MINUM kopi boleh membantu melindungi jantung dan bukannya mencetuskan penyakit. - Danijela Froki/Unsplash
CANBERRA – Satu kajian mendapati minuman kopi boleh melindungi jantung manusia dan bukan mencetuskan penyakit, lapor laman berita Wion News semalam.
Menurut tiga abstrak penyelidikan yang diterbitkan pada Khamis lalu, meminum dua hingga tiga cawan kopi setiap hari boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung koronari, kegagalan jantung, masalah jantung atau kematian pramatang antara 10 hingga 15 peratus.
“Disebabkan kopi boleh mempercepatkan degupan jantung, sesetengah orang bimbang bahawa dengan meminum kopi, ia boleh mencetuskan atau memburukkan masalah jantung tertentu.
“Disinilah nasihat perubatan am untuk berhenti meminum kopi timbul,’’ kata pengarang kajian tersebut, Dr. Peter M Kistler dalam satu kenyataan.
Dr. Kistler bersama penyelidik-penyelidik lain menggunakan data UK Biobank dalam ketiga-tiga kajian mereka. Data yang diperoleh menunjukkan tahap kesihatan lebih 500,000 orang dalam tempoh sekurang-kurangnya 10 tahun.
Penulis kajian itu mengkaji kaitan antara kopi dan masalah degupan jantung (aritmia) dan penyakit kardiovaskular lain.
“Kami mendapati kopi mempunyai kesan neutral yang tidak mendatangkan mudarat, malah boleh memberi manfaat kepada kesihatan jantung,’’ tambah Dr. Kistler yang merupakan pakar aritmia dan profesor perubatan di Universiti Melbourne dan Universiti Monash. – Agensi https://www.kosmo.com.my/2022/03 ... u-hidup-lebih-lama/
Post time 27-3-2022 09:28 PMFrom the mobile phone|Show all posts
kawan i kena heart attack…sebelum ni leh bantai 12 cawan kopi x kisah dari vending ke bini buat ke..:kna series of gastric attack….last last kena heart attack…doktor suruh pasang pace maker x mau….rm15k kat serdang…..
Post time 27-3-2022 09:31 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by kakikuDibibirmu at 27-3-2022 09:36 PM
bila kau pandang sekali memang tidak perasan,
mati-mati kau sangkakan dia perempuan,
berambut panjang bersolek juga berdandan,
lemah gemalai melambai-lambai membuat hati longlai
kali keduanya pula kau rasa hairan,
kenapa suaranya garau macam jantan
Post time 28-3-2022 12:16 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Jitu replied at 28-3-2022 12:06 AM
roti gulung duda terhangat
Jangan ketinggalan tawaran yang istimewa
Kepuasan dijamin
Seratus peratus buatan Malaysia
Dapatkan segera sementara masih ada
Ku jantan rebutan yang terhangat di pasaran