View: 1351|Reply: 17
|
[Dunia]
TERKINI nak masuk UK tak perlu lagi swab test Covid-19
[Copy link]
|
|
Ujian COVID-19 tidak lagi diwajibkan untuk masuk England
Januari 25, 2022 @ 6:53pm
LONDON: Kerajaan United Kingdom (UK) dijangka melonggarkan syarat ujian coronavirus bagi mereka yang memasuki England, menurut Perdana Menteri Boris Johnson semalam, tatkala beliau terus melonggarkan sekatan memandangkan jumlah kes jangkitan semakin berkurangan.
Kerajaan ketika ini menuntut warga Britain dan penduduk banyak negara lain untuk menjalani ujian COVID-19 dalam masa dua hari selepas tiba di England.
Johnson, yang minggu lalu mengumumkan kelonggaran hampir kesemua sekatan tempatan selepas kadar kes jangkitan merosot sejak beberapa minggu kebelakangan ini, menjelaskan bahawa perubahan terbabit hanya akan dikuatkuasakan terhadap individu yang sudah lengkap divaksin.
"Bagi menunjukkan bahawa negara ini dibuka untuk perniagaan, dibuka kepada pelancong, anda akan melihat perubahan di mana mereka yang tiba di England tidak lagi perlu untuk menjalani ujian COVID-19 jika mereka sudah lengkap divaksin," katanya kepada wartawan semasa mengadakan lawatan ke sebuah hospital tempatan.
Johnson bagaimanapun tidak pula menetapkan tarikh pelaksanaan perubahan terbabit.
Awal bulan ini, Johnson menarik balik peraturan terhadap mereka yang memasuki England di mana mereka tidak lagi perlu menjalani ujian COVID-19 sebelum berangkat dan menjalani kuarantin sehingga diuji negatif.
Syarat terbabit diwajibkan bulan lalu selepas Britain berdepan lonjakan pada jumlah kes jangkitan akibat penularan Omicron pada lewat November tahun lalu.
Semasa mengumumkan pelonggaran peraturan terbabit, Johnson juga menyatakan bahawa varian Omicron sudah merebak dan langkah ujian terhadap mereka yang memasuki England hanya memberikan 'sedikit kesan' terhadap jumlah kes jangkitan, namun, terdapat 'kos yang ketara pada industri pelancongan'.
UK adalah antara negara di Eropah yang terjejas teruk akibat jangkitan coronavirus dengan jumlah kematian hampir 154,000 dan jumlah kes baru COVID-19 jatuh secara mendadak daripada paras rekod harian lewat bulan lalu. - AFP
|
|
|
|
|
|
|
|
Endemik dah theyols... kita masih la berator berjam-jam kat airport.
|
|
|
|
|
|
|
|
before this pun european nations tak jaga sgt pun SOP. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus lah dah senang nak cross border . yg penting dah lengkap vaksin.harap Malaysia pun akan mula buka VTL ke Indon dan Thai
. |
|
|
|
|
|
|
|
Vaksin mandate pun dah tak ada kat sana. |
|
|
|
|
|
|
|
yeay boleh la ke UK summer ni |
|
|
|
|
|
|
|
Negara lain dah mudah kesana kesini
Malaysia masih banyak duit menanggung kos swab , kuarantin bagai
Bila la agaknya kita xkena beratur panjang menunggu lama kat airport sambil mendapatkan virus2 covid
|
|
|
|
|
|
|
|
bila balik Malaysia kena kuarantin ke tak.. ? |
|
|
|
|
|
|
|
Senyum lebar org2 kaya + kayangan |
|
|
|
|
|
|
|
masih lagi..belum masuk pcr tests lagi before fly back, hari sampai then hari ketiga/kelima..benda ni je deter orang travel kot..
|
|
|
|
|
|
|
|
Azharitubunga replied at 26-1-2022 08:02 PM
Negara lain dah mudah kesana kesini
Malaysia masih banyak duit menanggung kos swab , kuarantin bagai ...
negara kita iols purcaya ada org yg sedang buat duit dan bolot duit Mereka mana peduli rakyat |
|
|
|
|
|
|
|
sane kene wajib booster tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Yahooo! Bulih melaram tak cukup.tanah |
|
|
|
|
|
|
|
becir replied at 28-1-2022 12:43 PM
masih lagi..belum masuk pcr tests lagi before fly back, hari sampai then hari ketiga/kelima..benda ...
hazab jg ya |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dah balik kena kuarantin aku sanggup.
Yang mimpi ngeri kalau kat sana kena masuk hospital.
|
|
|
|
|
|
|
|
Raja Petra Kamarudin tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
|
Ada duit dan mampu bolehlah ke sana ya |
|
|
|
|
|
|
|
"ngak apa pak..gue suka Msia"-friskok |
|
|
|
|
|
|
| |
|