CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2805|Reply: 42

[Tempatan] Kos pembantu rumah Indon 20k,filipina 15k,bangla 10k.korang sanggup?

[Copy link]
Post time 13-1-2022 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
RM20,000 diperlukan untuk menggaji seorang pembantu rumah Indonesia.

China Press melaporkan, walaupun bayaran untuk Imigresen diumumkan sebagai RM1,136, tetapi jumlah dijangka jauh lebih tinggi selepas mengambil kita kos ejen dan juga pelbagai langkah pencegahan penyakit.

Presiden Pertubuhan Kebangsaan Agensi Pekerjaan Swasta Malaysia (PIKAP), Fiona Low berkata, RM1,000 lebih yang diumumkan Imigresen hanya merupakan bayaran selepas semua proses terdahulu diselesaikan

Beliau berkata, keadaan itu bermakna pembantu rumah itu sudah sudah tiba di Malaysia dan lengkap menjalani kuarantin serta semua pemeriksaan kesihatan.

“Untuk mencari seorang pembantu rumah asing seperti dari Indonesia, ejen adalah amat diperlukan.

“Ejen perlu memasuki kampung di kawasan yang jauh untuk mengenal pasti pembantu rumah yang sesuai. Kos ejen dan kos pengangkutan justeru adalah amat diperlukan,” katanya.

Menurutnya lagi, pihak ejen juga perlu menyediakan makan minum, penginapan dan latihan selain menguruskan pelbagai hal berkaitan permit dan dokumen.

Disebabkan COVID-19, pembantu rumah juga perlu menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum berlepas ke Malaysia dan selepas tiba di Malaysia, selain dikuarantin.

“Dengan harga tiket penerbangan yang melonjak berkali ganda, ini merupakan kos tambahan yang perlu diambil kira.

“Semua kos ini bagaimanapun tidak dimasukkan dalam jumlah bayaran yang diumumkan Imigresen,” katanya.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Kebangsaan Sumber Manusia Malaysia, Julian Tan Kok Hang berkata, pandemik telah menyebabkan kos penggajian pembantu rumah meningkat 10 peratus atau kira-kira RM2,000.

Menurutnya, kos asal untuk pembantu rumah Filipina adalah RM15,000 dan untuk pembantu rumah Indonesia pula sebanyak RM20,000.

Presiden Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia, Jeffrey Foo berkata, kerajaan perlu membawa masuk pembantu rumah dari lebih banyak negara termasuk Bangladesh untuk meringankan beban majikan.

Katanya, sekiranya pembantu rumah Bangladesh dibawa masuk, kos mereka dijangka paling rendah iaitu di bawah RM10,000. MG

https://www.google.com/amp/s/malaysiagazette.com/2022/01/12/kos-pembantu-rumah-indonesia-rm20000-cadang-bawa-masuk-dari-bangladesh/%3famp

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2022 12:38 PM | Show all posts
zaman pergantungan pada pembantu rumah aku baru saja berakhir

cukup 10 semuanya

Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 12:38 PM | Show all posts
org lelaki ckp klu dah 20k tu baik kawen terus....done fitnah lelaki
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcmana ek rasa ade org lain kat rmh
Share
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 01:10 PM | Show all posts
teringat zaman 95- earlis 2000 ,

hari ahad pergi ke town, ramai filipinas maid pergi church, errr aku dgr kebanyakan nya jd maid pada tokey cina dn india, diorang kn kristian, jd kalo main rumah melayu mgkn masakan dia dipertikaikan status halal,

lg pn diorang pn ada rupa juga, ni isteri2 orang ni tak risau ke laki korang ter stim dgn maid filipinas ni..


sebelum covid tu aku ada pergi plaza kotaraya, pn ramai filipnas, tp yg tak cun punya
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
salimrock replied at 13-1-2022 01:10 PM
teringat zaman 95- earlis 2000 ,

hari ahad pergi ke town, ramai filipinas maid pergi church, errr  ...

Makanan yang disediakan oleh ahlil kitab halal untuk dimakan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-1-2022 01:47 PM | Show all posts
Kalau tak silap thread dah ada semalam
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 02:21 PM | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 13-1-2022 01:41 PM
Makanan yang disediakan oleh ahlil kitab halal untuk dimakan

errr kawan aku pernah dating awek filipna,  kristian, kadan2 awek dia g gereja,  boleh konsider ahli kitab la kan?

tp dia cakap, dia pernah makan dgn awek dia kt kedai cina, awek tu order mee  ada babi...




ahli kitab sepatut nya tak boleh makan babi kan?




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2022 03:16 PM | Show all posts
Pergh...semua benda naik dah ni...hidup semakin sukar
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 03:22 PM | Show all posts
Majikan keluarkan modal lebih drp 10K untuk dptkan seorang maid tak kiralah dari negara mana sekalipun.  Adakah itu berbaloi bila tak berapa bulan maid buat perangai, tak spt diharapkan.  Lebih parah bila baru 3 bulan maid lari dgn barang2 curian, barang2 kemas dn duit majikan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak letak fee  tinggi sgt, ujung ujung ramai yg masuk melencung jd maid kosong.lagi byk bawak jenayah dan penyakit
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Of course not made in china. Nnt wanita mca marah.

Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan dari dulu lagi ke kos RM15 - 20 k ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
haruslah replied at 13-1-2022 12:44 PM
Mcmana ek rasa ade org lain kat rmh
Share

Tak rasa sangat kot sebab siang majikan kerja, malam kena berkurung dlm bilik la agaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 12:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Singaporean rakyat marhaen pun mampu paki maid. Adakah gomen diorg bg subsidy?
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 01:22 AM | Show all posts
iman_kasih replied at 13-1-2022 03:43 PM
Bukan dari dulu lagi ke kos RM15 - 20 k ni

dlm tahun 2005 x salah...masih 4k modal...dpt maid indon (odr hehee)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2022 01:25 AM | Show all posts
salimrock replied at 13-1-2022 01:10 PM
teringat zaman 95- earlis 2000 ,

hari ahad pergi ke town, ramai filipinas maid pergi church, errr  ...

oittt kaki kotaraya juga ka...dulu pot main mesin/snooker/cd tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2022 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
musangbodoh replied at 14-1-2022 01:22 AM
dlm tahun 2005 x salah...masih 4k modal...dpt maid indon (odr hehee)

Sekarang pun boleh dpt lagi 5 - 6 k tapi leceh la semua benda dari A - Z kena uruskan sendiri. Guna agent boleh pilih mana yg sesuai. Kalau tak ok boleh mintak tukar.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2022 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Perghh tak lama lagi mesti ada laki melayu cabut ngan awek bangla
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2022 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 13-1-2022 12:38 PM
zaman pergantungan pada pembantu rumah aku baru saja berakhir

cukup 10 semuanya

Untung lah wife uols.
Anak chuols berderet ke sampai perlu pembantu rumah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 11:34 PM GMT+8 , Processed in 0.524608 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list