View: 1771|Reply: 9
|
Lama Terperuk, Pawang Hujan Kembali Bertugas Tolak Hujan Untuk Kenduri Kahwin
[Copy link]
|
|
Curahan hujan di Indonesia semakin meningkat dan di beberapa kawasan, kerajaan tempatan mula bersia sedia dengan jangkaan bencana banjir.
Reuters melaporkan, di sebalik ‘bencana’ yang bakal dihadapi itu, lain pula bagi Ki Joko Sapu-Jagat, seorang bomoh hujan terkenal.
 Kredit foto: Reuters
Sebabnya, sejak musim hujan ini, dia sudah banyak menerima permintaan orang ramai supaya ‘menolak hujan’, khususnya bagi mereka yang mahu melangsungkan kenduri perkahwinan.
Hari pertama kembali bekerja selepas sekian lama ‘terperuk’ di rumah ekoran pelaksanaan sekatan aktiviti masyarakat (PPKM), Ki Joko kini kembali beroperasi.
Walaupun ramai yang tidak percaya, namun masih ada yang percaya dengan kemampuan ‘pawang hujan’ itu mengawal cuaca.
Di negara yang mengalami hujan monsun selama berbulan-bulan setiap tahun ini, bomoh hujan sering diupah untuk memastikan majlis perkahwinan, konsert dan juga acara kerajaan ‘bebas daripada hujan’.
Menurut Ki Joko, dia ‘mencipta’ pelindung yang tidak kelihatan untuk memindahkan awan ke tempat lain.
Ki Joko kembali bertugas membabitkan majlis perkahwinan di Bekasi, Jawa Barat yang dihadiri 400 tetamu, ketika cuaca diramalkan ribut dan hujan.
Dia berasal dari susur galur nenek moyang dukun hujan di Bali dan telah mewarisi perkara itu selama beberapa dekad.
Sumber: Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
habislah rumah friska di timpa hujan. |
|
|
|
|
|
|
|
rain rain go away
come again another day..
brother wants to play..
|
|
|
|
|
|
|
|
Berkesan ke pakai pawang? |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau hujan jugak, boleh mintak refund mcm beli brg dkt Shoppee tak? |
|
|
|
|
|
|
|
masyukkk musim hujan.. job kencang |
|
|
|
|
|
|
|
tak ingat negara mana tah
ada kes perlumbaan motor
panggil bomoh hujan
malangnya hujan turun
tak sure bomoh tu pakai tag line
money-back guarantee
ke tidak  |
|
|
|
|
|
|
|
teringat masa pakcik aku kawen dulu. lama dah.
masa tu kami mesyuarat kenduri, semua sedara-mara berkumpul.
pakcik, makcik, sepupu-sepapat ada role masing2 lah.
siap ada whiteboard besar 2 papan. macam nak tuisyen dibuatnya
habis bincang soal makanan, catering bagai,
aku pun mencelah buat lawak bodoh.
nak cari bomoh hujan, pastu gelak, hahahaha
tapi orang tua-tua level atok & nenek auto jadi serius. rupanya diorang dulu2 ada guna servis bomoh tolak hujan ni. aku main2 je, tak sangka betul2 wujud.
hasil nasihat makcik-pakcik, tak panggil bomoh. call la pakcik sepupu, yang kiranya warak la, dihormati orang kampung sebab alim dia.
"Hah, berdoa je la. Tak payah bomoh-bomoh, tak payah baling spendar atas bumbung la, ape la. Tadah je tangan, berdoa kat Allah. Mesti langit tu cerah punye. Kita mintak kat Allah. Doa je."
alhamdulillah hari kenduri cerah. awan seketul pun takde. ketiak aku yang lecak panas |
|
|
|
|
|
|
|
aah aku pernah dengar pasal baling spende tu..
tak sangka universal jugak ye ritual tu haha
ada yg baling kasut jugak.. ntah apa la relation ye aktiviti2 ni dgn hujan..
|
|
|
|
|
|
|
|
Bukan beliau je tokey baju, tokey catering, tokey dewan, tokey bunga etc etc etc pun dah mula tersenyum semula selepas makin ramai nak adakan majlis kawin semula. Boleh dikatakan setiap minggu full tambah bila ada cuti umum dan cuti sekolah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|