CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 529|Reply: 0

Terselamat selepas 27 jam hanyut di laut

[Copy link]
Post time 23-1-2022 12:45 PM | Show all posts |Read mode

FOTO dirakam Tentera Udara New Zealand pada 17 Januari menunjukkan kesan letusan gunung berapi berkenaan. - EPA

Nuku'alofa: Seorang lelaki Tonga digelar Aquaman sebenar kerana terselamat selepas 27 jam hanyut di laut akibat tsunami dahsyat di negara itu, Sabtu minggu lalu, selepas berpaut pada kayu.

Lisala Folau, 57, menetap di pulau terpencil, Atata, yang mempunyai 60 penduduk, kira-kira lapan kilometer dari barat laut Nuku'alofa, ibu negara Tonga, hanyut di lautan kira-kira 7 malam, Sabtu minggu lalu.

Folau yang cacat dan tidak boleh berjalan dengan normal berkata, dia tenggelam sembilan kali sebelum berpaut pada kayu yang menyelamatkan nyawanya.

"Jadi kali kesembilan saya tenggelam dan naik ke permukaan air dengan sebatang kayu. Itulah yang membuatkan saya terus bertahan," katanya kepada Reuters.

Katanya, dia berpaut pada pokok ketika dibadai ombak kali pertama, sebelum terjatuh dan hanyut dibawa ombak lebih besar, selepas itu.

"Ombak terus berpusing sana sini...Apa yang terlintas di fikiran, di laut, ada hidup dan mati. Sampai ke pantai, baru tahu hidup atau mati," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 12:20 PM GMT+8 , Processed in 0.545336 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list