CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1303|Reply: 3

[Negeri Sembilan] Kes jumpa mayat di gaung kini kes bunuh

[Copy link]
Post time 25-3-2022 04:12 PM | Show all posts |Read mode
Edited by tari at 25-3-2022 04:13 PM

Seremban: Polis mengklasifikan kes penemuan mayat wanita di gaung di Kilometer 14, dekat Jalan Lama Bukit Putus, di sini, Ahad lalu sebagai kes bunuh.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, pihaknya juga sudah mengenal pasti identiti mayat berkenaan ekoran terdapat individu yang mengaku waris kepada mangsa.

Beliau berkata, kertas siasatan kes berkenaan akan disiapkan tidak lama lagi kerana sedang menunggu laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya

"Perkembangan terbaru kes ini, kami sudah menjejaki waris terdekat kerana ada individu yang mengaku. Mangsa dikenal pasti sebagai rakyat tempatan dan berusia 29 tahun.



"Siasatan kes ini dibuka mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, namun motif kejadian belum dapat didedahkan lagi. Kertas siasatan hampir selesai dan sedang menunggu keputusan DNA yang dianggarkan diperolehi dalam masa satu ke dua minggu lagi," katanya.

Terdahulu Nanda menyampaikan sijil penghargaan kepada warga polis dan orang awam sempena Sambutan Hari Polis Ke-215 di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Nanda berkata, ketiga-tiga suspek yang ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan adalah warga tempatan dan juga rakan kepada mangsa.

Nanda Maarof (dua kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada anggota pada sambutan Hari Polis Ke-215 Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban. FOTO Azrul Edham Mohd Aminuddin

Harian Metro pada 21 Mac lalu melaporkan seorang lelaki yang mahu merakam gambar ketika berjoging di Kilometer 14, Jalan Bukit Putus, di sini, terkejut selepas menemui mayat di kawasan gaung.

Selasa lalu, dua lelaki masing-masing berusia 41 dan 44 tahun bersama seorang wanita berusia 18 tahun ditahan di dua lokasi di daerah ini kerana disyaki terbabit dengan penemuan mayat berkenaan.

Disiarkan pada: Mac 25, 2022 @ 11:22am

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2022 04:27 PM | Show all posts
kes aper lh nie...kesiannn

btw takziah lh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2022 02:19 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2022 02:21 PM | Show all posts
Seremban: Polis membawa seorang wanita yang dipercayai ada kaitan dengan penemuan mayat wanita di kawasan gaung dekat Jalan Lama Bukit Putus di sini, 21 Mac lalu ke satu kawasan belukar di Jalan Bukit Zamrud, Temiang di sini, petang hari ini.

Unit Anjing Pengesan (K9) turut kelihatan di lokasi berkenaan pada 6 petang dipercayai dalam usaha mencari sesuatu yang ada kaitan dengan kes terbabit.

Terdahulu, kelihatan pegawai polis wanita membawa wanita terbabit dengan bertutup kepala dengan kain warna kelabu dan masuk ke kawasan belukar berkenaan.

Pasukan polis dilihat sudah berada di kawasan jalan sunyi dan dikelilingi belukar itu sejak jam 4 petang dan sehingga 7 malam ini masih berada di lokasi.



Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Che Zakaria Othman mengesahkan pihak polis membawa seorang suspek ke lokasi berkenaan.

"Ada bawa salah seorang suspek. Kami sedang menyiasat berdasarkan apa yang dia beritahu.

"Pihak forensik polis dan doktor patalogi dari Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban juga ada di sana (lokasi). Kami harap dapat sesuatu, mereka tengah berusaha cari," katanya ketika ditemui di lokasi.

Menurutnya, sebarang penemuan akan dimaklumkan oleh Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Nanda Maarof yang turut berada di lokasi kejadian.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan seorang lelaki yang mahu merakam gambar ketika berjoging di Kilometer 14, Jalan Bukit Putus di sini, terkejut selepas menemui mayat di kawasan gaung.

Selasa lalu, dua lelaki masing-masing berusia 41 dan 44 tahun bersama seorang wanita berusia 18 tahun ditahan di dua lokasi di daerah ini kerana disyaki terbabit dengan penemuan mayat berkenaan.

Disiarkan pada: Mac 28, 2022 @ 7:21pm


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-2-2025 12:30 PM GMT+8 , Processed in 0.068468 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list