|
Siapa sahaja yang tidak mengenali pasangan Instafamous Korea-Malaysia Maryam dan Ryzal?
Selepas beberapa tahun tinggal di Malaysia, Maryam kelihatan sudah semakin lancar dan fasih berbahasa Malaysia.
Namun, loghat Koreanya masih lagi 'pekat' yang menyebabkan sesetengah individu sukar untuk memahami apa yang dikatakannya.
Baru-baru ini, Ryzal memuat naik video Maryam sedang 'bersembang' dengan adik Ryzal. Namun, video berkenaan menjadi lawak apabila adiknyal tidak dapat 'menghadam' apa yang dikatakan Maryam.
Kesian Maryam teruja bercerita tentang Ryzal yang suka membeli-belah secara dalam talian tanpa pengetahuannya, namun tidak difahami adik suaminya itu.
Adik Ryzal begitu peka untuk cuba memahami apa yang diperkatakan oleh Maryam sehingga ternganga mulutnya. Dia jua mengangguk seolah-olah memahami butir bicara Maryam.
Posting tersebut telah mendapat lebih 70 ribu likes and rata-rata netizen nampak begitu terhibur dengan gelagat adik Ryzal. - CARI
|
|