lebih dinamik daripada aspek penceritaannya.


Hijab yang menjalani penggambaran sepenuhnya di Kluang itu tidak teragak-agak memilih lokasi yang sememangnya 'berhantu' dan terkenal sebagai tapak 'permainan' makhluk halus itu termasuk bangunan kuarters polis yang sudah ditinggalkan lebih 20 tahun, kawasan rumah lama yang mempunyai kisah seram dan kawasan rekreasi Hutan Gunung Belumut.


Kata Pierre yang sudah menulis skrip filem ini sejak berusia 18 tahun ketika masih menuntut di Akademi Seni Kebangsaan itu, suasana seram dan elemen menakutkan tidak lagi perlu ditambah hingga menonjolkan sisi berlebihan sekiranya lokasi penggambaran sudah sedia menakutkan.


Malah bahagian seni rias set juga tidak pening kepala untuk menjadikan set penggambaran kelihatan logik dengan sentuhan seram.

"Sejak awal lagi, saya memang yakin dengan skrip filem ini kerana ia bukan sembarangan cerita. "Hijab punya ketakutan yang berbeza kerana faktor seram yang cuba saya suntik tidak hanya pada persekitaran, sebaliknya ia lebih dekat pada pandangan penonton yang datang mengikutinya nanti.


"Apa yang saya titik beratkan adalah penggunaan kamera secara lebih kreatif dan teknik permainan jalan cerita agar penonton tidak bosan. "Hari ini saya tunjukkan sendiri betapa takutnya kru penerbitan dan pelakon sepanjang penggambaran di sini kerana lokasi yang kami pilih juga adalah satu kawasan yang sudah menyimpan pelbagai cerita seram sendiri.


"Bagaimanapun, pengalaman lepas menjadi rujukan saya kerana saya turut 'memasang' bomoh bagi memastikan semuanya berjalan dengan lancar tanpa gangguan. "Namun semuanya adalah kerja Allah dan ketika sibuk menyiapkan proses penggambaran, salah seorang daripada kru saya sudah disampuk dan meracau akibat terlalu asyik meninjau kawasan sekeliling di set balai polis belakang hospital," katanya.


Pierre mengakui, rasa takut dan seram sememangnya mengulit dirinya sepanjang berada di Kluang bagi menyiapkan penggambaran yang dijadualkan sepanjang 25 hari bermula 25 April lalu terutamanya apabila ada satu lokasi dan watak yang dibangunkan dalam filem ini kebetulan menyerupai kawasan dan seorang individu yang pernah wujud di bandar itu.


Percaya atau tidak, pengarah muda yang kali terakhir muncul menerusi filem Jangan Tegur itu sendiri tidak tahu menjelaskannya sebaliknya hanya menyifatkan perkara itu sebagai satu kebetulan dan elemen keserasian yang kian terserlah antara dirinya selaku penulis dengan jalinan penceritaan yang cuba digarap.


"Pelik sangat saya rasakan sebab sememangnya skrip filem ini saya tulis berdasarkan pengalaman di sekitar saya dan selebihnya adalah permainan imaginasi sendiri. "Namun apabila tiba di lokasi, ia serupa dengan apa yang saya gambarkan. "Umpamanya sebuah rumah dukun yang saya reka dalam benak fikiran rupanya adalah kejadian sebenar yang memang wujud di kawasan itu.


"Begitu juga dengan beberapa wajah hantu yang saya reka, sama seperti penduduk di situ ceritakan kembali pada saya. "Watak Mak Itam yang saya bangunkan juga sebenarnya adalah nama individu yang memang wujud di situ.

"Bagaimanapun, saya bersyukur kerana setidaknya apa yang saya fikirkan seterusnya diterjemah dalam bentuk visual itu bukanlah rekaan semata-mata sebaliknya ia dekat dengan kejadian sebenar dan hantu yang pernah singgah kepada masyarakat sebagai bual kosong sebelum ini. "Ia kebetulan, namun saya melihat ia sesuatu yang cukup pelik dan aneh.


"Saya impikan sebuah filem seram yang betul-betul seram hingga impaknya melekat dalam imaginasi penonton. "Justeru, saya sebolehnya mencari satu perspektif yang tidak tersasar daripada elemen logikal serta tampak seakan-akan kisah benar di mata penonton. "Baik daripada solekan hantu dan lokasi penggambaran, saya memantau agar segala-galanya mengikut piawaian yang ditetapkan," katanya. Hijab mengisahkan Rafael, seorang pelakon filem yang berkeinginan untuk mencari rasa takut dan seram selepas ditawarkan watak utama dalam sebuah filem hantu. Bagaimanapun, Rafael langsung tiada perasaan takut meskipun sudah meninjau rumah hantu, kawasan peninggalan, tanah perkuburan dan bermacam-macam lagi bagi menghayati wataknya. Akhirnya dia bertemu dengan seorang bomoh yang mampu membuka batas penglihatannya dengan alam hantu iaitu dengan membuka hijab pada matanya. Sejak itu, Rafael dapat melihat segala makhluk di alam halus dengan nyata tanpa sebarang sekatan. Mahu atau tidak, Rafael terpaksa menempuh juga senario yang mana dia dapat melihat sendiri bagaimana rupa hantu yang dapat meninggalkan rasa takut dan seram kepadanya. Filem yang menelan belanja sekitar RM1.5 juta ini turut dipersembahkan dalam satu kaedah yang lain di mana Pierre menggunakan konsep dan idea yang dikorek menerusi filem kegemarannya iaitu Blair Witch Project dan Paranormal Activity untuk diaplikasikan dalam Hijab.


"Jika kita teliti filem seram luar, mereka banyak menggunakan teknik kamera handheld (dikawal oleh jurugambar pada bahunya saja) bagi membina mood seram. "Teknik kamera begini yang mengikut pergerakan watak dengan lebih dekat dan selari boleh membuat penonton merasa seolah-olah mereka berada dalam filem itu sekali.


"Justeru saya akan cuba pamerkan apa yang mampu namun masih mengikut kesesuaian babak. "Pengisian Hijab tidak begitu kompleks. "Jalan ceritanya sehala agar penonton dapat memahami filem ini tanpa perlu menggaru kepala," katanya.


Pierre yang sempat merakamkan rasa gembira dan bangganya dengan komitmen kesemua kru dan pelakon kerana tidak langsung merungut sepanjang penggambaran meskipun jadualnya ketat dan kurang waktu rehat.


"Sepanjang di lokasi, saya dapat simpulkan yang apa yang pernah terlintas dalam benak pemikiran serta imaginasi saya sewaktu menulis skrip ini. "Malah saya sendiri dapat membaiki jalan cerita mengikut persekitaran sebaik tiba di sini (Kluang). "Saya berpuas hati dengan persembahan pelakon dan sentuhan kreatif semua kru. "Mereka bertungkus-lumus memastikan apa yang saya gambarkan dapat direalisasikan dengan tepat dan sebaiknya. "Saya yakin penonton dapat menilai sendiri hasil kerja saya ini kerana sesungguhnya ia adalah satu karya yang agung kerana Hijab lahir dari hasil air tangan saya sendiri lengkap dengan kebebasan yang diberikan oleh pihak penerbitnya, YB Pictures," katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2010 03:36 PM | Show all posts
Hijab yang menjalani penggambaran sepenuhnya di Kluang itu tidak teragak-agak memilih lokasi yang sememangnya 'berhantu' dan terkenal sebagai tapak 'permainan' makhluk halus itu termasuk bangunan kuarters polis yang sudah ditinggalkan lebih 20 tahun, kawasan rumah lama yang mempunyai kisah seram dan kawasan rekreasi Hutan Gunung Belumut.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2010 03:46 PM | Show all posts
seremnye............ bc sinopsis pun dh serem.... anyway balai polis mana ni syd? ade pic? huhu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2010 03:49 PM | Show all posts
kat Kluang, Johor la tuh
kalau ada forumer sini yang dok/asal sana, bleh laa dorang share criter
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2010 04:23 PM | Show all posts
ah sudah.. kluang kt area mana ni? kalau gunung berlumut tu jauh dr sini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2010 04:35 PM | Show all posts
selalu baca je IPK2 banyak jer orang mati terjun laa, mati 'ter'jatuh laaa
sengaja jatuh laa...tadok hantu ka?
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2010 04:43 PM | Show all posts
Hijab yang menjalani penggambaran sepenuhnya di Kluang itu tidak teragak-agak memilih lokasi yang se ...
Syd Post at 31-5-2010 15:36


kat sebelah mana kuaters polis yg dah kosong sejak 20 tahun dulu nih..?
aku penah dok Kluang dulu & sekarang ni pun kekadang penah gak gi sana...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2010 04:47 PM | Show all posts
tak penah sampai sana lagi.
terbaca tentang sinopsis filem arahan si pierre tu
terus tingat... pasal kuarters polis tu
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2010 08:50 PM | Show all posts
syd..cerita mu benar belaka..laki tu memang keras kepala otak dia..dia memang tak nak mengaku langsu ...
meshni Post at 31-5-2010 14:57



   lelaki tu x maw ngaku lansung?sedangkan bekas komando masuk balai pun ngaku!heran eh die bleh x ngaku.
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2010 08:53 PM | Show all posts
kat balai polis biase la.ade bekas sarjan tu cakap,kadang2 lam lokap tu pinggan terbang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2010 12:42 AM | Show all posts
ha ah .. balai benda benda camnie selalu ada, balai 6 kt s.alam pun ada gak, balai klang pun ada gak, maktab kuala kubu pun gila gak citer dia, tapi anggota ngan pegawai ni kepala keras, pedulik apa diorg dgn hantu, cuma ada la sorang dua yg penakut.

kat maktab tu dulu aku penah kesana interview kisah kisah sana, baru baru ni kwn aku gi kursus sana, dia kata masih ada, cuma peserta kursus masa tu lagi gila dari hantu tu, masa tu D9 pun turun bagi kursus,
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2010 01:37 AM | Show all posts
johor lg. huhuh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2010 09:43 AM | Show all posts
Kelibat budak bermain air
Oleh Alias Abd Rani
lias@hmetro.com.my
2010/06/01

BETONG: Jelmaan lembaga berbaju putih dengan berambut panjang dipercayai pontianak bukan saja menganggu anggota dan pegawai Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Betong, malah tahanan lokap turut menerima nasib sama.

Lembaga berkenaan dikatakan ‘menjaga’ salah satu lokap berkenaan dan seringkali menjelma di setiap sudut menyebabkan tahanan tidak lena tidur.

Menurut sumber, seorang ustaz dipanggil untuk ‘merawat’ lokasi berkenaan kerana sering menerima gangguan daripada lembaga itu.

“Ustaz itu memberitahu, salah satu lokap memang tempat lembaga itu dibunuh. Sebab itulah, ‘dia’ sering mengganggu tahanan yang ditempatkan di situ,” katanya.

Tambah sumber itu lagi, beberapa anggota polis yang bertugas pada waktu malam turut melihat kelibat dua hingga tiga kanak-kanak berlari dalam bangunan itu.

“Pernah seorang anggota terserempak dengan dua kanak-kanak sedang berlari dan bermain air. Pada keesokan harinya dia mendapati kawasan berkenaan basah,” katanya.

Katanya, gangguan seumpama itu tidak asing bagi anggota dan pegawai IPD berkenaan, malah ketika berada di bangunan lama, mereka turut mengalaminya “Memang ada gangguan ketika IPD lama, tapi ia tidak sehebat di sini. Malah suatu ketika, macam-macam bunyi yang meremangkan bulu roma dapat dengar,” katanya.

Muka depan Harian Metro semalam melaporkan tiga anggota dari IPD Betong hampir trauma selepas didakwa diganggu makhluk berbaju putih serta rambut panjang sejak sebulan lalu.

Peristiwa ini berlaku sehari selepas IPD berkenaan dipindahkan ke bangunan baru kira-kira dua kilometer dari bangunan lama.

Kejadian bersiri itu berlarutan dan kali terakhir Jumaat lalu memaksa seorang ustaz dipanggil untuk ‘menangkap’ lembaga berkenaan.

>Bacaan al-Quran tak henti BETONG: Sejak gangguan makhluk halus semakin menjadi-jadi kebelakangan ini, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Betong bergema dengan bacaan ayat suci al-Quran setiap hari.

Bermula jam 7 malam hingga 7 pagi, bangunan IPD berkenaan tidak pernah henti walaupun seminit daripada bacaan ayat kitab suci itu menggunakan rakaman kaset bertujuan menjauhi gangguan berkenaan.

Seorang anggota yang pernah mengalami gangguan makhluk halus itu, berkata bangunan IPD berkenaan akan bergema dengan bacaan ayat al-Quran bagi menghilangkan ketakutan kepada anggota.

“Inilah ikhtiar yang kami lakukan sejak mengalami perkara itu. Malah, pegawai atasan turut mengadakan majlis tahlil pada setiap Jumaat dengan harapan dapat mengelakkan daripada diganggu.

“Boleh dikatakan setiap minggu pasti ada program seperti ini. Pihak kami berusaha untuk memastikan gangguan yang dialami sejak sebulan lalu, tidak berlaku lagi,” katanya.

Menurutnya, dia sendiri akan mengambil wuduk jika bertugas waktu malam selain membaca yasin.

“Seorang ustaz pernah memberitahu bangunan itu sudah ‘dipagar’ tapi, masih mengalami gangguan ini.


“Ini kerana, kami dimaklumkan ustaz berkenaan, bangunan itu sudah menjadi ‘hak milik’ lembaga berkenaan sejak mula dibina,” katanya.


Katanya, tapak pembinaan bangunan berkenaan dibina di atas kawasan yang didiami makhluk halus sehingga menyebabkan ia marah dan mengganggu warga kerja IPD berkenaan.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2010 10:22 AM | Show all posts
Syd Post at 31-5-2010 15:35


Syd..
Gunung Belumut kat Kluang?..dekat sgt dgn rumah In laws yenil..tapi tak perasan la balai polis lama kat situ..
Nanti riki-riki dgn hubby..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 05:57 AM GMT+8 , Processed in 0.429838 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list