CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9630|Reply: 14

[DRAMA MELAYU] Telefilem Khas Ramadhan :Mencintaimu (Sabtu,9.00mlm)Tv1

[Copy link]
Post time 16-8-2010 05:08 PM | Show all posts |Read mode
LAKONAN AYU RAUDHAH DAN ADI PUTRA DI TV1


Menjadi muslim yang sejati tidaklah semua yang disebut. Malah ada yang mengaku sebagai Islam namun tidak mengamalkan ajaran agama Islam yang sebenar. Pada situasi itu ada yang tersedar dan kembali mencari jalan kebenaran malah ada pula yang tidak berkesempatan dan dibukakan hatinya untuk bertaubat.

Gandingan pelakon terkenal Adi Putra dan Ayu Raudhah sebagai teraju utama membintangi telefilem khas Ramadan, Mencintaimu dibantu Wan Nor Azlin dan Ridzuan Hashim ternyata menjanjikan plot menarik keinsafan seorang insan untuk dikongsi bersama penonton setia Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Disiarkan pada 14 Ogos 2010 (Sabtu), jam 9.00 malam mengisi slot Panggung Seri di TV1, Mencintaimu mengisahkan Airil adalah seorang usahawan muda yang menjadi idaman ramai wanita. Walaupun sudah berusia 30 tahun, dia masih mempertahankan status solo kerana semua wanita yang ditemui belum menepati citarasanya termasuklah Nessa, pilihan ibunya sendiri.
Bagaimanapun segalanya berubah selepas pertemuan dengan Sofia, seorang gadis yang ditemuinya semasa di luar pejabat. Kedua-duanya telah terlanggar satu sama lain kerana terlalu rancak berbual di telefon bimbit. Talipon bimbit Sofia habis berterabur dan Airil membantu Sofia mengutipnya. Semasa itulah beg komputer bimbit mereka telah tertukar tanpa mereka sedari.

Apabila Airil berada di pejabat untuk mesyuaratnya barulah dia sedari komputer riba tersebut bukan miliknya. Mujur kad nama dan buku nota Sofia ada di dalam beg. Airil segera menghubungi Sofia dan Sofia terkejut kerana tidak menyangka mereka tertukar komputer. Mereka bertemu seperti yang dijadualkan dan selepas bertukar-tukar computer, Sofia beredar meninggalkan Airil. Airil hairan kerana Sofia tidak seperti gadis-gadis lain yang pernah dikenalinya.

Selepas pertemuan pertama, Airil sekali lagi memberanikan dirinya untuk bertemu dengan Sofia. Dari sekadar kenalan biasa, mereka menjadi semakin rapat dan Airil memberanikan diri meluahkan perasaannya kepada Sofia. Ternyata dia tidak bertepuk sebelah tangan. Airil memberitahu keluarganya akan hasratnya hendak menjadikan Sofia ratu hatinya. Awalnya, keluarga Airil agak keberatan kerana mereka khuatir jika Sofia hanya ingin mengejar harta Airil tetapi Airil menegaskan bahawa Sofia sedikit pun tidak mengenali status Airil sebagai jutawan. Selepas yakin dengan penjelasan Airil barulah keluarganya bersetuju untuk berkenalan dengan Sofia.

Pertemuan dengan keluarga Airil berjalan lancar dan Sofia agak terkejut kerana dia tidak pernah mengetahui status Airil. Tetapi apa yang mengejutkan Sofia adalah keadaan di dalam rumah dan keluarga Airil sendiri yang nyata kurang keislamannya. Sofia pulang ke rumahnya dengan perasaan berbelah bahagi. Dia tidak pasti jika Airil sesuai untuknya kerana Airil bukan seperti yang disangkanya.
Dia sedikit pun tidak memandang status dan kemewahan Airil kerana itu bukan yang dikehendakinya. Sofia beristikharah dan pertemuan dengan keluarga Sofia berjalan lancar. Tetapi tembelang Airil pecah kerana apabila tiba waktu bersolat, Haji Ismail meminta Airil mengimamkan mereka bersembahyang dan Airil dengan jujur mengakui bahawa dia tidak tahu bersolat dan mengakui bahawa dia sekeluarga tidak mengamalkan kehidupan sebagai muslim yang sebenar.

Haji Ismail tidak mahu terburu-buru di dalam membuat keputusan dan dengan baik memberitahu bahawa AIril harus berusaha untuk menjadi Muslim yang sejati jika dia benar-benar ikhlas ingin memperisterikan Sofia.
Sepanjang perjalanan ke rumahnya, AIril berfikir panjang sama ada untuk meneruskan hubungan dengan Sofia atau tidak. Dia tidak pernah mengenali Tuhan dan tidak pernah mengamalkan cara hidup seperti seorang Islam. Malam itu, dia bertemu dengan rakan-rakan di kelab dan mereka menasihatinya supaya jangan sekali-kali mengubah gaya hidup hanya kerana seorang perempuan.
Satu hari Airil dikejutkan dengan kematian mengejut papanya di pejabat. Tiada siapa saudara mara yang menguruskan jenazah papa yang hitam hingga ke liang lahad sedangkan Airil hanya mampu memerhatikan. Airil mendapatkan bantuan Ustaz Yasin untuk membimbingnya semula ke jalan yang benar.

Namun mampukah dia berusaha gigih untuk menjadi muslim sejati? Lalu bagaimana pula kesudahan hubungan cintanya dengan Sofia? Saksikan Mencintaimu pada 14 Ogos 2010 (Sabtu), jam 9.00 malam di TV1.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-8-2010 05:12 PM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2010 06:14 PM | Show all posts
rtm.. balik2 ayu raudhah.. adiputra..zulhuizaimy.. ayu raudah.. adiputra.. zulhuzaimy..
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2010 01:32 AM | Show all posts
drama 1 epi je yaa??? cos baca sinop dia best
patut buat byk epi.......
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2010 10:43 AM | Show all posts
aku tgk cite ni.....besttt sgtttt...suke adi dlm cite ni.....romantik gilosssss
(tp x leh lawan firas ali ai...hahhaa)
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2010 12:44 PM | Show all posts
firas ali juga khennnnn...
hahahaha lawa la ayu raudhah ni bertudung. smart.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-8-2010 12:59 PM | Show all posts
tertengok aritu..part yg jenazah ayah die itam tu...hehehe..tp btul la...rtm banyak sgt pakai ayu raudhah bertudung dlm drama2 diorg kan..dalam 1 masa, sampai rtm1 dan rtm2 serentak tayang muka dia..huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2010 01:31 PM | Show all posts
sape ade gambar masa ayu raudhah xjd nikah tu kat masjid...kalau ade tolong tepek skit kat sini....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2010 03:03 PM | Show all posts
Reply 8# ezza3107

mst ko nak tgk baju nikah dia tu...tp mmg cantikk sgt baju tue...seyes..
cite tu x ada kat catchup lor..kalu ada aku dh bg kat ko...
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2010 03:05 PM | Show all posts
Reply 6# rbmy

tp romantik adi lain sket..dia cam nakal2 sket...pastu suke kenyit2 mata..cam kasanova..
firas ni lebey serius...peguam kan....
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2010 01:29 PM | Show all posts
Reply 9# aQuA_dIaMoNd
tu la pasal..bju nikah die kaler ijau putih tu cntik...aku ingt kalau sesape ade...aku nk tunjuk kat kwn aku...sbb die suke sgt kaler2 ijau nihh..mmg cntik bju tu...
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2010 11:58 PM | Show all posts
mane nk tgk cite ni?
xde catch up ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2010 12:02 AM | Show all posts
cite ni dah tayang/on air la...
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2010 10:20 AM | Show all posts
ala..mcm best je cite ni kan..ruginya tak tgk...tak de catch up ke???
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2010 08:34 PM | Show all posts
xde sape ke record? nk tgk sesangat!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:26 AM GMT+8 , Processed in 0.069508 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list