CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3390|Reply: 58

[Tempatan] Saham Azam Baki RM330,000 tak mahal, mampu dimiliki kebanyakan orang, kata menteri

  [Copy link]
Post time 9-1-2022 04:42 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 8-1-2022 12:44 PM

Saham Azam Baki RM330,000 tak mahal, mampu dimiliki kebanyakan orang, kata menteriFMT Reporters -

January 8, 2022 9:17 PM





Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, ketika ini tiada undang-undang atau peraturan yang menghalang penjawat awam daripada memperoleh saham dalam syarikat senaraian awam.



PETALING JAYA: Saham dimiliki Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki bukan mahal dan mampu dimiliki kebanyakan orang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Wan Junaidi berkata, saham itu dibeli pada 2016 berharga RM330,000 bagi sejuta saham atau kira-kira 30 sen hingga 33 sen sesaham dan saiz dipegangnya sudah terkumpul sejak bertahun-tahun.

“Berdasarkan harga awal, ia bukan saham yang mahal untuk diperoleh. Saya percaya ia mampu dimiliki oleh kebanyakan kita. Bagi peniaga pasaran saham yang aktif, ini perkara biasa untuk meningkatkan pegangan saham secara beransur-ansur dari semasa ke semasa terutama apabila melihat potensinya.

Malah, ketika ini juga, tiada undang-undang atau peraturan yang menghalang mana-mana penjawat awam daripada memperoleh saham dalam syarikat senaraian awam.

Bawah Akta Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, kakitangan kerajaan hanya dilarang berdagang dalam pasaran niaga hadapan di dalam dan luar negara, sementara mereka yang memiliki saham dalam syarikat senaraian awam dikehendaki mengisytiharkannya sebagai aset, katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, mengenai tuntutan meletakkan SPRM bawah Parlimen, Wan Junaidi berkata, ia bukan perkara mudah dan perlu diteliti dengan mendalam.

Katanya, untuk memastikan SPRM berkesan, ia perlu beroperasi secara bebas dan penubuhan SPRM bawah Akta SPRM 2009 (Akta 694) memastikan kebebasan suruhanjaya dan ini tidak boleh dikompromi dalam apa cara sekalipun.

Dalam isu ini, kerajaan memberi jaminan bahawa siasatan terhadap Azam dilakukan mengikut undang-undang.
Sebenarnya, kes ini sedang diteliti Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan polis. Pada masa sama, pandangan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) juga akan diambil kira.

Saya sedar ramai menuntut supaya tindakan diambil terhadap Azam. Bagaimanapun, saya ingin mengingatkan semua bahawa perkara ini masih dalam siasatan dan kita hanya boleh membuat keputusan berhubung perkara itu setelah siasatan selesai oleh SC dan polis.

“Sementara siasatan ini selesai, saya berharap semua orang bertenang kerana kami sedaya upaya menyelesaikannya dengan cara yang terbaik,” katanya.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2022 07:08 AM From the mobile phone | Show all posts
I wonder if you sing to different tune when a common people or marhaen do the exact things azam do..shame on you and shame on him..oh malaysiaku....
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2022 07:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Berlumba2 nak tunjuk bodoh yg bertingkek2.

Tahniah.

Ps
- mintak ayah Rani bagi sepatah dua kata
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2022 08:04 AM | Show all posts
dalam siasatan tapi buat statement backup...  saham rasuah 10,000 pun salah walaupun mampu dimiliki oleh ramai orang
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2022 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Lebih baik diam dati bg statement fishy
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2022 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Dok ckp MC tu Pon rasuah..ni 330k saham xmcm rasuah pulak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-1-2022 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Tapi memang layak pun dengan gaji beliau itu untuk beli saham sampai 300k

Even meols yang duduk kampung ada  beli saham 70k dlm Bursa
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2022 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
So, ada 1 pacit tu curi susu utk anak x sampai 50 hengget terus ke dalam walhal 50 tu xd  makna bg yg songlap billion2 tp lex2 ke luar negeri...acaner tu?

Klau cmtu gomen buat la 2 versi undang2 utk mahaen lain utk vip lain
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2022 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
"Bagaimanapun, saya ingin mengingatkan semua bahawa perkara ini masih dalam siasatan dan kita hanya boleh membuat keputusan"

....nasihatkan marhaen jgn ganggu siasatan, tp dia buat statement bias tu blh plk?
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2022 08:43 AM | Show all posts
bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2022 08:46 AM | Show all posts
spin ke situ pulak.. kalau daripada awal2 azam baki boleh establish yang saham tu dia beli pakai duit dia & duit tu boleh trace dari mana (e.g. harta pusaka, hasil jualan rumah etc) maka settle la isu ni..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2022 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
rikiruj replied at 9-1-2022 08:46 AM
spin ke situ pulak.. kalau daripada awal2 azam baki boleh establish yang saham tu dia beli pakai dui ...

duit adik katanya
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2022 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
tp dia penjawat awam..
resign je laa..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2022 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Memang mampu dimiliki semua pun ikutkan. Tapi dia beli masa harga berapa?
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2022 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 9-1-2022 10:12 AM
Memang mampu dimiliki semua pun ikutkan. Tapi dia beli masa harga berapa?

saham itu dibeli pada 2016 berharga RM330,000 bagi sejuta saham atau kira-kira 30 sen hingga 33 sen sesaham dan saiz dipegangnya sudah terkumpul sejak bertahun-tahun.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2022 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg kalau ikut nilai rm330k tu x mahal mana pun kalau waktu pembelian tu Azam dh berpangkat JUSA dah.... Rm330k tu kecik jer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2022 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau gitu mencuri coklat rege singgit dua pun takpe, bukan mahal pun gituh ?
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2022 10:52 AM | Show all posts
keane.somewhere replied at 9-1-2022 08:35 AM
Tapi memang layak pun dengan gaji beliau itu untuk beli saham sampai 300k

Even meols yang duduk kam ...

aku faham apa ko cakap


Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2022 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by keane.somewhere at 9-1-2022 11:04 AM
axl_bach replied at 9-1-2022 10:22 AM
Mmg kalau ikut nilai rm330k tu x mahal mana pun kalau waktu pembelian tu Azam dh berpangkat JUSA dah ...


Masa keluar berita ni memang la marah
..bila tengok nilai RM330k...la sikit Nye....

Macam aku la modal 10k..rolling jadi 30k...lepastu tambah 40k

Boleh jadi modal dia rolling2 330k tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2022 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
no point complaining our Malaysia legal system has failed..no intergrity harapkan pegar..pegar makan roti

RiP change gov un x function dey will ikut pintu belakang masuk balik...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 12:36 PM GMT+8 , Processed in 0.091860 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list