View: 2927|Reply: 22
|
Pengantin tak cukup bajet. Majlis kenduri dibuat di restoran makanan segera. Rakan terdekat sahaja hadir
[Copy link]
|
|
Pasangan kekasih langsung perkahwinan di restoran makanan segera
Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
22 November 2021, 11:00 pm
MACTAN: Sepasang kekasih membuat kelainan apabila melangsungkan perkahwinan di sebuah restoran makanan segera tempatan, di sini baru-baru ini.
Majlis perkahwinan Rian Eran Baynosa dan Rhaqueza Vicent Mosende dari Kitcharo, Mindanao menjadi tular dalam media sosial.
Majlis perkahwinan mereka dilangsungkan di restoran makanan segera Mang Inasal yang terkenal dengan menu ayamnya.
Lapor media tempatan, pasangan itu pada awalnya ingin berkahwin pada 2020 di kampung halaman mereka, namun terpaksa ditangguhkan kerana pandemik Covid-19.
Kemudian, pasangan itu terkandas di Lapu-Lapu berikutan sekatan pergerakan menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk berkahwin di bandar ini.
Ketika majlis perkahwinan diadakan, keluarga kedua-dua pengantin tidak dapat hadir susulan sekatan Covid-19 dan juga kos perbelanjaan yang tinggi.
Hari bersejarah pasangan itu hanya dihadiri oleh rakan taulan dan pekerja restoran makanan segera tersebut.
Pasangan itu memberitahu, mereka tidak berasa segan dengan majlis perkahwinan yang diadakan di restoran segera kerana mengakui mereka tidak mempunyai simpanan yang banyak.
“Tiada apa yang perlu dimalukan. Kami tetap berkahwin dan berharap rumah tangga kami bahagia selamanya,” kata pasangan tersebut.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tetamu dtg mkn order sendiri bayor sendiri la |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus lah, dapat juga memberikan idea kepada bakal pengantin yang lain |
|
|
|
|
|
|
|
Gigih nk jgk buat majelis. Kawin aje dahla. Koser nak belanja2 org makan tgh2 takde duit tu |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pn dekut buat majlis |
|
|
|
|
|
|
|
Ok ler tu ada gak belajan makan majlis kawin buat kat mana tak penting tak semestinya nak kena ada dewan gah belanja ikut kemampuan sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
acik2 bawang situ tak mengata ke? nak kawen tapi takde duit esok2 nak bagi anak bini makan apa? makan pasir? |
|
|
|
|
|
|
| |
|