View: 653|Reply: 7
|
[Tempatan]
Bot pom-pom seludup 43 PATI gagal lolos
[Copy link]
|
|
Bot dan PATI yang ditangkap APMM Selangor, tengah malam tadi.
Bot pom-pom seludup 43 PATI gagal lolos
KLANG – Cubaan sebuah bot pom-pom membawa 43 pendatang asing tanpa izin (PATI) meloloskan diri ketika dikejar pihak berkuasa gagal apabila dicekup kira-kira 1.6 batu nautika barat daya Sungai Janggut, Kapar di sini malam tadi.
Dalam kejadian pukul 12.10 tengah malam itu, kesemua warga Indonesia termasuk kanak-kanak lelaki berusia lima hingga 47 tahun berkenaan ditahan selepas bot mereka berjaya dipintas.
Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim Mohammad Rosli Kassim berkata, radar Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) Maritim Malaysia mengesan sebuah vesel mencurigakan sedang bergerak sekitar perairan Pulau Angsa menuju ke Jeram, Kuala Selangor.
Katanya, sebuah bot ronda yang menjalankan Op Belangkas kemudian digerakkan ke lokasi berkenaan.
“Anggota penguat kuasa menemukan sebuah bot sarat penumpang dan diarah berhenti namun tidak diendahkan.
“Bot itu kemudian bertindak memecut laju namun berjaya dipintas dan ditahan dalam tempoh 10 minit,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelas beliau, pemeriksaan kemudian mendapati 30 lelaki, 12 wanita dan seorang kanak-kanak lelaki berada di bot tersebut.
“Bot dan kesemua yang ditahan dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin, Pulau Indah untuk tindakan lanjut lanjut dan kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM),” katanya. -KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2022/03 ... 3-pati-gagal-lolos/
|
|
|
|
|
|
|
|
waduh pak...ngapain ngak mau kasi maju nusantaranya? Atau..."bapak lue Msia..mak indon...kasi IC nya"??? |
|
|
|
|
|
|
|
Aku rasa la pihak2 berkuasa ni patut dibagi kpi utk tangkap pati2 ni..kpi tinggi, dpt bonus lebih. Mana2 pati yg berjaya dinyah keluar, team yg handle tu dpt bonus lebih. Mesti ramai je pati/tekong/agen kna tangkap |
|
|
|
|
|
|
|
belom lg officially bukak border geng piska sibok nk menceroboh sini. nti dh bukak border adekah kite bakalan dgr pulak belah langkawi berduyun2 kapal tekong bwk rohingyuck pulak? |
|
|
|
|
|
|
|
Kak Lina pom-pom tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
|
Yang pati indon dlm malaysia pun asik komplen xdekje etc.. gigih gak lg pati2 nak masuk sini.. |
|
|
|
|
|
|
|
Yang kena cekop baru beberapa je.Yang dah
selamat masuk dah tak terkira.Tutup ke buka border sama je..ikut nasib |
|
|
|
|
|
|
|
Mohon bibik @Friska panggil geng2 dia ni jadi bibik jaga madu dia |
|
|
|
|
|
|
| |
|