CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Adilla

DIA (Nyanyian dari Fauziah Latiff)

  [Copy link]
Post time 12-7-2010 03:16 PM | Show all posts
Bila kita terluka  walaupun  dah sembuh
tp bekas dan kesannya mmg susah nak hilang.
tp kesian kat min... adalah terpaksa berkorban
perasaan demi keluarga.
Yasmin berada  di satu persimpangan
cinta atau keluarga.
pening pening
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2010 03:17 PM | Show all posts
Sib baik cinta baru nak berputik...lehla cantas cepat2...antara ibu dan kekasih...tentulah...ibu..
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2010 03:52 PM | Show all posts
kesiannye cinta terhalang oleh org tua...akibat peristiwa yang masih berparut,anak2 jd mangsa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2010 05:13 PM | Show all posts
BAB 5

Dari subuh tadi mata ku tidak lelap walau sepicing pun. Aku cuba menyibukkan diri dengan mengemas rumah. Setiap sudut aku alih. Setiap ceruk ku sapu dan langsir yang berwarna biru ku tanggalkan untuk dibasuh. Hati terasa pedih lagi tetapi aku memenuhinya dengan kerja rumah dan sebagainya. Begitulah aku. Jika hati tidak tenteram habis satu rumah aku kemas. Mak dan abah dah mengerti tabiat aku ini. Mak sejak bangun tidur tadi tiada satu perkataan pun dihadiah pada ku. Abah pula dah menghilangkan diri sejak awal pagi. Jiwa ku rasa terguris melihat kepincangan perhubungan mak dan abah yang berpunca dari ku. Setelah selesai dan berpuas hati barulah merehatkan diri. Jam di dinding sudah menjenguk angka 1.30 petang. Segera aku membersihkan diri dan bersiap sedia untuk bercinta dengan Si Pencipta. Usai aku mengaminkan doa dalam suara yang serak-serak basah akibat tangisan ku malam tadi, telefon di meja kecil ku berbunyi. Aku hanya mendiamkan diri bila melihat nama yang tertera. Abang Zamrie pasti sedang berusaha untuk mendengar suara ku. Setelah lagu Kau Pergi Jua nyanyi Adam Ahmad berkumandang sebanyak tiga kali barulah butang hijau itu ku tekan untuk menyambung talian.

“Asalamualaikum Min!” suara garau di sana berlagu deras. Mungkin kerana panggilannya tidak berjawab beberapa kali.

“Walaikumsalam Bang!” lemah aku menjawab. Tiada rasa teruja seperti hari-hari yang lalu. Entah kenapa bila mendengar suara abang Zamrie serta merta suara tangisan mak bergema di benak fikiran ini.

“Kenapa tak angkat call abang? Min tak sihat ke?” mesti ada kerisauan di hati jejaka itu bila melihat rentak berbualan ku yang tiada keceriaan ini.

“Min tengah solat bang.” Hanya ku itu saja yang mampu ku balas bila setiap butir bicaranya menambah kepedihan dalam jiwa ini. Sikapnya yang terlalu melindungi ku itu yang mengikat aku kemana saja langkah ku.   Tetapi sejak mendengar tangisan dan luahan dari hati mak, aku menjadi serba salah. Antara kasih mak abah dan cinta ku yang suci.

“Ohh…maaf. Abang tak tahu yang Min tengah solat.” Luah abang Zamrie kesal. Mungkin jejaka ini menyalahkan dirinya menganggu ku tidak tepat pasa masanya.

“Tak mengapa. Abang bukannya nampak Min tengah buat apakan.” Pujuk ku. Rasa sebal sedikit demi sedikit menghampiri. Benarkah apa yang ku laungkan pada jejaka ini sedangkan hati ku menangis pilu.

“Yup! Min, abang call ni nak cakap yang abang nak balik petang ni lepas mahgrib. Min tak nak jumpa abang ke?” ada usikan di situ. Aku tidak tahu apa yang hendak ku beri  jawapan untuk pertanyaan yang ikhlas ini. Adakah aku harus menghampakan hati jejaka ini dan memberi jawapan yang bercanggah dengan hati ku. Siapa yang tidak ingin berjumpa dengan kekasih hati bila perpisahan yang akan kami hadapi kadangkala menjangkau dua bulan. Haruskah aku!

“Minta maaf bang. Min tak dapat jumpa abang.” Lidah terasa digigit luka bila menutur bicara yang mengobek perasaan sendiri. Tetapi aku harus meredakan hawa kepanasan dari kepedihan yang sedang di hadapi oleh mak dan abah.

“Lahhh! Kenapa pula? Min tak sayang dengan abang ke? Lama tau nanti kita tak boleh berjumpa. Mungkin abang akan dihantar ke Kuala Lumpur untuk traning tetapi tak tahu bila lagi. Abang akan berada di sana lebih kurang tiga atau enam bulan.” Pujukan abang Zamrie dan berita yang disampaikan sedikit sebanyak berjaya mengugat dan melonjakkan tahap keinginan ku untuk berjumpa dengan jejaka itu. Tetapi bila mengenangkan amaran mak dan tangisannya aku sekali lagi dihambat rasa keliru.

“Bukan Min tak nak jumpa tapi….” Aku sudah kekeringan idea untuk menyembunyikan segala kesakitan yang mak hadapi akibat dari perbuatan ibunya. Memang aku akui abang Zamrie tidak bersalah dan tidak mengetahui segala kepincangan hubungan ini. Seperti mana aku begitu juga dia. Hati kami bersih untuk bersama tetapi sedikit calitan yang ditinggalkan oleh ibunya membuat abang Zamrie terhukum dari keturunan lalu.

“Tapi apa? Min tak sihat ke sayang? Lemah saja abang dengar suara tu dari tadi.” bergegar hati dan perasan ini bila kata-katanya yang mencairkan ronga-ronga jiwa.

“Min sihat cuma rasa hidung tersumbat je.” Aku cuba mencipta alasan untuk tidak memanjangkan bicara kasih ini lebih mendalam. Hati pedih tiada siapa yang tahu.

“Nak abang datang ke?” jejaka ini sengaja menjeruk hati ku menjadi halwa yang manis.

“Tak!” sepatah aku menjawab. Bibir ku ketap menahan tangisan.

“Nak abang bawa ke klinik ke?” sekali lagi hati dijeruk.

“Tak!” hanya itu yang mampu ku jawab.

“Betul ni?” sekali lagi suara garaunya berlagu dibibir telinga ini.

“Betul! Min tak apa-apa. Jap lagi sihatlah tu. Selsema biasa je. Minum air panas nanti hilanglah sengau ni.” Aku cuba menceriakan hatinya dan yang penting hati ku sendiri.

“Betul tak nak jumpa abang sekejap? Atau abang datang sana okey.” Jejaka itu berjaya membuat hati ku dicubit walau kata-katanya tidak pernah sekali pun membayangkan kesakitan untuk ku. Rasa hati cuba ku tahan. Perasaan cuba ku pendam. Jiwa cuba ku dendang. Berlagulah lagu pilu untuk menghibukan hati sendiri.

“Tak perlu!” pantas  aku menjawab.

“Minnn… ada apa-apa Min nak cakap dengan abang ke?” sedih aku mendengar bicaranya. Jejaka ini tidak bersalah. Aku juga tidak bersalah. Tetapi masa silam yang menghukum dan menyalahkan perhubungan kami ini.. Aku tidak berdaya untuk menidakkan perasaan ku padanya. Aku tidak berdaya untuk mempertaruhkan segala kesakitan mak untuk keceriaan hati kami. Apa daya ku wahai teman

“Tak bang, Min okey je. Abang jangan bimbang. Harap abang jaga diri dan kesihatan abang bila kat sana tau. Makan minum jangan tinggalkan. Solat jangan lupa. Min selalu ingatkan abang dimana saja abang berada.” Pinta ku dalam sebak.

“Ehhhh..kenapa cakap macam nak nangis ni. Abang akan balik nanti jumpa Min. Diri Min tu yang Min kena jaga. Jangan sesekali lupakan abang. Insyallah bila abang jadi ke Kuala Lumpur nanti abang bagitau Min okey atau abang singgah sekejap bila abang nak ke sana.” Janji jejaka hati ku.

“Taklah bang. Mana ada Min nak nangis. Abang ni je yang gada-gada usik Min.” aku cuba menarik hati sendiri dan mendakapnya erat supaya getaran kesedihan tidak ketara.

“Apa nak buat! Tak dapatlah abang nak jumpa buah hati abang ni untuk kali ini.” Keluh abang Zamrie dan kata-katanya berjaya memecahkan empangan airmata yang ku tahan sejak tadi.

“Nanti kita boleh jumpa juga kan bang?” aku memujuk hati jejaka kesayangan ku itu. Mungkin satu hari nanti jika tiada jodoh antara kami sekurang-kurangnya aku pernah merasai kasih sayangnya yang abadi.

“Yup dan Min jangan lupa abang yeh!” pinta lelaki itu.

“Iyer!” janji ku dan aku tidak akan pernah untuk melupakan jejaka yang telah membuka pintu hati ku yang selama ini tiada pernah disentuh oleh mana-mana hati.

“Abang sayang Min!” hanya itu yang dapat ku dengar lantas aku mematikan talian. Tidak sanggup aku menghuraikan kata-katanya lebih dalam untuk menjana hati dan perasaan diri ini. Biarlah jiwa memujuk hati dan perasaan dikurung untuk sementara hingga hati menjadi sejuk dan lebih mengenal perasaan sayang itu untuk siapa sebenarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2010 06:13 PM | Show all posts
kesian kat yasmin,
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2010 07:38 PM | Show all posts
seksanya cinta terhalang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-7-2010 09:09 PM | Show all posts
cianyeee .......
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2010 09:15 PM | Show all posts
kesiannya......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2010 09:20 PM | Show all posts
Sedey plak.....
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2010 09:21 PM | Show all posts
alahai... kesiannya kat min....
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2010 10:46 PM | Show all posts
Ditelan mati emak, diluah mati bapak
Kesiannya dia kerana terpaksa buat pilihan
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 08:59 AM | Show all posts
siannyer dkt min
terjerat di dua persimpangan
antara mak ngan kekasih hati huhuhu
klau ikut lirik lagu 'DIA' pecintaan mereka mmg x kesampaian
sedey nyer huhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 09:01 AM | Show all posts
siannya...
terpaksa berkorban demi emak...
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 09:03 AM | Show all posts
huhuhuhu
kesian.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 09:10 AM | Show all posts
sedeynye..sian min..next2 n3
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 09:14 AM | Show all posts
salam semua....
pagi2 dh baca n3 yg sedih2....

tp.. nak lagi..nak lagi...hehehee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2010 09:15 AM | Show all posts
Nak share sket.....
Dulu aku pun ada dilemma cam nie...mak aku tak restu bakal suami....1st time dia dtg umah...mak aku buat dak jerr...sedih giler...mcm2 mak aku kata...puaslah nak pujuk gak...aku pun dah putus asa masa tuh...antara 2 mmg aku pilih mak aku....sib baiklah past abah...nenek..mak2 sedara pujuk mak aku...dia leh terima gak...alih2 skang ni sket2 cari laki aku...hehehe...sampai adik2 aku kata laki aku tu menantu kesayangan mak aku...apa2 pun restu org tua tu sangat2la penting.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 11:37 AM | Show all posts
Nak share sket.....
Dulu aku pun ada dilemma cam nie...mak aku tak restu bakal suami....1st time di ...
allamanda Post at 13-7-2010 09:15

Betul Allamanda nak restu dari ALLAH kena dpt restu ibu bapa dulu.....
menantu kena pandai ambil hati mertua....
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 12:21 PM | Show all posts
sambung lagi plzz
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 12:46 PM | Show all posts
Salam semua... sambung lagi dilla... best cite awak nie.... pernah juge mengalaminya... mak tak restu... sbb teman lelaki bangsa asing.... tapi aku ingat dia sampai skrg..... mak pun macam menyesal je ngan keputusannya dulu....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 08:08 AM GMT+8 , Processed in 0.187432 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list