CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11167|Reply: 140

[Tempatan] Menggeletar Dan Liuk-Lintuk Badan Malu Disentuh Suami Selepas Akad Nikah, Muslimah Sangat!

[Copy link]
Post time 23-3-2022 02:50 PM | Show all posts |Read mode
Video-video memaparkan pasangan pengantin yang tersipu-sipu malu tatkala pertama kali bersentuhan selepas dinikahkan sudah banyak kali tular di media sosial.


Malah, netizen turut memberi pujian, menyifatkan pengantin tersebut sebagai orang yang sangat menjaga batas ketika masih bujang sehingga kaku untuk bersentuhan dengan pasangan sendiri.


Menerusi perkongsian di Facebook, Ustazah Sharifah Zahidah Syed Noh bagaimanapun berpandangan sebaliknya.




Foto: mStar Online




"Saya rasa, macam semakin trending pula video 'pengantin malu-malu' untuk sesi pembatalan air wuduk dan kemudian ditularkan dengan caption yang menunjukkan 'betapa muslimah' dan 'betapa sucinya' pengantin perempuan yang menjadi bukti dia tak pernah disentuh mana-mana lelaki sebelum ini.


"Lagi advanced aksi gelabah malu yang ditunjukkan, lagi tinggi darjat dan kesucian wanita itu di mata orang. Ada yang menggeletar waktu nak salam suami sambil tergelak-gelak meliuk-lintuk badannya ke kiri dan ke kanan.


"Mula-mula tunjuk menggeletar, lepas tu main tarik-tarik tangan, cuit sentuh sikit, tarik tangan macam kena renjatan elektrik, lepas tu gelak-gelak lagi, lepas tu main cuit tarik cuit tarik.


"Sampai penonton semakin galak mengusik dan suasana pun menjadi riuh rendah. Sweet dan comel katanya bila malu-malu pada sentuhan pertama," ujarnya menerusi nukilan di Facebook pada Rabu.


Tambah Sharifah Zahidah, upacara menyarung cincin selepas akad nikah sepatutnya berlangsung dengan singkat, namun ia meleret dengan usikan nakal penonton sehingga meletakkan pula pengantin dalam situasi memalukan.


"Sesi sarung cincin yang ringkas dan sepatutnya berlangsung selama 10 saat dengan ucapan Alhamdulillah selepas selamat menyarung cincin ke jari masing-masing, akhirnya menjadi satu sesi nakal yang kadangkala diselang seli dengan usikan lucah dan memalukan dari penonton dan memakan masa lebih lama.


"Lantas meletakkan pengantin perempuan yang konon sedia malu itu dalam situasi memalukan yang jauh lebih panjang," ujarnya panjang lebar.


Dalam pada itu, Sharifah Zahidah turut mengimbas pesanan seorang guru ketika dia menyambung pengajian di Syria, suatu masa lalu.


"Saya teringat Syeikh saya di Syria dulu pernah berpesan... real muslimah when they feel shy, it shows on their faces and not their inappropriate action. But people know. And people respect them out of knowing that. Just like the story of Musa with daughters of Nabi Syuib alaihissalam.


"esanan akhir beliau... if you really feel shy, you won't giggle out of your shyness. Shyness is an act that uplift a woman. Giggling out of shyness (gedik) just makes women a target for bad and unappropriate jokes," ujarnya lagi.


Menurut Sharifah Zahidah lagi, wanita muslimah sebenar yang bersikap pemalu pastinya tidak akan membiarkan diri mereka menjadi bahan usikan orang ramai.


Malah, dia turut menitipkan pesan kepada ibu bapa agar menasihati anak gadis mereka berhubung perilaku itu.


"Ya, begitulah. Wanita muslimah yang benar-benar malu untuk acara sarung cincin, takkan tergedik tunjuk malu dan membiar diri menjadi bahan gelak dan usikan ramai orang. Yang betul-betul malu, akan kaku (tetapi tetap matang dan mampu memberi kerjasama) lantas menyegerakan proses sehingga tak mengundang apa-apa usikan dan imaginasi liar terhadap mempelai.


"Kita ibu yang ada anak perempuan ni, nasihatkan anak-anak gadis kita yang bakal berumahtangga kelak. Jika benar-benar malu dan tak selesa, tangguhkan acara dan jadikan ianya sesi tertutup saja. Simple. Bukan meneruskan acara buat tatapan umum sehingga jadi satu sesi usikan yang menggores maruah wanita. Saya yang lihat, terasa jauh lagi malu. Percayalah, tak sweet pun begitu.


"Wanita yang high class adalah wanita yang setiap gerak gerinya terpandu dan membuatkan dia mendapat lebih banyak penghormatan dari orang. Bukan jadi bahan usikan-usikan galak orang sekeliling," ujarnya lagi.


Pada penghujung bicara, Sharifah Zahidah berkata penulisan berkenaan merupakan peringatan sayang buat anak muda yang bakal berumah tangga.


Malah, dia sekali lagi menasihati bakal pengantin agar menyorokkan rasa malu dan tidak mempertontonkan ia secara percuma.


"Saya sayang kalian, adik-adik muda yang bakal berumahtangga. Kerana itu saya menulis. Supaya trend ini tak semakin galak dan kian diviralkan.


"Simpan malu-malu kalian di depan suami dalam saat peribadi kalian. Biar kalian saja yang menikmati saat-saat malu itu. Jangan pertontonkan kepada kami secara percuma. Ianya menggores kemuliaan kalian," ujarnya lagi.


Untuk rekod, Sharifah Zahidah bukan sahaja bergelar guru bahasa Arab dan al-Quran, malah beliau juga seorang penceramah dan turut mengusahakan perniagaan makanan. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2022 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Sape pemula semua ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2022 02:51 PM | Show all posts
diri sendiri menggeletis, acah2 malu...puikkkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2022 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Meliuk lintuk tergedik tak malu pulak.

Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2022 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Artis terpaling alim berniqab nampak mata je pun pun lps nikah terus mcm nak terkam suami. Apo nya nak gigil2. Itu semua poyo #libastelekung
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2022 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
susahnya jadi pompuan nak malu gedik getik tayang kat orang pun pun tak boleh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-3-2022 02:59 PM | Show all posts
ada je orang gelak bila dia malu, sebab nak cover the awkwardness...mende ntah.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2022 03:00 PM | Show all posts
gelenyar la tu..tak sabar nak ke katil
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2022 03:01 PM | Show all posts
Benar apa yang diperkatakan pak sheikh tu.  Zaman dulu2 time nenek onyang kawin dulu pun dijodohkan keluarga tak da pulak keluar perangai mengedik macam tu.  Mereka yang berperangai macam tu lebih kepada lapar perhatian.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2022 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
pittjie replied at 23-3-2022 02:56 PM
Artis terpaling alim berniqab nampak mata je pun pun lps nikah terus mcm nak terkam suami. Apo nya n ...

Jah suami pensyarah?
Sheol kan dh biasa gesel2 ..wpun dh bungkus 100% benda tu tak boleh nk buang sbb dh sebati dlm diri.
Sama gak dgn baby adabi tu..dh bungkus 100%, cuba nk jd setazah tetap tak boleh sb benda dh sebati dlm diri
Diorg ni kalau betul2 nk berubah kena la jauhkn diri dr medsos n indusrti lagha. Kna ikhlas baru perangai tergedik2 tu boleh buang 100%.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2022 03:08 PM | Show all posts
iol ingt setajah semak tadi...dah seiras plak rupa setajah2x...
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2022 03:08 PM | Show all posts
iols suka quote ni : A lady in the streets and a freak in the sheets.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2022 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
uori replied at 23-3-2022 02:57 PM
susahnya jadi pompuan nak malu gedik getik tayang kat orang pun pun tak boleh

Boleh je tp make sure jgn bawak identiti pompuan muslimah. Jgn memalukn islam.
Zaman dulu2 nikah tu dibuat tertutup je n org2 yg hadir tu pun bukan mcm org2 zaman skrg, nasing2 ada camera phone sibuk nk ambik gambar jgk. Tu yg majlis jd caca merba. Dari usik mengusik sikit2 jd tak ketahuan. Dgn pengantin punkonon jenis tak ketahuan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2022 03:11 PM | Show all posts
paksu maksu aku kawen paling cepat aku rasa, takde masa nak tergedik-gedik malu-malu. diorang kata hari panas terik, pakai baju tebal, rimas weyh. ketiak lencun. salam sarung cincin laju-laju, photographer kalut snap laju-laju
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2022 03:12 PM | Show all posts
konon terpaling suci dah tu .. padahal masa bercinta kehulu kehilir sekali
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2022 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Alahhhh..acah2 malu,gigil2 nak salam suami mcm minah sorang tu..hujung2 lepas kawen & beranak, tinggal baby n suami jugak sbb nak gi pass roti kat org Syria
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2022 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Tlg jawab soalan bodoh saya ni. Mmg pasangan yg x pernah bersentuham semaaa in relationship even hanya pegang tangan time lepas akad nikah akan auto menggigil gigil ke????
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2022 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Ye la tuh acah2 parkinson lak
Padahal kemain menggelitisss pi ngorat jejantan
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2022 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 23-3-2022 03:05 PM
Jah suami pensyarah?
Sheol kan dh biasa gesel2 ..wpun dh bungkus 100% benda tu tak boleh nk buang  ...

iyer..bukan setakat tu je, hati pun kena betul2 ubah..perasaan maukan perhatian dari org ramai tu kena buang..ni bertutup segala, tapi masih batak perhatian org..
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2022 03:19 PM | Show all posts
purplelilac replied at 23-3-2022 03:14 PM
Tlg jawab soalan bodoh saya ni. Mmg pasangan yg x pernah bersentuham semaaa in relationship even han ...

nope , my cousin takde eh gigil2 walopun tak pernah pegang2 masa couple, PJJ tunang pun parents yg atur . jumpa2 masa nikah . takde la gigil camni ...mengada  

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 03:42 AM GMT+8 , Processed in 0.049933 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list